Khamis, 9 Oktober 2008

Tentang Al-Attas



UPDATED! Sila rujuk tanda * di celah-celah perenggan untuk mendapat penjelasan lanjut di bawah .





Entri kali ini saya tulis untuk jawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mamat.com

 

Saya akan bicara perihal Prof. al-Attas atas tiket pandangan peribadi.

 

Pertama kali saya dengar nama Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas sewaktu belajar mata pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 4.  Saya tidak boleh lupa berkenaan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang dimuatkan ke dalam buku teks sejarah tersebut. Sudah tentu pada waktu itu, saya bukan begini. Hanya seoarang pelajar sekolah biasa. Maka tiada kesan yang abnormal berlaku ke atas diri ini apabila membaca buku teks tersebut.

 

Karya pertama al-Attas yang saya miliki adalah “Islam and Secularism”. Saya membelinya pada Disember 2007 dari kedai buku Kinokuniya KLCC.

 

Pertama kali berkunjung ke bangunan ISTAC lama pada awal Januari untuk menghadiri persidangan berkenaan Sains Islam. Bacaan lanjut boleh rujuk catatan saya disini.

 

Sepanjang persidangan tersebut saya masih tidak tahu yang al-Attas sudah ditendang keluar dari ISTAC. Malah saya tak faham apa-apa yang diperkatakan oleh para penceramah persidangan tersebut. Yang saya tahu, saya kagum dengan seni reka bangunan ISTAC. Itu sahaja.

 

Saya tidak pernah berjumpa dengan Prof. al-Attas mahupun berkomunikasi dengan beliau melalui sebarang medium perhubungan. Saya hanya banyak berjumpa dengan anak murid ulung beliau iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.

 

Setakat ini saya sudah miliki beberapa buah karya al-Attas. Antaranya:

 

1)       Islam and Secularism

2)       Prolegomena to the Metaphysics of Islam

3)       Risalah untuk Kaum Muslimin

4)       The Correct date of the Terengganu Inscription

5)       Comments on the Re-examination of Al-Raniri’s Hujjatul-Siddiq: A Refutation

6)       Some aspects of Sufism as understood and pracised among the Malays

7)       The Concept of Education in Islam.

8)       The ICLIF Leadership Competency Model: An Islamic Alternative

9)       The Origin of the Malay Shair

10)    Concluding postscript to the origin of the Malay Shair

11)   Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam

12)    Proceeding of the Inaugural symposium on Islam and the Challenge of Modernity.

 

 

Saya juga memiliki beberapa buah jurnal ISTAC sewaktu dibawah kelolaan Prof. al-Attas (selepas ini akan dirujuk sebagai ISTAC lama) :

 

1)       6 edisi jurnal Al-Shajarah (Inggeris)

2)       8 edisi jurnal Al-Hikmah (Bahasa Melayu)

 

Saya turut sama memiliki beberapa buah karya terbitan ISTAC lama yang ditulis oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Alparslan Acikgenc, Yasin Ceylan etc.

 

Setakat ini saya dah pernah jumpa atau membaca atau mendengar bicara ilmu daripada beberapa orang anak murid beliau. Antaranya adalah:

 

1)       Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud  (rujukan utama saya)

2)       Prof. Alparslan Acikgenc

3)       Prof. Cemil Akdogan

4)       Dr. Zainiy Uthman

5)       Dr. Zaidi Ismail

6)       Dr. Sani Badron

7)       Dr. Adi Setia

8)       Dr. Syamsuddin Ariff

9)       Dr. Farid Shahran

10)   Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi

11)   Dr. Ugi Suharto

12)   Dr. Khalif Muammar

13)   Dato’ Dr. Syed Tawfiq Ali al-Attas.

14)   Ustaz Asham

15)   Ustaz Adian Husaini

 

 

Sebelum itu mari kita renungi kata-kata hikmah daripada Saidina Ali r.a:

 

Janganlah  engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang menyampaikannnya.”

 

 

Cerita bagaimana saya boleh ‘tersangkut’ dengan idea-idea Prof. al-Attas ini sangat panjang dan kompleks.

 

Saya mengkaji Prof. al-Attas melalui senarai buku-buku, jurnal, kertas kerja yang saya miliki.

 

Saya juga mengkaji Prof. al-Attas melalui ceramah-ceramah, buku dan penulisan yang disampaikan, ditulis oleh anak-anak muridnya terutamanya daripada Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (saya miliki hampir kesemua karya mainstream beliau).

