Ahad, 7 September 2008

Perjalanan mencari Kebenaran: Rujukan istimewa kepada buku yang mengubah paradigma.

Saya menerima banyak permintaan baik dalam bentuk email, chat, shoutbox etc. yang bertanya bagaimana dan buku apa yang patut bermula kalau nak faham falsafah, dan segala bentuk isu-isu yang berlegar dalam blog ini.

A very tough question.


Saya perlu jelaskan disini bahawa apa yang saya tahu dan dapat bukanlah eksklusif datang semata-mata kerana usaha saya tetapi merupakan satu interaksi dinamik antara pelbagai medium dan pihak selama lebih kurang 3 tahun ini dan paling penting ialah niat yang saya pasakkan dari awal lagi merupakan pemandu setia kepada perjalanan intelektual ini.


Falsafah pendidikan diri saya adalah 'untuk mencari Kebenaran dalam proses mencari ilmu'. Ringkasnya untuk mengetahui apakah 'al-haqq' dalam setiap ilmu yang saya dapat. Tak semua ilmu itu mencapai taraf 'al-haqq' apatah lagi 'hikmah'. Kita perlu bezakan antara information (ma'lumat) dan knowledge (ilm). Perbahasan ini panjang dan saya takkan terangkan disini.Adalah baik untuk kalian rujuk kitab-kitab Imam Al-Ghazali dalam memahami persoalan klasifikasi ilmu. Prof. Osman Bakar juga ada tulis pasal klasifikasi ilmu dalam Islam.


Dan saya yakin selama ini yang banyak membimbing saya adalah Allah S.W.T sendiri dalam mengenal pasti buku-buku penting yang banyak mencorak hidup saya. Berkat doa Insyaallah. Tidak lupa juga interaksi yang saya perolehi antara pelbagai pihak yang berbeza latar seperti golongan ulama', politikus, intelektual, aktivis, dan juga golongan marhain banyak membentuk idealisme saya sendiri selaku aktivis/da'ie. Bolehlah rujuk pengalaman lama saya di dua blog lama iaitu yang pertama ialam Mindzapp dan yang kedua ialah Jiwa Muda. Dua blog ini mungkin boleh mencerminkan proses yang telah saya lalui untuk sampai kepada tahap Sosialis Kanan dan juga blog Inggeris yang separa aktif iaitu Occidentosis ini. Kalian boleh gauge paten pemikiran, pembacaan dan perjuangan saya melalui ketiga-tiga blog ini. Evolusi ke devolusi ke terpulang kepada penafsiran masing-masing.


Saya juga macam remaja biasa. Peminat setia Nirvana sewaktu di Sekolah Menengah Sains Selangor dan bermain ragbi secara serius mewakili sekolah dan negeri. Tetapi saya memang minat membaca. Sangat. Dari kecil lagi komik Doraemon, Dragon Ball, Ujang, Gempak, Goosebumps dan Harry Potter semua saya sapu. Kreko tak suka. Sudah tentu semua buku-buku ini tidak menajamkan pemikiran tetapi lebih kepada khayalan.



Breakthrough kepada paten pembacaan saya adalah buku ini:



Novel thriller yang separa benar ini membawa elemen-elemen kritis dan kreatif dalam membantu saya berfikir dengan lebih lanjut tema-tema yang terdapat didalamnya. Saya mula membacanya 6 bulan sebelum menduduki SPM 2004.



Boleh tengoklah komen yang saya tulis. Superlative belaka.


Dan Brown telah membuka satu genre novel yang unik iaitu gabungan facts and fiction yang mempunyai garisan kabur antara kedua-duanya. Ini akhirnya menggalakkan pembaca sendiri untuk membuat justifikasi tentang isi dan tema cerita tersebut. Sudah tentu sebagai Muslim kita tahu yang mana betul dan salah berkenaan Nabi Isa dan ibunya, Mariam dalam cerita ini. Tetapi buku ini betul-betul membuatkan saya untuk terus mencari penjelasan berkenaan Tamadun Barat dan sebagainya. Dua novel lain Dan Brown seperti Angels and Demon dan Deception Point juga banya membantu saya dalam hal ini.


