Selasa, 9 September 2008

Cerita 'Sosialis Kanan'...


Salam Ramadhan kepada para pembaca. Nampaknya masih mencurah-curah tetamu yang hadir ke blog ini. Alhamdulillah. Semoga mendapat manfaat.Yang mana tak baik tinggal-tinggalkanlah.Boleh juga email kepada saya untuk sebarang teguran konstruktif. Tak kurang juga yang masih bertanya panduan dan meminta komen dan petua...bukan saya tak sudi nak balas tetapi constraint yang ada dari segi idea dan masa menyekat semua itu...maklumlah kalau Abusaif (Saifulislam.com) ada Ummusaif, kalau Faisal Tehrani (tehranifaisal.blogspot.com) ada Zaynab Al-Kubra untuk moderate segala macam komen dan permintaan. Maaf, saya tak ada 'orang rumah' untuk bantu. Masih lone ranger.

Walaubagaimanapun, kalian bolehlah klik di bahagian 'label' yang ada dalam blog ini untuk menyelongkar artikel mana yang patut buat manfaat kalian. Kalau tak cukup lagi boleh singgah blog lama saya di Mindzapp, dan Jiwa Muda.

Al kisahnya blog Sosialis Kanan ini bukanlah sesuatu yang 'meletup' seperti yang dijangkakan berlaku 16 September ini. Blog ini merupakan satu kemandirian (continuity) idea daripada Jiwa Muda yang telah digodam oleh sekumpulan senior haprak dari UTP. Biasalah bila kita nak tegak kebenaran kadang-kadang inilah ranjau yang terpaksa diredah. So dipendekkan cerita saya tak dapat bukak account gmail saya yang lama dan entah dalam satu majlis perbincangan dengan Ketua Editor Majalah Sabili dan Abang Nizam dari Sahabat Alam Malaysia, saya terdengar mereka berkata tentang label 'Sosialis Kanan'. Saya terkejut jugak pada waktu itu. Habis tersembur keluar daripada mulut saya sedikit fragmen-fragmen kecil daripada roti yang barudi beli dari cafe USM pada waktu tersebut (hujung 2007). 


Hmm...saya fikir nama 'Sosialis Kanan' itu macam unik dan provokatif! Tanpa meminta pandangan sesiapa sewaktu cuti semester saya pun buatlah blog ini bagi menyampaikan pandangan dan idea saya...maka wujudlah Sosialis Kanan yang sebenarnya merupakan sambungan kepada Jiwa Muda. 


Saya berpendapat blog ini akan kurang menyentuh isu-isu kampus saya (baca: UTP) dan akan lebih kepada isu-isu serius di luar. Ada jugaklah saya bantai beberapa perkara dalam kampus seperti isu konsert dan sebagainya tetapi sasaran utama ialah isu luaran (masyarakat, negara, antarabangsa, ketamadunan).


Pada mulanya senior-senior saya (baru grad) yang geng-geng parti  Bulan Putih warna Hijau  semuanya 'memaki hamun' (hiperbola) sebab anak usrah dia dah jadi sosialis! Saya punya nak terhambur dengar. Cepat benar mereka hambur saya sebegitu. Mereka tidak tahu malah sampai hari ni tiada siapa tanya saya secara serius kenapa blog ini nama Sosialis Kanan!


Senang je. Jawapan saya adalah semua ini semata-mata sebagai satu intelectual provocation! Provokasi intelektual semata-mata! Buktinya adalah kalau saya ni sosialis tegar, mana mungkin saya rujuk dan bina framework pemikiran saya berdasarkan apa yang dibawa oleh Al-Attas! Oh lupa. Saya mula membaca buku Islam and Secularism pada pertengahan bulan Disember 2007. Bulan yang sama saya mula menulis dalam blog ini.


Memang niat saya nak bukak mata para dai'e dan aktivis Muslim bahawa perjuangan umat manusia ini bukan milik orang Islam sahaja malah berlambak lagi pejuang-pejuang ikhlas yang berterabur dalam hutan Congo hinggalah ke Chiapas di Mexico. Sudah tentu perjuangan pun mempunyai maratib ( level ) tertentu. Kita sebagai Muslim jikalau berjuang kerana Allah mana hendak sama dengan perjuangan DAP yang hendak tegakkan kesama rataan di Malaysia. 


Apabila kita berada dan mengaku sebagai yang paling baik disisi Allah, maka malulah kalau kita berjuang dalam keadaan ilmu tak cukup. Ini nak perintah rakyat pejuang Islam sendiri tak faham selok belok ekonomi, sosial etc. Sia-sia je kena tipu dengan mudah nanti. Ini bukan cerita kosong. Kalau tak percaya pergilah jumpa Dr Dzulkifli PAS Research Center. Kalau betul PAS nak memerintah negara ini dengan Islam tunjukkan kepada saya dahulu modulnya! Mesti lengkap dengan dasar luar negara, dasar ekonomi Islam, pelan tindakan perpaduan, pelan anti-GM crops dan bermacam-macam lagi. Jangalah berslogan semata-mata dengan 'Al-Quran dusturna, Al Rasul Qudwatuna'. Slogan dengan substance jaub sekali bezanya. Buat orang kafir gelak percuma je. Mereka bukan bodoh. Mereka tahu kita takbir sana sini, nyani lagu 'Al-Amal' tapi keluar masjid, masuk office embrace capitalist. 


