Isnin, 22 September 2008

Kuasa Lembut dan Utopianisme



Entri kali ini adalah 'contengan minda'. Oleh kerana saya selalu dibebani dengan pelbagai idea yang saya sendiri tak mampu uruskannya dengan baik, maka saya rasa ada baiknya saya coretkan dalam blog ini untuk para pembaca fikirkan serta perbaiki mana yang patut. Apa yang saya cuba lakukan selama hari ini ialah dengan mengikat idea dan menyelongkar makna dan persamaan yang ada antara idea-idea tersebut.

Tetapi sebelum itu, saya harap sangat para pembaca dapat
forwardkan,bahaskan artikel ‘Bahasa Melayu dari Sudut Islam’ kepada banyak pihak terutamanya golongan politikus dan pejuang Melayu agar isu ini segera ditangani dan disedarkan kepada rakyat.


Mungkin ramai sudah baca entri Faisal Tehrani yang berkenaan ‘
Politik Realisme Magis’. Susah jugak nak faham tapi menarik untuk difikirkan.

Saya sangat suka menggunakan idea dan konsep ahli falsafah Barat sebagai
ALAT UNTUK MELAKUKAN ANALISIS (bukan sebagai ilmu untuk mencari Kebenaran (al-haqq) kerana kita empunya ulama' yang berkaliber dari zaman berzaman) realiti masa moden ini.

Dan entri kali ini saya juga ingin menyentuh tema yang lebih kurang sama dengan apa yang Faisal Tehrani perkatakan dalam ‘Politik Realisme Magis’ tetapi dalam konteks dan teori kuasa lembut (
soft power), dan utopianisme.

Kelakar bukan jikalau nama-nama teori tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Melayu? Biarkan.

Jujur, saya tidaklah masak sangat dengan semua idea ini tapi dapatlah juga faham
gist kepada idea-idea tersebut.

Saya mulakan dengan kuasa lembut yang diperkenalkan oleh Joseph S. Nye, seorang Profesor Kehormat di Kennedy School of Government, Univerisiti Harvard.

Kuasa lembut (soft power) adalah satu kosa kata/konsep yang diguna pakai dalam teori hubungan antarabangsa (international relation) untuk menggambarkan kebolehan/keupayaan sesebuah badan politik (i.e Negara, parti,mungkin juga ketua keluarga??) untuk memberi dampak dan pengaruh kepada perlakuan(behaviour) atau kepentingan (interest) sesebuah badan politik yang lain melalui aspek pembudayaan (thaqafah: betul ke dalam B.Arab?) dan penyebaran ideologi (fikrah).


Lawan kepada kuasa lembut adalah kuasa keras (hard power) yang datang dalam bentuk pengaruh dan kekuatan ketenteraan, ekonomi. Bersifat agresif dan senantiasa cuba menundukkan yang lebih lemah.



Kejayaan kuasa lembut sangat bergantung kepada reputasi subjek( i.e pemimpin, individu) dalam satu komuniti (antarabangsa, domestik, masyarakat, keluarga) dan juga kelancaran aliran informasi antara subjek yang mendiami dalam komuniti tersebut.


Saya fikir: (Hmm…mungkin reputasi subjek boleh dikaitkan dengan imej Islam dan juga kelancaran aliran informasi boleh diertikan juga sebagai kelancaran dakwah Islamiyah (dari segi akhlak, intelektual) dalam masyarakat.)


Kata Nye :


“Budaya popular dan media selalu dikaitkan dengan kuasa lembut, seperti juga penyebaran sesuatu bahasa kebangsaan (i.e Inggeris, Mandarin) ataupun sesuatu struktur normatif (i.e struktur norma kehidupan masa kini). Sesebuah Negara (i.e boleh juga kita kaitkan sebagai parti politik, perjuangan, kaum) yang mempunyai kandungan kuasa lembut yang banyak dan mampu melahirkan kesan yang baik/sihat akan mempengaruhi orang lain (others) untuk mengasimilisasikan diri mereka ke dalam struktur yang dibawa oleh empunya kuasa lembut itu.



