Ahad, 12 Oktober 2008

Polemik wacana yang berat

3 Jam. Itulah tempoh masa yang kami ambil untuk membincangkan perihal Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Masjid UIA Nilai. Itupun hanya sempat bincang latar belakang beliau sahaja.

 

Tidak masuk langsung kepada isinya (substances) lagi.

 

Dalam masa 3 jam itu saya ditembak dengan pelbagai jenis soalan. Ada yang ‘ganas’, ‘sinis’ dan juga yang ‘pelik’ bentuk soalannya.

 

Semua ini memberi rasa gerun kepada saya jikalau pada masa akan datang saya diizinkan menjadi seorang pensyarah di mana-mana universiti.

 

 

Walaubagaimanapun, saya menerima semua persoalan itu dengan hati yang lapang. Tidak hairanlah kerana ramai  adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan wacana yang serius sebegini.

 

 

Saya pun begitu juga. 2-3 tahun lepas rajin ke sana ke mari pusing satu Malaysia.

 

Keluar duit pergi seminar, persidangan, tambang LRT,Komuter,Teksi, buku, majalah. Entah berapa ribu ringgit dah habis. Bagi saya semua ini satu pelaburan jangka panjang.

 

Saya juga dapat kesan kelemahan kepada perbincangan tersebut. Semacam kedua-dua belah pihak (pembentang dan pendengar) tidak begitu bersedia untuk melakukan proses perbincangan dua hala yang betul-betul berkesan.

 

Betullah nasihat Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud kepada saya.

 

Kadangkala kelajuan itu boleh membunuh.

 

Tergesa-gesa untuk menerangkan, menulis sesuatu akan membawa kepada kekeliruan kefahaman.

 

Untuk memahami idea Prof. al-Attas bukanlah semudah membaca Maza Yakni karya Fathi Yakan yang diguna pakai oleh hampir semua naqib-naqibah gerakan Islam di kampus.

 

 

Perlu masa, dan usaha untuk memahaminya. Perlu berjumpa dengan anak-anak muridnya.

 

Pada ketika ini, saya boleh katakan kefahaman saya berkenaan idea Prof. al-Attas hanya pada kulit ideanya sahaja. Belum lagi mampu memperdalaminya secara lebih halus. Kalau saya faham pun saya masih belum dapat menzahirkan idea-idea tersebut ke dalam bentuk yang lebih mudah dalam penulisan mahupun percakapan.

 

Benda yang melibatkan falsafah berkadar terus dengan pandangan alam (worldview) seseorang. Mungkin tak dapat pegang dan lihat tetapi dapat rasa dari hati.

 

Sebelum saya berjumpa Prof. Wan, saya akan membaca dahulu apa-apa material yang relevan untuk diperbincangkan.

 

Perlu ada adab dalam menuntut ilmu dengan para Profesor sebegini.

 

Saya tidak akan tanya soalan yang boleh jawapannya di perolehi melalui  ‘Sheikh Google’ dan ‘Sheikh Wikipedia’.

 

Tetapi ini bukan bermakna kita ber ‘talaqqi’ dengan Google mahupun Wikipedia.

 

Google dan Wikipedia hanyalah tangki maklumat.

 

Ilmu, maklumat  bukanlah sesuatu yang meragukan (zann). Dalam Al-Quran sendiri ada perbezaan antara ‘ilm’ dan ‘al-ilm’. Ada maratib ilmu juga. Oleh itu untuk memperolehi keyakinan hendaklah diperhalusi dengan guru yang muktabar.

 

Strategi saya adalah membaca dahulu buku-buku al-Attas kemudian yang mana tak faham,kurang jelas akan saya bahas semula dengan Prof. Wan. Itu apa yang telah saya buat dalam  beberapa siri pertemuan ringkas dengan beliau.

 

Saya masih berpegang kepada nasihat beliau untuk membaca buku Islam and Secularism sebanyak 3 kali. Perlu dibaca dengan perlahan-lahan disamping bertafakkur diantaranya.

