Jumaat, 7 November 2008

Bersama para pejuang di Pulau Mutiara



Kematangan organisasi. Perjuangan akar umbi.


Mungkin itulah beberapa ungkapan yang boleh saya lahirkan daripada persidangan di bawah:




Saya telah dijemput oleh Citizen International, sebuah badan NGO dari Pulau Pinang yang telah lama berjuang dalam arena isu antarabangsa buat golongan yang tertindas. Lebih dikenali sebagai CI, ianya merupakan salah satu wadah perjuangan pengasas dan presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Idris yang cukup terkenal dengan perjuangan akar umbi yang digagas oleh beliau semenjak zaman 60-an lagi.




Boleh kata separuh daripada idealisme saya banyak terbentuk melalui gagasan perjuangan beliau (separuh lagi Prof. al-Attas).




Tak dapat dinafikan, idea-idea yang dikemukakan oleh Pak Derih ( nama yang kami selalu panggil) sangat mengakar kepada rakyat. Bukan seperti retorik macam parti politk yang mahukan kuasa dulu untuk melakukan perubahan ( baik yang ada label Islam ataupun Melayu), Pak Derih telah melahirkan ramai aktivis yang betul-betul dinamik dalam berhadapan masalah dan realiti semasa. Isu-isu penting yang telah diperjuangkan seperti Kes Akuakultur Kerpan, Free Trade Agreement Malaysia-Amerika Syarikat, kes pembalakkan dan banyak lagi. Nak tahu bacalah ruangan surat kepada editor akhbar harian untuk mengesani kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pak Derih.




Antara produk cemerlang Pak Derih yang dikenali ramai adalah Martin Khor ( ahli ekonomi United Nation) dan juga Cikgu Azmi ( Presiden TERAS Pengupayaan Melayu).




Kami-kami ni hanyalah perintis kepada para pejuang rakyat yang dah seasoned dengan masalah akar umbi rakyat. Selalunya budak-budak USM daripada Persatuan Penggerak Mahasiswa (PPM) yang banyak membawa gagasan "Sekolah Pemikiran Pulau Pinang" (setakat ini saya seorang dari UTP dan dari haluan Gamis).


Gerakan Sarongan: Saya, Cikgu Azmi dan Herry Nurdi. Kami pakai kain je sepanjang persidangan tersebut.



Saya diberi penginapan istimewa oleh pihak penganjur sepanjang sesi tersebut iaitu di Hotel Paradise. Sudah tentu sebilik dengan Cikgu Azmi dan saudara Herry Nurdi ( editor majalah Islam no.1 Indonesia, Sabili ).




Tujuan persidangan ini dijalankan adalah untuk menubuhkan satu organisasi Muslim yang mampu melakukan gerak kerja perubahan daripada peringkat akar umbi dalam menangani masalah dunia Islam.




Nanti. Mesti ada tertanya apakah sekarang yang sudah ada tidak cukup? Bukankah kita ada lambakkan gerakan Islam di kebanyakkan negara Islam?




Tidak dapat dinafikan kita mempunyai gerakan sebegitu tetapi masalahnya banyak yang ada ini terlampau sibuk dengan power struggle. Bahasa kasar sikit 'kaki politik'. Sampaikan bila dah terlampau sangat meletakkan kuasa sebagai matlamat perjuangan, yang mendapat tempias negatif adalah rakyat yang sepatut dibela.




Makanya, perjuangan gerakan Islam kebanyakkannya sangat sempit. Malah so-called ulama' yang ada banyak pula yang dualisme. Suka melakukan sloganisasi kepada perjuangan Islam.



"Kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah".




Memanglah. Tiada sapa kata salah tapi BAGAIMANA?



Kalau tak faham masalah semasa dengan BETUL dan BAIK macam mana nak selesaikan masalah yang ada menggunakan acuan Islam. Ceramah politik memang sedap sebab bantai orang.



Cikgu Azmi membentangkan maklumat mengenai kes terorisme tentera Filipina kepada umat Islam Mindanau, Selatan Filipina. Tiada siapa peduli mereka. Ini yang perlu ditampung oleh kita.



Inilah masalah gerakan Islam. Masalah akar umbi jarang diselesaikan dengan baik kerana terperangkap dalam permainan demokrasi. Bertekak dalam ceramah politik belum tentu settle masalah. Kadang-kadang jadi candu je lebih kepada penyokong mereka ini. Lawaklah, bantai itu inilah. Solution? Kirim salam.




Betullah apa Faisal Tehrani kata, seharusnya mereka "itu" patut jadi jemaah Islam dahulu, parti politik kedua.



Intelegensia Muslimat jemaah Hizbullah Lebanon. Menceritakan bagaimana pengalaman mereka membina dari kosong sehingga mampu menghalau Zionis keluar daripada Lebanon tahun lepas.