 

Pendek kata basis penilaian saya terhadap Prof. al-Attas adalah berteraskan isi (substances) dan produk akhir yang dihasilkan oleh Prof. al-Attas yakni anak-anak muridnya sendiri.

 

Saya juga melakukan timbang tara (compare and contrast) idea-idea al-Attas dengan ilmuan Islam yang lain seperti S. H Nasr, al-Faruqi, Al-Qaradawi etc. terutamanya berkenaan projek Islamisasi ilmu kontemporari ( Islamization of contemporary knowledge).

 

 

Sebelum itu harus diingat bahawa saya merupakan seorang aktivis. Bukan seorang pemikir apatah lagi seorang pelajar jurusan agama.

 

Seperti yang tertera pada blog lama saya Jiwa Muda:

 

“Seorang aktivis muda yang memperjuangkan keadilan sosial.Menyokong gerakan pemulihan sosial dan percaya kepada rakyat sebagai pemangkin tamadun. Sedang mengkaji titik persamaan Marxisme dan Islam sebagai alat kebangkitan umat berlandaskan pemikiran Dr. Ali Syariati. Gemar mengkaji permasalahan globalisasi ekonomi, budaya dan ketidak adilan sistem di dunia. Bidang khas aktivisme bersangkut paut dengan konsumeris me dan perdagangan.”

 

Itu diri saya sekitar tahun 2007.

 

Berdasarkan profil yang tertera pada laman Jiwa Muda tersebut jelas sekali saya tiada sedikit pun   pengaruh berkenaan al-Attas pada waktu itu. Boleh dikatakan saya baru sahaja mengenali beliau circa awal 2008. Tak sampai setahun pun lagi.

 

Ini penting kerana saya ingin menggambarkan perjalanan dan pengalaman saya dalam memahami idea al-Attas.

 

Circa 2007, disamping tarbiyah harakah Islamiyah daripada Gamis, saya sangat dipengaruhi oleh idea-idea intelektual Dunia Ketiga dan Eropah terutamanya dari kumpulan World Social Forum.

 

Saya sangat aktif dalam kegiatan anti-kapitalisme terutamanya yang melibatkan isu-isu globalisasi dan perdangangan antarabangsa. Secara khususnya isu Free Trade Agreement.

 

 

Ali Shariati merupakan ideolgoue saya yang utama dalam membina idealisme perjuangan mahasiswa. Itu pasti.

 

Sepanjang saya bergelumang dengan idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah yang radikal ini, saya sangat tidak nampak satu penyelesaiaan yang betul-betul solid terutamanya dalam menjelaskan dan menyelesaikan masalah akar manusia moden pada hari ini.

 

 

Para pemikir Dunia Ketiga, dan Eropah ini sangat hebat dalam melakukan analisis sosial. Pelbagai teori dan framework yang diperkenalkan tetapi penyelesaiaan kurang memuaskan.

 

Pada masa yang sama saya berasa was-was untuk menerima idea dan pemikiran mereka bulat-bulat sebabnya kadang kala idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah ini tidak selari dengan prinsip Islam terutamanya apabila dilihat dari sudut falsafah idea mereka.

 

 

Wacana masalah moden tersangatlah kurang dalam lingkungan ulama’ Islam. Saya sangat susah hendak menemui penjelasan yang baik lagi komprehensif dari ulama’ Islam yang ada pada hari ini berkenaan isu-isu yang berat. Kecuali seorang dua seperti Muhammad Assad. Rata-rata ulama’ di Malaysia kini lebih suka memilih menyelesaikan masalah ummah melalui jalur siasah.

 

Isu alam sekitar, konsumerisme, sains moden, globalisasi. Semua tema tersebut boleh dikatakan hampir tidak wujud dalam tradisi keilmuan Islam kontemporari.

 

Maka saya harus bergantung kepada idea dan pemikiran para intelektual Dunia Ketiga dan Eropah yang kita sendiri tahu banyak dipengaruhi oleh idea Zaman Pencerahan Renaissance. * 1

 

Kenapa saya menggelabah sebegini?

