Rabu, 8 Oktober 2008

Propaganda






“What lies behind us and lies before us are small matters compared to what lies right to our face



Gambar di atas menayangkan satu mesej penting.



Satu paradoks kepada kosa kata yang bernama Propaganda.



Propaganda pada masa kini bukan lagi dijayakan oleh kerajaan autoritarian sahaja malah kerajaan yang demokratik turut terjun dalam kancah yang sama-memanipulasi antara fakta dan fiksyen untuk kekal berkuasa atau mengekalkan kuasa pihak-pihak tertentu.



Begitu juga dengan krisis bailout Wall Street ini.



Hank Paulson, Ben Benarnke dan Presiden Bush merupakan Tok Dalang kepada wayang kulit bailout Wall Street.



Sentimen kegawatan dan krisis ekonomi dihangatkan dalam Kongres. Media meluncur laju menayangkan kejatuhan indeks pasaran saham di seluruh dunia.



Panik. Kaget. Semua perasaan ini akan melunturkan sistem imunisasi seseroang yang tin kosong.



Ruang vakum yang wujud dalam minda manusia tin kosong akan menyedut masuk segala macam fakta, hujah, nombor dan grafik dengan deras.



Pemilihan kata bagi menggambarkan semantik yang berkesan adalah sangat penting sekali.


“Crisis”

“Meltdown”

“Crash”


Sistem pertahanan minda akan lumpuh.



Halusinasi akan muncul. Mengambil alih gambaran rasional.



Kebenaran menjadi tertunggak. Kebatilan akan mencengkam.



Itulah keadaan rakyat Amerika pasca peristiwa 11 September.



Momokkan demi momokkan telah mengambil alih akal rasional mereka.



Islamofobia muncul.



Tetapi model propaganda tersebut tidak menjadi kenyataan lagi pada ketika ini.





Rakyat Amerika telah menjadi lebih kebal dalam berhadapan dengan sentimen-sentimen sebegini.



Kewujudan laman sesawang 2.0 seperti Youtube telah mengubah kompas pemikiran rakyat Amerika.



Wacana kritis pasca 11 September telah menyuntik antibodi yang kuat ke dalam benak pemikiran rakyat Amerika.



Peranan intelektual awam seperti Noam Chomsky, Michael Moore, Naomi Klein telah membawa anjakan paradigma yang segar dalam kamus kehidupan mereka.



Inilah yang menjadikan mereka lebih berani menentang arus.



Propaganda abd ke-21 bukan lagi berbentuk Orwellian mahupun Huxleyan tetapi merupakan gabung jalin antara kedua-duanya sekali.


“Pembangunan”


“Globalisasi”


“Kemajuan”



Semua itu menjadi candu untuk menghasilkan kesedaran sintetik dalam diri masyarakat demokratik.



Mewarisi tradisi psikoanalisis Freudian dan Jungian, mungkin juga sedikit rencah perhubungan awam Edward Bernays.



Apakah di Malaysia juga begitu?



Siapakah antagonis dan protagonis dalam satira politik semasa ini?



Dalam dunia yang membelit ini, ada eloknya kita perlengkapkan diri kita dengan Ilmu.



Kerana seperti yang djelaskan oleh poster propaganda di atas, realiti yang ada ini belum pasti membawa kepada Kebenaran.



Boleh jadi yang wangi itulah yang busuk dan yang busuk itulah yang wangi.



Semacam bau pasca modenisme.



Tapi itu tiada dalam kamus orang beriman yang mengenail al-haqq melalui Ilmu Allah.



Untuk rujukan lanjut berkenaan propaganda, sila rujuk artikel saya disini.



Bagi yang lapang. Dua video menarik menanti anda.




1) The Shock Doctrine- Naomi Klein



2) Manufacturing Consent- Noam Chomsky


Cuba selesaikan model matematik ini:


Propaganda + Demokrasi + Kapitalisme + Krisis Ekonomi +Populisme = ?



Selamat berfikir.




P/S: Jangan lupa aspek metafizika dalam menyelesaikan model tersebut.



2 ulasan:

hafiz berkata...

dalam apa sistem. dalam apa nama. dalam apa cara. arrrrghhh ia semakin gila!

ifahk berkata...

propanganda alat mereka yang selalu ingin berkuasa! yang ingin mencari untung! malangnya umat melayu malas nak berfikir; apatah lagi membaca buku! sebab tu telan2 bulat2 maklumat dari MSM.

boleh lihat beza budaya intelektual umat melayu islam dengan umat lain. tak payah pergi jauh; tengok saja komen2 di tranungkite.net!! membayangkan betapa umat melayu ni malas berfikir...menuduh tanpa bukti dan kajian