Selasa, 23 September 2008

Ad Nauseam

Berbaghalkan tuan atau bertuankan baghal?




Aku sudah muak, jijik dan menyampah

Dengan sandiwara sebusuk sampah

Berkenaan politikus yang miskin kuasa

Dalam usaha merebut takhta.




Aku sudah muak, jijik dan mual,

Melihat penguasa menjadi bebal,

Lebih teruk dari baghal,

Hendak berkuasa terkial-kial.




Apakah ini semua wahai rakyatku?

Sandiwara soap opera atau cerekarama?

Ekonomi dunia dilanda malapetaka

Duit kita yang bakal jadi mangsa!



Kenapa? Tak Percaya?

Bukak buku sejarah cari asbabnya

1930 itulah tarikhnya,

Satu episod luka nista sifatnya.



Petualang kamu kapitalis!

Yang perut kurus, gemuk macam iblis

Mencekik rakyat sehingga muflis

Menyuburkan materialis sehingga ada SIPILIS!



Inikah yang kamu banggakan?

Dengan erti pasaran bebas?

Kejadah kamu bebas apa begitu

Dunia susah akhirat lagi tak menentu.




Sedarlah wahai rakyatku

Kita dijadikan mainan

Emosi dibuaikan

Hingga hilang pertimbangan.



Marilah kita membebaskan diri

Daripada jeriji besi politik nan sempit

Agar terbuka akal dan nurani

Dalam menentang si bourgeois parasit!



Hidup rakyat!

Hidup kaum pekerja!





Rausyanfikir,

Tingkat 57 di tengah Kuala Lumpur,

Jam 9.50 pagi.



P/S: Ini sajak amatur. Main tibai je tulis.

8 ulasan:

bloganaigh berkata...

Wah, sudah mula berpuisi.
Izin pautkan blog anda ke blog saya ya.
Jzkk.

Tanpa Nama berkata...

saya ingin menjadi kapitalis muslim.

http://www.pakdi.my/blog/membentuk-kapitalis-muslim/

apa pendapat tuan?

blog politik saya di http://pemikir.blogspot.com

http://pakdi.my itu blog bisnes.

ws.

Pakdi

Pewaris Reformasi berkata...

Saya tidak menemukan jawapan anda lagi tentang tiang2 yang membela pasaran bebas.

Menghentam kapitalis tanpa merobohkan tiang2nya sama seperti anjing menyalak bukit..bukit tak runtuh, tekak sakit.

Cuba tanya di mana gerakan sosialis dapatkan sumber duitnya? Apakah ada tangan 'orang kaya' yang mahu memastikan tidak ada persaingan dari yang lain maka ditaja kelompok penentang pasaran bebas?

Di sana ada jawapan kenapa libertarian adalah idea yang lebih hidup :)

pek percubaan berkata...

Assalamualaikum
Satu soalan
Pada pendapat tuan siapakah yang layak menjadi pemimpin malaysia sekarangini. tolong sebutkan nama.

Izwan berkata...

Terabur tapi berisi..

Lagi bagus..

Teraburkan lagi..

Lari kita dari status quo..

Musnahkan konkrit-konkrit kapitalis..

Musnah!!!

Revolt berkata...

Kenapa perlu feudalisme?

Untuk bermegah2?

Dengan si kapitalisme?

i-anwar berkata...

Selamba...

Tibai xpa, asalkan kena...

Daripada xtibai, depa dok lena...

Ramai dok diam, rakyat merana...

Rausyanfikir berkata...

Salam,


1)Kpd Pewaris Reformasi:

"sdg usahakan artikel"

2)Kpd Pek Percubaan"

"nama?ini payah.Saya lebih suka kita ada satu team ulama' yang sangat arif dgn persoalan semasa,akhirat seperti Imam AlGhazali lah. Dgn ada ulama' begini Insyaallah baru dpt wujudkan pemimpin yg berkaliber spt Salahuddin Al Ayubi satu masa dulu.Anwar is the best practically tapi kesan jangka panjang dia meminpin is to vague to have a good assurance. Saya harapkan org PAS ada yg celik mcm Anwar.Husam,Dr Dzulkifli tp mereka ini fhm2 je lah apa jd dlm PAS.Kesimpulan:tiada yg istimewa kerana musuh saya baik lompat atau tak tetap ada dan masih perlu berkerja!"


3) Kpd Izwan:

Terabur sgt nanti jadi deconstructionism pulak.Semua nak diruntunhakn. Kita lakukan selective demolishment.


4)Kpd Revolt:

Feudalisme selagi mana memperthnkan al-haqq tidak menjad masalah.Neo-feudalisme yg menjelma sehingga ke dalam ruang lingkup pejabat itu harus ditentang!


5) Kpd I-anwar:

Kita sygkan mereka sbb tu kita "tangan2kan". Jgn jadi baghal ikut je apa depa wat.