Rabu, 17 September 2008

Runtuhnya sebuah Dinasti Kapitalisme

Saya tidak dapat berdiam diri melihat kekecohan yang sedang berlaku di Barat. Kita disini masih kaget dengan 16 September yang secara rasminya masih belum berlaku apa-apa.

Semenjak saya berinteraksi dan mengguna pakai rangka pemikiran yang dianjurkan oleh Prof. Al-Attas melalui pembacaan dan perbincangan bersama anak-anak muridnya seperti Prof. Wan Mohd Nor, Dr Ugi Suharto, saya mendapati krisis perbankan yang ada pada waktu ini boleh juga dianalisa melalui sudut pandang 'ketamadunan' ataupun 'dinasti' seperti yang ada dalam jargon orang-orang ekonomi.



Runtuhnya dinasti kewangan yang berusia lebih 150 tahun.


Kesemua bank yang sedang nazak pada waktu ini merupakan satu entiti yang sudah berusia ratusan tahun. Dinasti perbankan ini bermula dengan individu-individu yang hebat seperti keluarga Rothschild, keluarga Morgan etc. Sepanjang dinasti mereka berkembang, entah berapa banyak peperangan, penjajahan, revolusi dan kegiatan-kegiatan penting sesebuah negara yang telah dicorak oleh mereka sebagai satu entiti dinasti perbankan. Hanya mereka yang mampu membiayai episod-episod tersebut. Bukan kerajaan, bukan kelurga diraja.


Sudah tentu dinasti ini mampu berkembang dengan meluas melalui mekanisme penting yang dianjurkan mereka seperti riba' (dalam bahasa lembutnya: interest ).


Jikalau kita menganalisa krisis perbankan ini dalam aspek ketamadunan ataupun dinasti, ianya bukanlah suatu perkara yang ganjil. Semua tamadun/dinasti akan melalui satu tahap kemerosotan dan mungkin juga kepupusan. Tamadun Roma dan Yunani sudah kaput. Tamadun Islam masih wujud tetapi dalam keadaan merosot. Dan sudah tentu kemerosotan dan kepupusan tamadun/ dinasti yang telah lama wujud ini memerlukan satu tempoh masa yang lama untuk melihat kesannya.


Bak kata pepatah yang terkenal: 'Rome was not build in a day'. Begitu juga dengan dinasti perbankan. Untuk 'menjajah' kehidupan manusia moden melalui pembinaan sistem ekonomi yang sedemikian, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk merealisasikannya.

Untuk memahami realiti, kuasa dan pengaruh dinasti perbankan ini bolehlah rujuk buku-buku ini:





Saya pernah membaca buku 'The House of Rothschild' ini dan sebenarnya keluarga Rothschild telah banyak 'mengatur' sejarah Eropah. Mereka telah membiayai banyak peperangan yang berlaku antara keluarga diraja. Kita tahu bahawa orang Eropah ini sangat assabiyah sifatnya. Contoh terbaik seperti Perancis yang sampai sekarang sangat bangga dengan bahasanya. Pernah satu ketika dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan di Perancis, Presiden Jacques Chirac pada waktu itu telah meninggalkan majlis bersama beberapa menterinya hanya kerana Menteri Luarnya pada waktu itu berucap dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama persidangan itu.


Maka perebutan empayar dan tanah jajahan yang meletus antara monarki-monarki Eropah telah membuka peluang untuk Rotschild membina pengaruh yang cukup besar dalam sosio-politik Eropah. Contohnya keluarga Rothschild telah membiayai Perang Waterloo yang dipimpin oleh Napoleon (Perancis) menentang Duke of Wellington (Britain). Begitu juga dengan titik monumental ekonomi Eropah iaitu Revolusi Industri turut sama dibiayai oleh keluarga Rothschild.


Dipetik dari Wikipedia: "A political cartoon from Puck Magazine titled "The helping hand". Shows Uncle Sam and J.P. Morgan (antara pengasas dinasti bank) rowing a boat. Morgan's enormous size reflects his stature and the importance of his banking operations to the country."