Adakah ini pengaruh kuasa lembut?


Antara sumber kepada kuasa lembut ini adalah budaya (yang mampu memberi tarikan ), nilai ( apabila tiada hipokrasi dalam perlaksanaan) dan juga dasar luar Negara (dalam konteks international relation.)


Nye menyatakan bahawa kuasa lembut lebih sekadar pengaruh kerana pengaruh juga boleh wujud dalam ruang lingkup kuasa keras (hard power) seperti yang wujud dalam ugutan dan perdebatan. Dan kuasa lembut juga bukan sekadar pujuk rayu atau kebolehan untuk ‘mengubah’ persepsi individu melalui hujah, walaupun ianya merupakan antara elemen kuasa lembut juga. Kuasa lembut adalah kebolehan untuk menarik, dan tarikan selalunya akan membawa kepada penerimaan tanpa persoalan (acquiescence).


Kata Nye lagi:

“Jikalau saya dipujuk untuk mengikuti apa yang diperjuangkan oleh kamu tanpa sebarang ancaman/paksaan yang nyata ataupun sebarang pertukaran (tolak ansur yang mempunyai untung-rugi)-ringkasnya, jikalau perilaku saya ditentukan melalui tarikan/pengaruh yang boleh dilihat (observable) tetapi tidak boleh dirasa (intangible)-maka kuasa lembut sedang berlaku/berkerja/proses. Kuasa lembut menggunakan beberapa jenis ‘mata wang’-bukan kuasa (i.e paksaan), bukan juga wang/harta kekayaan- untuk mewujudkan kerjasama. Ianya(kuasa lembut) menggunakan faktor tarikan(attraction) untuk berkongsi nilai dan keadilan dalam usaha menyumbang kepada kejayaan dalam mencapai nilai yang dikongsi bersama itu”



Wah, berbelit betul terjemahan saya.


Saya fikir: (Hmm…kesan kepada kuasa lembut ini semacam ada persamaan dengan erti Islam itu sendiri (i.e penyerahan diri secara TOTAL) )


Ibn Ata’illah melalui kitab “The Book of Illumination” sangat menekankan aspek penyerahan diri secara total, dan penekanan untuk jangan berfikir kita mampu merancang sehebat perancangan Allah. Serahkan diri sepenuhnya dan bersangka baik kepada Allah dalam semua hal.Perhambaan diri yang tulen. Ini lenggok gaya penjelasan ahli-ahli tassawuf/sufi.


Cuba kita kaitkan konsep kuasa lembut ini dengan dakwah (i.e aktivisme, politicking) dalam usaha kita menegakkan kembali daulah Islamiyah. Sudah tentu kita mempunyai ‘kuasa’ yang unik berbanding tamadun lain dahulunya seperti yang digambarkan dalam pememerintahan tamadun Islam di Andalusia, Mughal, Damsyik dan Tanah Melayu. Apakah kuasa lembut yang dimiliki oleh golongan Islam yang terdahulu sehingga mampu menghasilkan bangsa yang dipanggil Mozarab?


(Mozarab adalah orang Kristian Iberia yang mengguna pakai bahasa, budaya, pakaian orang Islam pada zaman pemerintahan Islam di Andalusia, Sepanyol.)


Dan apakah kuasa lembut yang akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat (PR)? Apakah ianya Populisme ataupun Rasionalisme dalam memerintah? Jikalau populisme (seperti yang banyak dijaja oleh Pakatan Rakyat di Selangor) adalah caranya, apakah kesan jangka panjang kepada Negara dan fabrik sosial masyarakat kita, dan lebih penting kepada sikap orang Melayu?


