Selasa, 11 November 2008

Projek Besar: al-Attas, Gramsci dan Foucault



Falsafah bahasa al-Attas, nota penjara Gramsci dan sejarah sistem pemikiran Foucault: Satu percubaan awal penggabung jalinan idea pemikir Islam, Marxis dan
Post-Structuralist

Ini adalah satu sesi brainstorming sebenarnya.


Tarikh: 14 Oktober 2008


Jam: 8.35pm


Lokasi: Sepanjang jalan ke rumah selepas pulang menunaikan solat Isya’ di Surau Muwaffaqah, Taman Melawati



Saya mendapat ilham. Satu projek besar yang penting. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya ilham sebegini.


Ringkasnya saya ingin mensintesiskan beberapa rangka kefalsafahan Michel Foucault, Antonio Gramsci dengan rangka pemikiran (i.e penekanan linguistik) Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.


Saya tak tahu apakah ini pernah dicuba oleh mana-mana ilmuan Islam mahupun yang bukan Islam.


Michel Foucault: Intelektual/Pensyarah subjek 'sejarah sistem pemikiran' di College de France


Saya amat tertarik dengan beberapa idea Foucault seperti konsep archeology, discourse, episteme, genealogy.


Antonio Gramsci juga menulis buku dalam penjara seperti mana Syed Qutb lakukan.


Untuk Gramsci saya tertarik dengan idea hegemony, dan common sense yang diterjemahkan ke dalam karya monumental beliau iaitu The Prison Notebook.


Sebelum ini saya selalu berfikir kenapa tesis Phd Dr.Ugi Suharto memilih Abu Ubayd sebagai rujukannya dalam pengkajian beliau berkenaan public finance.


Saya baru dapat tahu setelah menghadiri Seminar Buku Agung pada bulan Ogos yang lepas di IKIM ketika beliau membentangkan kertas kerja berkenaan karya agung tulisan Abu Ubayd.


Rupa-rupanya ada perkaitan dengan lingusitik. Nama kitab tersebut.


Kitab Abu Ubayd menggunakan nama yang berbeza berbanding kitab public finance karya ulama’ lain.


Begitu juga dengan karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk ‘Pembangunan di Malaysia’.


Saya sangat tertarik dengan kupasan makna pembangunan yang paling tepat dengan Islam iaitu pengislahan. Bukan modenisasi ke, kelestarian ke.


Jikalau ditinjau penulisan dan analisa anak murid Prof. al-Attas. Linguistik dan semantik sangat diberi penekanan yang penting.


Jikalau kita membaca karya Prof. al-attas, kita akan mendapati bagaimana detail-nya beliau mengupas persoalan kata kunci seperti pendidikan, kebahagiaan etc.


Prof. al-Attas sangat menekankan sematik kata kunci.


Pendidikan harus seabgai ta’dib. Bukan tarbiyah bukan juga ta’lim.


Sangat asing sekali. Setakat ini saya tak pernah jumpa lagi penekanan aspek lingusitik dalam dunia keilmuan islam kontemporari sepertimana yang Prof. al-Attas lakukan. Malah kalau baca karya Bahasa Melayunya sememangnya bahasa yang digunakan merupakan bentuk Bahasa Melayu lama yang sebenarnya sarat dengan kata kunci penting bagi menerapkan pemahaman konsep penting dalam mewujudkan pandangan alam Islam.


Dan ini bukanlah satu benda yang dibuat-buat oleh Prof. al-Attas. Bukan hendak jadi eccentric-fashionistic tapi satu kelebihan yang didasari dengan kefahaman.


Kalau anda berpeluang carilah buku The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th century Malay Translation of the ‘Aqā’id of al-Nasafī yang dikupas oleh Prof. al-Attas ( boleh dicari kalau mahu benar meninjaunya di setiap perpustakaan IPTA, di UTP ada di rak buku agama) dan lihat sendiri kitab Tauhid ini yang sangat pekat dengan Bahasa Melayu lama yang sebenarnya menggambarkan struktur ayat dan perkataan yang cukup unik dalam membentuk pandangan alam Islam umat Melayu zaman dahulu.


Kalau hendak dilontarkan hipotesis mengapa umat Melayu dahulu kurang yang murtad walaupun dijajah ratusan tahun ataupun tidak menjadi sepertimana yang diperkatakan oleh mantan VC Universiti Malaya, Prof. Syed Husein Alatas sebagai ‘Watak Tertawan’ ( The Captive Mind, beliau merupakan abang kepada Prof. al-Attas) mungkin kerana penyebaran dengan begitu meluas sekali penggunaan kitab ini di Nusantara ini yang telah diajar oleh ulama’-ulama’ silam yang berwibawa seperti Nuruddin al-Raniri, al-Sumatrani, al-Falembani etc.


Cumanya kerana kita yang muda-mudi ini lahir dalam suasana moden yang Bahasa Melayu-nya sudah berubah maka akan berasa janggal terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang ditulis oleh Prof. al-Attas.


Dr. Adi Setia, anak murid beliau ada menulis sebuah makalah bertajuk 'Hakikat Bahasa menurut Chomsky dan al-Attas: Satu tinjauan perbandingan' yang membincangkan persamaan teori linguistik dan ilmu jiwa (psychology) Chomsky dan al-Attas.


Sekejap, mengapa Dr. Adi Setia tak tulis psikologi sahaja sebagai terjemahan Bahasa Inggeris kepada perkataan psychology? Kenapa menggunakan ilmu jiwa? Saya percaya ada perkaitan yang kuat dengan penekanan pemilihan kata yang sesuai dengan pandangan alam Islam yang sering ditekankan ole Prof. al-Attas kepada anak-anak murid beliau (kena confirm-kan balik ni dengan Dr. Adi).


Ini memberi justifikasi kepada bahawa apa yang al-Attas lakukan dari sudut Islam sangat relevan dengan kaedah saintifik lingusitik Chomsky.


Kamus Lisan al-Arab karya Ibn Manzur juga sering menjadi rujukan utama mereka disamping beberapa kamus arab lain seprti E.W Lane (pakcik kepada Stanley Lane Poole, Orientalis dan penulis biografi Saladin Ayub yang terkenal ) iaitu Arabic Lexicon (di Kinokuniya harga satu set mencecah RM2000 ++).


Relevannya adalah dengan situasi semasa yang berlaku dalam arena politik dan sosio-ekonomi masyarakat dunia.


Gramsci telah membincangkan panjang lebar berkenaan konsep hegemony dan common sense. Bagaimana masyarakat boleh terjajah wacana sehari-hariannya apabila sesuatu idea itu mendapat taraf common sense.


Ini juga ada kaitan dengan idea Foucautlt seperti discourse, subjugated knowledge.


Ini projek jangka panjang.


Saya tidak menulis ini untuk pembaca awam.


Mungkin juga boleh dijadikan tesis Phd mungkin?


Huhu. Bercita-cita tinggi sungguh saya ini.


Bergurau saja. Terpulang kepada SV saya nantilah (Insyaallah kalau ada rezeki) untuk bagi tajuk yang sesuai dengan keperluan untuk menyelesaikan masalah Ummah.


Kenapa saya beria-ria?


Saya ingin membawa idea al-Attas, Prof. Wan kepada wacana sosio-politik, sosio-ekonomi semasa.


Mencabar pemalsuan dan mitos yang dibawa oleh kata kunci seperti ‘globalisasi’, ‘modenisasi’ dan ‘kemajuan’.


Ini memang projek teoretikal. Dengan harapan daripada teori ini akan lahir blueprint penyelesaiaan yang lebih mantap dalam berhadapan dengan serangan kebatilan ghazwul fikri.


Tetapi harus diingat, bahawa idea Gramsci, Foucault ini hanya diguna pakai sebagai ALAT ANALISIS bukan kerangka kefalsafahan untuk mememui kebenaran al-Haqq.


Macam kita nak guna kaedah deconstructionism Derrida untuk mengkaji al-Quran. Mana boleh.


So, saya berfikir begitu.


Bagi sesiapa yang teringin nak tahu siapa Foucault. Boleh tonton debat antara Chomsky dan Foucault. Menarik.
Klik
sini.


P/S: Ini adalah antara, entah puluhan mungkin persoalan-persoalan besar yang sering bermain dalam kepala saya. Sememangnya hendak tulis semua dalam blog ini nanti jadi semacam. Kalau saya dapat jumpa manusia-manusia tertentu yang familiar dengan idea sebegini baru mampu saya perkatakan. Buat masa ini saya confine-kan dulu dalam benak pemikiran saya. Kalau hendak diikutkan, saya masih bertatih dalam membina framework Prof. al-Attas. Moga saya istiqamah dalam jalan ini. Amin. Kalau salah, kritikan membina silalah kemukakan ye.

11 ulasan:

A Alam berkata...

Salam,
Ziarah timbal. Anda menulis dengan baik. Didoakan semoga terus menulis dan berkongsi, amin.

bloganaigh berkata...

Pendidikan harus seabgai ta’dib. Bukan tarbiyah bukan juga ta’lim.

Jadi apa sepatutnya tarbiyah dalam bahasa melayu?

bahasa melayu dahulu sangat dekat dengan alquran, dan semantik dibangunkan dengan pengertian yang mendalam daripada isi alquran. eh, bukankah ia antara bukti Islam sangat dekat dengan melayu? jauhnya kita hari ni dengan Islam, hanya dengan memahami satu dua perkataan melayu yang menjadi common sense di zaman moden, pembangunan contohnya.

Kerja besar ni!

Rausyanfikir berkata...

betul2. Ulama' skrg ramai tak sedar akan kepentingan Bahasa Melayu dan kaitan dengan Islam sebab mereka tidak diajar untuk memahami sejarah silam nusantara dengan baik.

bloganaigh berkata...

ditambah dengan penyelewengan sejarah (mungkin tidak dari segi angka dan fakta tapi interpretasinya) dan tercabutnya roh dan semangat dalam pengajian asas sejarah. british sudah lama pergi tapi pemikirannya masih pekat dalam masyarakat. Sungguh pendekatan sejarah perlukan tajdid sebagaimana juga cara kita berfikir.

bahasa, sungguh besar ikatannya dengan manusia. terima kasih.

Rausyanfikir berkata...

Sebab itu Ibn Khaldun kata sejarah ini sebahagian daripada falsafah. Malah prof. al-attas menegaskan ahli sejarah harus mahir dalam bidang bahasa, perbandingan agama etc. bukan sekadar interpret tarikh. British hanya memerlukan beberapa manuskrip melayu untuk menakluki rantau ini. Apakah kita masih ingin berslogan untuk berhadapan dengan mereka ataupun benar2 mengkaji siapa mereka dan dimanakah sebenarnya titik kekuatan kita terdahulu?

bloganaigh berkata...

titik kekuatan kita dahulu. urm.. menarik untuk dikaji. pasti tidak lari dari tiga kekuatan dalam Islam. bayangkan, dalam hidup serba kurang dan teknologi tak secanggih hari ini tapi rantau ni sangat digiurkan barat dahulu. apakah keistimewaan itu? literally boleh direcall dari sejarah PMR. tapi kenapakah hidup kita hari ini, keputusan2 yang kita buat seolah-olah terputus dari zaman tu. masej dan pengajaran tak sampai.

oh, rasanya saya sudah banyak mengeluh dan menyelogan. insya Allah akan mula bertatih2.

teringat novel FT 1515.

Rausyanfikir berkata...

Saya akan ulas lebih lanjut akan perihal persoalan ini. Bagus.Saudara telah berjaya memasukkan isu ini ke dalam framework yang betul. Sila rujuk artikel saya berkenaan Melayu Baru. PAS ingin menjadi anti tesis kepada Melayu manakala UMNO ialah Modenis Melayu yg lupakan akar. PKR seperti biasa adalah golongan post modernis dalam berpolitik.

bloganaigh berkata...

satu persoalan, adakah usaha-usaha ini takkan dilihat sebagai percubaan melahirkan melayu sentrik atau mungkin cebis-cebis asabiyah? dizaman ini dimana gelombang kebangkitan mahasiswa khususnya lebih menekan pada kegemilangan Islam secara global. lihat saja pada modul2 ISK (ini sejarah kita) yang menjadi antara asbab utama mereka mula berfikir. adakah dengan pengkhususan pada nusantara dan tanah melayu tidak seolah-olah menyempitkan rangka perubahan yang global itu?

benar, melayu dan islam sangat berpadu akarnya. tapi bagaimana ya?

Rausyanfikir berkata...

Perubahan yang asli haruslah realisitik. Tidak slogan dan utopianisme seperti Hizbut Tahrir. Usah bicara tentang Khilafah kalau kampung pun masih jadi sarang penagih dadah. Usah bicara tentang ketamadunan Islam kalau BM masih dirobek2 dalam sains dan matematik.Setiap perubahan yang asli itu akan bangkit dari sarang lokaliti dahulu kemudian baru mencapah mempengaruhi parameter yang lebih luas. Masalah masa kini adalah amal tanpa ilmu yang kukuh. Akhrinya menjadi candu sahaja. Ini tidak berlaku dahulu kerana para ulama' Islam sangat berwibawa sifatnya. Dengan mengutamakan lokaliti tidak bermakna kita kolot globaliti kerana suka atau tidak tiada negara, tamadun yang terasing dan hidup dalam vakum. Masalahnya bagaimana mahu bicara benda di rumah orang kalau rumah sendiri masih berselerak?

Gerak kerja harus selari dan berprioriti.

bloganaigh berkata...

jauh, sangat jauh.

prioriti juga luas perbahasannya. mencari kesepaduan ini pun masih jauh. masing-masing bertindak dengan prioriti yang difahami masing2.

sudah. mengikut prioriti, ada yang harus saya selesaikan sekarang. terima kasih sekali lagi.

bloganaigh berkata...

oh, rupanya sudah dihuraikan saudara dalam artikel melayu baru. baru menjenguk tadi.

kritikal ya masalah ni. jika Islam bukan solution, apa penyelesaian yang ada dalam pemikiran tun?

pembangunan material yang kering kemanusiaan?