 

Saya lihat pejuang Islam masa kini, secara tepatnya para reformis yang banyak dipengaruhi Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb ini lebih banyak berslogan daripada menjustifikasikan selengkap-lengkapnya butiran penyelesaiaan yang dicanang hebat melalaui tema seperti “Islam as the solution

 

 

Itu semua berubah setelah saya mengenali idea-idea al-Attas.

 

 

Saya menjadi bertambah yakin dengan Islam malah saya jatuh cinta dengan tradisi keilmuan islam tradisional.

 

Idea-idea prof. al-Attas menjawab banyak persoalan-persoalan penting yang dialami oleh umat manusia pada abad ini. Saya menemui banyak jawapan dan penyelesaiaan berkenaan masalah-masalah tersebut dengan menelaah karya-karya Prof. al-Attas serta karya-karya anak muridnya.

 

 

Kenapa boleh jadi begitu sekali?

 

Ini kerana Prof. al-Attas menjawab persoalan dan masalah kita dari konteks akar permasalahannya. Bila mana kita boleh nampak, dan faham masalah yang ada pada sudut akarnya kita boleh cantas hampir ke semua masalah yang berlegar-legar ini dengan mudah kerana akarnya sudah dicantas.

 

Disinilah kekuatan Prof. al-Attas. Membuat analisa, renungan yang tajam, mengikat idea-idea penting serta merumuskan penyelesaiaan kepada hampir semua permasalahan tersebut. Dan ini banyak diterjemahkan dalam projek penting beliau iaitu Islamisasi ilmu kontemporari.

 

 

 

Pertama kali saya baca buku Islam and Secularism, saya terus jadi menyampah setelah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Kenapa jadi begitu? Sebab saya tak faham langsung apa yang ditulis oleh beliau.

 

Setelah saya berjumpa dengan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, berbincang dengan beliau berkali-kali barulah saya dapat menjiwai idea-idea Prof. al-Attas. Baru saya nampak dimana sebenarnya kehebatan Prof. al-Attas.

 

Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang cukup mendalam lagi kritikal.

 

Saya melihat sumbangan Prof. al-Attas sebagai cerminan kepada sumbangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pada zamannya.

 

Masalah yang berbeza tetapi penyelesaiaannya dari sudut yang sama iaitu Ilmu.

 

Harus diingat bahawa kelemahan dan kemunduran umat Islam ini tidak bertitik tolak daripada kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah semata-mata.

 

Setiap tamadun akan melalui zaman kemundurannya kemudian sama ada hancur ( tamadun Yunani, Romawi) atau berkubur sementara waktu (tamadun Islam).

 

Maka disini untuk semata-mata fokus kepada masalah politik umat Islam TANPA memahami dengan lebih mendalam realiti dan kebenaran yang wujud selepas umat Islam melalui zaman penjajahan dan kebangkitan Barat ( Renaissance, Pencerahan, Revolusi Industri) hanya akan menjadikan kita lebih keliru.

 

 

Ini yang sedang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini.

 

Kehilangan adab-->Berlakunya kekeliruan ilmu-->Lahirnya pemimpin yang salah

 

Maka berlakulah satu pusaran ganas (vicious cycle) antara ketiga-tiga juzuk masalah tersebut.

 

Adab yang dimaksudkan Prof. al-Attas bukanlah sesimplistik apa yang kita fahami pada hari ini tetapi seperti mana yang difahami pada zaman awal Islam

 

Ini memerlukan perbincangan semantik, metagrammatical dan metafizik Islam yang sudah tentu sangat sukar saya kupas disini kerana saya sendiri masih menelaah idea-idea tersebut.

 

 

Geniusnya Prof. Al-Attas ini bukanlah dengan idea yang entah dari mana datang tetapi merupakan satu rumusan, ikatan idea-idea yang wujud dalam tradisi keilmuan Islam yang disesuaikan dengan konteks dan permasalahan semasa.

 

Jikalau zaman al-Ghazali ada cabaran falsafah pada zaman ini sekularisme merupakan akar masalah seperti yang digariskan oleh Prof. al-Attas.

 

 

 

Menjawab beberapa kesamaran kefahaman berkenaan Prof. al-Attas

 

 

1)       Ketidak’praktikal’an idea Prof. al-Attas

 

 

Ini merupakan antara kekeliruan pertama saya hadapi ketika berinteraksi dengan idea al-Attas. Sebenarnya sedar ataupun tidak hampir semua daripada kita umat Islam terkena wabak dualisme pemikiran. Yang paling ketara adalah berkenaan pemisahan antara teori dan praktikal. Rata-rata pejuang Islam mutakhir ini memandang enteng kepada disiplin ilmu pemikiran Islam kerana kekeliruan ini.

