Isnin, 15 September 2008

Dilema Pendidkan Tinggi, Sains dan Teknologi.

2 minggu kebelakangan ini kita telah disajikan dengan pelbagai isu penting seperti 16/9, dan isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.


Kita ketepikan dahulu isu 16/9 kerana saya kira sudah berlambak dalam ruangan maya para bloggers yang memberi komentar berkenaan isu tersebut.


Setiap hari selama seminggu ini, akhbar harian seperti New Strait Times (NST) masih rancak membahaskan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kalau anda baca ruangan letters to editor tersebut, orang Melayu yang masih mempunyai kesedaran terhadap kepentingan Bahasa Melayu pasti akan terasa tercabar dengan segala macam komen yang dilontarkan oleh pelbagai pihak.


Untuk menjawab isu ini, saya telah menulis satu makalah yang bertajuk 'Kepentingan Bahasa Melayu dari sudut pandang Islamisasi Ilmu Kontemporari' kepada Siasah. Insyaallah minggu ini akan disiarkan.


Dari satu sudut, perbahasan yang ada ini telah meletakkan kembali satu isu pokok yang sering dilupakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia iaitu isu bahasa dan pendidikan. Pada masa yang sama juga saya lihat semacam ada sesuatu kekeliruan kecil berkenaan perbahasan ini.


Saya rasa isu penggunaan bahasa itu nombor dua dalam hal ini kerana perkara pokok yang terselindung dalam perbahasan ini sebenarnya adalah berkenaan bagaimanakah cara untuk kita tingkatkan mutu budaya ilmu sains dan teknologi dalam masyarakat kita?

Jikalau persoalan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris itu dibawa ke sudut yang lebih asas, saya percaya kita tidak akan berpolemik dalam ruang lingkup isu bahasa semata-mata seperti yang ada sekarang dalam media massa.


Saya berpendapat isu ini haruslah dikembalikan kepada persoalan yang lebih asasi dan dibahasakan dalam ruang lingkup falsafah sains dan teknologi itu terlebih dahulu.


Pada hemat saya, antara persoalan awal yang perlu dibangkitkan boleh dicorakkan seperti ini:

1)Bagaimanakah kita ingin mewujudkan satu tradisi/budaya ilmu sains dan teknologi dalam konteks masyarakat kita?

2)Apakah ciri-ciri penting yang dapat membantu kepada lahirnya satu budaya saintifik yang kritis dan kreatif di kalangan masyarakat kita?

3)Apakah yang boleh kita pelajari daripada sejarah kebangkitan sains yang telah berlaku kepada tamadun Islam dan Barat satu ketika dahulu?


Semua persoalan ini (dan banyak lagi yang boleh dimasukkan) haruslah dibicarakan dalam arus perdana agar kefahaman yang lebih utuh dapat ditanam dalam pemikiran masyarakat akan peri pentingnya isu ini.

Di pihak saya, editor majalah Milenia Muslim telah memberi dateline selama 2 minggu ini untuk saya siapkan satu artikel berkaitan dengan isu pembinaan budaya ilmu sains dan tekonologi dari sudut pandang Islam. Untuk itu saya harus merujuk kepada karya-karya Seyyed Hosein Nasr, Al-Attas dan beberapa intelektual Dunia Ketiga yang lain bagi mencari kritikan terhadap Sains Moden dan kemudian merumuskan kembali satu acuan kebangkitan yang telah dikemukakan oleh ulama' Islam kontemporari seperti yang digagaskan oleh S H Nasr, Al-Attas, Alparslan Acikgenc, Osman Bakar dan yang sewaktu dengannya.


Oleh itu petang tadi sementara menunggu untuk berbuka puasa dengan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang, macam biasa saya bertandang ke Kikonukiya KLCC. Belek punya belek terjumpa 2 buah buku menarik.



Dilema. Mana satu nak beli. Harga kedua-duanya lebih kurang sama (RM 50). Fikir punya fikir saya terpaksa melupakan dulu buku yang dikarang oleh Jacques Eluil ini buat sementara waktu.


