Isnin, 24 November 2008

G20 dan Orde Baru Ekonomi Dunia





 

Oleh Rausyanfikir ( tersiar dalam Siasah 21/11-28/11 )




Aneh. Itulah perkataan yang mungkin boleh terucap dengan melihat bagaimana persidangan yang dikatakan mampu menjadi tangan yang dapat menyelesaikan masalah krisis ekonomi dunia telah berlangsung dengan “jayanya” pada minggu lepas.



 

Persidangan G20 yang menghimpunkan negara-negara membangun dan yang sedang pesat membangun di dunia telah bersidang di Amerika Syarikat di bawah selian Presiden Bush (kini dikenali sebagai lame duck) yang bakal menyerahkan tampuk kepimpinan Empayar Amerika Syarikat (AS) kepada presiden-elect ( gelaran bagi calon Presiden AS yang menunggu tiba untuk mengambil alih Rumah Putih) Barrack Obama.



 

 

Keanehan pertama dapat dilihat dari segi orang kenamaan yang hadir. Persidangan yang sepatutnya membincangkan masa depan ekonomi dunia tidak menjemput Obama untuk duduk semeja dengan para pemimpin dunia lain yang bakal menggalas tugasan berat untuk membaiki sistem ekonomi dan kewangan antarabangsa.


 

 

Kata Obama “US has only one president at a time”.  



 

 

Apakah logik alasan yang dikemukakan oleh manusia yang bakal menentukan percaturan ekonomi dunia kelak itu? Seharusnya manusia yang paling relevan untuk turut serta adalah Obama biarpun dirinya masih belum menjadi Presiden secara sah. Ini kerana bukan Presiden Bush yang akan berhadapan dengan kekusutan ekonomi pada masa mendatang.

 

 



Daripada sini kita dapat lihat sebenarnya siapakah yang sebenar-bernarnya menguasai percaturan perancangan ekonomi dunia. Adakah para politikus yang dilantik rakyat ataupun terdapat anasir lain yang lebih berkuasa daripada kuasa undian demokrasi. Kita sudah lihat bagaiamana Presiden Bush yang mempunyai jaringan kapitalis yang kuat bersama syarikat-syarikat besar Wall Street telah menggunakan kuasa Rumah Putih dan Kongres AS untuk menyelematkan puak kapitalis yang hampir tenggelam dalam badai krisis ekonomi di Wall Street tempoh hari.

 



 

Hipotesis negatif terhadap peranan beliau dalam persidangan G20 ini boleh diambil kira kerelevenannya kerana dalam era globalisasi ini, syarikat-syarikat multinasional daripada AS sudah tentu mempunyai saham yang besar dalam percaturan politik dan ekonomi antarabangsa.

 

 



Melalui Bush, (seperti dasar pengswastaan yang terang-terang berlaku dalam kes Taufan Katrina dan Perang Iraq) mereka boleh menjaga kepentingan perniagaan mereka dengan harapan dalam proses reformasi terhadap sistem ekonomi dan kewangan dunia yang dibincangkan dalam G20 akan mengambil kira kepentingan mereka selaku peneraju ideologi kapitalisme yang mementingkan keuntungan melebihi segala kepetingan awam.

 

 



Penentangan terhadap Pasaran Bebas dan Perdangangan Bebas di negara-negara Dunia Ketiga telah menggugat pengaruh kapitalisme dengan cukup berbahaya sekali. Melihat perkembangan ini, persidangan G20 di bawah pengaruh Presiden Bush adalah satu wadah yang cukup penting bagi puak kapitalis untuk menyuntik pengaruh mereka terus ke jantung para arkitek sistem ekonomi dunia yang baru.

 

 



Walaubagaimanapun, ramai yang beranggapan persidangan sebegini hanyalah satu majlis keramaian yang berbentuk “ show of force “ terhadap peranan negara masing-masing dalam persada politik dunia.

