Jumaat, 3 Oktober 2008

Kapitalis Muslim?

Kapitalis Muslim? Err...macam tak kena je...

Saudara Pakdi bertanya kepada saya berkenaan perihal nama Kapitalis Muslim.

Sewaktu saya kecil-kecil, yakni 3 tahun lepas, blog Pakdi dengan semangat Liverpool-nya merupakan sumber inspirasi untuk saya berfikir berkenaan subjek ekonomi, politik dan kemudian memblogging.

Selingan.

Untuk menjawab jawapan saudara Pakdi, ingin saya kongsi dahulu riwayat hidup manusia yang bernama Karl Marx.

¾ daripada hidupnya merupakan dedikasi penuh terhadap menyelesaikan masalah yang bernama Kapitalisme.

Maka untuk saya jawab persoalan ini sepersis dan selengkap Marx rasanya tidak mungkin berlaku untuk entri ini.

Walau bagaimanapun, saya boleh cuba mengupas persoalan ‘Kapitalis Muslim’ ini dari sudut faslafah semantik.

Kenapa takrif orang yang beragama Islam adalah Muslim, bukan Islamist. Tidak sama seperti agama lain yang membawa konotasi seperti Buddhist, Christians, Hindus etc.

Ini kerana perkataan Muslim itu sendiri membawa makna yang cukup mendalam yang tidak mampu diungkap oleh perkataan Islamist.

Dalam Islam, persoalan definisi sangat menitik beratkan pencerminan makna secara tauhidik ke dalam kehidupan seharian.

Kesalahan memahami dalam pendefinisian sesuatu kata kunci akan melahirkan kesalah fahaman maksud.


Inilah yang sering diperkatakan dalam isu Islamisasi Bahasa. Perubahan semantik (makna) yang radikal dalam Islam itu sudah berlaku. Dan sekarang pencemaran makna itu masih tegar dalam masyarakat kita.

Persoalan definisi yang dibangkitkan Pakdi ini sebenarnya dalam pipeline untuk saya jawab dan bahas idea-idea libertarianisme yang diperjuangkan oleh sahabat-sahabat saya di Malaysian Think Tank London.

Dan ini bukan kerja cincai. I need understanding and substances to answer to those ideas.

Tapi dalam kes Kapitalis Muslim ini saya berpendapat ianya kurang sesuai kerana makna yang ditimbulkan akan membawa kepada polemik kekeliruan sepertimana halnya sekularisme itu apabila diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh golongan Arab Kristian menjadi Ilmaniyah.

Ianya sangat salah dan telah ditentang keras oleh Yusuf Al-Qaradawi dan Prof. Al-Attas seperti mana yang telah diterangkan oleh mantan pensyarah ekonomi UIA, Dr.Ugi Suharto dalam kertas kerja beliau bertajuk Al-Attas dan Al-Qaradawi mengenai Islam dan Sekularisme yang telah dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Al-Qaradawi di Universiti Malaya pada tahun 2002.

Seperti juga idea libertarianisme. Saya rasa tidak perlu kita membawa konotasi libertarianisme yang muncul pada era Pencerahan untuk ditempel pada konteks Islam.



Mr.Burns sang kapitalis dari Springfield.


Kita ambil saja idea mereka yang 'kena' pada konsep Islam dan terus gunakan. Tapi sebelum ambil kenalah faham idea tersebut dari sudut epistemologi, kosmologi dan aksiologinya dahulu.

Analisa idea dari sudut sejarahnya perlu dilakukan juga.

Berbalik kepada persoalan semantik.

Saya boleh bagi contoh betapa bahanya kesilapan semantik dalam lingusitik.


Nietzsche dengan konsep Übermensch


Muhammad Iqbal dengan konsep Khudi


Kedua-duanya secara superficial menggambarkan manusia hebat. Tetapi konsep Übermensch Nietzsche bertitik tolak daripada aksiologi dan kosmologi yang nihilistik manakala konsep Khudi Iqbal berpandukan kefahaman manusia sebagai khilafah.

Sama tapi tak serupa.


Kapitalis Muslim ≠ Usahawan Muslim = Peniaga Muslim


Maka berdasarkan hujah ringkas dari sudut semantik, saya rasa tidak wajar kita letakkan Kapitalis dalam kosa kata masyarakat kita kerana ia akan menjustifikasikan kesuluruhan sistem kapitalisme itu secara tidak langsung.

Macam kita bismillah untuk makan tak sama dengan tak baca bismillah bila makan. Walaupun tujuan sama tapi cara  berbeza. 

Islam bukan Machiavellian.

Takpun hujah ustaz-ustaz bank Islam tentang ayam tak sembelih dengan ayam sembelih.

The word capitalist will give a negative representation towards the common people who is at the bottom of the pyramid. Some people promulgates that capitalism create justice for the people.

Now, what kind of justice is the capitalist trying to promotes when they ban worker’s union aggresively? They assassinated grass root leaders, destroying livelihood of fisherman, promoting unrestraint consumption, draining and destroying indigenous livelihood and treat children in Ivory Coast like a slave! Profiting from these kind of situations show how low the morality of this people.

Is this what Ayn Rand, Milton Friedman, and Hayek has envisaged? A unipolar world where the only way to go is the way of the west or worse the relativism concept of Truth being propelled side by side?



Kalau The Economist pun kata “What next?” Takkan lah kita pun boleh se-optimis mereka. Kita terang-terang tahu bahawa sistem riba’ ini menjadi tunjang kepada kapitalisme. The capitalist gear won/t budge without a lubricant called usury!

Jujur. Saya sendiri rasa menyesal menamakan blog ini Sosialis Kanan. Masa buat blog ni tak faham lagi kepentingan kognitif dan semantik bahasa. Lepas baca buku-buku Prof. Al-Attas baru faham. Tapi saya tekankan disini sekali lagi nama Sosialis kanan itu hanyalah intelectual provocation. Tidak ada kaitan bahawa saya ini adalah penganut ideologi sosialisme mahupun berdaftar dengan Parti Sosialis Malaysia.

Saya mengecam hebat sosialisme yang dibawa Lenin dan Stalin. Membunuh jutaan rakyat yang tidak bersalah, membunuh Keluarga Romanov dengan kejam. Begitu juga dengan Che Guevara, Fidel Castro mahupun Hugo Chavez. Saya mengecam kekejaman yang dilakukan oleh mereka serta idea populisme yang melampau.

Walaubagaimanapun, macam Prof. Wan kata, kita tak boleh tolak semua idea mentah-mentah dengan kefahaman yang dangkal. Malah kita perlu Islamisasikan idea-idea tersebut. Tapi dalam nak lakukan proses Islamisasi, bukan semudah menempek nama seperti Bank Islam. Yang nak diIslamisasikan itu adalah dari sudut epistemologi, kosmologi, metafizik etc. Falsafah akarnya.

Maka, kapitalisme saranan Friedman, Hayek mahupun sosialisme saranan Marx, Engels untuk diangkat bulat-bulat adalah satu yang saya langsung tidak boleh terima. Tapi bagi saya antara kapitalisme dan sosialisme, yang sangat dekat dengan perjuagnan Islam adalah sosialisme seperti yang diperkatakan oleh Hamid Enayat dalam bukunya Modern Islamic Political Thought.

Malah pada ketika ini para intelektual marxis telah membicarakan idea post-Marxism seperti yang dianjurkan oleh Ernesto Laclau yang lebih terbuka untuk dibawa ke medan perjuangan manusia sejagat yang saya kira termasuklah perjuangan Islam sendiri.


Jangan gusar, topic ini sangat besar dan luas malah sangat menarik untuk dikupas bagi kita menyuntik roh kefahaman perjuangan menegakkan Keadilan yang lebih dinamik pada masa akan datang.


Pada masa ini saya sedang membaca buku The Mind and The Market: Capitalism in The Western Thoughts bagi memahami hujah dan idea yang dipertentangkan oleh pro dan anti kapitalisme di Barat. Turut sama sedang menelaah masalah sistem waqaf dan juga persoalan bagaiamana Turki Uthmaniyah berhadapan dengan kapitalisme Eropah pada zaman kewujudan khilafah tersebut.

Penjelasan ini adalah seciput sahaja daripada apa yang diperbahaskan di luar sana. Insyaallah akan datang akan saya 'gencarkan' lagi isu ini.


Wallahualam.





10 ulasan:

ASaL berkata...

salam
mudah memahami sang kapitalis dengan membawa gambar Mr Burns, pelopor penjanaan nuklear di Springfield.
Setuju, pemilihan kosa kata yang betul baru mencirikan 'tujuan' dan lebih jauh merangka sesuatu 'sistem'. Dalam Al Quran juga, utk makna yg diterjemah dlm Bhs Melayu seolah sama, tapi dlm pemilihan B Arabnya berbeza, menunjukkan pemilihan kata yg tepat sgt essential.
Dalam ideologi, kapitalis, sosialis, nasionalis, terang2 ciptaan manusia. Sdg dlm agama yg di tanzilkan ini, telah mengisyaratkn tidak boleh ada sebarang sekutu dgn KeTunggalan, ttp Sa. KeEsaan perlu diterjermah utk setiap keadaan.
Dan perlu apa lagi mencari, bukankah Islam telah sediakan semua selengkapnya?

Rausyanfikir berkata...

Salam, t kasih kpd cik asal.

Ya saya suka kartun The Simpsons. Satu kartun yg menggambrkan realiti kehidupn rakyat Amerika.Tp xsesuai untuk budak2 mumayiz.

Bukankah dalam AlQuran dinyatakan Allah mengajar kepada Nabi Adam nama2?

Maka disini jelas nama2 itu bukan satu perkara main2.Mencerminkan makna buat kata2 kunci.

Malah Malik Bennabi sendiri dalam The Quranic Phenomenon menerangkan betapa Bahasa Arab merupkn satu bahasa yg penting lg istimewa buat Islam.

Logiknya, dlm menggapai kebenaran, bahasa itu sgt penting.

Sbb itu Islamisasi Ilmu yang dibawa Al-Attas adalah plg relevan dan paling original.Bila Al-Faruqi bawa ianya menjd lebh keliru kerana idea asal sudah bercampur aduk.Plagiarsime.


Maka disini juga kita harus memberi pemahaman yg jelas berkenaan kapitalisme.

There is no such thing as kapitalis Muslim.

Wallahualam.

Tawel Sensei berkata...

Apa ulasan bro tentang satu pendapat yang mengatakan bahawa konsep kapitalisme dan pasaran bebas telah mula wujud semenjak Zaman Keemasan Islam lagi?

Kadang-kadang saya lihat apa yang kita debatkan adalah tentang isu istilah/nama sahaja. Kita benci kapitalisme, tapi kadang-kadang kita pun tak faham apa yang kita benci padanya.

Kita kata kita benci ekonomi berasaskan sosialis. Tapi selalunya kita membencinya dengan alasan itu ekonomi yang digunakan oleh mereka yang anti-agama; yang mengatakan agama candu kepada manusia. Macamlah pendukung kapitalis ini semuanya alim-alim belaka.

Dari segi konsep, kapitalis dan sosialis wujud dalam ekonomi berteraskan Islam.

Kapitalis adalah sistem yang berasaskan keuntungan semata-mata. Kalau berniaga, mestilah mahu untung dan inilah yang Islam anjurkan. Cuma di sinilah Islam meletakkan beberapa syarat-syarat lain agar untung itu jangan sampai menzalimi orang lain. Maka diharamkan riba sebagai contohnya.

Sistem sosialis pula tidak melihat duit sebagai matlamat pertama. Sebaliknya rakyat didahulukan. Maka dengan itu punca-punca ekonomi dimiliknegarakan. Konsepnya di sini, keuntungan yang dijana mesti memberikan pulangan kepada rakyat. Maka konsep sosialis ini memang ada dalam Islam juga. Sebab itu setiap perniagaan kalau sudah untuk terlalu banyak, wajib bayar zakat.

Mungkin there is no such thing as Muslim capitalist or Muslim socialist. Tapi pasti ada Muslim yang berniaga dengan cara Islam, yang mana di dalamnya ada terdapat unsur-unsur amalan kapitalis dan sosialis yang tidak bercanggah dengan Islam, cuma mereka ini tidak menyedarinya sahaja.

Rausyanfikir berkata...

Setuju en.Tawil,

Tapi En. Tawil kena hati2.Bilamana kita sebtu atau perjaungkan satu idea dan konsep yanga ada pada zaman skrg, tak sama dengan apa yg ada pada zaman dulu.

Contohnya, maksud Fiqh zaman kita xsetepat Fiqh zaman Imam Besar 4 Mazhab.


Ada bnyk pencemaran maksud yg berlau.seperi yg Imam Al Ghazali jelaskan dalam Ihya.


maka bilamana kita nak samakan free market dan kapitalisme zaman skrg dgn islam adalah satu cubaan yang cukup mengelirukan.


Saya akan jelaskan pada masa akn dtg.penjelasan saya dalam entri ini adalah dari sudut SEMANTIK sahaja.


Ada bnyk lagi yg perlu dibahas. Secara spesifik, saya sdg menganalisa idea2 Malaysian Think Tank dgn lebih kritikal. Dan saya percaya ada perkara yang perlu diperbaiki.


Ah berat sungguh tugas ini. nasib baik tgh praktikal.Xda exam semua.bolehlah coret2 dalam blog selalu.

Tawel Sensei berkata...

Kita sendiri pun arif yang fiqh sesuatu hukum itu ditimbang pada intinya, dan bukan pada namanya. Maka saya melihat tiada mudharat jika seorang Muslim yang tahu apa yang halal dan haram dalam Islam, mahu membawa slogan "Kapitalis Muslim".

Anggaplah ia sebagai nama kepada satu propaganda untuk memperkenalkan sistem ekonomi berteraskan Islam kerana istilah kapitalis ni dah terlalu sebati dalam masyarakat dunia.

Nak memperkenalkan ekonomi Islam dengan cara membantai habis-habisan konsep kapitalisme, berserta namanya sekali, bukan satu kerja yang bijak. Lebih-lebih lagi, kemajuan dunia selepas era Perang Dunia Kedua, terlalu banyak jasanya kepada sistem kapitalis ala Amerika (sebelum ada sesiapa yang nak menghentam saya, ini bukan bermaksud kita melupakan sekalian jenayah yang telah kapitalisme ini bawa kepada manusia).

Semua teori nampak baik pada kertas. Tapi bila dah sampai ke tangan manusia, ceritanya boleh berubah. Sistem ekonomi Islam yang baik itu pun, bila digunakan oleh tangan yang salah, haru-biru juga jadinya. Duit boleh buat manusia gelap mata. Sebab itu di samping cuba menonjolkan sistem ekonomi Islam sebagai alternatif kepada masalah ekonomi dunia hari, jangan lupa juga roh tasawwuf yang perlu diserapkan.

Contoh kalau ikut ekonomi Islam, kalau dah berhutang tu, wajiblah bayar; tak boleh kurang sesen pun. Tapi penekanan dalam bidang tasawwuf akan mengajar manusia itu untuk menghalalkan orang yang berhutang kepadanya jika tak mampu dibayar dan kita pula tidaklah dalam keadaan yang begitu memerlukannya. Apa yang saya nak tekankan di sini, segala teori ekonomi yang hendak dikeluarkan itu, wajib melihat faktor tamak dan rakus dalam diri manusia. Gagal melihatnya, maka teori itu juga akan gagal.

Apa pun sekali lagi, mereka yang membawa pendekatan "Kapitalis Muslim" ini perlu tahu apa yang halal dan haram dalam Islam, terutamanya yang berkaitan dengan bidang iktisad ni. Masalah kita pada hari ni, fiqh asas pun tak lepas lagi, tapi cuba nak "mengIslamkan" dogma-dogma yang boombastik bunyinya. Itu yang celaru!

Hah apapun, coret perlahan-lahanlah bro Rausyan. Tak perlu laju-laju. Kalau kerap sangat update, nanti kualiti tulisan akan muflis!

LensaPR berkata...

Hidup sosialis abu dzar

Faizal Riduan berkata...

Ya saya juga setuju!

Saya lebih setuju apabila sauadar mengakui kelemahan nama sosialis kanan itu akan memberikan kesan linguistik kepada pembaca.

Ada apa dengan nama? Tetapi sebenarnya nama adalah kata kunci bagi segalanya.

Saya doakan saudara mendapat nama yang lebih sesuai lagi nanti. Jika tidakpun gunakan sahaja nama penuh saudara, satu penghormatan untuk ibu dan bapa saudara nanti.

dinoor berkata...

betul, saya merasakan kapitalis muslim membawa konotasi yang cukup tidak bagus kerana kapitalis itu adalah kata sifat (adjective) pada Muslim...

dan kita sedia maklum akan ciri kapitalis itu sendiri yang didalamnya ada kebaikan dan keburukan...

maknanya kalau sekadar mahu menempel kata kapitalis pada Muslim atas dasar ada kebaikan dalam kapitalisme itu sendiri, maka bagaimana kita hendak mengelakkan keburukan dari turut tertempel...

ohhh! saya memang geli geleman mendengar perkataan kapitalis... hahaaa...

http://ekonomis.wordpress.com/2008/10/21/kapitalisme-itu-apa/

lifeinside berkata...

salam saudara sosialis kanan,

saya pernah berada di zaman matrikulasi di mana pensyarah bahasa inggeris saya memperkenalkan konsep PAS itu salah dan BN itu betul, walaupun minda kecil sy pd masa itu melihat hitam sebagai hitam dan putih sebagai putih. terkejut dan kagum, lantas disusuli dgn nama-nama al-attas dan w m nor.

bila sy tanya "kenapa naquib al-attas tak terkenal"? jawab nya kerana intelektual terkenal di kalangan intelektual juga. minda kecil sy pada masa itu masih tak mampu nak faham.

anyways that's not the point. the point is i'm glad i found this blog as a way towards him. i tried to buy/read his book online but to no avail.

i've no idea what happened to my prof now, and being in a ex-soviet state i fully understand the effect of lenisme and marxisme to the society.

thanks a lot for the blog and do lead me the way to Mr Naquib. I hope he's still alive after all those years i left his teachings (of Islamization - owh the nostalgic memory!)

Rausyanfikir berkata...

Alhamdulillah, semua sihat.Prof al-attas and prof wan masih boleh membantu ummah.

i suggest u better find their books so that u can read and undersand their ideas.

it is still not to late though :)