Isnin, 6 Oktober 2008

Deus Ex Machina





Mungkinkah kita telah melupakan Deus Ex Machina?




Hmm...


Fikir...fikir...renung...tenung...belek buku...fikir....


Adakah krisis ekonomi global ini berlaku dengan sendirinya? Apakah Tuhan tidak berperanan langsung dalam perihal ini?


Mustahil...adakah krisis ini berlaku semata-mata di atas hukum
causality semata-mata?


Adakah Tuhan tidak terlibat langsung dalam melingkupkan bank-bank yang tamak tersebut?


Rasanya kita semua telah gagal melihat
ibrah (pengajaran) daripada malapetaka ini.


Deus Ex Machina (campur tangan Tuhan) pasti wujud dalam masalah ini.


Begitu juga dengan kes kenaikan harga minyak yang membebankan hampir ke semua rakyat dalam dunia ini.


Jikalau kita hanya melihat fenomena-fenomena ini dari sudut horizontal sudah tentu kita sebenarnya secara tidak langsung terperangkap dalam kaedah analisis pengecilan (
reductionism).


Jikalau ini berlaku maka kita telah memisahkan peranan Ilahi dalam mengatur alam ini.


Apakah ekonomi ini benar-benar bebas seperti yang disangkakan oleh pendokong kapitalisme dengan konsep Pasaran Bebas (Free Market) dan Tangan Halimunan (
The Invisble Hand)?


Benarkah kata-kata Adam Smith itu? Ricardo? Ayn Rand? Hayek? Marx? Hegel?


Jikalau itu SAHAJA yang ada di benak kepala kita, saya rasa kita telah gagal memahami permasalahan ini dengan baik.



Ibnu Khaldun menegaskan di dalam prakata karya agungnya ‘Kitābu l-ʕibār wa Diwānu l-Mubtada' wa l-Ħabar fī Ayyāmu l-ʕarab wa l-Ājam wa l-Barbar wa man ʕĀsarahum min ĐawIu s-Sultānu l-Akbār’ (Book of Evidence, Record of Beginnings and Events from the Days of the Arabs, Persians and Berbers and their Powerful Contemporaries) ataupun nama ringkas yang lebih terkenal, "Muqaddimah" menjelaskan bahawa ilmu Sejarah adalah sebahagian daripada ilmu Falsafah:


"The inner meaning of history, on the other hand, involves speculation and and attempt to get at the truth, subtle explanation of the causes and origins of existing things, and deep knowledge of how and why of events. History, therefore is firmly rooted in philosophy. It deserves to be accounted a branch of it."




Sudah tentu sebagai orang Islam, hierarki ilmu kita yang paling tinggi dan mutlak adalah Quran dan Sunnah. Maka, hujah yang diberikan, hukum yang mengharamkan riba' itu bukan datang dari kepala manusia tetapi nun dari Al-Aziz yang Menguasai Penuh alam ini.


Maka dalam menilai masalah ekonomi dunia ini, jikalau dilihat dari sudut pandang Islam, seharusnya kita tidak boleh melupakan peranan dan kuasa Allah yang Maha Menentukan segala sesuatu!


Sudah tentu kita tidak dapat mengetahui sepersis Allah yang Maha Mengetahui tetapi kita boleh cuba merenungi semua ini daripada perspektif yang lebih transendental sifatnya.



Kita harus yakin bahawa terdapat Deus Ex Machina yang berlaku. Sudah tentu Allah mempunyai kuasa dalam menentukan segenap peristiwa sekecil-kecil pembelahan atom Hidrogen kepada sebesar-besar peristiwa Tsunami.



Semua ini tidak dapat lari daripada Kuasa Mutlak Allah yang Maha Esa.



Muhasabah adalah perkara yang terbaik bagi umat manusia lakukan ketika berhadapan dengan masalah sebegini.



Mungkinkah kita telah melampaui batas? Maka selayaknya kita menerima semua ini agar kita KEMBALI KEPADA Kebenaran yang telah terkambus dalam lubuk ilmu sains sosial dan tabii yang mencabut Fitrah asal ilmu dan kemanusian itu seperti yang telah dilakukan oleh Descartes, Liebniz, Hume dan segala macam manusia lagi.



Desacralization of Knowledge = Corruption of Knowledge = Loss of Adab = Global Economic Crisis





Ini bukan soal kapitalisme lawan sosialisme.



Ini soal al-haqq lawan al-batil.


Salah tetap salah. Yang Benar pasti Benar.



Jikalau kalian baca artikel saya '
Mitos Tamadun Petroleum' dan artikel 'Ekonomi Sakit atau Tenat?' , saya sebenarnya bukan pendokong mana-mana ideologi mahupun pemikiran dengan taksub.



Kritikan saya kepada kapitalisme adalah atas dasar untuk menegakkan Kebenaran. Bukan kerana sosialisme apatah lagi Sosialis Kanan.



Saya melihat krisis minyak dunia dan krisis ekonomi dunia ini merupakan satu petanda untuk kita mempersoalkan kembali status quo kita dalam menerima mentah-mentah gaya hidup moden ini. Mungkin inilah yang harus disemak semula oleh semua manusia. Bala' yang datang ini bukan semata-mata kerana kesalahan Pak Lah naikkan harga minyak RM 0.70 dan juga kerana kirisis subprima perumaha di Amerika Syarikat tetapi sebenarnya merupakan simpton-simpton kecacatan sistem kehidupan masyarakat moden. Inilah falsafah yang saya dasari dalam menilai permasalahan yang ada. Maka, soal yang terpenting buat saya adalah Kebenaran.



Oleh kerana Kebenaran itu datang dari Allah yang Maha Esa, maka seharusnya kita mengembalikan Deus Ex Machina ke dalam perspektif masalah-masalah besar ini.


Sekian. Selamat bertafakkur.









P/S: Untuk yang rajin hendak cuba fahami krisis ini, elok jugalah kalian muat turun dokumentari "Money as Debt'
disini. Malah ibu saya pun dah tonton dan dia dah tak sabar hendak beli lebih banyak emas, tanah dan aset-aset yang lebih selamat nilainya. Ingat, apa yang kita sedang alami ini hanyalah simptom kepada masalah yang lebih besar. Cukuplah pengalaman The Great Depression sebagai muhasabah harian.







2 ulasan:

mahyudin berkata...

Sebenarnya, petunjuk Tuhan itu sudah lama dikhabarkan...

"telah zahir keburukan di darat dan lautan adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia, sebagai balasan terhadap perbuatan sebahagian dari mereka, semoga merek kembali kepadaNya..."

wallahuaklam.

http://ekonomis.wordpress.com/

Rausyanfikir berkata...

Betul en mahyudin.

Saja ajak geng2 free market ni fikir skit. Selalunya kepercayaan mereka pada pasaran tu absolute sgt.