Pengecualian buat Hamas dan Hizbullah dari Lebanon. Kedua-dua gerakan Islam ini jauh berbeza sekali idealisme perjuangannya dengan apa yang banyak bersepah di dunia Islam yang lain. Walaupun boleh kata semangatnya diambil daripada cetusan idea Imam Hassan al-Banna tetapi dari segi pemeresapan idealisme kepada akar umbi itu lebih jelas.




Kedua-duanya sangat kukuh diperingkat dasar dari segi taribiyahnya. Memang membentuk gerakan dari bawah ke atas ( bottom-up) berbanding yang lain banyak dari atas ke bawah (top-bottom) kerana meletakkan kuasa lebih daripada yang isu remeh temeh di bawah.




Seperti contoh, Hizbullah sudah mempunyai jaringan media yang sangat
solid. Ianya bermula sekadar dengan penyampaian berita melalui gerak kerja membawa pembesar suara ke kawasan perumahan untuk memberitahu aktiviti Hizbullah. Sekarang mereka sudah lebih daripada itu. Mereka baru sahaja muncul. Jauh lebih muda daripada PAS.




Maka persidangan ini, seperti yang saya lihat adalah untuk melakukan jaringan kerjasama yang lebih konkrit dan kukuh dari segi mobilisasi aktivis dakwah, idea dan kempen di peringkat antarabangsa, rantau dan lokal.



Bersama Vice Secretary General PKS, Ustaz Mardani Ali Sera



Yang telah hadir antaranya seperti Partai Kesejahteraan dari Indonesia (PKS), Hizbullah dari Lebanon, Mazlumder dari Turki, dan banyak lagi organisasi yang bergerak dari peringkat akar umbi.



Tugas saya sepanjang persidangan tersebut adalah untuk mencatat isi-isi penting daripada perbincangan yang di adakan. Paling menarik adalah sesi perkongsian daripada semua peserta yang datang dari pelbagai jenis negara dan juga pengalaman berhadapan dengan bermacam-macam masalah.




Saya yakin jaringan ini akan berjaya dibawah pimpinan S.M Idris. Ini adalah kerana beliau memang sangat berpengalaman mengurus organisasi yang selalu bernaung diperingkat antarabangsa seperti yang telah dilakukan beliau melalui penubuhan Multiversity, Third World Network yang telah menyumbang dengan cukup banyak sekali kepada negara-negara Dunia Ketiga yang lain.



Penerimaan panji-panji perjuangan daripada delegasi Indonesia. 


Nantikanlah kempen dan maklumat lanjut daripada jaringan yang diberikan nama sebagai Universal Justice Network ini.



Terdapat satu lagi cerita lain.



Menerangkan konsep kepentingan bersama akar umbi rakyat.


Pada malam sebelum saya membentangkan kertas kerja saya dalam Seminar Fiqh di USM itu, saya telah ditugaskan ( sebab saya Ketua Usrah Antarabangsa Angkatan Pemuda Pemudi Islam Persatuan Ulama Pulau Pinang (APIPUMPP) ) oleh Kak Wan ( SU APIPUMPP) untuk menyampaikan ceramah ringkas bertajuk " Menjadi Mahasiswa yang Celik".





Syukur Alhamdulillah, fullhouse jugaklah majlis tersebut yang diadakan di Sekolah KAFA bersebalahan Masjid USM.



Rata-ratanya dari USM, maktab perguruan dan yang paling ajaib dari UUM pun ada!



Agak pening sebab apa sebenarnya saya nak kongsi ini. Dalam persiapan nak bentang kertas kerja yang akademik saya terpaksa adjust framework kepada idealisme aktvisme.



Kepada yang telah hadirkan diri pada malam tersebut, kalau tak faham apa saya perkatakan silalah selongkar blog ini dan baca artikel yang tersiar dalam majalah Milenia Muslim bulan ini. Harapanya penjelasan dalam medium-medium tersebut lebih jelas.




Lain kali kalau ada kesempatan bolehlah kita perpanjangkan wacana tersebut.



Izat cuba menerangkan beberapa isi yang telah saya bentang.


Terima kasih banyak-banyak kepada pihak penganjur dan juga para hadirin yang sudi hadir.




P/S: Kalau dilihat melalui photoshoot Kak Wan yang superb ini, apa agaknya yang saya tengah sampaikan dan fikirkan sepanjang sesi tersebut. Ini adalah satu potret ekspresi diri yang jarang saya sendiri sedar saya begitu. Boleh agak kot apa sebenarnya yang saya sampaikan dan bagaimana "spirit" saya pada malam itu. Tapi jujur bila saya start berceloteh (serta mengkritik parti "itu") benda yang saya ambil serius jawabnya memang khusyuk habis la membebel tu.



"!"


"?"


"..."





2 ulasan:

LensaPR berkata...

Pas warisan muawiyah, mana bisa membuat perubahan wei.

`Izzat Anwari berkata...

PPM=Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat.

Setiap terminologi membawa makna semantik yang tertentu. :)