Khamis, 16 Oktober 2008

Lagi-lagi krisis ekonomi




Krisis makin memuncak. Sumbatlah berbilion duit pun, krisis kewangan di Amerika dan Eropah masih nyawa-nyawa ikan.



Pasaran saham masih dengan angka merah. Rakyat masih dibius sindrom ‘aku tidak pedulisme’.



Apakah kita juga begitu? Saya percaya kalian yang sering berkunjung ke blog saya ini akan sedikit sebanyak merasai kesan krisis ini walaupun kurang kefahaman berkenaan disiplin ilmu ekonomi.



Tidak mengapa kerana ekonomi bukanlah satu subjek yang berbelit. Yang ada dalam buku teks itu sebenarnya adalah common sense yang dirumitkan agar kita diperbodohkan daripada mengetahui tipu daya mereka yang ingin mendominasi pasaran ekonomi.



Terlampau banyak teori yang tidak berpijak di bumi yang kita diami ini.



Teori sangat penting tapi kalau sampai tidak masuk akal itu namanya pembohongan (fallacy)!


Sebab itulah dalam benak idealisme perjuangan mahasiswa saya, pembahagian khusus harus dilakukan dalam hal ekonomi ini:


1) Kefahaman ilmu ekonomi kesarjanaan ( economic scholarship understanding)

2) Kefahaman ilmu ekonomi kerakyatan ( people’s economic understanding)



Ada perkara yang harus difahami dari konteks akademik, ada perkara yang harus diselusuri dengan bergelumang dalam selut masalah rakyat.



Bukan satu kerja mudah tapi bukan satu kerja yang mustahil.



Untuk para mahasiswa/siswi yang terasa terpanggil untuk memikul beban yang ada berkenaan masalah ekonomi ini, saya syorkan kalian melaburkan sedikit wang saku untuk membeli majalah The Economist edisi minggu ini.





Berbaloi untuk dibeli kerana ada laporan berkenaan krisis ini. Asbab musababnya, dan analisa yang mendalam.



Kalau tak faham sebab struktur bahasa yang sangat jargon sifatnya, boleh minta bantuan Sheikh Google ataupu Wikipedia.



Lebih baik kalian pergi jumpa pensyarah ekonomi di universiti masing-masing dan adakah perbincangan tidak rasmi.



Kalau saya di UTP, saya akan berjumpa dengan Mr. Azhan. Tak perlu takut.



Bakal-bakal yang bertanding PRK ( baik di UTP mahupun ahli PMI, DEMA, SMM di merata tempat) jangalah jadi patung dalam isu ini. Kalau ekonomi jatuh berderai, kita juga yang susah sebab pasaran pekerjaan akan tersungkur sama. Bila aura pengangguran itu dah sebati dalam udara panas politik BN-PR barulah kita nak berkokok. Lambat dah masa tu.



Justeru itu, tiada persoalan ketidak pentingan perkara ini untuk dimuatkan dalam manifesto PRK masing-masing. Sampai bila nak bincang pasal lalat dekat café, dan segala benda keanak-anakkan. Jangan sampai mahasiswa dituduh buta realiti. Kalau demo di Kementerian Pengajian Tinggi boleh berpeluh lenjun takkan tak boleh perah otak dalam perpustakaan yang berhawa dingin untuk faham masalah runcing ini.



Nak harap PAS amik port isu ini…tunggu musang berjanggut kot.



Setelah setengah jam memujuk rayu ibu di Kinokuniya, semalam kami nekad membeli buku ini:



Mengikut kawan baik saya Arthur yang bekerja di Kinokuniya, buku ini fresh from the oven. Harga pun boleh tahan. RM 106.21.



Ringkasan buku ini adalah begini:


Buku ini membahaskan krisis kewangan yang wujud pada masa ini menandakan krisis kepada agenda globalisasi yang secara tidak lansung akan mencabar kerelevan model ekonomi pasaran bebas ( free market economic model ).


Graham Turner cuba menunjukkan bahawa buih-buih industri perumahan ( housing bubbles) di Barat telah sengaja dicipta untuk menutup kerosakkan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi ( the corporations, capitalists ) dalam pelaburan luar negara ( outsourcing ) yang dilakukan mereka dalam usaha untuk meningkatkan lagi keuntungan.


Setelah buih-buih perumahan ini meletup, pencapaian ekonomi di kebanyakkan negara-negara membangun akan jatuh merudum. Krisis ekonomi Jepun pada tahun 1990 menunjukkan bank dan kerajaan akan berhadapan satu masa yang sukar untuk meredakan bahang masalah ini.


Masalah ini tidak hanya berlegar sekitar Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Eropah; buih-buih perumahan telah menjadi satu kelaziman dalam pasaran ekonomi yang baru hendak membangun.


Dalam masa Barat sedang tergelincir, negara-negara yang baru membangun ekonominya itu akan menyaksikan letupan kepada buih-buih kredit/hutang mereka juga, seterusnya melunturkan keyakinan mereka kepada model pasaran bebas.