 

 

Tidaklah sesusah Ibnu Sina yang membanting minda membaca karya Metaphysics tulisan Aristotle selama 40 kali. Itupun tak faham-faham. Ibnu Sina hanya mampu fahami karya tersebut setelah membaca ulasa karya tersebut yang ditulis oleh al-Farabi.

 

Begitu juga dengan Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali. Selepas mengajar anak muridnya di Madrasah Nizamiyah, beliau akan meluangkan masa untuk memahami ilmu falsafah Yunani. Beliau terpaksa mengkaji dengan sendiri kerana ilmu falsafah Yunani masih belum menjadi satu disiplin ilmu yang rasmi dalam sistem pendidikan Islam pada waktu itu. Selepas betul-betul memahami selok-belok ilmu falsafah barulah meliau menulis Maqasid al-falasifah dan kemudian menembak ‘silver bullet’ kepada ilmu falsfah yunani menggunakan karya Tahafut al-falasifah.

 

Semuanya perlukan usaha dan dedikasi daripada DIRI dahulu.

 


Kesian juga bila adik-adik kata tak faham terminologi-terminologi yang diguna pakai dalam tulisan dan perkongsian saya. Ada yang suruh saya tulis macam Saifulislam.com.


 

Saya akui ada kekurangan dari segi ini. Saya sedang melakukan usaha-usaha memperbaiki mutu  linguistik dan logik dalam penulisan dan percakapan.


 

Untuk isu nak permudahkan penulisan semacam Saifulislam.com, saya juga ada pandangan yang berbeza dalam hal ini. Janganlah kerana kita hidup dalam dunia yang serba pantas dan instant, proses memahami dan menuntut ilmu itu juga disamakan dengan cara memasak Maggi.


 

Saifulislam.com ada niche yang tersendiri.


 

Sosialiskanan.blogspot.com ada niche yang tersendiri juga.


 

Saifulislam.com sudah menjadi bapa kepada 3 orang anak yang comel.

 

Sosialiskanan.blogspot.com masih solo.


 

Sudah tentu pengalaman hidup, pencernaan dan pemprosesan ilmu itu berbeza.

 

 

 

Harus diingat tidak semua idea boleh dipermudahkan maksudnya. Akan hilang maksud yang sebenar jikalau kita salah mengguna takrif dan perkataan tertentu.

 


 

Tidak hairanlah golongan mahasiswa dan siswi sangat kurang membaca buku-buku serius. Ini termasuklah golongan da’ie yang hebat berpencak dalam gerakan Islam. Hatta pimpinan kampus pun masih jumud dalam memilih bahan bacaan. Dari mula masuk sampai keluar masih berlegar dengan buku-buku DPF.


 

Saya tidak menghina buku-buku DPF.


 

Saya cuma rasa kecewa dengan mentaliti dan sikap golongan da’ie yang malas nak membaca buku yang diluar norma seorang ahli gerakan Islam.


 

Buat konsert nasyid kaut sponsor beribu-ribu ringgit boleh. Nak buat majlis ilmu serius yang percuma di masjid pun aduhai…memang tak masuk dalam taqwim gerakan.

 

 

Sudah tentu saya berasa segan hendak tanya kepada Prof. Wan soalan-soalan remeh mahupun membuat kritikan terhadap al-Attas yang saya dengar secara khabar dari mulut ke mulut. Selalunya kritikan yang dibuat kepada al-Attas tidak diberi justifikasi yang mendalam. Kadang kala tanpa kefahaman pula. Macam Farish Noor dan Pevez Hoodbhoy kritik Islamisasi ilmu. Sangat dangkal.  Dah dijawab oleh Dr.Adi Setia dalam jurnal Al-Hikmah.

 


Dari segi adab, seseorang pelajar tidak digalakkan untuk bertanyakan soalan yang belum sampai peringkat pembelajaran atau pemahaman kerana ini adalah perbuatan yang dicela.

