Ahad, 19 Oktober 2008

Kartun krisis ekonomi (1)







Ini adalah kartun daripada KAL. Seorang kartunis tetap majalah The Economist yang cukup terkenal.


Ibu saya melangganinya setiap minggu. Memang bahan bacaan ruji kami sekeluarga.


Kartun ini sangat menarik. Kalau dipaparkan di blog ini, sudah tentu orang akan 'cop' saya sosialisme sebab saya tempek kartun yang membawa mesej kematian kapitalisme.


Betulkah mantiq (logik) ini?


Kapitalisme mati = sosialisme hidup  


Apakah sesiapa yang anti-kapitalisme itu menandakan dirinya menganuti sosialisme?



Tidak semudah itu. Saya sokong beberapa prinsip kapitalisme TETAPI, saya ulang TETAPI bukan yang apa ada pada status quo sistem ekonomi kapitalisme pada hari ini, ataupun lebih tepat yang tumbuh selepas Revolusi Industri di Eropah awal abad ke-19.


Kapitalisme yang ada sekarang bukanlah satu sistem yang bertepatan dengan Islam. Kalau nak sangat guna pun, kenalah Islamisasikan beberapa prinsipnya. 



Bukan Islamisasikan kapitalisme macam Islamisasikan bank Islam. 


Kritikan terhadap sistem yang tidak pernah ada dalam Islam haruslah dilakukan dengan teliti. 


Paling penting kena faham konsep falsafah yang terbenam (underpinning philosophical concept) dalam sistem tersebut.


Segala sesutu ilmu itu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita dipengaruhi oleh pandangan alam (B.Inggeris :world view,  B.Jerman: weltanschauung ) seseorang manusia itu yang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, agama dan sosio-budaya masyarakat itu.


Kita orang Islam mempunyai pandangan alam kita sendiri yang asasnya dibentuk oleh kalimah syahadah itu juga. 



Kalau ikut Faisal Tehrani " Tauhidik-Profetik".



Kalau ikut Prof. al-Attas " ru’yat al-Islam lil wujud.".



Bukan semudah itu nak ambil kapitalisme dan kata " Oh, ini sama dengan apa Nabi buat dulu."



Epistemologi ( teori ilmu) harus dikaji dahulu. Bagaimana benda alah nama kapitalisme ini wujud dan menjadi satu benda yang terikat dengan realiti kita pada hari ini? Apakah dasar falsafah sistem ini?



Memanglah Islam menjaga kepentingan individu, tetapi TIDAKLAH sampai melampau macam apa yang ada ini. Yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.



"Survival of the fittest" tu kan Darwin juga yang kendong sana-sini.



Ini belum cerita pasal corporation, financialization,Fordism, underground economy,sweat shop, anti-Union, mechanization, desacralization, hoarding, greed, lust, sex, yang ditaja oleh sistem ekonomi kapitalimse dengan lebih meluas. 




Tolonglah renung masalah ini secara tauhidik (kesatuan) bukan syirik (perpecahan).



Setakat tengok satu per satu kepingan jigsaw tu, memang la nampak elok. Cuba cantum-cantumkan. Mesti hodoh gila imej kapitalisme tu. 



Jom tengok kartun kat bawah ini.






Ada 3 subjek utama dalam gambar di atas:

Pakcik gemuk dalam tuxedo yang terapung.

Pakcik kurus yang dah tenggelam.

Kapal buruk yang dah karam.



Alkisahnya begini, dulu masa laut ni tenang, pakcik gemuk tu suka bagi kredit (hutang) pada pakcik kurus. Kadang-kadang, bukan dia bagi tunai, malah kredit kad lagi.


Maka pakcik kurus yang tak pandai selok belok pasaran ekonomi ini pun belanja puas-puas duit.  Ye lah, mana tak belanja sakan, iklan kat merata-rata tempat pujuk rayu meleleh-leleh pada pakcik tu! Biasalah, kan itu namanya KEBEBASAN dalam pasaran ekonomi. 



Lama-lama, pakcik tu makin sedar yang dia kerja bukan untuk hidup tapi hidup untuk kerja! 


Masa tu, hutang keliling pinggang. Jatuh bankrap. Pakcik gemuk itu pun kaut aset-aset pakcik kurus. Jadi makin gemuk. 


Bayangkan jikalau jutaan manusia yang baghal macam pakcik kurus tu tadi. 


Inilah yang berlaku di Amerika. Konon American Dream, bila New Orleans kena Katrina, dia buat macam sampah. 



Krisis ekonomi ni macam kartu di atas tu la. Bila dah jutaan pakcik kurus yang muflis, maka pakcik gemuk tu pun lama-lama dah tak ada easy target untuk makan besar. 



Bila satu pihak yang bersimbiosis gagal, maka berlaku ketidak seimbangan kepada sistem.


