Sabtu, 22 November 2008

Ghazalian Framework



Saya sangat jarang merancang sebelum membeli buku. Selalunya saya akan membeli buku yang ada ‘oomph’ ya’ni boleh diertikan buku yang mempunyai dara tarik intelektual yang unik.



 

Antara tokoh ulama’ silam yang saya tanpa berfikir panjang untuk memiliki karyanya adalah “Hujjat al- Islām” Imam Abū Hāmid al-Ghazālī.

 




Sebelum ini saya tidaklah pandang sangat Imam al-Ghazālī tapi setelah kenal idea Prof. al-Attas, saya jatuh hati dengan karya-karya ulama’ silam kerana Prof al-Attas sendiri menggunakan Ghazalian frame work dalam menjelaskan pelbagai masalah ummah.

 



Prof. al-Attas juga menggunakan Ibn al-‘Arabīan frame work ya’ni berasaskan pemikiran tassawuf “Syakh al-Akbar” Tassawuf, Ibn al-‘Arabī. Setakat ini saya tak mampu lagi nak menelaah karya Ibn al-‘Arabī sebab kompleks dan rasanya memang jiwa ini belum bersedia.

 

 


Membaca sahaja belum memadai. Mengkaji sahaja belum cukup. Yang terbaik ialah mensintensiskan rangka pemikiran al-Ghazālī ke dalam kehidupan seharian kita dalam menyelesaikan masalah umat. Dan ini bukan satu kerja mudah. Perlu bertafakur dalam-dalam.


 

 

Alhamudulillah, Prof. al-Attas dah permudahkan kerja tersebut. Jikalau kita dapat tangkap big picture of Prof al-Attas punya idea, kita dapat melihat kesamaan cara penjelasan, pengatur caraan hujah, analisa masalah, serta penyelesaiaan yang dikemukakan Prof. al-Attas sangat mirip dengan apa yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazālī.


 

 

Antara karya Imam al-Ghazālī yang telah saya miliki:

 

  1. Iyā’ ‘Ulūm al-Dīn ( Revival of Islamic Science) – 8 jilid lengkap
  2. Ayyuhal Walad ( Advice to a son)
  3. Mishkāt al-Anwār ( The Niche of Lights)
  4. Munqidh Min ad-alāl ( Deliverance from Error)
  5. Tahāfut al-Falāsifa ( The Incoherence of the Philosophers)
  6. Bidayatul Hidaya ( The Beginning of Guidance)
  7. Minhajul ‘Abidin (Methodology for the Worshippers)
  8. Nasihat al-muluk ( Counseling Kings)
  9. Kimiya-e-sa’ādat ( The Alchemy of Happiness )

 

 

Buku berkaitan al-Ghāzalī:

 

  1. Biografi Imam al-Ghazālī oleh Shaleh Ahmad Asy Syami
  2. Ketokohan al-Ghazālī dalam bidang logic oleh Mohd Fauzi Hamat
  3. Al-Ghazālī: a study in Islamic epistemology oleh Mustafa Abu-Sway
  4. The Ethical Philosophy of al-Ghazālī oleh Prof. M ‘Umaruddin
  5. Some Fundamental Aspects of Imam al-Ghazālī’s thought oleh Prof. M ‘Umaruddin.

 

 

Saya juga memiliki dokumentari biografi Imam al-Ghazālī “ The Alchemy of Happiness” yang boleh di muat turun melalui Google Video.


 

Turut serta beberapa kertas kerja berkenaan Imam al-Ghazāli yang saya selongkar dalam internet, perpustakaan, seminar, persidangan.

 

 


Saya amat syorkan setiap keluarga mempunyai jilid lengkap Iyā’  kerana ianya sangat berguna dalam setiap segi kehidupan kita pada zaman yang penuh cabaran itu. Walaupun Imam al-Ghazālī telah pergi buat 1000 tahun, sumbangan beliau sangat relevan untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah umat Islam zaman moden.

 

 


Kata Prof. Wan, bilamana seorang alim itu diberi gelaran “Hujjat al-Islām” oleh jumhur ulama’ dari dulu sampai sekarang, apa yang beliau tulis, dan muatkan dalam karya-karyanya harus difikir dalam-dalam.


 


Contohnya, dalam Iyā’ , Imam al-Ghazālī menggunakan aturan logik yang penting dalam menyampaikan hujah. Selalunya beliau akan menyusun hujah menggunakan dalil al-Quran, hadith, kemudian dituruti dengan parables (kata-kata hikmah) daripada para sahabat, ulama’ silam yang berwibawa berkenaan sesuatu topik.



 

Ternyata bilamana saya membaca ‘Kitab Ilmu’ ya’ni buku bertama dalam Iyā’, memang jelas persamaan yang cuba diutarakan oleh Imam al-Ghazālī dan Prof. al-Attas ya’ni masalah ilmu dan kehilangan adab.


 

 

Kalau anda ingin memahami permasalahan dan penyelesaiaan umat Islam masa kini, Iyā’ masih relevan untuk dibaca begitu juga dengan karya-karya Imam al-Ghazālī yang lain.



1 ulasan:

Nik Mohd Adzhar @ ZaHaN @ Namo37 berkata...

Ada sebuah buku menarik yg boleh anta baca bertajuk: Pemikiran Islam Klasik (..Falsafah Yunani dan Gerakan Tajdid) oleh Dr Abdul Rahman.Bukunya nipis tetapi padat.