Khamis, 23 Oktober 2008

Pilihan Raya Kampus: Hedonis vs. Islamis





Mahasiswa dan kereta kebal di Tianmen Square , 1989. 



"
Life must be understood backwards, but ...it must be live forward" --- Soren Kierkegaard

 

 

Untuk mengerti makna kehidupan, kita harus merenungi dan memahami yang telah pergi. Bukan kerana kita bersikap nostalgik, tetapi sebagai batu asah kepada jalan kehidupan yang mendatang. Manusia yang kenal sejarahnya, akan kenal jati dirinya. 

 

 

Begitu juga dengan mahasiswa. Jarang sekali golongan yang berpendidikan tinggi ini memikirkan konotasi "Maha + Siswa" tersebut. Saya masih tidak menemui entimologi kepada perkataan ini tetapi dengan melihat sejarah yang pernah ditinggalkan oleh batalion pejuang mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais, sudah cukup menggambarkan darjat sebenar golongan ini.

 

 

Fenomena mahasiswa sebagai tunjang kebangkitan rakyat bukan satu perkara yang asing. Revolusi May 1968 di Perancis, dan Kebangkitan Mahasiswa di Tianmen Square 1989 melambangkan kekuatan tersembunyi mereka dalam berhadapan dengan tekanan sosial yang mencengkam.

 

 

Mahasiswa zaman sekarang mewarisi bentuk perjuangan ini dalam pelbagai wajah. Yang paling tegar dari semua kalangan adalah golongan Islamis yang terdiri daripada ahli Gabungan Anak Muda Islam Semenanjung (Gamis), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga gerakan runcitan yang lain. 

 

 

Sekilas pandang nampak perbezaan antara gerakan-gerakan tersebut tetapi jikalau dicari titik persamaannya kita dapat lihat bahawa tumbuhnya gerakan ini adalah tidak lain daripada pengaruh gerakan Pan-Islamisme di bawah tokoh seperti Muhammad Abduh dan al-Afghani. 

 

 

Pendek kata mereka ini adalah reformis zaman moden.

 

 

Idealisme yang mereka bawa selalunya berlegar dengan slogan "al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup" tetapi lebih ditekankan sebagai cliche. Lebih kepada rupa (form) daripada isi (substance).

 

 

Ini yang menjadi masalah kepada gerakan mahasiswa Islamis yang bakal bertempur dengan musuh-musuh mereka di kampus masing-masing yang so-called Hedonis.

 

 

Betulkah musuh mereka itu Hedonis? Puak yang sukakan hiburan dan kesenangan hidup? Jikalau merekalah musuh kita maka sudahkah kita mengenalinya dari akar umbi?

 

 

Pada hemat saya, rata-rata pendokong dakwah yang akan bertanding kelak ini hanya mampu mengenali simptom penyakit dalam masyarakat kampus. Mereka lebih mengenali hedonisme yang dibawa oleh nyamuk-nyamuk kecil tetapi tidak kenal bagaimana dan dimana larva-larva hedonisme itu membiak. 

 

 

Maka perebutan kuasa yang bakal berlaku ini seperti satu shadow boxing. Membelasah bayang-bayang tanpa mampu menumbuknya dengan satu das yang boleh memberi kesan yang memberansangkan.

 

 

Ini berlaku apabila mahasiswa itu sendiri telah lupa sejarah. Baik si Islamis dan sang hedonis. 

 

 

Pertempuran yang berlaku di kampus ini bukanlah pertempuran melawan hedonisme tetapi menentang tamadun Barat itu sendiri. Mereka yang terkinja-kinja sewaktu konsert Hotlink itu hanyalah subjek yang sakit bukanlah penyakit itu sendiri. 

 

 

Seharusnya perkara ini menyedarkan para pendakwah yang ingin memegang tampu kekuasaan kelak bahawa apa yang mereka sedang hadapi adalah satu ancaman yang serius dan perennial  (berlangsung lama) sifatnya.

 

 

Apa yang banyak dilakukan kini ialah fire fighting. Kalau satu rumah terbakar maka berduyun-duyun kita simbah air. Kalau satu konsert dibuat baru kita nak hantar memorandum, berdemonstrasi.