Kesemua peristiwa penting yang bersejarah ini sangat capital intensive. Maka yang mana gagal membayar kredit yang telah dipinjam daripada keluarga Rothschild akan 'terjerut' dalam genggaman mereka. Sebab itu saya masih percaya hingga ke hari ini bahawa ahli Ekonomi terutamanya dari golongan bankers ini merupakan antara orang paling berkuasa di dunia. Kerana merekalah tangan-tangan sistem kapitalis yang tersembunyi. Pada hari ini keluarga Rothschild tidak mempunyai bank yang menggunakan nama mereka tetapi saya percaya aset dan pengaruh keluarga mereka masih kuat dalam bank-bank besar dunia seperti HSBC, Citibank, Bank of America etc. (kalau boleh kita jangan terlampau ke arah teori konspirasi tapi fokus kepada realiti dalam sejarah dan realiti yang ada pada hari ini.)


Krisis yang berlaku ini bukanlah satu krisis yang bersifat satu dimensi kerana terdapat banyak faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kejatuhan dinasti-dinasti perbankan yang ada ini. Pandangan alam Barat yang materialistik dan bersifat tragedi telah memacu hebat budaya konsumerisme dalam masyarakat mereka. Jikalau anda pernah menonton filem Michael Moore 'Fahrenheit 9/11', anda dapat menyaksikan bagaimana Presiden Bush, dalam waktu rakyat Amerika masih trauma dengan serangan tersebut, telah menggalakkan rakyatnya untuk keluar bercuti dan membeli belah.


Logiknya disini adalah kerana manusia yang berada dalam keadaan resah (anxiety) perlu 'membebaskan' diri mereka daripada trauma sebegini. Rasa takut mati dan cinta dunia sememangnya menggambarkan pandangan alam yang bersifat tragedi (Sisyphus) dan anti-Tuhan ( Nietzsche) dalam masyarkat Barat. Maka untuk mengisi kekosongan spiritual yang menebal, rakyat Amerika terpaksa 'sujud' kepada Tuhan Materialisme yang mana telah melahirkan budaya hedonisme yang kental dalam masyarakat mereka.


Agama Krisitan yang tidak dapat memberi keyakinan kepada mereka akhirnya telah memilih jalan pintas dengan terjun bersama ke dalam kancah budaya konsumerisme dengan membawa masuk non-canonical element seperti konsert dalam gereja dan sebagainya bagi memberi saingan sengit kepada kehidupan yang 'tidak bertuhan' diluar gereja. Ini hanyalah satu analisa dari satu sudut. Ada banyak lagi yang saya kira boleh kita kaji dan kupas.


Sebenarnya saya juga sedang menunggu komen daripada para wartawan, dan intelektual Dunia Ketiga terutamanya daripada Naomi Klein yang sering memberikan analisa yang tajam berkenaan 'crisis/disaster capitalism' iaitu satu teori yang menerangkan bagaimana puak kapitalis (baca: syarikat besar) mencipta dan mengambil peluang daripada krisis-krisis besar dan mengejut untuk membuat lebih banyak keuntungan. Semua ini telah diterangkan dengan baik melalui buku beliau The Shock Doctrine yang mana saya sendiri dah lama tak membacanya.


Dan pagi tadi saya belek-belek NST nampak berita ini:

Nigerian militants say Shell pipeline destroyed


Saya ingin membuat hipotesis ( boleh jadi benarl atau tidak) dalam keadaan harga minyak dunia telah susut kepada paras US Dolar 97, kemungkinan besar syarikat minyak gergasi dunia terpaksa 'mensabotaj' operasi mereka untuk mewujudkan suasana tegang yang mempunyai potensi yang besar untuk mempengaruhi harga pasaran minyak dunia. Krisis merupakan antara fakor penting selain daripada faktor 'supply-demand' dalam mempengaruhi harga minyak di pasaran dunia. Jikalau ini benar (dalam sejarah pernah berlaku), inilah yang saya dapat katakan sebagai salah satu contoh 'crisis capitalism'. Siapa tahu mungkin juga krisis perbankan yang berlaku sekarang ini sebenarnya telah memberi keuntungan yang signifikan kepada orang-orang tertentu dalam dunia ini.