 


Saidina Ali r.a berkata: "Hak dari seorang yang berilmu (guru), ialah jangan engkau banyak bertanya kepadanya! Jangan engkau paksakan dia menjawab, jangan engkau minta bila dia malas. Jangan engkau pegang kainnya bila dia bangun, jangan engkau siarkan rahsianya! Jangan engkau caci orang lain di hadapannya, jangan engkau tuntut kelalaiannya! Jika dia silap terimalah kemaafannya! Haruslah engkau memuliakan dan membesarkannya kepada Allah, selama dia menjaga perintah Allah. Jangan engkau duduk di hadapannya! Jika dia memerlukan sesuatu, maka ajaklah orang ramai menyegerakannya."

 

Maka disini saya menyarankan bagi mana-mana mahasiswa-mahasiswi yang hendak mengetahui lebih mendalam signifikan idea al-Attas bolehlah berusaha bertemu dengan anak-anak murid beliau yang banyak mengajar di UIA, dan IKIM. Disarankan juga membaca Risalah untuk Kaum Muslimin yang boleh dibeli di Pekan Buku UM ataupun Research Center UIA. 


Kalau rajin sikit pergilah ke ISTAC baru di Damansara. Saya dah beberapa kali borong buku di sana. Staf-staf mereka pun dah cam muka budak Chemical Engineering dari Tronoh. Sempat jugak borak-borak dengan staf-staf lama. Berkongsi kisah kegemilangan ISTAC yang dahulu.

 

Pada hemat saya cara untuk kita yang masih mentah ini nak kenal kepentingan idea al-Attas secara berkesan hendaklah kita kenal dulu siapa musuh kita yang sebenar.

 

Tamadun Barat.

 

Bukan kerana xenophobia tetapi dari segi kefalsafahan, pemikiran, budaya etc.

 

Bukan semua dari Barat itu teruk. Kita bukan penganut agama yang hermit.

 

Satu permulaan yang baik. Kami bersepakat, Insyaallah pada perbincangan akan datang kami akan cuba menyelusuri dan membongkar semahu-mahunya ketamadunan Barat.


Kenalah baca berdozen buku lagi...

 

 

 

9 ulasan:

Tawel Sensei berkata...

Kalau niche blog ni adalah untuk mereka yang boleh sabar dan tak lalok kepala bila baca tulisan dan idea yang berat-berat; untuk para ahli akademik, elit dan ahli falsafah misalnya, mengapa perlu menulis dengan gaya Saiful Islam?

Tapi kalau sasarannya adalah golongan yang biasa-biasa sahaja, kena hati-hati sikitlah bro. Gaya bahasa blog ni memang sukar nak faham kalau tak kena gayanya. Ala-ala bahasa cendiakawan.

Jadi kena baik-baik sikitlah. Bahasa cendiakawan ni ibarat bahasa mati seperti Latin dan Sanskrit; sikit sangat golongan yang boleh membacanya, apatah lagi untuk memahami isinya.

Tulisan ni bagus kalau nak tahu Why Should You Use Plain Language:
http://www.hsph.harvard.edu/healthliteracy/how_to/clear.html

Pemikir 21 berkata...

kami pun sebagai peserta kena banyakkkk lagi membaca + berfikir (secara serius) pastinya!

hunger 4 truths..

what is our homework 4 the next discsn bro? Heh..

faizah berkata...

erm....
kena banyak buku lagi...
buka hanya berdozen..
berdozen-dozen lagi..
thank you bro...!!

murasakigurl berkata...

assalamualaikum,
saya amat gembira dpt menyertai discussion abg haritu kat masjid nilai. walaupun saya ni agak buta tokoh, tapi saya rasa ni permulaan yang bagus bg saya untuk mula mengenali tokoh2 Islam. saya harap dapat join lebih byk discussion macm tu. Thanks ye abg fayhsal. lagi 1, doakan saya utk ttp hati nak smpikan dakwah ke Korea. Hehehe

someideas berkata...