 

 

Ancaman Tamadun Barat yang dimaksudkan ini, seperti kata failasuf Muslim tanah air, Prof. Syed Naquib al-Attas adalah ancaman yang datang sebagai satu program falsafah, yang masuk melalui pintu ilmu dan maklumat. Bukan semudah yang disangka seperti konsert. Malah korupsi minda mahasiswa bermula dalam dewan kuliah itu sendiri! 

 

 

Realiti yang ada adalah para dai'e di kampus sangat lemah asas intelektual untuk mendepani cabaran Tamadun Barat ini. Nyamuk yang kecil disangka gajah. Hedonis disangka syaitan. 

 

 

Bukan-bukan. Mereka adalah pesakit, bukan penyakit. Mereka harus dibimbing dan ditentang tidak pada pembawanya tetapi kepada apa yang dibawanya. Masalahnya, para pendakwah di kampus suka memukul rata golongan jenis ini. Berlakulah pergeseran yang tidak berasas. Maka pembaziran tenaga dan gerak kerja berlaku dengan meluas. 

 

 

Disebabkan perjuangan ini berbentuk perennial maka kita harus mempunyai persediaan yang cukup dalam dan rapi. Setakat berslogan tidak mencukupi kerana tekanan hedonisme itu memuncak-muncak biarpun kampus duduk jauh di luar bandar. Kata kunci kepada masalah dan penyelesaiaan ini adalah ILMU.

 

 

Baik Islamis mahupun Hedonis, HEP mahupun pensyarah ilmu merupakan satu faktor kesatuan kepada permasalahan dan penyelesaiaannya.

 

 

Jikalau kita mampu membina satu budaya ilmu yang kuat, tidak mustahil pengaruh hedonimse akan tenggelam dalam ledakan intelektual di kampus. Masalah yang ada kini adalah budaya ilmu langsung tidak wujud! Biarpun Islamis memegang MPP di kampus tetapi pengislahan yang dibawa itu hanya dari segi bentuk bukan isi!

 

 

Kasihan. Terperangkap dalam lingkaran ganas kebiadapan Tamadun Barat.

 

 

Binalah satu kumpulan yang akan berusaha kepada budaya ilmu sama seperti yang pernah wujud zaman-berzaman dalam sejarah ketamadunan Islam. Kekuatan perjuangan Islam itu tidak terletak pada umara’ semata-mata tetapi yang lebih penting adalah ulama’. Bukankah ulama’ pewaris nabi?

 

Bukan sebarang ulama’. Bukan ulama’ dualis yang tidak faham masalah semasa ataupun yang mabuk kuasa politik tetapi ulama’ yang ikhlas meletakkan ilmu sebagai penyuluh kebenaran dalam apa jua keadaan!

 

 

Jadilah macam Imam al-Ghazali berdepan dengan musuh secara jantan yang intelek. Bukan dengan emosi menghukum manusia dan sesuatu perkara dengan mudah.


 

Bagi saya, biar kedua-dua pihak duduk dalam MPP. Cumanya sudah tentu biarlah yang Islamis pegang kuasa. Cuba saling memahami antara satu sama lain. Kalau dua-dua tak faham lagi, biar pendokong budaya ilmu tegur dari luar lingkaran kekuasaan.

 


Barulah ada kestabilan dalam kampus dan mampu merasionalkan perjuangan Islam yang dipandang tidak rasional oleh puak hedonis ini.

 


Lagipun bukan lama kita duduk di kampus. Keosakkan yang bakal mahasiswa lakukan setelah keluar dari kampus sebagai profesional yang terdidik dalam dewan kuliah melalui ilmu yang rosak lebih parah daripada sekelumit konsert Hotlink, dan semacam yang lain.

 

Bukankah golongan bijak pandai yang melakukan perang Iraq, genocide, lingkupkan Wall Street dan menjahanamkan sistem kehidupan manusia secara amnya?


 

Bukalah mata wahai pejuang mahasiswa sekalian. Perjuangan di kampus ini adalah runcitan perjuangan di luar. Rosaknya kampus kerana datangnya masalah dari luar.