Saya selalu bertandang ke Saba Islamic Media mencari buku-buku unik Entah bagaimana saya tertarik dengan tajuk buku ini:



Dahulu saya memang tak faham langsung isi buku ini. Cukup berat dan bahasanya pun kompleks. Sekarang bila dah terjebak dalam diskusi Islamisasi ilmu, allahyarham Al-Faruqi ini rupa-rupanya ilmuan yang besar juga.


Saya beli buku ini sewaktu saya foundation 2nd semester di UTP. Sudah tentu tak mampu nak faham langsung buku ni. Maka terbiar sajalah. Sesiapa yang berminat bolehlah baca buku ni untuk berjinak-jinak dengan isu pemikiran Islam.


Ketika mula masuk UTP dulu pada tahun 2005 (saya duduk rumah sebulan lepas SPM dan terus masuk UTP selepas itu-Januray intake), saya terdengar guru/murabbi saya yang juga Imam 2 UTP iaitu Ustaz Rahmat menyebut perihal 'clash of civilization' dalam satu ceramahnya. Tidak lama selepas itu saya terus membeli buku ini:



Sewaktu itu, saya memang tertarik kepada politik dan sudah tentu pasukan yang saya sokong ialah PAS. Bak kata kawan-kawan, " potong tangan keluar darah hijau!"


Obses dengan politik pada masa itu.


Selama 2 tahun saya mencari hujah dan anti hujah kepada tesis Huntington ini. Setakat ini saya rasa hujah Prof. Al-Attas yang mengatakan Tamadun Barat sebagai perennial enemy kepada Tamadun Islam adalah yang paling kukuh dalam mengimbang tara tesis Huntington. Untuk tahu lebih lanjut kenalah faham dulu takrifan Tamadun Barat yang dikemukakan oleh Prof. Al-Attas dalam Islam and Secularism.


Buku Huntington ini telah memacu saya kedepan untuk berfikir dan menganalisa pelbagai perkara terutamanya yang berkait rapat dengan konspirasi Zionis dan ekonomi antarabangsa. Sekarang dah kurang baca pasal Zionis kerana ianya adalah masalah eksternal. Masalah internal masih belum dihadam dengan baik.


Tetapi buku-buku ini lebih kepada dry facts and analysis, tidak menyentuh jiwa. Ada satu buku lagi yang membentuk paradigma pembacaan saya adalah buku ini:




Sewaktu membeli buku ini saya tidaklah kenal sangat Muhammad Asad. Sekarang baru tahu yang beliau ini merupakan seorang pemikir Islam yang hebat juga. Beliau berkawan baik dengan pemikir besar Islam Pakistan, Sir Muhammad Iqbal dan merupakan antara arkitek kepada penubuhan Pakistan. Antara buku klasik beliau yang lain adalah Road to Mecca.


Buku Islam at the Crossroad ini sangat sesuai buat kalian jadikan starting point dalam menerokai isu-isu berat dan penting dalam tamadun Islam. Muhammad Asad telah membuat pemerhatian yang cermat, walaupun tidak sedalam Prof. Al-Attas, tetapi tetap menyajikan wacana yang menarik untuk difikirkan. Jangan lupa beliau ialah seorang Yahudi yang telah memeluk Islam. Pengalaman luas beliau di Eropah telah banyak membantu beliau membuat pemerhatian yang kritis dan perbandingan menarik antara Tamadun Barat dan Islam. Buku yang berbau falsafah yang ringan jugalah kerana mengajak kita berfikir berkenaan Ummah.


Untuk berjinak-jinak dengan ilmu falsafah, saya rasa buku ini sesuai sebagai permulaan:



Saya sudah membelinya sewaktu di sekolah menengah tetapi hilang kerana kawan pinjam. Baru beli tahun ini dan cuba memahaminya kembali. Terdapat juga terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk Dunia Sophie keluaran ITNM. Kinokuniya ada rasanya. Buku ini santai kerana membawa tema falsafah Barat dalam bentuk cerita. Menarik. Boleh kata Harry Potter versi falsafah. Anda akan bertemebu Socrates, Plato, Aristotle hinggalah ke Marx dalam pengembaraan anda membaca kisah Sophie. Saya selalu baca sebelum tidur.


Untuk yang berbau akademik sikit bolehlah dapatkan buku ini dari UKM:


Padat dan kemas sesuai sebagai teks permulaan kepada pemahaman falsafah.