 



 

Dilabel oleh para wartawan sebagai majlis yang tidak mempunyai agenda, persidangan G20 hanyalah satu episod tragik kepimpinan puak kapitalisme yang masih ingin berkiblatkan Pasaran Bebas secara mutlak walaupun mereka tahu bahawa itulah masalah akarnya.

 




Kali terakhir dunia memeluk perubahan ekonomi yang begitu penting adalah pada tahun 1944 ketika persidangan Bretton Woods pasca Perang Dunia Kedua menjanjikan pertukaran mata wang yang tetap dan seterusnya penubuhan beberapa institusi ekonomi neo-kolonialisme yang telah meranapkan banyak negara Dunia Ketiga iaitu International Monetary Fund (IMF) dan juga Bank Dunia.



 

Apakah benar para pemimpin G20 serius dalam menyelesaikan masalah ekonomi dunia ini? Persoalan ini menimbulkan tanda tanya akan keanehan yang wujud dari segi susur atur dan persediaan yang dilakukan oleh para delegasi persidangan tersebut.

 



Kita boleh nilai usaha mereka itu dengan merujuk sejarah lampau persidangan Bretton Woods 1944 yang melahirkan sistem ekonomi dunia yang sebegini rupa.

 



2 tahun. Itulah tempoh masa persediaan teknikal buat para pemimpin dunia pada masa itu sebelum bersidang membincangkan model ekonomi baru. Persidangan Bretton Woods tersebut bukan sehari dua tetapi berlangsung selama 3 minggu yang padat dengan perbincangan.

 



Melihat krisis yang jumhur ahli ekonomi baik kapitalis mahupun dari sekolah pemikiran yang lain perkatakan sebagai “terburuk selepas krisis ekonomi the Great Depression pada tahun 1930”, perbincangan selama 5 jam oleh pemimpin G20 jelas sekali tidak akan memberi sebarang perubahan yang signifikan akan masalah ini.

 

 

 


Sebastian Mallaby, pengarah Center for Geoeconomic Studies berasa sinis terhadap niat dan peluang persidangan tersebut untuk melakukan perubahan yang benar-benar signifikan. Beliau menambah lagi bahawa persidangan ini sebenarnya merupakan satu pengaburan fakta akan masalah kewangan domestik AS yang tidak dikawal dengan baik.

 



 

Dengan mengajurkan persidangan bertaraf antarabangsa, sedikit sebanyak peralihan pandangan daripada mencari akar masalah domestik AS akan bertukar arah kepada sudut pandangn krisis ini diperingkat antarabangsa yang sudah tentu lebih kompleks. Akhirnya para politikus AS dapat lari daripada perhatian rakyatnya yang sedang memburu para pemimpin daripada pelbagai sektor kekuasan negara yang bertanggungjawab terhadap masalah ekonomi AS.

 



 

Masalah sebenarnya, atas kepentingan puak kapitalis, (baca: syarikat-syarikat multinasional, pelabur Wall Street) para pemimpin negara masih lagi ingin beriman kepada kapitalisme biarpun esok hari dunia ini akan hancur lumat. Ini jelas dapat dilihat melalui kedegilan mereka untuk melahirkan kata sepakat dalam menyelesaikan masalah ketidak kawalan undang-undang dalam sektor kewangan domestik dan antarabangsa yang sudah terang-terang difahami umum  sebagai masalah yang paling serius dalam siri krisis ekonomi ini.

 

 



 

Perbincangan berkenaan perlunya mewujudkan pemantau sistem kewangan antarabangsa yang terdiri daripada wakil pengatur kewangan negara masing-masing untuk memantau aktiviti firma kewangan multinasional hanyalah seperti keputusan hangat-hangat tahi ayam. Ini kerana wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU) sendiri menunjukkan tanda-tanda berat hati untuk menerima keputusan sebegini. AS lebih jelas dengan terang-terangan membuat kenyataan untuk tidak ingin menerima pelan mengawal spekulasi kewangan dan pemantauan hedge fund di peringkat antarabangsa.