Analoginya ialah kapal tadi yang bocor sebab pakcik gemuk tu gemuk sangat! Dia tamak!


Pakcik kurus tu pulak, kurus sangat! 


Bocorlah kapal buruk tu. Jatuhlah pasaran ekonomi yang bebas sebebas-bebas nafsu manusia tanpa panduan ilahi.



Cerita belum habis lagi. 



Pakcik gemuk tu kononnya nak selamatkanlah pakcik kurus tu tadi daripada tenggelam dengan kapal buruk tu. Maka dia kata kat pakcik kurus:


"Ko bagi la sikit duit ko yang mana ada tu. Kalau jutaan orang macam ko bagi, mesti kita dapat selamatkan kapal buruk ni. Aku boleh beli plywood baru"



Mereka pun bagilah. Bagi dan bagi. Rupa-rupanya kena tipu lagi. Si pakcik gemuk tu beli pelampung untuk dia seorang sahaja. 



Yang pakcik kurus tu makin tenggelam sebab terpaksa dukung pakcik gemuk tu. 




Kesimpulan: Dah nazak macam ini pun, kapitalis nak tipu orang lagi. Kalau dah tamak tu tetap tamak jugak. Kita rakyat, haruslah kritikal kepada sistem. Bukan setakat balun pemimpin yang korup kerana kekorupan pemimpin itu lahir dari sistem yang korup juga. Tiada manusia yang betul-betul hidup dalam vakum. Seorang kapitalis diternak oleh sistem kapitalisme juga. Tamak seorang kapitalis, datang dari ketamakkan sistem kapitalisme juga. Getaran zarah-zarah ketamakkan berlaku antara ruang dan masa yang wujud dalam parameter sistem tersebut. Maka tak hairanlah mereka ini macam khinzir!



Kalau sayalah, saya nak duduk dalam sistem Islam yang seimbang. Ummatan wasatan gitu. Tapikan, kita sampai hari ini pun keliru lagi siapa musuh kita yang sebenar. Ada ke akhbar gerakan Islam sokong kapitalisme. Fail-fail. Patutlah bagi idea apa-apa pun, balak jugak dia cari. Duit bang! Duit! Mudah nak dapat! Rakyat tu belakang kiralah. 


Sekian.




3 ulasan:

Zacharias berkata...

Itu salah guna kuasa politician. Kenapa politician harus gunakan tax payers money untuk bail out syarikat-syarikat besar (sounds familiar? cronysm?)

Prinsip asas kapitalism seharusnya, untung amek, rugi tanggung. nampak gaya american sudah berubah:

"Kapitalis ketika untung, sosialis ketika rugi".

Bila benda mula rugi, ya, kita milik negarakan semua. Bila untung, makan sendiri-sendiri

Rausyanfikir berkata...

Betul2. Kronisme. tp berlainan jenis.

Kita harus lihat perkara ini menggunakan helikopter view.

Apakah hubungan yg wujud antara kerajaan dan corporation?

Ramai diantara kita yg tidak tahu hubungan sejenis antara spesis kapitalis nama corporation dan kerajaan.


Mana2 demokrasi dalam dunia pun (mungkin tidak di failed states) kerajaan bayang-bayang sudah terbentuk wpun belum berkuasa sepenuhnya.


Pembiayaan kempen politikus oleh corporation bukan satu rahsia lagi. Di Amerika sendiri baik Obama mahupun McCain, semuanya begitu.


Tiada lagi public sphere (ruangan massa) seperti kata Habermas untuk rakyat memiliki kuasa yang asli dalam menentukan nasib mereka melalui demokrasi kerana ruangan massa tersebut telah jadi sebahagian daripada jaringan konsumerisme.


Dalam kata lain, coporation is many2 times more powerful than govt.


So at the end, who influences whom?

Dalam masyarakat yg mempunyai world view materialistik ataupun dalam bahasa ahli gerakan Islam ‘al-wahn’ (cintakan dunia) sudah tentu duit mengatasi segala-galanya.

Tak hairanlah demokrasi pada hari ini sebenarnya telah jadi plutokrasi.

Now, what is the REAL QUESTION?

Siapakh ataupn apakh yg menjdkan coporation tu Pakcik Gemuk yg besar? Siapakh yg membenarkan laissez faire tanpa intervention? Siapakah yg menghlang govt intervention? Siapakh yg mempromosikan indivudalism sebagai gaya hidup?

Xlain xbukan system ekonomi kapitalisme. Diperkuatkn dlm segenap sudut kehidupana melalui pendidikan, system sosial etc.

Saya mmg nak tulis pn pasal ni tp slow2 la.Since korg dh tanye.jwb ringkas.huhu.lain kali saya kemas kinikan k.

LensaPR berkata...

Jika pemimpin islam, pilihan hidupnya ala muawiyah pun tak bisa merubah dunia wei!!!!