 

Dualisme yang paling-paling ketara adalah pemisahan antara fardhu ain dan fardhu kifayah.

 

Kita iktiraf kedua-duanya. Kita hantar anak-anak kecil ke sekolah agama rakyat untuk melengkapi ilmu fardhu ain tetapi hanya setakat itu. Setelah masuk ke sekolah menengah dan universiti, kita melupakan terus peranan ilmu fardhu ain dalam pembelajaran kita.

 

Lupa disini bukan bermaksud tak solat, tak baca Quran tapi ketidak mampuan melakukan integrasi dan kesepaduan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

 

Hakikat yang sebenar adalah TIADA pemisahan antara aspek teori dan praktikal. Kedua-duanya perlu berjalan seiring.

 

TIADA pemisahan antara ilmu dan amal.

 

Selalu Prof. al-Attas dan anak muridnya dipandang remeh oleh ahli gerakan Islam (baik dalam PAS, ABIM, GAMIS, PKPIM) kerana selalu dicemuh sebagai sekadar berteori.

 

Itu sangatlah salah. Saya juga tidak beranggapan begitu.

 

Apa yang mereka buat adalah kerja praktikal juga. Adakah mengubah minda, pemikiran dan kefahaman manusia satu kerja tidak praktikal?

 

Terdapat satu kata kerja yang melambangkan ke’praktikal’an disitu iaitu mengubah.

 

Buku-buku yang dikarang mereka bukan sekadar teori tetapi sebagai satu AGEN PERUBAHAN.

 

Mengubah minda dan pandangan alam manusia bukan boleh saji dengan ceramah politik semata-mata.

 

Perlu ILMU yang membawa kepada AL-HAQQ (truth and reality).

 

 

2)       Idea Prof. al-attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat.

 

Terpulang bagaimana anda menilai perjuangan Islam itu. Bagi Prof. al-Attas, apa yang hendak dibangunkan bukan sekadar sebuah Negara Islam, Khilafah Islam tetapi sebuah Tamadun Islam! *4

 

Boleh rujuk dalam Islam and Secularism bagiamana beliau mengupas perkataan din dalam hubung kaitnya dengan ketamadunan.

 

 

Usaha untuk membina tamadun ini bukan seperti bina rumah. Tamadun seharusnya menggambarkan satu bangunan yang cukup besar, gagah dan tinggi.

 

Untuk itu, kita perlukan satu foundation yang cukup kuat dan dalam. Foundation inilah yang dipanggil Ilmu. Dengan ilmu baru dapat beramal. Dan ia akan senantiasa berjalan seiring selagi mana sesebuah tamadun itu bernyawa.

 

Ini yang berlaku dalam Tamadun Islam dari zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan sirah Baginda di Madinah hinggalah wujudnya kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berumur ratusan tahun.

 

Tidak menjadi masalah untuk idea Prof. al-Attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita pada waktu ini.

 

Perkara ini berlaku pada zaman Imam al-Ghazali juga.

 

Baghdad lumat dicincang Mongol. * 2

 

Palestin bermandi darah pancungan tentera Salib.

 

Apa yang Imam al-Ghazali buat?

 

Tulis Ihya Ulumuddin ( The Revival of Religious Science).

 

Tak ada sedikit pun perkara dalam Ihya yang membincangkan masalah serangan Mongol serta tentera Salib. * 3

 

Ihya sarat dengan persoalan mendasar dan asasi yang sangat signifikan.

 

 

Idea Imam al-Ghazali terbang keawang-awangan selama berpuluh-puluh tahun.

 

Selepas itu baru lahir Salahuddin Ayubi.

 

Bilamana Salahuddin Ayubi memanggil untuk berjihad, umat Islam di ceruk mana pada waktu itu akan bersatu dengan mudah sekali.

 

Inilah hasil sumbangan Imam al-Ghazali. Mencabut akar permasalah dan melahirkan pandangan alam Islam kembali.

 

Boleh rujuk buku Dr. Majid Irsan Kilani kalau hendak tahu sejarah kebangkitan umat Islam pada waktu Salahuddin dan perkaitannya dengan Imam al-Ghazali.

