Ahad, 30 November 2008

Citra dan akal budi institusi keilmuan Barat




Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,



Suka disini untuk saya berkongsi pandangan dalam melihat sejauh mana pengaruh jati diri dalam mempengaruhi kegiatan kelimuan (saintifik, kesenian) yang telah melahirkan realiti dunia yang ada pada hari ini.



Kejayaan para saintis Barat, dari zaman Renaissance, Enlightenment sehinggalah kepada zaman Post-Modern ini bertitik tolak dari kesedaran akliah dan jati diri yang tinggi akan ketamadunan mereka. Sudah tentu “kebangkitan” yang berlaku pada tamadun Barat bukanlah bersifat vakum. Segala penemuan saintifik, anjakan paradigma/ pandangan alam berpunca daripada beberapa peristiwa penting dalam sejarah mereka.



Antara titik penting yang memberi dampak kepada kecemerlangan budaya ilmu di Barat adalah penemuan kembali warisan Yunani (Greek) pada zaman Renaissance ( hasil bantuan para ulama’ Islam juga yang banyak menterjemah karya-karya agung Yunani). Dengan itu, kebangkitan yang ditunjangi nilai-nilai humanisme, lahirlah para saintis yang berwibawa.



Teori Copernicus, Newton, Galileo, Descartes, Kant, Nietzsche semuanya mempengaruhi hala tuju kehidupan mereka dan termasuklah para saintisnya.



Tepat sekali renungan Prof. al-Attas dalam menjelaskan aspek dan ciri Tamadun Barat. Beliau berhujah bahawanya tamadun Barat ini dari segi ilmu-nya sangat mewarisi semangat tamadun Yunani. Nama-nama seperti Socrates, Plato, Homer, Herodotus etc. semuanya telah menjadi satu house hold name dalam mencirikan budaya ilmu terutamanya di universiti-universiti mereka.



Identiti Yunani ini bukanlah sesuatu yang bersifat kosmetik dalam pembentukan dan pemeliharaan budaya ilmu mereka tapi satu aspek yang memberi makna kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di universiti-universiti tersebut. Mereka kenal dan berasa bangga dengan mewarisi budaya ilmu ketamadunan Yunani. Maka tidak hairanlah walaupun mereka maju, dari segi identiti mereka masih tetap utuh dan tidak terhakis dengan pengaruh budaya asing. Merekalah penentu standard dan makna kejayaan yang mereka capai, bukan tamadun lain.



Mari kita tinjau beberapa intitusi pendidikan tinggi Barat yang memamparkan perkara yang saya perkatakan di atas dalam memberi makna kepada budaya ilmu mereka:



Columbia University (USA).




Dua tugu besar ini memaparkan seni ukir Yunani/Roman. Patung ini diletakkan di hadapan pintu masuk universiti. Saya percaya tujuan diletakkan di lokasi tersebut adalah untuk memaparkan citra dan jati diri para penuntut, dan institusi tersebut yang berakar jauh sehingga pada zaman Tamadun Yunani/Roman yang lampau.





Ini pula gambar perpustakaan mereka. Seni bina Roman/Yunani bagi memberimakna dan rasa kepada para penuntut bahawa mereka sedang berada dalam kawasan yang mewarisi budaya ilmu agung Tamadun Yunani. Lihatlah ukiran tiang-tiang tersebut serta tugu di hadapan perpustakaannya.



Ini pula patung Ronin sedang berfikir. Mungkin dibina bagi memberi rangsangan kepada para penuntut Columbia untuk sering berfikir.



University of Oxford ( Britain)


Ini logo Oxford. Sarat dengan tulisan latin. Apakah ini tidak menggambarkan citra diri Oxford? Saya percaya mereka sangat bangga akan sejarah dan identiti silam mereka.



Sekitar Oxford. Seni bina yang dipengaruhi citra Roman, Kristian zaman pertengahan.




Terdapat juga beberapa tugu ilmuan yang mereka sanjungi. Saya kira semua ini dibina bagi mengekalkan identiti mereka sebagai satu bangsa Eropah yang hebat dan unggul melalui pencapaian-pencapaian ilmuan terdahulu.



Ini tugu Hippocrates, bapa perubatan Yunani



Ini tugu Charlse Darwin, bapa evolusionis Barat.



Ini tugu Isaac Newton.


Ini pula tugu Roger Bacon.



New York Stock Exchange (USA)


NYSE juga memaparkan seni bina zaman Roman/ Yunani.



Harvard University (USA)


Kantin di Harvard pun turut tidak ketinggalan untuk mewarisi seni bina zaman Renaissance!



University of Frankfurt (German)


Ini tugu Goethe.



Masschusetts Institue of Technology (MIT), USA.


Hatta MIT yang berteraskan sains dan teknologi pun dari segi citra dan jati diri mereka itu masih ingin dikaitkan dengan zaman Renaissance/Enlightenment.



Saya percaya semua yang dibina oleh mereka ini bukanlah satu perkara kosmetik sekadar untuk mencantikkan pemandangan kampus. Semua yang dipaparkan oleh universiti-universiti tersebut merupakan lambing citra, jati diri dan akal budi mereka yang bangga dengan mewarisi kecemerlangan budaya ilmu Yunani/ Rome yang telah pupus ribuan tahun dahulu.



