Rabu, 19 November 2008

Mencari penawar kebejatan ekonomi dunia: satu sudut pandang Islamisasi ilmu kontemporari.




Al-kisah, Dr. Ugi Suharto dalam satu syarahan ekslusif dan tertutup anjuran Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API) pernah mengupas karya penting Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas ya'ni Risalah untuk Kaum Muslimin. Dalam syarahan tersebut, beliau menceritakan perihal perbezaan martabat antara Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Syeik al-Islam Ibn Taimiyah.




Analogi yang dibuat Dr. Ugi adalah mudah. Beliau berkata bahawa jikalau ada makhluk asing daripada angkasa lepas menyerang bumi, Ibn Taimiyah akan membunuh makhluk asing tersebut dengan cemerlang di planet bumi.




Berbeza pula dengan Imam al-Ghazali. Beliau akan mengejar makhluk asing tersebut dan menghalaunya sehingga ke planet makhluk asing itu. Kemudian akan dibunuh juga sang makhluk asing tersebut dengan cemerlangnya.





Apa yang cuba disampaikan Dr. Ugi ini bukanlah satu lawak jenaka yang kosong.




Sewaktu saya mendengar perkara ini pada pertengahan tahun 2007 sudah tentu saya tidak dapat menggapai maksud sebenarnya sebab pada waktu itu diri ini masih tin kosong akan bab-bab falsafah.




Merujuk kepada karya
Risalah untuk kaum Muslimin tersebut, antara sebab berlakunya masalah akar umbi umat Islam masa kini seperti yang diterangkan Prof. al-Attas adalah berkenaan kehilangan adab (
the loss of adab).




Perkara ini apabila kita memukul rata semua perkara ( process of levelling ) ya'ni memukul rata semua orang dari segi kapasiti minda dan perilaku mereka kepada peringkat yang sama dengan diri yang memukul rata tersebut. (the levelling of every one, in the mind and the attitude, to the same level of the leveller).




Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyah tidaklah sama.




Imam al-Ghazali, mengikut penjelasan ilmuan daripada Sekolah Pemikiran ISTAC mempunyai rangka pemikiran (
framework) yang komprehensif dalam menyelesaikan masalah. Berbanding dengan Ibn Taimiyah, beliau lebih kepada bersifat bertindak terhadap sesuatu setelah masalah tersebut berlaku, lebih berbentuk reactionary.





Imam al-Ghazali tidak pernah menolak logik ( mantiq) dan juga falsafah secara menyeluruh. Beliau telah berjaya meletakkan falsafah di tempat yang betul dalam pembahagian disiplin ilmu Islam. Bermula dengan karya
Maqasid al-falasifah kemudian diselusuri dengan magnum opus karya falsafah beliau Tahafut al-falasifah, Imam al-Ghazali telah berjaya mengislamisasikan falsafah Yunani dengan baik sekali.






Bak kata Dr. Adi Setia akan kepentingan karya ini:

" Go for Tahafut. If you have that you have the GENERATIVE GRAMMAR OF PHILOSOPHY east or west. Once you master the tahafut, all philosophy is just "
pisang goreng sejuk"!




Ibn Taimiyah lain pula. Beliau terus menyerang institusi falsafah secara keseluruhan ( walaupun dalam berhujah tanpa disedari beliau menggunakan logik juga).





Yang mana satu lebih baik? Anda boleh fikir sendiri bukan.





Mari kita cuba kaitkan dengan masalah ekonomi yang ada. Ramai yang sudah mula bersuara untuk mengetengahkan sistem ekonomi Islam.





Benarkah kita sudah bersedia untuk melakukannya? Kalau ada apakah
framework yang kita guna pakai?





Untuk tahu sejauh mana serius masalah kita hari ini haruslah dirujuk "musuh" kita ya'ni para failasuf kapitalisme itu sendiri.




Adam Smith, yang sudah maklum terkenal dengan karya
'An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations' bukanlah semata-mata seorang ahli ekonomi. Beliau pada asalnya merupakan seorang failasuf moral. Buktinya adalah karya beliau di bawah:




Di sini kita dapat lihat bahawa dimensi kapitalisme itu bukan sekadar teori kewangan, dan pasaran bebas tetapi turut sama diusung masuk adalah
falsafah moral dan pandangan alam zaman Pencerahan ( Enlightenment ) yang sarat dengan falsafah sekularisme dan humanisme!




Maka adalah sangat mengarut untuk umat Islam cuba menjustifikasikan mentah-mentah kapitalisme sebagai sebahagian daripada Islam! ( ini yang saya selalu berbalah dengan golongan libertarianisme baik PKR, Malaysian Think Tank London etc.)





Mereka juga mempunyai
framework yang tersendiri.




Mari kita rujuk seteru mereka ya'ni golongan Marxis.