Teringat sebuah buku yang selalu perhati di rak sains politik di kedai buku Kinokuniya, KLCC:




Mengikut sinopsis yang diberikan dalam Amazon.com:


“ Buku ini memberikan analisis tour de force berkaitan dengan faktor yang memacu populisme. Ernesto Laclau memberi tumpuan kepada pembinaan identiti popular dan bagaimana ‘rakyat’ (‘the people’ - penekanan melalui tanda ‘…’)muncul sebagai peserta/pelakon yang kolektif. Buku ini menggabungkan analisis teoretikal dengan rujukan empirikal yang diambil daripada konteks sejarah, dan geografi. Beliau (Ernesto Laclau) memberi bacaan kritikal berkenaan kajian populisme masa kini, menggambarkan kebergantungan kajian populisme masa kini terhadap ahli teori psikologi massa (mass psychology) seperti yang dibawa oleh Taine dan Freud. Beliau juga memberi tumpuan kepada pembinaan identiti popular dan bagaimana ‘rakyat’ (‘the people’) muncul sebagai peserta kolektif bersama kuasa politik dan sosial, menghasilkan perkaitan antara populisme dan demokrasi dan kepada logik perwakilan ( logic of representation) dan membezakan pendekatannya dengan karya Zizek, Hardt dan Negri dan Ranciere (ini semua nama ahli teori sains politik yang hebat di Barat). Buku ini penting buat sesiapa yang berminat untuk menerokai persoalan identiti politik dalam masyarakat moden masa kini.”


Mungkin para pembaca boleh rujuk artikel saya berkenaan psikologi massa di sini.


Macam ada bau-bau Orientalism karya Edward Said cumanya ditulis dalam ruang lingkup politik…Mungkin sesuai untuk para intelektual, mahasiswa, politikus dan para ustaz yang berminat nak tahu sejauh manakah kuasa, pengaruh dan impak baik/buruk Anwar Ibrahim dalam masyarakat kita jikalau dia berkuasa kelak dengan agenda populisme (kalaulah…) Elok dibedah buku ini…


Akhirnya cuba kita kaitkan dengan utopianisme yang dipelopori oleh Thomas Moore dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1516 iaitu ‘Utopia’.


Apakah utopianisme? Satu fahaman yang menggagaskan kesempurnaan yang cukup ideal ( perlu difahami dalam konteks lenggok bahasa superlative).


Mari kita cuba ikat idea-idea tersebut.


Saya percaya dan telah terbukti dalam sejarah apa-apa tamadun, baik tamadun Islam sekali pun tiada pernah wujud keadaan utopia. Maknanya, akan tetap berlaku kepincangan dan kerosakkan dalam jangka hidup tamadun-tamadun tersebut.


Dalam sejarah ketamadunan Islam yang melakar pelbagai kejayaan dan kehancuran itu jelas menunjukkan walaupun pemerintahan berdasarkan Islam tidak menjanjikan keadaan utopia. Kayu ukur utama dan paling hebat pernah kita ada ialah sistem pemerintahan dan kehidupan yang dikelolakan di bawah Rasulullah s.a.w di Madinah al-Munawwarah. Tiada lagi Madinah yang akan wujud dalam sejarah manusia.Hanya satu.


Ini terbukti sendiri bahawa dalam sejarah ketamadunan Islam berlaku coup d’etat, ISA versi Mu’tazilah (ingat cerita Imam Malik, Ibn Taimiyah?), pembunuh upahan (assassin), kapitalisme, hedonisme, ekstrimisme agama tahap durjana ( zaman Imam-Al-Ghazali seperti yang digambarkan dalam kitabnya Ihya’).


Makanya apakah faktor sebenarnya yang membolehkan umat Islam terus hidup melakar sejarah walaupun pernah dirobohkan, dicincang dengan lumat oleh Hulagu Khan, Timur Lang (Tamerlane) dalam pelbagai episod kejatuhan tamadun Islam dahulu? Islam terus bangkit selepas itu dengan berdirinya kerajaan Turki Uthmaniyah, India Mughal dan Kesulatanan Melayu di Nusantara.