Buku ini lebih kurang menceritakan tanda-tanda kehancuran agenda ekonomi neoliberal dan globalisasi ciptaan kapitalis yang tamak.



Jujur, saya langsung tidak setuju dengan hujah Malaysian Think Tank berkenaan krisis ini. Seperti yang tertera dalam laman sesawang mereka, seolah-olah krisis ini merupakan satu pertempuran ideologi antara kapitalisme dan sosialisme. Memanglah kalau ikut Cato Insititue, Hoover Insitution mereka berhujah macam tu! Neoliberal think tank hasil kerja tangan Reagan, Thatcher!



Siapa ada baca RAND report pasal Islam mesti tahu betapa 'evil' mereka ini.




Tidak, tidak. Ini adalah masalah kapitalisme. Bailout yang dibuat itu tidak harus dijustifikasikan sebagai metod sosialisme.



Untuk membiarkan HANYA Tangan Tersembunyi (Invisible Hand) ciptaan Adam Smith merajai ekonomi rakyat adalah satu kebiadapan yang unggul terhadap peranan Pencipta kita yang menjagai equilibirium alam ini.



Dalam Islam, peranan kerajaan itu TETAP ADA dalam KEADAAN YANG DIPERLUKAN.



FREE MARKET dalam ekonomi Islam TIDAK SAMA dengan FREE MARKET yang ada sekarang.



Maka, sistem ekonomi Islam dari segi campur tangan kerajaan tidak memihak kepada kapitalisme yang langsung mengesampingkan peranan kerajaan. Tidak juga kepada sosialisme yang sibuk jaga tepi kain orang.



Tidak ingatkan kita bilamana Rasulullah s.a.w turun ke padang mencucukkan jari ke dalam kantung gandum yang dijual oleh peniaga gandum tersebut? Rasulullah memberi amaran kepadanya untuk tidak menipu pembeli berkenaan keadaan gandum yang hendak dijual tersebut.



Macam manalah Harakah boleh publish artikel Malaysian Think Tank. Nampak sangat editorial Harakah tak ada pendirian khusus berkenaan ekonomi. Macam mana nak jadi lidah rakyat!!!!! Aghh!!!!!! Frust betul bila PAS tak faham krisis ni!!!!!!!!!!!!!!!!



Tu kerja nak tebang pokok je, buat projek Kompleks Petroleum Yan. Buatlah! Kami cop anda yang merestui itu sebagai kapitalis berselindung dalam jubah Arab. Sebelum PRU kemain lagi bantah!



Emo,emo.



Apa nak hairan. Orang Arab Dubai, Qatar semuanya kapitalis juga. Dekat Israel pun nak melabur.



Di peringkat akar umbi, saya telah dijemput oleh Majlis Tertinggi GAMIS untuk membentangkan masalah ini kepada mereka pada minggu hadapan termasuklah pelan gerak kerja yang boleh digunakan bagi membantu rakyat yang kontang kefahaman tentang krisis ekonomi ini.



Esok tengah hari, saya akan menyertai saudara Hilmi (Presiden PKPIM) untuk membincangkan perkara yang sama sambil menikmati ikan bakar di belakang menara Celcom berdekatan KLCC.



Penyelesaiaan saya untuk gerakan mahasiswa tetap sama: culture jamming.



Nanti bila-bila saya akan tulislah pasal culture jamming. Tak menang tangan ini.



Kesimpulan ringkas, krisis ini adalah krisis kapitalisme, tidak ada kena mengena dengan sosialisme. Ini krisis hidup mati golongan proletariat/marhain/mustadhifin.



Ada dua pilihan:


Either you are with the corporations, or with the people. “I am anarchist when it comes to battle with the corporations” (pengaruh Cikgu Azmi dari TERAS Melayu dan juga Subcommandante Marcos dari Gerakan Zapatista)




3 ulasan:

ekonomis berkata...

saya setuju pada pendapat anda mengenai peranan kerajaan.

ulasan saya mengenai free market ada di ekonomis.wordpress.com

jemput ziarah...

Pewaris Reformasi berkata...

Free market Islam tak sama dengan Free market sekarang?

Maknanya Islam hendak kepada Free market?

Soal menipu adalah soal moral dan nilai, ia bukan soal sistem..

Kalau taksub nak tolak Free market pun, tak perlu membela sosialisme dengan kenyataan Bailout yang dibuat itu tidak harus dijustifikasikan sebagai metod sosialisme.

Akhirnya seperti selalu saya tegaskan di mana-mana - sistem tidak bergerak sendiri melainkan digerakkan oleh manusia.

Yang pasti idea ekonomi liberal lebih dekat dengan Islam berbanding sosialisme..dan sdr tak perlu rasa menyesal berkempen secara tidak langsung istilah Sosialis melalui blog sdr..

Zacharias berkata...

Bagaimanakah Abd Rahman b. Auf memecahkan monopoli perniagaan yahudi di madinah? kapitalisme atau sosialisme?

adakah pihak kerajaan menyediakan bantuan untuk abd rahman berniaga, atau beliau terus mencari sahabat yang sudi menyediakan kapital, untuk berniaga dalam pasaran terbuka?