Saya juga teringat bahawa senario seperti ini dapat dikaji menggunakan satu teori subjek ekonomi yang bergelar sebagai 'game theory'. Dalam 'game theory' ada satu senario yang dipanggil 'prisoner's dilemma'. Senario ini menceritakan tentang dilema dua orang banduan yang telah ditangkap dan telah diasingkan dalam dua penjara yang berlainan. Bagaimanakah kedua-duanya dapat membuat keputusan yang dapat memberi keuntungan kepada diri mereka sendiri ataupun kepada kedua-duanya sekali apabila terpaksa berhadapa dengan siasatan polis kelak?


Inilah peranan 'game theory' iaitu menganalisa situasi yang getir dan berisiko tinggi. Saya berpendapat dalam krisis perbankan ataupun harga minyak ini, pemimpin organisasi, dan kerajaan akan terpaksa bertarung dalam dilema sebegini. Sama ada menyelematkan bank tersebut, ataupun biarkan ianya tenggelam untuk melindungi kepentingan yang lain.


Boleh juga diertikan sebagai rakyat perlu menjadi korban kepada kepentingan institusi kewangan kapitalisme (bailout etc). Saya tidaklah pandai dalam 'game theory' ini maka saya syorkan para pembaca kalian menonton filem ini untuk mendapat gambaran ringkas berkenaannya:




Untuk pelajar UTP bolehlah anda selongkar rak IRC dan cari buku ini:






Saya dah baca sedikit (tak sempat habis) dan sangat berguna untuk anda diaplikasikan dalam situasi harian terutamanya yang jenis kaki 'join event'.

Berbalik kepada persoalan yang serius tadi. Kenapakah saya sangat pedulikan hal ini. Mungkin artikel BBC News ini dapat membantu kita memahaminya:

How does it affect me?

Nobody has a Lehman Brothers cheque book or current account. The company is an investment bank that specialises in big and complex deals and investments.


Despite this, Lehman's collapse and the troubles of other financial institutions will probably be felt by millions of people around the world - at least indirectly.

Most of our banks and pension funds have dealings with Lehman, or with firms like hedge funds that traded extensively with Lehman.

Unwinding Lehman's complex deals will take months if not years. During that time the global financial system will be snarled up. Many banks won't know for sure how much they are exposed to Lehman, and will have difficulty freeing up the money in those deals.

This in turn is likely to intensify the credit crunch, with potentially dire consequences for businesses and consumers.

And the dramatic collapse of Lehman Brothers has also shaken the financial markets, with share prices slumping around the world.

You will feel the impact even if you are not a banker or shareholder.

Your pension fund may have a wobble. Your employer may find it more difficult to do business. And you yourself may have more difficulty getting a personal loan or mortgage.

Are any other firms in trouble?

Well, for starters there is Merrill Lynch. US authorities and many bankers feared that after Lehman's demise the attention of investors and speculators would have moved to Merrill.

The bank hopes to find safety under the roof of banking giant Bank of America.

The biggest worry, though, is insurance giant AIG. The company is running out of cash to cover its losses and has asked the government for an emergency bridging loan, reportedly to the tune of $40bn.

If AIG is in trouble, it would directly affect millions of consumers and companies around the world. It would also hurt the whole financial system, because AIG is in the centre of a web of complex financial deals.

And compared with AIG, the crisis surrounding Lehman is small beer.


Untuk bacaaan lanjut bleh klik sini. Ingat, bukan sahaja Manchester United (pasukan favourite saya) akan terkangkang sebab AIG dalam masalah tetapi termasuk kita dan pakcik makcik yang tidak kenal ABC sekali!

Jangan cuak. Baru sahaja tadi Federal Reserve 'bailout' AIG. Kerja-kerja 'bailout' ini sebenarnya sama dengan 'mencuri' harta rakyat kerana kelak akan ditampung semula oleh cukai rakyat. Sebab itu Federal Reserve tak boleh nak selamatkan semua bank. Mereka dah tolong 'bailout' Bear Sterns dan juga ' nationalize' Freddie Mac dan Fannie Mae yang mempunyai hutang US Dolar bertrilion. Ya, trilion. Tapi sampai bilakah mereka mampu buat kerja-kerja sebegini?