Karl Marx juga bukanlah semata-mata seorang ahli ekonomi. Beliau merupakan failasuf sejarah dan politik yang mengguna pakai 
framework Hegelian dalam merumuskan teori dalam falsafah ekonomi dan politik beliau.




Karya-karya seperti
Grundrisse, The Communist Manifesto, The Poverty of Philosophy, The German Ideology sangat sarat dengan pengaruh falsafah Hegelian, dan juga framework Marx sendiri ya'ni Marxisme.





Sama juga, untuk menjustifikasikan Sosialisme/Marxisme itu mentah-mentah sebagai sebahagian daripada Islam adalah kejahilan yang durjana jua.





Walaubagaimanapun, kita harus berfikir seperti Imam al-Ghazali bukan seperti Ibn Taimiyah. Kita perlu lakukan proses Islamisasi terhadap ilmu-ilmu ini selagi mana boleh diambil tanpa kompromi kepada
framework Islam kita.






Sepanjang saya menelaah karya Ekonomi Islam moden, tiada satu pun mampu menyaingi kritikan tajam Karl Marx terhadap sistem ekonomi kapitalisme seperti yang dijelaskan dalam
magnum opus beliau ya'ni Das Kapital. 





Malah inilah karya yang paling sukar untuk dibaca bagi golongan Marxis. Selalunya puak sosialis ini hanya hadam The Communist Manifesto berbanding Das Kapital.




Sepanjang saya menelaah
Das Kapital, saya dapat merumuskan bahawa karya Das Kapital ini kalau hendak diguna pakai oleh Muslim haruslah diperingkat ALAT UNTUK MENGANALISIS sahaja. Tidak lebih daripada itu.





Kita boleh guna
Das Kapital untuk membogelkan Taylorism, Fordism, Commodity Fetishism, Cultural Alienation yang wujud dalam falsafah ekonomi kapitalisme TANPA TERPERANGKAP ke dalam falsafah Marxisme yang berbasiskan dialectical materialism, secular humanism etc.





Oleh itu, kerja saya sekarang adalah memberi fokus utama kepada disiplin ilmu '
philosophy of economic thoughts' dan juga 'history of economiy' baik milik Kapitalisme, Marxisme dan juga Islam.



Maka pre-requisite kepada kerja-kerja ini haruslah mempunyai framework Islam yang jelas. Dan dalam konteks kini, saya sememangnya merujuk framework yang dirumuskan oleh Prof. al-Attas dalam beberapa karya beliau seperti Islam and Secularism, dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Semua ini bukanlah dengan membaca seorang diri tetapi interaksi secara konsisten dengna guru falsafah saya, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (usrah bulanan) di samping para ilmuan muda produk ISTAC yang dahulu. Tetapi tiada proses spoon feeding dalam sesi sebegini. 





Dari segi penyelesaiaan masalah, usah risau kerana kita sudah mempunyai barisan ulama' silam yang berwibawa seperti Ibn Khaldun, al-Maqrizi, Abu Ubayd etc. untuk menggunakan idea mereka dalam pembentukkan satu sistem ekonomi Islam yang komprehensif.





Masalahnya, karya-karya mereka masih banyak dalam bentuk manuskrip. Semenjak ISTAC dihancurkan, makin susahlah kerja-kerja ini untuk berjalan lancar. Akhirnya para Orientalis di Barat yang menyudahkannya dahulu. Sudah tentu dengan mengguna hasil tangan mereka kita terdapat perbezaan antara tafsiran ilmuan yang mempunyai
pandangan alam Islam dan yang mempunyai pandangan alam sekular.






Bukan mudah. Bukan mustahil juga. Tapi apakah para politikus seperti PKR, PAS, dan BN boleh memahami dan menghargai kerja-kerja yang melecehkan ini tapi sangat penting bagi manfaat umat Islam sejagatnya? Lupakah mereka pada fungsi Baitul Hikmah di Bagdad pada satu ketika dahulu?





Ops lupa. Mereka lebih suka kuasa politik daripada budaya ilmu.






Rasanya kalau ilmu mantiq pun ditolak mentah-mentah dalam pengajian Islam, usah bicara tentang Islamisasi ilmu.





Kita harus berjuang atas dasar prinsip bukan mengikut suasana. Biar lambat menang asalkan mantap asas perjuangan ya'ni ilmu itu. Tidak usah menjadi populis dalam usaha menegakkan izzah Islam tanpa disedari sebenarnya kita ini sedang melakukan proses de-Islamisasi!




9 ulasan:

Wan berkata...

Assalamualaikum,

Saya setuju dgn apa yang saudara utarakan dalam tulisan ini, namun ada sedikit teguran yang saya ingin beri buat saudara.

