Jumaat, 1 Ogos 2008

Protes Siswa pada Penjenayah Perang Tony Blair





Tahniah kepada para aktivis mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Kelang yang hadir ke protes kehadiran Tony Blair semalam, 1 Julai 2008. Bertempat di hadapan Hotel Mandarin Oriental yang juga bersebalahan dengan KLCC, para aktivis yang rata-ratanya daripada GAMIS, PKPIM dan juga TERAS telah berhimpun selama 30 minit bagi menytakan bantahan keras kami terhadap 'Penjenayah Perang Iraq dan Afghanistan', iaitu bekas PM Britain, sang durjana Tony Blair.



Protes ini turut disokong oleh Tun Dr. Mahathir seperti yang ditulis dalam blognya bahawa kita perlu membantah kehadiran Tony Blair dalam menyampaikan syarahan yang bertajuk "Rule of Law and Good Governance" yang dikelolakan oleh Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.


Ironinya, di dalam Hotel Mandarin tersebut para hadirin yang hadir seolah-olah tidak berasa kepincangan yang ada dalam sesi tersebut. Lebih menyedihkan siswa-siswi Fakulti Undang-undang dari UM dan mungkin juga universiti tempatan lain tidak berasa sebarang masalah untuk menghadiri dan mencatiti dengan bersemangat sekali kata-kata 'hikmah' seorang durjana seperti Blair seperti yang dirakamkan oleh wartawan News Strait Times edisi 2 Ogos 2008 hari ini.







Antara konklusi awal yang boleh saya nyatakan disini adalah bahawasanya para ahli akademik kita masih mempunyai mentaliti kolonial yang mengagungkan British dan juga pada masa yang sama para siswa jurusan undang-undang yang hadir ke sesi tersebut hanyalah warga profesional yang tidak berhati perut dan memisahkan moraliti dalam kerjaya mereka sebagai siswa dan peguam di masa hadapan kelak.



Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan bantuaan-Nya kita dapat lakukan koordinasi protes ini dalam masa 24 jam sebelum protes berlangsung.



Terima kasih kepada Cikgu Azmi (TERAS, Citizen International) kerana memberi SMS terkejut pukul 8 pagi Khamis untuk mengarahkan siswa-siswi Lembah Kelang bertindak secepat mungkin. Terima kasih juga kepada saudara Haafizudin (YDP PMIUM), Hilmi Ramli (Presiden PKPIM), Zaidi (TERAS Wilayah) dan seluruh aktivis Muslimin dan Muslimat GAMIS, PKPIM dari pelosok Lembah Kelang kerana menjayakan perjuangan yang kecil tapi signifikan dalam membuktikan bahawa Mahasiswa tidak akan mudah dinodai intelektual dan moralitinya dalam memegang prinsip kita iaitu "Speak Truth to Power".




Ikhlas,

Wan Ahmad Fayhsal,
Aktivis TERAS, Citizen International, dan API.






Tiada ulasan: