Ahad, 2 November 2008

Mutiara Pulau Mutiara



Saya di hujung kanan sekali sedang muhasabah diri setelah selesai membentangkan kertas kerja. Credit to Acap for the pic.




Disini saya sertakan kertas kerja yang telah saya bentangkan di USM tempoh hari dalam Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari 2008. Agak panjang. Kenalah bersabar sikit kalau nak baca.




Memang saya akui bahawa kertas kerja ini masih banyak mempunyai kelemahan. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk pulun tulis kertas kerja ini kerana tak sangka abstrak saya diterima oleh pihak penganjur.




Rujukan-rujukan yang diguna pakai dalam kertas kerja tersebut semuanya dikutip dalam perpustakaan mini dalam bilik saya.




Jujur saya sebenarnya agak cuak semasa membentangkan kertas kerja tersebut. Bukan sebab tak biasa bentang tapi menyedari kapasiti saya sebagia mahasiswa yang masih tidak bergraduasi dan juga secara formalnya bukan dalam bidang Pendidikan Islam. Di tambah pula dengan barisan hadirin yang terdiri daripada para pegawai JAKIM, profesor, profesor madya, pensyarah dan pelajar pasca sarjana dalam bidang Pendidikan Islam yang datang dari pelbagai pelusuk universiti tanah air. Rasa saya seperti berada dalam dimensi yang berlainan. Macam
twilight zone pula rasanya.




Tapi seperti pepatah Melayu, " Bila masuk kandang kambing kita mengembek, bila masuk kandang lembu kita menguak" maka saya telah cuba sebaik mungkin untuk meletakkan diri saya pada tempat yang sepatutnya dalam seminar tersebut.




Saya akui dalam video di bawah memang terdapat beberapa kesalah fahaman dari segi penjelasan kerana saya amat mengejar masa apatah lagi isi yang ingin saya bentangkan ini mustahil dapat dicerna dalam masa 20 minit. ( I was presenting about Prof. al-Attas ideas which is so absrtact in nature!)




Maka kekurangan yang ada sewaktu pembentangan tersebut haruslah ditampung semula melalui rujukan secara tegar dalam kertas kerja saya di bawah.




Sebarang teguran, pembahasan dan kritikan membina sangat dialu-alukan.




Dari kiri: Izat, Herry Nurdi, saya dan Acap.



Setelah selesai membentangkan kertas kerja pada sebelah pagi, pada malamnya pula sibuk menghadiri sesi wacana bersama Herry Nurdi ketua editor majalah Islam terbesar di Indonesia, yakni
Sabili di Sekolah KAFA dalam USM.




Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat di bahagian Utara terutamanya daripada NGO Islam yang saya sertai sendiri,
Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API) kerana sudi menghulurkan bantuan logistik berupa tempat tinggal (rumah bujang yang bakal tidak bujang) serta promosi yang serius daripada Kak Wan dari Sahabat Alam Malaysia untuk menjayakan sesi wacana bersama saya selaku penceramahnya di USM pada malam Rabu minggu lepas.




Terima kasih kepada sokongan padu yang diberikan oleh hadirin adik-adik, akak-akak, abang-abang dari USM dan insitusi pendidikan di sekitarnya ( saya diberitahu ada sahabat dari UUM turut turun pada malam itu). Walaupun saya tak sempat buat
powerpoint tapi harapnya pengisian malam tersebut mampu menggerakkan dan memberi dorongan kepada kita semua untuk berada di jalan yang memang tidak popular lagi meletihkan ini. Tapi seperti yang selalu dibentang dalam usrah, pahit tapi manis bukan?




Jutaan terima kasih kepada Izat (
darahmerdeka.wordpress.com) kerana sudi menjadi tour guide yang setia selama seminggu saya berada di Pulau Mutiara. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik hang.



Ribuan terima kasih juga kepada Acap (
someideas.wordpress.com) dari Penang Medical College yang sudi turun memberi sokongan kepada saya selama sehari suntuk. Harapnya, Pulau Pinang menjadi sarang kepada aktivisme mahasiswa yang unik lagi celik dengan penyertaan pelbagai jenis pihak.


Kertas kerja: klik
sini



Video: (elok di
download dan di perkuatkan suaranya menggunakan amp ataupun earphone)





1 ulasan:

fit@blonc berkata...

teruskan perjuangan mujahid muda!!!!