Jangan memperlekehkan usaha PAS atau lain-lain entiti dalam Pakatan Rakyat, kerana tidak ada pihak yang sempurna dalam melakukan kerja-kerja kebaikan. Pandangan anda "Ops lupa. Mereka lebih suka kuasa politik daripada budaya ilmu." itu bagi saya bersifat prejudis dan pukul rata.

Apa buktinya bahawa PAS tidak menekankan pembudayaan ilmu? Jika saudara merasakan saudara tidak nampak tang mana budaya ilmu itu, tak mengapa. Mungkin tak semua ahli PAS memperoleh pencerahan yg saudara peroleh daripada-Nya. Mungkin inilah masanya utk saudara mengalirkan arus perubahan cara berfikir dikalangan lingkungan anak muda dalam PAS.

Tetapi,jangan pula memperlekehkan usaha PAS bergiat dalam lapangan politik, kerana perjuangan PAS bukanlah utk membolot kekayaan, bermegah-megah (wpun mungkin ada segelintir yg begitu..wallahualam). Apa yang kurang pada PAS, itulah kekosongan yang perlu diisi oleh mereka yang melihat kepincangan itu.

PAS bukanlah jemaah Islam yang sempurna, kerana ianya dianggotai oleh manusia yang serba kekurangan.

Hargailah apa yang diusahakan oleh pihak lain, kerana saudara tidak tahu apakah cabaran-cabaran,ujian yang dihadapi, luka-luka dalam mengharungi ranjau politik di malaysia. Marilah kita berlumba-lumba melakukan kebaikan, dan menghargai kesemua usaha org lain, kerana hanya Allah saja yang tahu nilai setiap usaha, walaupun sedikit tetap akan diganjari-Nya.

Rausyanfikir berkata...

Sedih...kalau diri ini tidak berusaha membantu PAS, takkan diri ini singgah di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut untuk menyua muka membantu Dr Zulkifli Ahmad. Ternyata research, pandangan org2 yg faham masalah semasa ini tidak dihargai mana oleh golongan2 ulama'.

Ingat penggunaan nama Allah? Macam mana PAS bleh buat keputusan begitu? NGO, persatuan Islam lain membantah dengan keras. Tp Dewan Ulama' PAS dengna mudah bertentangan pendapat.

Memandangkan PAS empunya suara yg besar dlm komuniti Melayu Islam, maka ternodailah kefahaman mereka.

Macam soal BM. PAS seharusnya ke hadapan. Isu ekonomi. Mana solution?



Tapi diri ini hancur harapan melihat ketidak sungguhan pimpinan yang lain walaupun sudah puas kami, NGO2 ingin membantu, menegur dengan lembut.


Macama mana pn, kawan ttp kawan.

lutfi berkata...

Salam.

Jika kita bandingkan unit penyelidikan parti politik Melayu (Pas dan Umno) dan parti politik Cina, maka, kita akan berasa malu. Sehingga ke hari ini, apakah hasil-hasil penyelidikan yang diterbitkan untuk orang awam? Di unit penyelidikan Umno, yang ada hanyalah gambar Agong. Di unit penyelidikan Pas, yang ada, hanyalah dr Zulkifli sahaja. Mengapa Pas tidak cuba menguatkan u unit penyelidikan mereka? Begitu juga dengan Umno.
Hal ini berbeza dengan MCA. Mereka mempunyai unit penyelidikan yang komprehensif dan bersifat profesional, maksud saya, para pekerja diupah secara profesional. Sebab itu, mereka mampu bercakap berdasarkan fakta. Sebagai contoh, apabila mereka menolak penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan MAtematik, yang mereka ke hadapankan ialah fakta, satu angka. Pas ada buat penyelidikan tentang kesan PPSMI tadi kepada masyarakat Melayu?
Pas juga, belakangan ini, saya lihat seperti keliru. Sebagai contoh, apabila menyentuh soal Melayu, ramai pemimpin Pas melihat, Melayu hanyalah satu bangsa. Tidak lebih. Saya tidak tahu, adakah pandangan itu lahir kerana berdasarkan suasana politik kontemporari, atau apa. Tetapi saya rasa, pandangan itu timbul kerana sikap pemimpin pas yang hanya pakar dalam fiqh sirah, tetapi melupakan sejarah orang Melayu sendiri. Saya berharap mereka bacalah buku yang serius, bagaimana pembentukan umat Melayu ini. Memang, darjat manusia di depan Allah bukannya bangsa, tetapi ketakwaan. Tetapi, kita juga perlu ingat, orang Melayu ialah Islam, dan mengukuh Islam mereka lebih kritikal dan dipentingkan, daripada asyik mengharapkan undi orang lain, yang belum Islam itu.
Hany satu Pandangan.

Rausyanfikir berkata...

