Khamis, 27 November 2008

Gerakan Anti PPSMI







Masa semakin suntuk. Jati diri bangsa Melayu bakal terhakis dengan cukup halus melalui perbuatan durjana in. Ya, yang dimaksudkan adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ataupun nama singkatannya PPMSI.



Hairan. Saya tertanya-tanya di manakah para pemimpin Melayu yang kononnya mempertahankan bangsa, agama dan negara dalam isu PPMSI ini? Ke mana pergi jaguh-jaguh politik 8 Mac yang lalu?



Baik yang berkuasa (baca: BN) mahupun yang separa berkuasa (baca: PR), semuanya senyap sunyi bila datang isu tentang Bahasa Melayu.  




Inilah bahana politik kepartian. Apabila yang hendak memimpin itu tidak empunya ilmu dan penasihat yang berwibawa, ceteklah jadinya pengamatan mereka berkenaan perkara yang penting sebegini.




Saya tidak percaya parti-parti politik yang ada pada hari ini mahu toleh kepada isu Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh. 




Siapa lagi yang mahu selamatkan Bahasa Melayu daripada diperkosa oleh proses sekularisasi yang semakin menghimpit kehidupan kita melalui jalan ilmu?



Saya percaya golongan yang bakal menanggung amanah ini adalah golongan mahasiswa/siswi yang celik.



Dengan itu saya menyokong penuh tindakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam usaha penubuhan Gerakan Anti PPSMI.



Gerakan Anti PPSMI (GAP) adalah suatu usaha kesedaran "Selamatkan Bahasa Melayu" yang ditubuhkan oleh PKPIM bagi memastikan Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen" terus diperlihara. 



Sehubungan dengan itu, GAP akan mengadakan sebuah forum berkenaan isu ini khususnya kepada golongan mahasiswa yang sayang akan jati diri Melayunya dan yang faham akan kepentingan Bahasa Melayu dalam proses Islamisasi di rantau ini, untuk bersama-sama kita memahami (teori) dan seterusnya memperjuangkan (praktikal) kedaulatan Bahasa Melayu di bumi bertuah ini. Butiran forum:

Tarikh  : 30 November, 2008 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Serbaguna, Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Panelis: Sdr. Kamal Shukri (Timbalan Presiden Persatuan Lingustik Malaysia)
              Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal @ Sosialis Kanan @ Rausyanfikir  (Koordinator     Kampus, TERAS Pengupayaan Melayu)

Anjuran
 



Rujukan lanjut berkenaan GAP dan PPSMI sila klik
sini.



P/S: Saya akan berkongsi dengan para hadirin sekalian akan kepentingan Bahasa Melayu dari sudut pandang Islamisasi seperti yang telah digariskan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di samping kupasan ringkas akan hubung kait Bahasa Melayu dalam memperjuangkan isu ekonomi dan perpaduan nasional rakyat Malaysia. Saya juga akan mengupas beberapa langkah untuk mengatasi permasalahan ini dari sudut pandang Mahasiswa.





4 ulasan:

Aqil Fithri berkata...

memang partai2 politik kita sukar utk diharapkan sepanuhnya. kepentingan mereka lebih banyak berbanding mahasiswa.

usaha PKPIM, sdr, dll harus dihargai. tapi, kita perlu lebih ramai lagi yang terlibat.

tahniah!

mohamad berkata...

Salam perjuangan

Minta jasa baik saudara untuk rumuskan inti pati diskusi bagi sahabat-sahabat yang tak berpeluang turut serta dalam forum tersebut. Terima kasih

hotman52 berkata...

Sdra.Rausyanfikir,

Saya harap sdra.memegang prisip'agree to disagree'kerana apa yang saya catatkan dibawah adalah tidak selari dengan pegangan sdra.

Pertama,kita tidak harus keliru dengan emosi kecintaan kita terhadap bahasa ibunda dengan keperluan dan matlamt kita untuk mencari sebanyak2 ilmu dunia akhirat sepertimana dituntut oleh agama kita.contoh paling ketara,penyelidikan yg. sedang sdra lakukan tidak mungkin dapat membuahkan suatu hasil yang baik dan sempurna tanpa rujukan dari bahan2/buku2/jurnal2 yg ditulis dalam bahasa yg. sdra fahami termasuk bahasa inggeris.Saya andaikan sdra boleh menguasai BI.Alhamdulilllah,ini adalah satu nikmat yg Allah limpahkan kpd.sdra. Apakah nikmat sebegini mahu sdra nafikan kepada anak2 kita yang dahagakan ilmu seperti sdra.Saya juga boleh menguasai BI,tapi seperti sdra kecintaan saya terhadap bahasa Melayu tidak pernah luntur. Pedih telinga saya dan hampir berair mata saya bila Lim Guan Eng dan Teresa Kok coba memperkecilkan taraf bahasa kita setelah dengan susah payah pemimpin2 dahulu meletakkannya dipersada sewajarnya.

Kedua, kita harus berani mengaku bahawa kita masih kemiskinan ilmu dan perbuatan 'meminta sedekah' ilmu bukanlah sesuatu yang mengaibkan, malah adalah digalakkan. Pengemis Rohingya pun sanggup belajar sepatah dua B.Melayu utk dapat sekupang dua rezeki dari orang Melayu.Jadi tidak salah rasanya kalau kita juga belajar bahasa mereka kerana inginkan ilmu yang dimiliki mereka.Cerdik pandai mereka dulu pun terpaksa belajar bahasa Arab, Parsi dan lain2 bahasa Timur Tengah kerana mahu 'minta sedekah" ilmu yg dimiliki oleh umat Islam pada ketika itu.

Rumusan saya: kita tidak perlu emotional dalam perkara menimba ilmu.Percayalah, tidak rugi utk. belajar berbagai bahasa sekiranya ianya dapat menolong kita mencapai matlamat kita iaitu utk mendapat ilmu. Dalam konteks Malaysia, saya berpendapat Usahawan Melayu mungkin akan lebih berjaya jika mereka dapat menguasai bahasa2 yg mejadi medium komunikasi perniagaan mereka seperti Mandarin, tamil dll.

n.b.coba layari website ini dan bayangkan betapa ruginya kita tanpa memahami B.Inggeris;
www.openburhan.com

Salam: hotman52

Rausyanfikir berkata...

Wassalam sdr. Hotman52,

Minta rujuk artikel 'Bahasa Melayu dan Islam" dalam blog saya untuk ulasan lanjut berkenaan polemik ini.