Berbalik kepada situasi di negara kita. Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ingin mengambil kerajaan dalam keadaan sebegini. Apakah strategi beliau? Bagi saya, sudah terbukti sistem ekonomi neoliberal-kapitalisme tidak relevan langsung pada waktu ini. Dengan hanya membiarkan pasaran bergerak bebas seperti yang berlaku di Barat akan hanya mengundang bala kepada Malaysia. Saya hanya akan meyakini DSAI jikalau beliau membawa masuk Prof. Jomo KS dan juga Martin Khor sebagai penasihat ekonomi beliau. Saya tidak percaya kepada para penasihat ekonomi neoliberal yang banyak mengelilingi beliau. Bersiap sedialah semua untuk kita sama-sama mengharungi krisis ekonomi yang paling perit selepas 'The Great Depression' pada tahun 1930-an dahulu.


Penyelesaiannya? Saya syorkan anda dan keluarga membeli tanah, emas dan aset-aset yang tidak mudah turun nilainya. Kurangkan membelanja benda-benda yang tidak penting seperti PDA dan sebagainya. Tanahlah penting kerana dengan adanya tanah kita dapat hidup self-sustainable dengan membina rumah, bercucuk tanam dan ternak ayam. Do-it yourself belaka. Jangan hairan bahawa di Barat sudah ramai profesional yang menjual aset mereka di bandar untuk tinggal di kampung kerana mereka telah sedar akan penipuan besar sistem kehidupan moden yang ada disana. Universiti ada ajar? Parti politik ada bagitahu? Tepuk dada tanya iman. Sejarah telah menjadi saksi kepada keruntuhan dinasti dan tamadun manusia. Cukuplah semua itu sebagai ibrah buat kita.

13 ulasan:

Pewaris Reformasi berkata...

apa beza neo-liberal dan liberalisme klasik?

jika kapitalisme itu salah, apa pula maknanya perniagaan di zaman nabi s.a.w. dan kekayaan para sahabat r.a.? bagaimana mereka mencipta kekayaan?

kenapa rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (pernah disiarkan di al-ahkam) tidak menetapkan harga di pasaran?

apa salahnya property right? bukankah Islam menganjurkan hak pemilikan harta secara benar?

hujah menolak kapitalisme belum cukup tuntas, yg pasti sistem sosialis dan komunis runtuh.

entah apa ertinya 9/10 rezeki dlm perniagaan dan kefakiran dekat dengan kekufuran agaknya..hurm

niat yang baik, meski sangat perlu, belum cukup untuk menyelesaikan masalah.

Ibnurashidi berkata...

salam...

Anti Kapitalis!!Hidup Islam syumul..
silakan ke blog ana..ada kaitan cerita pasal kebobrokan kapitalisme..

http://ibnurashidi.blogspot.com/2008/09/bila-bala-datang-menimpa.html

romantis berkata...

Memang elok dijemput Dr Martin Khor dan Dr Jomo. Saya sokong!

...

Wayfarer berkata...

Dahsyatla tuan blog ni, br sy habis bc artikel Isnin dh ada post baru... Sy ni x tau sgt ttg economics apatah lg yg moden ni mcm derivatives (e.g. Futures), game theory etc - I'm more comfortable with physical sciences - but there seems to b a mix between the 2?

Yes Islam tu syumul - so kita TAK patut telan mcm tu jer - mahupn kapitalist or socialist - kita ambik apa yg selari dgn Islam - tuan blog ni patut letak highlight cerita blog ni spy org x slh fhm.

Islam mengajak kita BERDIKARI, BUKAN utk bergelumang dlm kemewahan ttp utk MEMBERI!

Hmm... ni sy dok tgh termenungla bbrp artikel lm: "Memulihkan Kekuatan Ekonomi Umat" (30/8/05) "Tanggungjawab Menyokong Perniagaan Muslim" (1/9/05) Lps tu (4/5/06 - delay skit?) suratkhabar Denmark tu (30/9/05). "Bersama membangunkan ekonomi umat islam" (22/4/07) "Dimanakah usahawan Islam?" (23/12/07) Earlier this year isu Denmark balik (tp org prasan x sblm isu Wilders drp HOLLAND tu?): Hmm sejak 2006 rasanya cuma lost USD 1bn...