Permulaan kepada gerak kerja dakwah yang saya sertai sudah tentu seperti rakan-rakan lain adalah dengan membaca buku Fathi Yakan Apa Erti Saya menganut Islam?. Tetapi dari segi gerak kerja aktivisme yang serius yang disadurkan dengan elemen intelektualisme pula saya banyak dipengaruhi ( sebenarnya sangat dipengaruhi!) oleh buku ini:


Ali Shariati adalah intelektual Muslim yang cuba membina jambatan ilmu antara Universiti dan Masyarakat. Arkitek Revolusi Iran yang penting. Imam Khomeini hanya execute. Yang banyak membina fikrah/idealisme anak-anak muda Iran adalah Ali Shariati dan rakan seperjuangan beliau yang lain seperti Murtaza Mutahhari dan Jalal-e-Ahmad. Peringatan: Saya bukan peminat tegar seperti Faisal Tehrani. Hanya mengambil inspirasi dan idea perjuangan mereka. Untuk dapatkan akses penulisan Ali Shariati bolehlah klik sini.


Mungkin bagi kalian yang ingin memahami persoalan dan permasalahan umat Islam dari konteks yang mendalam tetapi ringkas, buku ini dapat membantu:


Seyyed Hossein Nasr. Namanya gah di persada pemikiran Islam antarabangsa. Seorang penulis buku yang prolifik. Guru kepada Prof. Osman Bakar. Saya terima pakai beberapa hujah beliau. Analisa beliau berkenaan falsafah sains Islam memang menarik. Tetapi saya tidak meneri pakai perennial philosophy yang beliau bawa seperti yang didokong oleh Frithjoh Schuon, Rene Guenon, Martin Lings dan yang seangkatan dengannya. Kerangka falsafah (philosophical framework) saya banyak dipengaruhi oleh Al-Attas dan S.M Idris (Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang). Walaubagaimanapun, buku ini sangat bagus untuk anak-anak muda seperti saya dalam memahami persoalan ummah dengan lebih kritis dan mendalam.



Kita tahu ramai anak muda kita yang terlibat dengan gerak kerja dakwah seperti dalam PAS, ABIM dan JIM tidak tahu atau tidak mahu tahu tentang karya-karya sebegini. Mungkin kerana kejumudan ataupun sudah terbiasa dengan wacana simplistik yang selalu diketengahkan oleh pemimpin mereka dan secara langsung dalam usrah-usrah yang dikelolakan oleh abang-abang dan akak-akak. Akhrinya, proses tarbiyah mereka lalui ini berbentuk satu dimensi.Terlepas dari realiti semasa. Budaya ilmu itu tidak wujud dalam gerakan Islam di Malaysia. Kalau adapun yang berbentuk ringan.



Jangan lupa juga musuh-musuh Islam tidak pernah cetek dan bodoh berkenaan kelemahan dan kekuatan kita. Tidakkah kalian tahu bahawa MCA, DAP mempunyai think tank yang serius? Jangan lupa bahawa sebelum Alfonso de Albuquerque menjajah Melaka, beliau sudah memiliki pemahaman yang kemas berkenaan umat Islam sewaktu ekspedisi penjajahan di Goa, India. Mereka sudah lama menelaah kekuatan dan kelemahan umat Islam semenjak zaman Perang Salib lagi. . Jangan kita lupa bahawa manuskrip-manuskrip lama telah banyak dibawa keluar ke London dan Leiden. Sekularisme yang ada di Malaysia ini bukan semudah yang disangka PAS kerana ramai juga orang yang ke usrah, solat jemaah, bertudung labuh ini terkena wabak dualisme yang ada dalam falsafah pemikiran sekularisme ini (akan saya kupas pada masa akan datang). Jangan lupa juga yang meruntuhkan ISTAC itu adalah orang-orang yang sebegini juga( luaran Islamik, dalaman error in understanding knowledge). Mungkin dengan buku-buku ini kita dapat lahirkan da'ie/aktivis masyarakat yang lebih dinamik dan syumul pada masa akan datang.



P/S: Sebenarnya banyak lagi buku yang mempengaruhi saya. Tak larat la nak tulis semua. Saya juga banyak terpengaruh dengan pemikir-pemikir Dunia Ketiga.