pernah dengar ulama namanya ibnu hazam? seorang ulama yang terkenal fatwanya yang keras dan rigid. apabila diselidiki, beliau adalah seorang yang jarang travel. sebenarnya, ramai ulama yang travel akan lebih lembut fatwanya apabila bertemu pelbagai ragam manusia. ingat kepada ulama besar kita, Imam As-Syafie, yang menukar pendapatnya kepada qaul jadid daripada qaul qadim selepas beliau ke Mesir?

kedapatan juga beberapa ulama ikhwanul muslimin, seperti sheikh rashid gannouchi dan Dr Kamal el Herbawi, yang dahulunya islamist, namun sudah bertukar fatwanya sekarang apabila lama di UK. umpamanya, dalam persidangan kecil ikhwan baru2 ni, mereka berpendapat hukum murtad bukan lagi bunuh kerana ia bertepatan dengan kebebasan beragama. cumanya, hukuman itu valid sebab dahulu sebab dikira bughah(khianat) kepada khalifah.

ada kesempatan nanti, melanconglah dan berfikirlah di tempat2 yang ada kebebasan berfikir. insyaAllah, lagi luas kebenarannya. waAllahualam

Rausyanfikir berkata...

1. Kpd adik2 UIA Nilai:

Homeworknye adalah baca sejarah ketamadunan barat terutamanya dari segi pemikiran. Syukran jazilan kpd semua yg sudi hadir.

2. Kpd someideas@acab:
Aku xdeny semua tu betul. Tp as a Muslim kita kena aware tradition kita. al-attas is not a stranger to the west.He had been there for quite a long time plus challenging the orientalist. Kalo di ISTAC dahulu, semua anak muridnya perlu mengkaji tamadun barat ke akar umbinya disamping khazanah tamadun ISlam.. Nak tahu kualiti mereka kenalah baca buku2 terbitan mereka esp anak muridnya yg dari indonesia.Betul2 quality scholarship.Serius.Aku xpernah rasa impress pada golongan usz semacam mana aku impress pada student2 ISTAC lama.


Aku fhm maksud ko acap.Aku bukan xenophobic.Dan aku juga tidak dogmatik tanpa kefahaman daripada ilmu yg sahih. Mcm mana pun aku akan refer balik pada prof. Wan. He got the best of both world.West and Islamic traditon.Just like his students yg berterabur skrg ni.Kalo aku xenophobic xda aku pakai idea Foucault, Gramsci etc. :)

Rausyanfikir berkata...

Haha.Betul bro tawel.nk wat camne.kdg2 susah la nk translate.bunyi pelik dlm BM.ini yg saya bengang sbb kita tidak mantapkan wacana subjek serius2 dlm BM.


Tp xpa.sya sdg membaca bnyk novel melayu untuk mendapatkan 'feel' menulis dgn lebih santai.

Skrg dok bca buku2 berat makan fakulti kognitif sya pun jd la begitu.

:: unexistance :: berkata...

Salam,
Boleh ke nak join pergi jumpa Prof. Wan? setakat mendengar je cukup la dulu :D

juga pemikir berkata...

Saya kene baca banyak lagi ni. Betul, untuk tuntut ilmu perlu ada interaksi.
Berjumpa anak murid Prof.Al Attas?.Walaupun 'payah' perlu diusahakan.
Mungkin langkah awal dalam memahami idea2 beliau ialah dengan berinteraksi dengan buku2 dan 'pengikut' anak-anak kepada anak-anak murid Prof. al Attas. Akur, dalam mencari yang benar, kesilapan pasti berlaku kerana perubahan itu berlaku dari yang silap kepada yang betul.

Dalam medan perubahan kefahaman,untuk masuk dari kerangka silap kepada kerangka yang betul, pasti banyak yang perlu diperbetulkan, dikomen, dikritik.

Dan interaksi awal itu ialah menerima komen dan kritikan untuk upgrade kefahaman. terima kasih =)