Dan apakah faktor yang sangat membenamkan umat Islam hari ini daripada bangkit seperti umat Islam yang terdahulu?


Disini, saya berpendapat, dan bersetuju dengan sekolah pemikiran Al-Attas, meminjam teori Nye bahawa kuasa lembut umat Islam adalah ‘ILMU’.


Rosaknya ilmu, maka jangan mimpi kita mampu kembali tegak seperti umat Islam terdahulu yang dicingang lumat walaupun kita empunya kuasa memerintah. Sejarah tidak pernah menipu. Cumanya kita harus belajar sejarah dari sudut falsafahnya seperti yang disyorkan oleh Ibn Khaldun dalam magnum opus beliau, Muqaddimah.


Maaf jika entri ini sangat berterabur.Masih diperingkat brainstorming. Mungkin dengan input tambahan, dan perbahasan yang lebih halus dalam ruangan komen, di masa depan boleh dijadikan artikel untuk disiarkan.


Untuk rujukkan lanjut bolehlah selongkar Wikipedia. Saya banyak terjemah isi entri ini berdasarkan apa yang ada dalam Wikipedia terutamanya berkaitan kuasa lembut.

Untuk bacaan tambahan mengenai pandangan saya dalam Bahasa Inggeris boleh klik sini.


Wallahualam.


P/S: Masih dan teringin untuk memahami idea Habermas (democracy and public sphere), Foucault (archeology of knowledge, biopower), Braudillard (simulacra and simulacrum), Gramsci (hegemony and common sense), Marcuse (critical theory), Whitehead (system of thought) dan banyak lagi. Sebelum menerombos alam yang skeptik ini kenalah bina rangka pemikiran Islam dahulu. Kalau tidak boleh ‘sesat’ dalam kegelapan. Maka harus faham idea-idea Prof. Al-Attas dahulu. In progress

6 ulasan:

Pewaris Reformasi berkata...

rangka pemikiran Islam harus faham idea2 Prof Syed Naquib dulu..(?)

hurm

Rausyanfikir berkata...

Bukankah pengawalan agama itu mengenali Allah?

Why Prof. Al-Attas?

Antara banyak2 pemikir Islam yg ada pada zaman ini, beliau telah "menyiapkan" kerja dalam membina pandangan alam islam. Hanya beliau, setahu saya yang sudah lakukan begitu kerana dalam berhadapan dengan cbaran utama pada masa kini: sekularisme.

Hanya beliau yang sudah melengkapkan analisis, penyelesaian dan menghasilkan universiti islam dan anak murid yang dapat integrasikan ilmu2 kontemporari dengan baik mengikut acuan pandangan alam islam.


Dan idea Islamisasi Ilmu merupakan satu gagasan yang sgt penting dalam berhadapan cabaran masa kini, sama seperti mana Imam Al-Ghazali menentang failasuf Barat, dan ekstrimisme agama.

Wallahualam.

P/S: baru kenal prof. al-attas tahun ni. Banyak kerja lagi perlu lakukan untuk perkemas kini.

Pewaris Reformasi berkata...

Saya tidak ada masalah dengan awal agama mengenal Allah s.w.t., saya tidak dapat berfikir bagaimana apa yang kita kenal sebagai Aqidah dapat bermula tanpanya. Ia jelas.

Saya hanya bermasalah dengan kata 'hanya beliau (al-Attas)..' seperti yang sdr bayangkan di atas dan ia memberi impak yang tidak sedikit kepada cara berfikir :) Cuba bayangkan mereka yang tidak menikmati penulisan al-Attas, mereka yang hidup sebelumnya dan sebagainya di mana tidak wujud apa yang sdr bayangkan "sudah melengkapkan analisis, penyelesaian dan menghasilkan universiti islam dan anak murid yang dapat integrasikan ilmu2 kontemporari dengan baik mengikut acuan pandangan alam islam". Ia sangat bermasalah.