Saya memilih buku 'The Closing of An American Mind' ini antara sebabnya adalah berkaitan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan kampus.

Yang pertama saya hendak menyertai persidangan sains sosial yang dianjurkan oleh universiti saya sebagai pembentang kertas kerja. Yang keduanya saya perlu mencari hujah untuk berhadapan dengan persoalan Consequence Management (CM) yang diperkenalkan oleh Education Sponsorship Unit (PETRONAS) ke atas mahasiswa tajaan PETRONAS (termasuk saya).


Apakah itu CM itu? Klik disini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Yang pasti saya harus memiliki kedua-dua buah buku tersebut terutamanya buku 'The Technological Society' untuk membina hujah kritikal dalam usaha menyemak semula pelbagai isu penting yang telah melingkari sistem pendidikan tinggi moden saban hari ini.


Buku 'The Closing of An American Mind' ini menceritakan permasalahan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat pada hujung 80-an. Sangat sarat dengan konsep dan hujah falsafah yang saya sendiri pening apabila membacanya dalam LRT tadi. Kerelevenan untuk saya memiliki buku ini adalah kerana kebanyakkan (hampir semua) universiti di Malaysia ini telah didirikan atas acuan dan struktur yang hampir sama dengan universiti yang ada di Barat terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain. Dengan memahami hujah kritis yang dibawa oleh intelektual mereka, ini akan memudahkan lagi kerja kita dalam mengupas persoalan-persoalan penting berkaitan kelemahan sistem pendidikan tinggi moden milik kita yang diciplak dengan begitu sahaja dari Barat.


Buku 'The Technological Society' ini pula memberi satu analisis sosial yang sangat kritis berkaitan dampak teknologi ke atas kehidupan manusia. Setelah membaca beberapa perenggan tadi saya melihat bawa Jacques Eluil telah melakukan satu analisa yang cukup menyeluruh dari sudut metafizik, sosial, kerohanian dan banyak lagi dalam membahaskan keburukkan teknologi kepada masyarakat.


Hasil gabungan kedua-dua buku ini disamping beberapa buah buku kritis lain yang telah saya miliki, Insyaallah dapat membantu saya memahami persoalan penting dalam memperjuangkan beberapa isu yang telah saya sebutkan di atas. Bagi sesiapa yang mempunyai idea dan saranan bolehlah kemukakannya dalam ruangan komen dibawah.


P/S: Kepada mana-mana mahasiswa/mahasiswi UTP yang ingin menyertai perjuangan saya dalam menilai semula kerelevenan CM ini bolehlah email kepada saya sebarang cadangan dan pelan tindakan. Kita berjuang dengan intelek agar tidak menimbulkan sebarang sentimen yang boleh menjarakkan lagi hubungan antara mahasiwa, penaja dan juga pihak universiti.

4 ulasan:

ASaL berkata...

salam. bagusnya previu buku, dan saya rasa saya perlukan buku the technology society, tapi malangnya tidak berada di KL untuk mendapatkannya satu - segera. TQ sosialis kanan, selalulah previu buku ya!

shairah berkata...

CM?hmm..mcm ade pros and cons nye.ape reaksi kebanyakan student UTP pasal ni ye?

romantis berkata...

Bila baca Allan Bloom, terasa seolah olah suatu monolog panjang yang membosankan. Tahniah! jika sudah khatam.

TPK berkata...

salam

pada hemat saya, CM ini sebenarnya bagus, cuma perlu diperkemaskan implementasinya supaya wujud win-win situation antara pemegang biasiswa dgn penaja yakni PETRONAS

Barangkali ESU agak terburu-buru untuk menaikkan penanda aras kepada 2.70 pada Jun 2009 dan 3.00 pada Jun 2010.

CM sebenarnya umpama 'wake-up call' kepada mereka yg belajar dengan sambil lewa, dengan assumption 'PETRONAS akan tanggung sampai habis walaupun fail'

Saya bersetuju utk menyokong dengan syarat, CM memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, tak kira pemegang biasiswa dan PETRONAS