Inilah yang saya telah perkatakan sepanjang 2 tahun saya terjerabak dalam gerak kerja dakwah@aktivisme. Mula2 cakap di kampus (UTP) xmakan saman. Kemudian pergi Pejabat PAS, pn xleh nak watpe sbb Dr Zul xda kuasa dan yg berkuasa xnak fhm!

Alih2 saya bergerak kerja dengan org yg berpegang kepada prinsip LEBIH daripada SOKONGAN UNDI.

Ada beza tu. NGO Islam yg baik xkan terpengaruh dengan perubahan semasa.Begitu juga denga ilmua @ ulama' ikhlas yang tidak inginak jawatan dan harta. Dan saya bersyukur diperdekatkan kdp Prof. Wan serta alumnus ISTAC yg lain.


Ttg melayu itu saya dah jelaskan disini: http://sosialiskanan.blogspot.com/2008/09/melayu-baru-satu-persoalan-pasca.html

wan berkata...

Anak muda tidak boleh mudah hancur harapan, hanya kerana tidak didengari oleh golongan ulama bersikap jumud. Mereka lahir dari rahim latarbelakang yg berbeza dgn anda. Inilah cabaran apabila anda mahu menongkah arus.

Apapun, mari terus berusaha merintis perubahan.

Ahmad Aizatnur Zakaria berkata...

Setuju dengan Rausyan fikir. Dan setuju juga dengan Wan.

Sdr sosialiskanan selalu quote pandangan Al-Attas terutama mengenai pandangan alam. Baik. Dalam erti kata mudah, memandang mengikut kaca mata al-quran sunnah.

Tidak kira PAS, NGO, ISTAC dan jemaah islam lainnya semua berjihad. Dalam hal ini, ulama membahagikan Jihad kepada dua iaitu jihad khas dan jihad umum.

PAS menjalankan jihad khas dalam
mengutarakan nasihat dan kalimat yang haq kepada penguasa yang zalim bahkan disebut sebagai afdhalul jihad (jihad paling utama) (HR. Imam Abu Daud), dan jika ia mati terbunuh karena amar ma’ruf nahi munkar kepada penguasa yang zalim maka ia termasuk penghulu para syuhada, bersama Hamzah bin Abdul Muthalib (HR. Imam Hakim, shahih, dan disepakati Imam Adz Dzahabi.

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad Dari radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Agama itu nasihat”, Kami bertanya, “Bagi siapa?”, beliau menjawab, “Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, Imam-Imam kaum muslimin dan orang-orang umumnya. “ (HR. Imam Muslim. Riadhus Shalihin no. 181. Bab Fi an Nashihah. Lihat juga Bulughul Maram no. 1339, Bab at Targhib fi Makarimil Akhlaq)

Apakah kita mahu menafikan terhadap penolakan pelaksanaan syariat islam yg dilakukan oleh penguasa zalim UMNO dan BN?

Adapun Sdr sosialis kanan, ISTAC, jemaah islam lainnya juga berjihad. Iaitu jihad Umum yang diperlukan untuk mengisi kemenangan islam. Tiada yang di permasalahkan. Tiada isu siapa buat kerja atau tidak disini.

Ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Prof Harun Din etc bagi saya bukannya tidak mahu terlibat secara langsung dalam program intelektual yg sdr maksudkan tetapi perlulah kepada awlawiyat. Dan saya yakin, prioriti ini bukan atas pandangan peribadi mereka melainkan ianya hasil ijtihad dari worldview al-quran sunnah itu sendiri. Tidak perlu berhujah panjang lebar, lihat sahaja keluasan ilmu Tuan Guru haji hadi menerusi buku "Hadharah Islamiyah bukan islam hadari" dalam menghancurkan ahli pemikir sesat intelektual sekular UMNO itu.

Khuwatirnya, program islamisasi ilmu yg sdr senangi makin menundukkan islam secara halus kepada 'pondasi' sekular itu sendiri. wallahua'lam

Rausyanfikir berkata...

Wassalam.

Terima Kasih kerana bg komen.

Akan dijawab kelak dalam entri akan datang.

HR berkata...

sdra RF,

saya harap sdra boleh memperincikan maksud segolongan umat Islam (yang saya kira liberal) untuk mengiakan kapitalisme sbg sebahagian dr Islam..

yang ianya, sy adalah salah seorang peminat kapitalisme. kapitalisme yang saya mahukan adalah 'free market' di mana harga barang adalah bergantung sepenuhnya kepada 'demand and supply'.

mungkin ada 'dark side' kepada kapitalisme itu sendiri yang membuatkan sdra berfikir yang kapitalisme tidak sesuai dengan Islam.

Rausyanfikir berkata...

Akan diperincikan kemudian. Cuba baca lagi entri2 lain.