Khamis, 9 Oktober 2008

From Russia with Love



Sebagai mahasiswa kejuruteraan kimia, saya wajib mengambil subjek Chemical Thermodynamics. Saya rasa, antara semua subjek teras kejuruteraan kima di UTP, Chemical Thermodynamics adalah yang paling memeningkan kerana mengandungi unsur-unsur abstrak.



Kalau anda gagal dan lemah imaginasi untuk terjemahkan model matematik yang ada dalam teori termodinamik, peluang anda tipis untuk lulus dengan cemerlang dalam subjek ini.


Pada waktu saya mengambil subjek ini, kami dipecahkan kepada 2 buah kumpulan. Satu kumpulan akan diajar oleh Profesor melayu dan satu lagi Profesor dari luar negara.


Sudah tentu rakan-rakan saya lebih suka dengan Profesor melayu. Maklumlah senang nak tanya kalau tak faham.


Saya nekad untuk duduk dalam kumpulan yang satu lagi.



Prof Vladimir Piven. Saya selalu duduk depan dan selalu juga tidur. Mimpikan Petrograd mungkin.


Nama Profesor yang mengajar saya subjek Chemical Thermodynamics ini adalah Profesor Vladimir Piven. Sangat veteran dalam bidang Physical Chemistry.


Tak ramai yang hadir dalam kelas beliau.


Saya pun selalu tidur. Suara beliau tak berapa jelas sangat. Tapi beliau sangat berdedikasi dalam mengajar subjek ini.


Saya tak kisah sangat kerana sepanjang satu semester saya berada dibawah dia, bukan Chemical Thermodynamics yang saya belajar sangat pun.


Saya banyak bincang pasal Soviet Union. Pasal iklim intelektual sains zaman Lenin dan Stalin.


Bincang pasal Iron Curtain. Pasal Nicola Tesla.


Siapa biasa main game Command and Conquer, Red Alert tentu biasa dengar nama Tesla Coil semua.


Bincang pasal glasnost dan perestroika.


Pasal kekayaan mineral di Sakhalin.


Saya hanya dapat C+ untuk subjek ini.


Tapi saya puas. Puas sebab dapat berinteraksi dengan manusia yang pernah hidup dibawah pemerintahan Bolshevik.


Prof Piven sangat baik orangnya. Melayan karenah soalan saya yang tiada kaitan dengan Chemical Thermodynamic.


Memang saya tak minat nak jadi jurutera pun. Sejak tahun 2 lagi saya dah merapukan diri belajar subjek ini walaupun saya seorang kaki subjek sains sewaktu di Sekolah Menengah Sains Selangor dahulu.


Ini semua gara-gara baca buku Ali Shariati, Jalal-e-Ahmad, Ward Churchill.


Saya tidak mengiktiraf Lenin dan Stalin sebagai contoh utama pendokong legasi Karl Marx.


Pejuang Bolshevik seperti Trotsky, Lenin, dan Stalin ini semuanya dibiayai oleh pengurus bank seperti Rothschild. Hendak buat Revolusi sosial, takkan nak bayar dengan daun.


Bilamana revolusi dibiayai oleh puak bank, ditambah dengan agenda Zionisme mereka. Apa lagi yang hendak diharapkan.


Gulag telah menjadi bukti kepalsuan mereka.


Saya tidak bernada konspirasi tetapi kita boleh agak secara logik siapa mereka yang sebenarnya melalui jalur wang. Bak kata pepatah Inggeris, “follow the money”.


Saya setujulah kalau puak libertarian kata sosialisme Soviet sebenarnya kapitalisme yang bertopengkan komunisme.


Tapi tak bermakna kehitaman komunisme akan memutihkan kapitalisme seperti yang dikendong oleh intelektual Neo-Con, Francis Fukuyama dengan maxim “The End Of History.”


Ali Shariati juga mengkritik keras Marxisme. Tapi tak adalah sampai tolak mentah-mentah.


Saya masih percaya Das Kapital masih relevan untuk dikaji dalam merungkai masalah kapitalisme.


Kesaintifikan Karl Marx harus ditampung dengan metafizika Islam untuk mengimbang dialektik materialisme beliau.


Kita harus menyerang jantung kapitalisme.


Wacana Marxisme harus dimatangkan dalam masyarakat. Hak pekerja harus diketengahkan. Kritik sosial harus dijana. Konsumerisme melampau harus ditentang.


Perjuangan kelas relevan tetapi harus disesuaikan dengan konteks tempatan. Bukan terus runtuhkan identiti masing-masing. Intelektual awam harus mainkan peranan dengan lebih berkesan.