Apa itu rezeki? Bgmn Sahabat r. 'anhum mencarinya? Duit mcm toilet? How to balance? (we almost set foot on Paris, but we lost al-Andalus when we 1st went there - jazakallah tuan blog 4 ur comment)

Hadith 9/10 tu mursal/dhaif...

Namun drp Islam qa: "No one ever eats anything better than that which he earned with his OWN hands." - BERDIKARI & x menyusahkn org lain - "There is no Muslim who plants something and birds or people or animals eat from it, but he will have the reward of CHARITY for it." JGN lupa: "Men whom neither trade nor sale (business) diverts from the REMEMBRANCE of Allaah" An-Nur, 37

Bckp ttg emas... (here's a budding economic & management scientist?) I'm not to acquainted with the economic works of Taqi Uthmani, but here's the website of the Economic Philosopher, Tarek El-Diwany...

We don't realise that we're using FIAT money? Nationalism? MNCs vs Nation States? Virtual slavery? Slavery was abolished coz of ethics or economic reasons? People condone that Islam supported slavery in war but how do we treat our employees today? Who hasn't got a maid? Past communities were more independent vs todays police force since 1667?

Oil hmm... 11:49 GMT USD 94.18 / 158.987 L (barrel) * RM 3.45 = RM 2.05 / L - How much longer? Hybrids is the future?

"Part of the perfection of someone's Islam is his leaving alone that which doesn't concern him." What is our concern?

Sorry kalau pjg sgt & mengelirukn - now I've got to do real work - wal'asr & tasbih kifarah - Wsslm...

Rausyanfikir berkata...

Betul En. Romantis. Siapa lagi yang kita boleh harapkan.

Rausyanfikir berkata...

En Wayfarer, I suppose you are deliberating the issue. Thanx for that. Hope you can continue this kind of endeavour to enlighten the readers.

ROZAIDI RUSMIN, 1984,Nov18 berkata...

salam sahabat.. mungkin enta blh jelaskan sikit apa moral story yg enta suggestkan bila tgk BEAUTIFUL MIND tu? ada game theory yg blh diplajari dalam crite tu k? ana pn penggemar' cerita tersebut n dh berulang kali ana tgk cite tu.. tp utk kaitkan dgn game theory..ana x nmpk lagi.. apa yg ana dapat adalah, adakah setiap kepandaian dan 'kegeniusan' itu akan dibalas dengan pengorbanan 'handicap' yg diterima...mcm dlm cite tu dia menerima anugerah nobel(dan ia cerita betul..)dan harga yg dia patut 'bayar' adalah dengan mengalami halusinasi yg tnggi? kita blh tgk jgk mcm tokoh2 genius lain.. isaac newton dalam kdaan cacat ttp dpt melakukan penciptaan, ibnu sina yg juga tokoh perubtan, harga yg 'dibayar' adalah dgn penjara... mohon perbincangan & penerangan..

Pewaris Reformasi berkata...

En Wayfarer, penerangan anda cukup dekat dengan faham libertarian :)

Pewaris Reformasi berkata...

Hadis dhaif juga pernah dilemparkan kepada Hujjatul Islam Imam Ghazali, saya percaya sbg orang yg selalu bertemu Prof Wan Mohd Nor, sdr Wan tentu lebih arif bagaimana memahaminya :)

Kita tak akan boleh memberi apa2 jika kita tak ada apa2. Cukai yg rendah seperti saranan libertarian adalah dekat dengan pengalaman Islam dalam konteks zakat.

Institusi waqaf juga adalah bentuk yang cocok antara Islam dan libertarian. Berdikari, cocok dgn personal responsibility :)

Saya menanti juga di mana tiang2 yang mendirikan faham kapitalisme atau libertarian ini dipatahkan. Jujurnya, saya gembira untuk meneroka lebih dalam..

Saya telah tunjukkan nilai yang cocok. Saya berharap ia tidak jadi sama seperti dialog saya dengan seorang ustaz PUM bila kritikan terhadap liberalisme tidak disandar pada teks asal..

krongkrang berkata...