3 ulasan:

alqasam berkata...

Salam.

Terima kasih atas entri yang baik sekali lagi.

Ana punya buku Syed Hussien Nasr dan pernah membedah (lebih kurang) buku Mohammad Asad untuk subjek Islamization Of Knowledge. Buku Ali As-Shariti juga memberi kesan dalam diri. Cuma yang lain-lain belum berkesempatan.

I will add some more later. Alakullihal, teruskan menulis dan membaca!

p/s: About the ym, suami ana add saudara nanti.

Maliki xp berkata...

Salam..

Terima kasih untuk artikel² saudara, pertama kali berkunjung kesini terus terang aku katakan yang aku sudah terpesona dengan gaya penulisan saudara. Harap saudara tidak keberatan kiranya aku tinggalkan komenku disini. Bercakap mengenai buku yang saudara cadangkan itu, Alhamdulillah ada beberapa buah buku yang pernah kubaca didalam senarai tu. Cuma apa yang ingin aku komen cuma pada quote dibawah;

"Kita tahu ramai anak muda kita yang terlibat dengan gerak kerja dakwah seperti dalam PAS, ABIM dan JIM tidak tahu atau tidak mahu tahu tentang karya-karya sebegini. Mungkin kerana kejumudan..."

Kenyataan ini bagiku dangkal sekali, kerana bukan semua anak muda yang terlibat dalam gerak kerja dakwah tidak mengetahui dan membaca karya² seperti saudara senaraikan malah ada yang memahaminya. Sebagai contohnya pernah dulu akhbar Harakah mengesyorkan buku "Islam dan Sekularisme" karya Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas. Walaupun perbincangan ilmu falsafah ini tidak begitu kedengaran dari pemimpin² gerakan Islam bukan bererti ianya dikesampingkan. Bagiku ianya adalah masalah sikap segelintir mereka yang mengaku bergerak dalam gerakan Islah tetapi tidak ingin meneroka ilmu² falsafah dan pemikiran. Karya² Syed Hossein Nasr juga satu ketika dulu dikatakan pro syiah tetapi ianya tetap dibaca oleh pemimpin² gerakan dan aku mengenali nama ini pun melalui pemimpin PAS.

"Budaya ilmu itu tidak wujud dalam gerakan Islam di Malaysia..."

Ketahuilah budaya ilmu itu wujud dalam gerakan Islam di negara kita ini tetapi yang menenggelamkannya adalah sikap pengikut² yang malas untuk menelaah dan membaca padahal wahyu pertama bermula "bacalah dengan nama Tuhanmu..". Bagaimanapun teruskan menulis saudara, teruskan usaha memperkenalkan pembudayaan ilmu dikalangan penggerak² gerakan Islam dinegara ini, InsyaAllah moga² dipermudahkan. Akhir kata wassalam..


p/s: sekadar tambahan.. bolehlah juga membaca buku² antaranya The Republic karya Plato, The Problems of Philosophy karya Bertrand Russell, dan karya monumentalnya Sayyid Abul Hasan 'Ali An-Nadwi masa khasiral 'alam biinhithatil muslimin.

Rausyanfikir berkata...

Salam kepada saudara Maliki,

Of course apa yang saya perkatakan itu merupakan 'generalization' kepada masalah yang ada. Semestinya dalam PAS, ABIM dan JIM ada ahli2 yang berdedikasi untuk menelaah karya2 mcm ini tetapi secara MAJORITINYA (satu nombor yang besar) tidak.

Jikalau ada (secara bersepadau) budaya ilmu tersebut, sudah tentu gerakan islam di Malaysia tidak mudah diperdaya dengan sentimen2 seperti bar council tempoh hari. Apakah kita tidak cukup wibawa untuk menjawab pelbagai persoalan semasa dari sudut Islam?

rasanya itulah yang perlu kita muhasabah bersama.

P/S: Jikalau benar PAS memahami kepentingan budaya Ilmu, kenapa tatkala ISTAC hancur gerakan Islam di Msia membisu. Hanya ABIM, PKPIM yg turunt membantu. Bagi saya, jelas sekali apa2 yg tidak membawa kepada'leverage' politik PAS, tidak perlulah diambil peduli sangat.