Betullah kata Solzhenitsyn “ It is within the power of writers and artists to do much more: to defeat the lie!

14 ulasan:

FAKHZAN MARWAN berkata...

wow!!

what an impressive post!

Faizal Riduan berkata...

Erm saudara benar-benar seorang yang meminati sejarah dunia. Jika saudara tidak menjadi seorang jurutera saya percaya saudara boleh mnejadi seperti Chandran Muzaffar, Presiden JUST.

Kisah saudara ini jika dibuat bibliografi pastinya lebih menarik!

orang minyak berkata...

Asslamualaikum

Juz nk tnya

Why continue study in engineering kalo da xminat?

Thx

Rausyanfikir berkata...

Wassalam,

Ada beberapa sebab:

1)Mmg minat sains, kimia, fizik masa sekolah

2)Mak Ayah keje Petronas

3)Masuk UTP glamour skit.Facility best.Scholar masyuk.

4)Prospek kerja engineer bagus.sgt bagus.

Tp semua tu berubah.berubah setelah diri ini kenal realiti yang terselindung.Allah bg hidayah untuk kenal Islam dan kenal masalah rakyat, ummah.

Susah nak cite sbb kena rasa sendiri.

Kena tau falsafah hidup, falsafah pendidikan, falsfah kebahagiaan.

Rasanya jadi engineer xdpt tunaikan bnyk benda2 penting yg ada dlm diri.


So jus belajar and CGPA pun hampir mencecah 3.Okla.Sthn lg im out.

I will miss library UTP yg best...

Izwan berkata...

Salam..

Wahh.. Jujur pengakuan..

Baguslah, sekurang-kurangnya nilai humanisme masih ada dalam diri ko..

Aku rasa susah nak jumpa orang cam hang, adik aku yang amik engineering pun takde pemikiran cam hang..

Tapi kebanyakkan budak2 engineering mereka kurang realistik, mereka semua semacam mengikut jalan yang dah ditetapkan dan kemudiaan kerja..

Nilai-nilai pada diri? Kurang sekali..

Bila cakap pasal ideologi mereka blur..

hehe.. Ko? Memang lain..

Bila ada masa lapang, boleh ar lepak skali.. Ada member aku nak lepak skali dengan ko.. Dia teruja dengan penulisan ko, katanya pada aku..

;)

Budak engineering berkata...

hebat betul izwan. tahu nilai kemanusiaan tak mcam budak engineering. bagus betul izwan menafsir budak engineering. bagus betul izwan. dah pacak tak minat engineering tapi minat mende lain, tak bermaksud budak engineering macam yang izwan tulis; "Tapi kebanyakkan budak2 engineering mereka kurang realistik, mereka semua semacam mengikut jalan yang dah ditetapkan dan kemudiaan kerja..". tapi takpe. izwan hebat. dia ada nilai kemanusiaan.

izwan kata, "Bila cakap pasal ideologi mereka blur..". ye la. izwan pakar ideologi. hebat betul izwan. tak macam budak engineering.

hebat betul izwan. semua budak engineering rasa nak jadi macam izwan!

Izwan berkata...

Provokasi..;)

Yearpyyy..

Menarik..

Amen..

Muslim soleh..;)

FAKHZAN MARWAN berkata...

I majored in accouting and economics. I used to hate accounting so much as it was a system that destroyed humanity (long story guys), but i didnt use my hatred, my disinterest as excuses for not study hard, smart and to be excelled in my study.

Because Allah has designed me to study these "so-called" useless subjects, which dismeaningful to lives, because it will insult the intellectual capacity that has been given to you by al-Mighty.Take new MB Perak for example. Take my friend Asal Turaby as an example.And imagine your parents' feelings. The one who have dreamed for you. I won't hurt my parents for any reasons, any reasons at all.

Just a thought.

ASaL berkata...

sy percaya sosialis kanan akan jd lbh cemerlang bila berada dlm lapang yg dekat dengan jiwa, yg diminati sesungguhnya, yg dirasakan dapat menyumbang lebih. Jika ruang falsafah yg dipilih, kemelayuan menjadi keutamaan, dengan kapasiti minat yang terlalu terhadap pembacaan, meneliti, analisis dan merungkai, insyaAllah, utk sosialis kanan cemerlang tidak pernah diragui.
Untuk yg mengkritik jurutera, saya mungkin boleh setuju. Namun memukul rata orang kejuruteraan sedemikian, adalah tuduhan melulu.
Jika meneliti lebih jauh, mereka yang terlibat dalam kejuruteraan mempunyai kapasiti supra bidang. Jika anda mengenal Ahmadinejad, Malik Bennabi, mereka mempunyai lebih pemahaman, baik dalam bidang material dan non material.
Sehingga menjadi pemikir dan pemimpin yang sumbangan mereka merentas massa.