Atas dasar provocative inilah saya mewujudkan blog ini untuk menjadi satu force kecil dalam menyentak lamunan dan fantasi para pejuang Islam di negara ini. Dan tak sampai sebulan selepas itu, akhbar Siasah pinang saya suruh menulis sampailah sekarang hampir setiap minggu kejar dateline


Tak guna kalau kalian sekadar datang membaca dan berasa teruja kemudian berlalu begitu saja. Saya harap tulisan saya ini dapat lahirkan anak-anak muda mahupun yang sudah berumur untuk lebih progresif dalam menilai, menganalisa dan menyelesaikan masalah ummah. 


Wah, emo pula saya. Memang. Saya emo sekarang ini memikirkan nasib bangsa, agama dan negara pasca 16 September nanti. Tak perlulah saya komen panjang disini. Saudara-saudari sekalian boleh fikir dan muhasabah sendiri. Marilah kita sama-sama berganding bahu dan akal untuk membantu ummah. 


Sebelum kalian pergi jemputlah lawat blog seorang yang betul-betul sosialis totok ini. Tak lain tak bukan bernama Hishamuddin Rais. Serius, saya tidak pernah ada sebarang jalinan kasih mahupun ideologi dengan beliau. Cuma memang kagum dengan semangat aktivisme sewaktu beliau hebat berjuang di zaman siswanya. Dah baca artikel dia nanti cuba-cubalah buat perbandingan antara kualiti analisa yang beliau tulis dan yang mana selalu Harakah muatkan. Ketepikan dahulu sebarang sentimen yang wujud dalam analisa beliau yang mungkin bertitik tolak dari paradigma Marxis, materialisme dan dialektik. Baca, renung, fikir dan compare. Malulah kita kalau puak sosialis totok mampu concern  dan bagi penyelesaian kepada masalah yang benar-benar wujud di depan mata kita. Sekadar bermuhasabah.




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro lu memang hebat

zaman masa aku jadi siswa dulu pun tak terpikir macam lu. sekarang baru terima pencerahan sikit. gara2 buku fathi, farish, khalid, isham dan anwar

Tanpa Nama berkata...

Tabik kepada anda yang bersemangat waja dalam ingin mendalami ilmu-ilmu yang mana masyarakat kita masih sukar untuk menelaah.

'Apabila kita berada dan mengaku sebagai yang paling baik disisi Allah, maka malulah kalau kita berjuang dalam keadaan ilmu tak cukup' --> Teramatlah benar kata-kata ini.

Kita sibuk kata capitalis tak boleh pakai, sekarang ini negara mereka yang maju. Apa nak jawab? Kita telah menutup pintu untuk menilai falsafah mereka semata-mata kerana mereka 'salah'. Bukankah prejudis namanya jika begitu?

Semoga Allah memberi anda kekuatan di dalam menyingkap rahsia-rahsia daripada buku-buku yang anda baca. Inquilab Zindabad!

Abu Saif berkata...

Abu Saif juga adalah pengendali UMMUSAIF.COM di samping tiga anak kecil, tiga pekerjaan dalam satu masa, dan tiga panadol actifast melayan kerenah aktivis dakwah :)

hiten mitsurugi berkata...

Erm, very nice thought and determination..your writing is a provocation to our ortodoks/conventional thoughts and thinking.

Anyway, semoga berjaya dengan apa yang sedara cuba bawa.

Owh, lupa salam ziarah, dan minta izin utk ditambah link sosialis kanan pada blog saya..

matdie berkata...

bagi mereka yg resah mendengar perkataan sosialis disebutkan, dengan mengatakan tidak ada sistem yg terbaik melainkan islam, maka saya sering mengatakan, sistem sosialis, kapitalis dan apa jua, selama mana tidak bertentangan dgn islam - maka boleh dipakai... yg bertentangan - seperti riba, haruslah ditolak.. sistem islam adalah satu garis panduan umum - dan sistem sosialis, kapitalis etc - adalah yg telah dikupas dan dikhususkan - malangnya pengupas itu datang dari barat maka tentulah ianya tidak ada roh islami... maka, adalah tugas2 orang seperti saudara rausyanfikir lah yg memberi nafas islam bagi prinsip2 sosialis ini... jangan cepat melabelkan orang sebagai tidak islamik!!

Nazhatul Muna berkata...

Salam.

Nak tanya, siapa ummufaiz tu? :)

-ummusaif

Rausyanfikir berkata...

Ya Allah, punyalah lama saya tulis baru hari ni perasan tersilap tulis nama ummusaif! haha!

Sori2.

Ummufaiz tu nama wife Imam Besar UTP. huhu.

Intended for Ummusaif sebenarnya.

Maaf dipinta :)

Tanpa Nama berkata...

salam

bagus diwujudkan blog yang seumpama ini.segala aliran pemikiran yang rancu kisi sedang berlaku diluar harus dirungkai sebaik mungkin.kalau boleh mencabar'status quo' pemikiran bagi mendapatkan 'kebenaran'.seperti mana Imam Al-Ghazali pernah mencabar status quo pemikirannya.

Moga prinsip Hamamayu hayuning Bawana dapat disebarkan dengan sebaik mungkin.