Kalau di Malaysia kita juga memaparkan benda yang sama mengikut acuan kita. UKM dengan identiti Melayunya, UIA dengan identiti Islam-nya. Nama-nama fakulti, dan tempat tinggal mahasiswa/siswi mereka di beri makna yang ada perkaitan dengan tokoh-tokoh silam.



Maka kita juga harus bertanya kepada diri kita, sebagai warga UTP apakah identiti kita? Apakah kita berasa kecil untuk meletakkan jati diri kepada warisan sejarah kita sendiri?



Mungkin, antara sebab kenapa ramai anak muda kita yang bersikap acuh tidak acuh dalam kehidupan seharian mereka di UTP (walaupun hebat dari segi akademik) adalah kerana mereka tidak kenal siapa diri mereka yang sebenarnya.



Dan ini akhirnya sedikit sebanyak mempengaruhi makna dan tujuan karier mereka kelak. Apabila kurang rasa patriotik terhadap warisan sejarah budaya dan agama masing-masing, maka yang akan mengisi ruangan makna yang lompong tersebut adalah nilai-nilai materialistik yang superficial.



Tak hairanlah kalau ramai yang muda-mudi ini (generasi Y) tidak suka duduk lama dalam PETRONAS. Mungkin (saya ingin buat hipotesis) kerana makna berada dalam PETRONAS itu sudah dibataskan kepada imbuhan bulanan dan bonus tahunan yang kalau hendak dibandingkan dengan Exxon, Shell, Schlumberger memang jauh sekali nilainya!



Beza. Ini semua beza dengan zaman Young Turks dahulu sewaktu PETRONAS mula-mula ditubuhkan. Dan saya percaya, kenapa Presiden kitaTan Sri Dato' Seri Mohd Hassan Marican masih mampu meneruskan perjuangan beliau dalam PETRONAS dengan begitu cemerlang kerana beliau sangat memahami makna dan amanah dalam memipin khazanah negara ini.



Mungkin dengan pembentukkan makna dan jati diri mahasiswa/siswi UTP yang berakar umbikan citra budaya Malaysia yang mewarisi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, kita dapat melahirkan para pewaris PETRONAS yang lebih berwibawa seterusnya mengurangkan brain drain yang banyak berlaku ketika ini dalam PETRONAS sendiri.



Wallahua’lam.



P/S: Seperti yang dijangkakan dalam entri saya semalam, di Amerika Syarikat seorang petugas Wal-Mart mati dirempuh para pembeli yang rakus untuk memiliki barangan jualan dengan harga yang murah. Ini adalah satu fenomena yang cukup dungu buat masyarakat yang so-called bertamadun. Apakah ini yang ingin kita semai dalam budaya rakyat kita? Ideoligi pembangunan dan globalisasi adalah satu petunjuk awal yang kita semakin menjadi seperti mereka. Pergi dan lihat sendiri di KLCC dan segenap pasar raya besar di Malaysia. Berita lanjut di sini.

5 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Gambar tak keluar.
Sila keluarkan gambar itu dari emel

ZaHaN @Namo37 berkata...

Ilmuan Melayu/Islam kalau dapat menandingi ilmuan Indonesia pun sudah cukup bagus.

Identiti antara universiti/institusi ilmu di Malaysia tidak selaras.Ada bertunjangkan Melayu,ada Islam,ada tiada langsung ciri2 kemelayuan/keislaman.Kelihatan ISTAC lebih menonjol senibina arkitekturalnya-identiti yg ada rasa bila kita berada di sana.

Kita tidak boleh meniru pembinaan patung tetapi arca2 sebagai landmark dibolehkan.

Bagaimana suasana universiti di Indonesia agaknya,saudara wan?

ZaHaN @Namo37 berkata...

Ilmuan2 Malaysia kalau dapat menandingi ilmuan Indonesia pun sudah cukup baik.Penulisan mereka lebih mendakapi warga dunia.

Sekolah/Universiti/institusi ilmu di Malaysia tidak selari identitinya.Ada keislaman,ada kemelayuan,ada cacamerba(berhutan),ada yg tiada langsung ciri2 kemelayuan/keislaman.Cara hidup student lebih cenderung kebaratan.Kelihatan ISTAC lebih menonjol dalam senibina arkitekturalnya-ada rasa bila berada di dalamnya.

Meletakkan patung seperti di Barat mungkin tidak sesuai dengan budaya-agama kita,melainkan simbol berupa arca.

Bagaimana agaknya suasana universiti di Indonesia,berhutan jugakah?

Rausyanfikir berkata...

Indonesia rasanya tidak bole diukur dari segi patung tetapi dari segi penerbitan bukunya.


Mereka empunya ramai cendekiawan. Tetapi nak cari macam al-Attas belum ada lagi kot.

huhu.

Vendetta berkata...

Berkenaan tragedi di Wal Mart itu:

"...And this crowd didn’t crush each other. They didn’t inadvertently injure those in the front of the pack by pinning them against an immovable object. Rather, they broke down the front door and knocked to the floor one of the very staff people hired to maintain order. And then they trampled him to death..."

Sudah makin primitif jadinya masyarakat yang terlalu materialistik ni!

Selanjutnya di: http://www.counterpunch.org/macaray12032008.html