Kritik saya sama sebagaimana beliau (al-Attas) yang juga saya hormati ketika membaca Islam dalam Kebudayaan Melayu. Tindakan mengasir apa yang disifatkan tidak penting atau memberi makna itu saya tolak.

Kritik al-Ghazali juga telah dijawab oleh Ibnu Rusyd (dan saya tahu sdr adalah orang yang sama membuat claim di MSLS tentang perlunya pihak berautoriti berhujah, sedang saya menilai autoritatif hujah). Berbalik persoalan autoritatif, bagaimana sdr menanggap hadis2 dhaif yang dibawa al-Ghazali?

Saya mahu katakan bahawa saya tidak bermasalah dengannya, tetapi bagaimana dengan sdr? Autoritatif atau autoriti?

* ada sedikit persamaan antara kita, saya juga bekas pemain ragbi untuk negeri, hanya saja selainnya saya juga pemain catur negeri.

Rausyanfikir berkata...

Salam kpd Pewaris Reformasi@Amin,

Pertamanya untuk kita berbahas dlm ruangn komen ni sgt tidak sesuai.Persoalan yg melibatkn personal opinion lebh sesuai kita bincg face to face.Seng nak explain.

Menjwb beberapa persoalan:

1)Ttg "hanya Al-Attas" itu anda telah memisahkan konteks kesulurhn perenggan tersebut.Mmglah kalau dibaca "hanya Al-Attas" akan menampakkan kesempitan saya berfikir. Ttp jikalau dibaca dalam sejemput sampai habis seperenggan bermula dari "hanya Al-Attas" itu akn memberi maksud sebenar saya.Saya sdg berckp mengenai "framework Islam dlm menentang sekularisme" dan juga "islamisasi ilmu kontemporari". Apa yg Al-Attas buat langsung tidak sama dgn Al-Faruqi atau S H Nasr.Itu pasti.Nama mungkin sama, tp xserupa.Dan apa yg Al-Attas buat bukanlah hasil geliga otaknya semata2 kerana beliau telah "menghidupkan" kembali tradisi ilmu yg luput ditelan gerakan Pan Islamisme yang lebih popular pada abad ini.Dan itu lgsg tidak bermaksud al-attas seorg pelengkap ketamdunan Islam.Beliau hanya meneruskan,dan MERUMUS KEMBALI KONSEP PENTING MENGIKUT KONTEKS ZAMAN INI.Maka tiada isu berkenaan putusnya idea beliau dari org zaman dahulu (yg dibawa oleh Al-Ghazali,Fakrudin Al-Razi)dn yg akan dtg dan masa kini xtau idea dia maka adalah tggjwb anak muridnya untk teruskan agenda beliau.Masing2 ada disciple masing2.Zmn dahulu pun ulama' kita sudah begini sehingga wujud mazhab.Tiada masalah slg mana perkara asasnya sama.Yg masalhnya kalau curi idea org kemudian claim dia punya.


2)Berkenaan Al-Ghazali, kita jgn cepat melatah dgn hadith dhaif dia.Beliau seorang logician.Mustahil beliau bodoh dalam menyusun hujah.Nama pun "Hujjatul Islam".Dlm Ihya, beliau menyusun hujah mengikut hierarki ilmu: Al-Quran,Hadith(sahih->dhaif) etc. Semasa beliau menulis Ihya beliau sdg merantau.limitation bnyk dn semua yg beliau tulis itu tidk bersandarkan kitab yg bnyk.Maka sudah tentu ada penjelasn yg begitu.


3)Kalau solan autoritatif dan autoriti ini disandarkan kpd kes zainah anwar, sudah tentu sya lebih cenderung kpd autoriti.Org yg sesuai ditemptnya.Bukan sang feminis yg pandai berckp mengenai teologi Islam.Berkenaan autoritatif hadith dhaif dalam karya al-ghazali, setakat yg saya tahu sudah dijwb diatas.