 

Mengikut jumhur ahli ekonomi, terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada krisis kewangan dunia iaitu pengaliran keluar-masuk modal asing yang banyak dan juga kadar peminjaman yang berleluasa. Dalam konteks senario semasa, faktor pertama berlaku apabila modal asing yang berlebihan dari China telah masuk ke AS sehinggakan melahirkan inflasi terhadap pasaran perumahan yang sekarang ini telah jatuh merudum nilainya. Faktor kedua pula dapat dilihat dengan membiarkan bank memberi pinjaman melebihi kadar yang ditetapkan sehingga mewujudkan pinjaman tertunggak yang tinggi nilainya.





Mengikut Profesor Simon Johson dari fakulti keusahawan Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang juga mantan ketua ahli ekonomi IMF, perbincangan berkenaan pengaliran modal antarabangsa bakal menjadi satu perbincangan falsafah pengurusan ekonomi yang penting buat Obama dan pasukannya kelak.

 

 


 

Para ahli ekonomi dan pemikir di Washington sedang mencari jalan sama ada untuk mengambil langkah mengawal pengaliran modal ataupun secara laissez-faire yakni membiarkan sahaja kuasa Pasaran Bebas untuk mengatur nasib ekonomi negara. AS juga perlu berunding dengan China untuk mencari penyelesaiaan yang konkrit dalam masalah ini kerana Beijing sangat mengawal pengaliran modal dan mengikat nilai mata wang mereka ke paras yang rendah untuk membantu ekonomi China yang berorientasikan export perdangan ke luar.





 

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh firma undang-undang Allen dan Overy menunjukkan 700 klien mereka yang terdiri daripada syarikat-syarikat global telah disoal selidik menunjukkan ketidak relaan untuk memilih keputusan yang akan membuahkan pemantauan insitusi kewangan dunia. Ini jelas menunjukkan falsafah kapitalisme itu masih kental dalam kantung pemikiran orang-orang kaya ini. Mereka seolah-olah gagal untuk meninjau kesan jangka panjang yang lebih memusnahkan akibat daripada kedegilan untuk terus memeluk pakai sistem ekonomi kapitalisme yang menitik beratkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang lebih memusnahkan seperti kesan kapitalisme kepada alam sekitar.

 

 



Walaupun persidangan G20 ini tidak memberi sebarang perubahan yang dramatik akan sistem ekonomi dan kewangan antarabangsa, ianya akan menjanjikan beberapa perubahan yang kemungkinan besar akan melahirkan sebuar Orde Baru Ekonomi Dunia. Perkara ini akan lebih subur untuk dijayakan dalam keadaan kemerosotan ekonomi yang berpanjangan.

 

 



Situasi ini seperti kata intelektual awam Barat, Naomi Klein adalah situasi yang sama seperti krisis 11 September dan Perang Iraq iaitu saat kapitalisme melabuhkan taktik kejinya secara mengejut untuk menjalankan “reformasi” politik, ekonomi dan sosial terhadap mangsa krisis dengan niat kononnya untuk membantu mereka tetapi sebaliknya menghisap lebih banyak harta rakyat awam yang tidak bersalah. Bailout  700 bilion USD yang gagal tempoh hari hanyalah permulaan kepada modus operandi “gegaran kapitalisme” ini.

 



 

Seharusnya, pada saat ini para intelektual, politikus negara kita baik dari mana-mana parti politik dan organisasi awam haruslah bertungkus lumus menelaah fenomena yang sulit lagi rencam ini bagi melindungi rakyat Malaysia daripada terkena terapi gegaran kapitalisme yang penuh muslihat dan tipu daya ini.

 



 

Melihat keadaan ini, seharusnya rakyat boleh menimbang tara adakah para pemimpin dan politikus ini benar-benar serius dalam menjalankan agenda untuk menyelamatkan ekonomi dunia ataupun lebih sekadar retorik politik untuk melegakan tekak rakyat. Dalam keadaan sebegini sudah tentu puak dan pemimpin kapitalis ini akan cuba menyelematkan aset mereka dahulu dengan membeli tongkol emas secara rakus tanpa mempedulikan nasib golongan marhain yang buta akan ilmu ekonomi kontemporari yang sangat menyesatkan ini.