ASaL berkata...

lupa nak maklum, library UTP memang ultra hebat dan canggih. Bangunan yang menang Aga Khan award la katakan.

Rausyanfikir berkata...

Salam kpd semua commenters,

1st, jgn gaduh2.

Berkenaan komen Izwan,sebenarnya ini bukan masalah student engine je. Kita sedang berhadpan dgn satu sistem dan statua quo pendidikan yg cukup illusive.

Boleh rujuk kepada konsep Watak Tertawan yg dibahas oleh Prof. S Hussein al-Atas.

Secara general, memang budak engineering agak lesu sbb beban kerja yg menimbun. Selalunya yang privilege adalah budak2 sains sosial.


Ditambah lg dengan insentif gaji dan kehidupan yg lebih selesa setelah berkerja, budak2 engineering selalu menerima status quo mereka dgn mudah. Tiada apa yg perlu dirisaukan berbanding budak2 sains sosial yg susah nk dpt kerja.


So kita boleh agak kumpulan mana yang akan jadi lebih radikal dlm perjuangan.


Kepada cik fakhzan, saya bukan benci engineering. Saya suka tp ada masalah seperti mana yg ada dlm economic dan accountancy.

Semua bidang ilmu kontemporari ada masalah. Sbb tu kena wat Islamisasi ilmu.

Saya juga tidak menjadikan kelompangan dlm engineering sbg excuse. Malah saya counter argument balik sepanjang waktu pembelajaran.

Of course ramai budak menyampah sbb saya banyak ckp dan tanya dlm kelas.

Biarkan. Saya mahu membogelkan kesalahan2 dlm engineering.


Smart, hard and excelling in study is a notion that need to be understood in the best way we could.


Without dissenting the subject, we rarely recognize the problem.So my job persoanally is to dissent.

Terpulang kepada diorg nak terima ke x.


My mum has already accept my condition, mission and vision.

Sebelum ini asyik kena pelangkung jugak sbb buat kerja2 ni.


Takes time to be accepted.

Betul cik Asal.


Dalam tradisi keilmuan Islam, seseorang yang berilmu itu sangat tauhidik sifatnya.Multidsiplinari.

Tujuan saya lari dari bidang engineering bukan kerana saya benci engineering secara literal tp kenara saya cintakan Kebenaran dan rakyat yang sekian lama sudah terperuk dalam tipu daya ilmu Barat.


Untuk tangkis benda ni, kita kena cantas akar masalah.


Akar masalahnya adalah falsafah.


Sekian terima kasih kerana memberi komen.

P/S: Izwan bolehlah ko bgtau aku kalo turun KL.

FAKHZAN MARWAN berkata...

true...:D


i know there are two kinds of students who get As - 1st who really have a deep understanding, 2nd- who really study to get an A.

but i eventually appreciate the subjects that i hate so much before, because the deeper that i study, the more it occurs to me, how marvelous these westerns to be able to create such a system.

all the best for your future undertakings dik

MS Rizal berkata...

Salam...

Saya sebenarnya tergelak pada ayat 'Memang saya tak minat nak jadi jurutera pun'.

Sejujurnya saya seperti saudara juga, mujur kej. elektronik tidaklah se'tough' kejuruteraan kimia.

Masa sekolah dulu score subjek math tambahan, fizik, kimia-cuma fizik dan kimia tu bukan atas dasar minat tetapi sebab exam. Subjek yang betul-betul minat adalah sejarah dan matematik tambahan. Saya rasa 2 subjek ini punya chemistery yang unik.

Dan semenjak mata pelajaran sejarah tiada dalam silibus setiap semester, membuatkan saya tercari-cari arah, cuma saudara lebih beruntung sebab ada peluang membaca lebih dan berjumpa dengan ramai tokoh-tokoh falsafah dan sejarah.

HR berkata...

jadi jurutera seronok ape... hahaha
tapi dulu kat UTP memang seronok pergi perpustakaan.. walaupun masa tu perpustakaan masih lagi di USM...
segala macam buku kejuruteraan ada.. 'heaven gak la'... tapi kejap je la seronok pun.. lepas tu ramai 'couple' je la duduk perpustakaan.. serabut kepala tengok diorang ni..

tapi saya sokong kenyataan Izwan tentang kekosongan minda para jurutera tentang idealogi. janji ada kerja, duit masuk bulan2, tak kacau orang, dah la....