 

Mungkin nampak abstrak dan tidak ‘praktikal’ tetapi itulah hakikatnya.

 

Imam al-Ghazali pun dikecam dengan hebat oleh pelbagai ulama’.

 

 

What next for Prof. al-Attas?

 

Saya rasa persoalan ini harus ditujukan kepada kita.

 

Diri saya ini sangat terkesan dengan idea Rausyanfikir yang ditonjolkan oleh Ali Shariati. Maka saya nekad untuk berada dalam jalan ini kelak selepas melangkah keluar dari menara gading.

 

Prof. al-Attas sudah lakukan kerja-kerjanya. Orientalis, liberalis, plagariat, modenis, reformis Muslim semuanya telah diberi garis panduan untuk mencari dan memperbaiki kesalahan berfikir.

 

Karya-karyanya sudah menjadi basis untuk kita pelajari dan fahami agar dapat zahirkan menjadi penyelesaiaan konkrit.

 

Bukan mudah untuk analisa masalah dan rumuskan penyelesaiaan.

 

Kefahaman idea Prof. al-Attas ini akan bertambah kemas jikalau kita kenal siapa seteru sebenar kita yakni Tamadun Barat.

 

Kalau kita tidak biasa agak kekok sebab tak nampak kerelevenannya.

 

Ini kerana ancaman Tamadun Barat datang sebagai satu program falsafah yang menyelinap masuk dalam medium keilmuan.

 

Saya akui terdapat kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam lingkungan manusia yang membawa pemikiran al-Attas.

 

Saya harap anak-anak murid Prof. al-Attas menjadi lebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah umat. INSIST sudah menampakkan hasilnya.

 

Kita berharap anak-anak muridnya di Malaysia ini menurut jejak langkah yang sama dengan INSIST.

 

 


Wallahualam.


PENJELASAN:

Saya menulis entri ini sebenarnya sebagai muqaddimah kepada satu sesi perbincangan berkenaan idea Al-Attas dengan adik-adik dari UIA Nilai pada esok hari (11 Oktober 2008). Memang tulis tengah malam. Tersengguk depan laptop. 


Terima kasih kepada mat sejarah yang meninggalkan komen di ruangan chat box. Ada beberapa kesilapan. So saya nak clarify kat bawah

*1 : Saya sendiri confuse antara dua time frame Renaissance dan Englightenment. Ternyata setelah saya googling memang berbeza. TETAPI, dari sudut asasnya, epistemologikal tetap sama. Doubt that leads to 'becoming' without ever being a 'being'. Boleh nampak penyakit pemikiran diorang tu dalam konsep/teori evolutionism, dialectical materialism etc. Itu kalau nak ayat skema Prof. Al-Attas la. Dia macam ni. Descartes punya method of doubt tak sama dengan Al-Ghazali punya spiritual crisis. Prof. Osman Bakar ada tulis dalam buku Tawhid and Science. So, Descartes ni figure Renaissance. Kemudian Immanuel Kant pulak bantai through buku 'Critique of Pure Reason' pasal idea-idea Renaissance. Saya baca buku Allama Muhammad Iqbal "The Reconstruction of Islamic Thought", beliau kritik Kant sebab dia sendiri confuse bila nak kritik Reason. So back to square one. This is the problem of Western philosophy. So bilamana saya refer pada Renaissance Pencerahan tu bukan dari segi periodical tapi kepada epistemological problem dia. Betullah kata mat sejarah lain period TETAPI masalah epistemolgikal tetap sama. Keraguan yang membawa kepada keraguan yang tidak pernah Menjadi.