The system of capitalism, as always, will come to a great depression every 10 years. As for now, the black sheep is clearly the investment companies. But, it is important to be noted that not all investment companies will eventually suffer, but only those who have been used by George W. Bush during his tenure of full-fledged falsification of mortgages. Believe me, soon after George Bush was picked up by the Statesmen(read: citizens of USA) as their elected president, house mortgages were mushrooming at a very exponential scale, till to a point that even those not thinking of mortaging their assets just did it, for no concrete purpose. Mortgage became a new hobby for them. And now that Bush is about to go, so does the American economic system. It will have to go down together with the geniuses of Bush, and another solution will eventually appear of the mind of another capitalist, just with another black sheep to be blamed in the end. What we see today are just mere propagandas for the President-to-be to use it widely as their tool of winning the election.

Rausyanfikir berkata...

Salam rozaidi, cerita A Beautiful Mind tu ada tunjukkan mcm mana dia kira2 strategi semua. Of course cerita tu xsama accuracy dgn cerita life dia sebenar tp ada la gambarkan mcm mana dia calculate strategy skit2.

pengkritik bebas berkata...

assalammualaikum. kalau salah betulkan dan tegur.
dari apa yg saya baca dan fahami, kapitalis ini berkonsepkan kepada yang kaya akan terus kaya, org bawahan akan terus dieksploitasikan atau dijadikan hamba abdi tanpa cara yg kejam spt zaman dahulu. ini digunakan secara kuasa dan kekayaan dan juga kuasa yg dimiliki. dan kapitalis ini juga dinakhoda kan oleh yahudi dan amerika dalam menyesatkan org islam. maka yg lemah akan terus dikontrol dan dianiaya. sbb itu juga kebanyakkan bank2 luar dan dalam negara kita goyah angkara sistem yg terang2 bercanggah dengan agama, yg peliknya mengapa kita dari dulu tidak menegahnya, bygkan riba berleluasa dan apa yng dilakukan oleh majlis fatwa kebangsaan? kapitalis juga akan mewujudkan jurang antara manusia2 dan juga akan mewujudkan diskriminasi antara kaya dan miskin. sedangkan dalam sistem islam itu sendiri menuntut memberi dan membantu. bukan membantu dan menindas dengan kadar gaji sbg pekerja yang mempunyai gaji tak setimpal dengan tenaga yg dikeluarkan sedangkan org2 atasan mempunyai keuntungan yg berlipat2 kali ganda dan tidak diagihkan dengn cara adil. begitu juga dgn sistem kewangan kapitalis yg semakin terjunam. sbb apa, sbb wujudnya riba yg berleluasa. mata wang yang bersandarkan kepada mata wang kertas yg tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan dinar emas. tidak hairan lah juga kemungkinan satu hari nanti akan tersandar juga mata wang kepada dinar. bila wujudnya riba, spt kapitalis yg di tonggak oleg amerika maka hutang2 sesebuah sykt itu bertambah2 dan berlipat spt gunung,shgga tidak mampu dibayar maka bankrupla, dan hancur la semuanya. sistem mata wang kertas ini juga bersandarkan hutang. sbb apa, kertas yg tiada nilai, berbanding dinnar yg mempunyai nilai yg tinggi. semua org kena faham, semua negara bersandarkan pada dolar us, tidak terkejutlah kiranya us itu mencetak wang kertasnya sebanyak dia suka, dan kita juga tidak hairan nanti wang kertas itu akan jadi spt kertas kosong yg ada gambar org saja. hutang amerika semakin meningkat dan semakin gawatla dunia nanti apabila tidak kembali kepada dinar spt kata Umar Ibrahim Vadillo seorg individu yg pernah menyuarakan untuk mengajak dunia kembali kepada dinnar, sekiranya tak silap pas juga pernah menyuarakan kes dinnar ini pada suatu masa dulu..... wallah hu'alam

Rausyanfikir berkata...

Tepat sekali dan kita harus tanya apakah PAS faham benar akan masalah ini?Ataupun sekadar sloganiasi?