4)Terpulg kdp mana2 pihak yg nak setuju atau tidak dgn al-attas.Boleh berjidal dgn hikmah akan idea bukan menyerang sifat tokoh tersebut seperti mana ilmuan yg sgt dengki kpdnya.Belia buat kerja beliau dan mereka buat kerja mereka.Jikalau bertembung idea kita perbetulkan yg salah untuk MENCARI KEBENARAN.Masalhnya ramai sgt yg nak jadi Sufastaiyyah daripad mencari kebenaran. Kita tidak menghukum Al-Faruqi,S H Nasr, Syed Qutb Haram atau sesat.Kita bak kata prof wan meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya: Al-Faruqi (Christian Ethich), S h nasr (falsafah sains), Hassan AL bana,SYeq Qutb (islamic movement).Kita raikan idea mereka dan hargai sumbgn mereka.Tp dlm hal islamisasi ilmu kontemporari, manusia yg berautoriti adalah al-attas.Saya akn post satu hadith yg membawa tema "corruption of knowledge" lain masa menerangkan bagaiman idea ilmuan diciplak, disalah erti oleh ilmuan lain sprti dalam kes islamisasi ilmu.


Wallahualam.

Wayfarer berkata...

Hmm main point artikel ni ttg soft power hasil komen pd sajak sblm ni?... Hmm... rupanya itu bgnd tuan blog, sy ni lbh cenderung pure Engineering mayb towards physical sciences/maths... will hv to face politics but hasn't got such a plan as this blogger who has already eyed on ATMA...

History... the Mongols became Muslim (Baghdad qada` solat 'Eid 656 H?), Amir Timur marked d end of that (just knew bout d Ottoman Interregnum), d Mamlik Burji dynasty was crumbling etc...

Tahafut at-Tahafut djwb kembali oleh Khawja Zada. Hayy Ibn Yaqzan (Ibn Tufail) pn mjwb Tahafut al-Fasalifah ttp dijwb kembali oleh Ibn Nafis. Hayy Ibn Yaqzan yg asal oleh Ibn Sina dsmbng oleh as-Suhrawardi (rkn spguruan Fakhruddin ar-Razi). Drp dulu org Islam dh ada syarh ttg al-Ihya tmasuk takhrij ahadith. 'Ulama` mmbina antara satu sama lain - adakah pbezaan pndpt mrndhkn martabat? Apakh niat mrk? Nk 'ilmu kene bhati²? Mcm mn utk mdpt taqwa? Jgn lupa Imam Abu Hanifah jg meninggal dlm penjara & Imam Ahmad's Mihnah.

Baudrillard's Simulacra & Simulation is interesting... We've sunk in our own work, even our money doesn't hv any intrinsic value. What's d meaning of life 4 people nowadays? I wonder if anyone agrees with Mustafa Akyol's definition of riba? (Is capitalism compatible with Islam?) Hmm... dkt space.com pn org komen ttg fractional res. banking...

Dan berikanlah kpd kerabatmu & org miskin serta org musafir akan haknya masing² & jgnlah engkau mbelanjakn hartamu dgn boros yg melampau. - Al-Isra`, 26

Okla sy komen 2 sort out my understanding - hope I'm not wasting my time trying 2b a jack of all trade & I don't want 2b a dull boy either...

Allahumma-inna nas`aluka-'ilman nafi'a, wa-rizqan tayyiba, wa-'amalan mutaqabbala (ilmu bmanfaat, rezki baik & amalan diterimaNya)

Smg kta dpt pengajaran Ramadhan & giving Fitrah - Maaf zahir & batin - Wallahua'lm Wsslm

Rausyanfikir berkata...

Salam En.Wayfarer,

Bglah contact number ke senang skit nak bincang.U got an interesting mind. Malaysia perlukan revolusi intelektual sebelum ke revolusi yg berikutnya. Terima kasih kerana updated info.