*2 dan *3: Hujah yang saya tulis ni berdasarkan pengalaman  membaca karya Hakadza Zhahara Jîlu Shalahuddin wa Hakadza ’Âdat al-Quds karya Dr. Majid Irsan al-Kilani diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. Secara bebas, judul buku itu berarti “Demikianlah bangkitnya generasi Shalahuddin dan demikianlah al-Quds kembali ke tangan Islam". Pernah bincang jugak dengan Prof. Wan pasal buku ni. Saya ada satu copy tapi Ust Dzulkhairi (Presiden GAMIS) pinjam. So maaf jugak kerana ingat dan terkeliru fakta antara Perang Salib dan Mongol. BUT the point is not much about periodical. Kalau kalian baca Ihya jelas sekali menggambarkan masalah ASASI pada zaman Al-Ghazali YANG MEMBAWA KEPADA PERANG SALIB DAN MONGOL. Dr. Majid Irsan Kilani telah berjaya mencantumkan kepingan jigsaw puzzle correlation antara Perang Salib, Mongol dan Kepalsuan Ulama, Pemerintah pada waktu itu. Saya berbeza pendapat tentang karya Mirror of the Princes seperti Nasihat al-Muluk sebagai karya defining Al-Ghazali dalam menjana kebangkitan tamadun Islam pasca Mongol dan Salib edisi 1. Ihya Ulumuddin merupakan karya UTAMA yang membawa kepada kebangkitan tersebut kalau ikut penjelasan Dr Majid Irsan Kilani. Ini sangat coherent dengan apa yang Al-Attas telah buat. Merumuskan kembali konsep kunci pandangan alam Islam. Salahuddin boleh rally Muslim troops tu sebab mereka ada solid Islamic Weltanshaaung! Thats for sure! Untuk nak faham bleh rujuk artikel anak Prof. Al-Attas, Syed Tawfiq berkenaan iklim keintelektualan pada zaman Al-Ghazali.Ringkas je kat sini.


*4:  Saya tak setuju dengan mat sejarah kalau kata isu ketamadunan sudah tidak popular. Dari lensa pasca moden, moden memang tak popular sebab konsep power, authority, etc. tak sama dengan apa yang Islam sudah bentangkan dalam lembaran sejarah. Ini kena baca bab 3 buku Islam and Secularism tajuk "Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality". No doubt saya memang terima bulat-bulat penjelasan al-Attas kaitan 'din' dan 'ketamadunan'. Sangat solid. Agama Islam secara fitrahnya sudah menjadi pemangkin kepada ketamadunan manusia. Bukan sekadar negara. Bukan sekadar khilafah. More than that.


Of course kalau kita jenis ikut argument Thomas Hobbes dalam "Leviathan" ke Bismarck ke etc. tak sama lah. Of course tak popular. Disini saya rasa sebagai Muslim, itu bukan soal popular ke tak. Tapi ni nak cari Truth. 


Sekian jawapan ringkas lagi berterabur. 


Insyaallah akan datang saya akan kupas mana yang patut. Trimas kepada Wayfarer tolong jawab sekali di Shoutbox.

 

6 ulasan:

LensaPR berkata...

Lazat sekali anda menulis ye

ajipp berkata...

saya cadangkan saudara membukukan tulisan2 saudara di blog ini dan juga di akhbar siasah.

terima kasih atas artikel bernas saudara di blog ini

Che' Ab berkata...

menarik kupasan saudara pasal Prof Naquib al-attas. saya pun sebenarnya diperkenalkan kepada karya Naquib al-Attas oleh rakan, Omar Khan, rakan karib dari Trinity College. terkejut saya sebab saya dari Malaysia pun tak pernah kenal dia. itulah, orang jauh seperti omar khan dan Sheikh Hamza Yusuf lebih menghargainya berbanding kita, gerakan 'islam tulen' di Malaysia. tak satu pun karyanya yang kami bahaskan sewaktu di Ireland. sekadar cakap2 kosong dan minum2 air, dan sedikit bacaan hadith. argh, sudah tertegak khalifah kita!

saya cadangkan saudara fayshal jgn terlalu letak banyak sangat karya dan perkataan yang 'jargon' macam epistomologi, metafizik. semua ini akan menakutkan 'rakan2 usrah' yang lain, seterusnya membenteng dakwah kepada mereka. terkesan dengan ust hasrizal sebenarnya, ideanya kompleks tapi diterjemahkan dengan baik. tgkla ramai betul yang komen dan visit blognya berbanding kita! ;-).

Rausyanfikir berkata...

to Pakcik Lensa:
"Lazat memang lazat, lagi pahit bila rakyat tidak menghargai beliau"

to ajipp:
" Insyaallah. Sedang menunggu ilham untuk menulis buku pertama"

to che'ab:

"Insyaallah. Sedang memperbaiki mutu linguistik dan logik :)"

Pengecat Bintang berkata...

Salam,

Setelah membaca entri blog ini, meluap-luap keinginan untuk menyelami pemikiran Prof Naquib al-attas dgn lebih mendalam lagi,

Terima Kasih.

khoirul anwar berkata...

Kenapa Al attas ditendang dari ISTAC ?