 

Mari membumikan kembali perjuangan mahasiswa. Kenali sejarah akan kenalilah khazanah dan jati diri kita.

 

 

 

5 ulasan:

Pemikir 21 berkata...

Saya melihatnya begini. Katalah di Asasi UIA Nilai ada konsert budak2 buat di tengah padang..maka dalam benak saya;

gang2 WUFI:deal dengan fellow univ/pihak univ yg bagi kebenaran buat konsert tu..bagi tekanan spy konsert dibatalkan

gang2 karisma a.k.a JIM:edarkan risalah sebelum/semasa konsert tujuan peringatan spy stdnt tidak menghadiri konsert/behave sms d konsert

gang2 PKPIM:teruskan usaha dlm menghidupkan budaya ilmu di kampus, anjurkan intellectual discourse etc untuk mmbina idealisme mahasiswa

dan malam konsert diadakan:ketiga2 ptubuhan pelajar ini trn padang bsama2-pantau konsert

Sengaja kecilkan skop. Supaya bleh relate d kampus sndiri. Ketiga2 gerakan mhsiswa td ada peranan msg2..

Yg ada senstiviti mungkin rasa tercabar dgn mende2 hedonis mcm ni..ya kita taknak ianya berlaku..tapi dlm ms yg sama..kita semakin melebarkan jurang antara 'pesakit' dan daie itu sendiri pula

Pening bro pening..jumpa exco ABIM hari tu psoalan ini jugalah yang saya timbulkan

Cumanya ya..big picturenya mcm yg abg pacak sebut tu la

Wallahua'lam

valsa nine berkata...

tu lah.

isu ni terlalu besar utk di tangani.

ia memerlukan human capital yg ramai, berpotensi dan berintelek tinggi dlm merancang strategi yg utk memantau seterusnya menyerang puncanya.

smoga di berkati Allah .. perjuangan kita semua.

amar maaruf nahi mungkar

Rausyanfikir berkata...

Agree with both commenters. Kerjasama dan strategik thinking is crucial.

mahyudin berkata...

yep, wpun kita berbeza affiliation (jamaah), namun hadaf (matlamat) kita sama...

kita harus menuju ke arah yg sama... jgn kita jadikan taadud jamaah menjadi punca pertelagahan sesama sendiri... kalau tak silap saya ust abu bakar chik (PAS tganu) pernah menulis buku berkenaan taadud jamaah.

bak kata Rashid Ridza, sepatutnya kita boleh bersama/bersatu dalam perkara yang kita bersetuju dan bertolak ansur tentang perkara yang kita bertelagah/tak sependapat...

pakdi, hubungan HI/Wufi dgn PKPIM/ABIM semakin baik dan jernih seperti yg pakdi sebutkan tu selepas 1998, pakdi pun masa tu belum lagi masuk UIA kalau saya tak silap, kan?

tetapi sebelum anwar diterajang dari kerajaan pada 1998, antara ABIM dan HI/wufi, berlaku pertembungan yg maha hebat, dan saya sempat melihat dengan mata kepala saya sendiri apa yg berlaku....

saya tidak salahkan ABIM/PKPIM kerana mereka di pihak kerajaan, sukar untuk membezakan true PKPIM/ABIM supporters with UMNO supporters.

apa pun, saya bersetuju dgn pendapat SK, kerana yang kebanyakan terjadi afaat ala tariq (gugur) atau futur (lemah berjuang) adalah kerana tidak benar2 memahami kenapa mereka perlu untuk ber"gerak" dan ber"juang"...

ramai yg terikut2 tanpa gambaran yg jelas ke arah mana mereka harus tuju... bila dah grad, dah tidak besama pimpinan, rakan sejamaah, meninggalkan usrah, tiada lagi diskusi ilmu, maka hilang semuaa gerakerja yang dulu mereka bersungguh benar lakukan....

wallahuklam

Tanpa Nama berkata...

aslkm.. mempelawa anda untuk vote di sini www.musicforum2007.blogspot.com. Trima kasih.

-ariapertama.