 




Harapan besar adalah seharusnya kepada diri kita sendiri dengan memikirkan mobilisasi sosial peringkat akar umbi. Badan-badan NGO dan gerakan mahasiswa yang mempunyai fakulti pemikiran yang lebih terbuka dan tajam harus membuka mata dengan lebih luas untuk menelaah dan menyelesaikan permasalahan ini bukan sekadar dari segi jangka masa pendek tetapi lebih penting untuk jangka masa panjang.

 

6 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Aku keliru
Bretton Wood II ni dan berlaku atau belum?

Rausyanfikir berkata...

Sepatutnya jadi BW II tapi macam yg saya kata td, semua tu gimik je.

http://www.brettonwoodsproject.org/

Tapi Jomo and Zeti dah masuk dlm team reform intl financial architecture. Itu keje UNCTAD la.High level skit.

Tanpa Nama berkata...

wa ingat masalah utama nya adalah riba. bukan pasaran bebas.

Daripada Ibn Mas’ud, Rasulullah saw bersabda, “Walaupun hasil dari riba itu banyak, tetapi akhirnya ia akan mengecil / habis.” (Ibn Majah dan Ahmad)

berapa bilion habis sekelip mata hasil daripada sistem riba ?

Pakdi
http://pakdi.my

Rausyanfikir berkata...

Betul pakdi. Aku pn xdeny free market baik.

Tp yg ada sekarang ni mmg macam @#$% free market.

Mmg penipu besar negara2 kapitalis dlm FTA, Free market.

kan aku dah cakap ada 2 level yg aku tgk. Ada level teoretikal ada level realiti.

Free market teoretikal and realiti xsama.

Dgn free market versi Barat ni jugakla kita terpaksa hidup dalam konsumerisme, illicit trade etc.

Riba sudah tentu.

Wayfarer berkata...

Asslmu'alaikm hmm... hrp komen ni x lmbt sgt... nak harap G-20? Kene tunggu April pula kut (Obama will b there then)? APEC Peru baru ni apa pula hasilnya? The UN "Interactive Panel on the Global Financial Crisis" is better if they involve all members? The tallest building in the world is still going on besides other projects on top of its labor camps (the future? Berguna? We're going to see more mad people in LA & Santa Clara? (not forgetting many others opressed))

Hmm... sy x fhm bgmana cadangan En. Hasbullah dlm situasi skrg? Bg sy byk lg faktor lain Great Depression tu (interestingly the silver standard was ok), Bretton Woods was still formulised after that & the boom-bust cycle did continue... Mayb coz I'm not into economics (though open source resonates with me? I'm forced to use Fedora Core in my research & mayb LaTeX soon? Don't know when I'll replace my 2nd hand laptop (05) bought in 06, now having some permanent vertical lines on screen, replaced d mouse & charger...)

Mungkin Pakdi akan sgt suka UK's Channel 4 ongoing "The Ascent of Money" series... or bahaya kalau x dpt fikir lbh tinggi drp tu? Hmm... x taula if I'll follow suit my YTN friend who started some electrical business or my Singaporean friend who's also starting his own firm (graduated in Environmental Eng) - I was following a Cambridge startup, splashpower til its acquisition recently (they were too ambitious?) - anyhow on that C4 series, r there any "Islamic" Bank that don't use fractional reserves? (M1-M4?) I'm still confused with bonds, don't know about shares in the next episode - derivatives? LaRouche's Firewall is interesting... Harap sy x buang masa dgn benda di luar capaian sy terutamanya d separuh pertama Zulhijjah ni... Wallahua'lm Wsslmu'alaikum...

Rausyanfikir berkata...

Complex Wayfarer, complex...I lost track to this whole mess