Isnin, 4 Ogos 2008

Persidangan Elit bakal-bakal pemimpin negara Malaysia



Sabtu lalu, saya menghadiri Malaysian Student Leader Summit (MSLS) 2008 di Hotel Nikko. Ini adalah kali kedua saya berpeluang hadir ke persidangan percuma tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada para pengajur yang sudi memberi ruang kepada saya untuk hadir dan banyak bertanya sepanjang sehari ( hari Ahad saya tak datang) berada di sana.


Pertemuan tahun lepas dalam MSLS 2007 telah membuahkan bibit persahabatan dengan Wan Firdaus ex-Presiden UKEC yang saya kira antara anak muda yang berpengaruh dalam struktur pemerintahan negara. Beliau yang pada hari ini sedang berkhidmat di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) juga merupakan ahli UMNO yang cukup kritikal. A very nice guy that everybody can enjoy being with.




Saya dan Pak Ungku Aziz bertukar pandangan. Beliau turun dari pentas sebab tak berapa dengar pertanyaan saya. Sebenarnya saya cuak takut soalan saya ni kompleks sebab sebut pasal 'world view' dan 'captive mind' yang mana kedua-dua idea diperjuang hebat oleh saudara beliau iaitu Prof. Naquib Al-Attas dan Prof. Husein Al-Atas. (Gambar courtesy dari Tasnim).


Dalam entri ini saya hanya ingin mengupas secara kritikal dan memberi pandangan saya berkenaan MSLS dan juga perihal mahasiswa dan siswi Malaysia yang belajar di luar negara.


Sudah tentu status mahasiswa yang belajar di luar negara lebih dipandang tinggi berbanding mahasiswa yang menuntut dalam negara. Sudah tentu pandangan sebegini terbentuk secara diskrit dalam masyarakat pasca kolonial seperti kita ini. Tidak dapat dinafikan mahasiswa dan siswi yang belajar di luar negara ini mempunyai minda yang terbuka (open minded).


Rata-ratanya saya boleh katakan datang daripada upper middle class group. Maka sudah tentu dari segi perwatakan, percakapan dan pakaian melambangkan class yang tersendiri seperti expatriate.


Bagi saya, MSLS merupakan satu persidangan elit. Ya, elit. Melihat mereka berhujah sememangnya mendatangkan kekaguman dengan lirik bahasa yang indah. Tetapi selalunya semua itu idealistik yang tidak berpijak di bumi rakyat marhain. Saya yakin tidak ramai diantara mereka ini betul-betul faham akan masalah rakyat Malaysia. Mereka bercakap tentang kemiskinan, masalah itu dan ini tetapi dalam sudut pandang seorang mahasiswa elit. Mahasiswa elit yang melihat career path mereka cerah pada masa depan kerana status mereka sebagai mahasiswa yang sedang belajar di luar negeri.




Meja saya diletakkan tanda ini. Tapi bila berbicara dalam kumpulan diskusi mereka kata student actvism yang mereka lakukan ialah intellectual discourse. Nak tergelak dengar.



Sudah tentu itu adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Tetapi pada hemat saya, antara kerisauan yang timbul di benak hati ini adalah bahawasanya mereka-mereka inilah yang mungkin pada satu hari nanti akan bertempur dengan kami mahasiswa dalam negara dalam menegakkan keadialn buat rakyat.


Kenapa saya kata begitu? Rata-ratanya kelompok mahasiwa yang menuntut di luar negara akan dipancing oleh kerajaan untuk menjawat jawatan strategik dalam negara dan mungkin juga menjadi penggubal dasar-dasar negara yang mampu memberi dampak yang besar kepada rakyat.



Jikalau tiada asas agama Islam yang kukuh dan pemahaman realiti yang utuh, adalah mustahil para profesional muda ini dapat melakukan keadilan kepada rakyat dalam melaksanakan tugas mereka sebagai penggubal dasar-dasar penting.


Mana tidaknya, the best in their mind will always be the British, American, and bla, bla bla. Jikalau ekonomi kayu ukurnya adalah GDP, jikaulau kebahagiaan kayu ukurnya adalah hedonisme yang berpanjangan dan kalau agama Islam itu maksudnya jangan jaga tepi kain orang! Ini belum kita bicara akan loyalty kaum bukan Melayu yang bakal pulang sebagai profesional muda di negara ini.


Sekular humanisme. Itulah wabak diskrit yang diimplankan ke dalam benak minda dan hati anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Hentaman budaya dan pemikiran Barat dalam dan luar jelas menambahkan lagi sindrom "The Captive Mind" seperti yang diungkapkan oleh intelektual tersohor negara kita, Allahyarham Syed Hussein Al-Atas.



Saya kecewa pihak pengajur MSLS 2008 menjemput feminis bernama Zainah Anwar untuk berbicara dalam majlis tersebut. Sparing partner si feminis tersebut adalah Dr Mazeni Alwi dari Muslim Professional Forum. Fair enough. One feminist secualrist and one nice and gentle medical doctor who knows the gist of Islam. But it has become a total disaster when the feminist try to propagate her fallible ideology of Islamic feminism and tarnishing the Islamic faith by 'putar alam' the theological aspect of syariah during one of the session in MSLS.


Semakin lama saya dengar si feminis tersebut memukau para anak muda yang entah faham ke tidak akan fardhu ain agamanya sendiri serta ratusan rakan-rakan yang bukan Islam yang semakin pening, bingkas saya bangun dan menegur si feminis dan pengajur. Jikalau hendak berbicara sebegitu rupa letak satu ulama' atas pentas baru adil. Bagi saya pengajur MSLS gagal memahami realiti ini dengan membiar semahu-mahunya si feminis tersebut 'memperkosa' pemahaman Islam dihadapan kami pada hari itu.




Pak Lah memang lembik. Walaupun beliau benarkan kami bertanya soalan, saya tak terliur langsung nak tanya soalan pada dia.


Pada sebelah petangnya, Pak Lah datang berucap. What a loser he is. How can a guy like him continue to lead a country which is having many serious problems currently? Saya hanya tidur sepanjang dia melatah dia atas pentas. Che Det berkali ganda lebih baik di atas pentas ceramah Dewan Caselor UTP. Turunlah Pak Lah.


Melihat Pak Lah begitu hilang semangat saya hendak datang pada hari Ahadnya. Forget it. I cant do much with these people. My playing field is not in the 5 star hotel finding for a solution which later going to be dumped just like that. Inilah realiti bakal-bakal pemimpin negara kita yang elit.


Ikuti perbincangan lanjut saya di sini berkenaan kebodohan peminat Chelsea di Malaysia.


P/S: Makalah ini merupakan pemerhatian ringkas yang dapat saya lihat sepanjang dua kali menyertai MSLS. Tidak dapat dinafikan memang ada para pemimpin mahasiswa yang baik dan hebat dari UK dan overseas seperti Wan Firdaus, Nik Nazmi cuma secara generalnya boleh dikatakan begitu. Kritikan ini tidak berniat mencederakan hati UKEC mahupun sahabat handai yang lain cuma sebagai analisa kritis. Semoga para mahasiswa overseas dapat berpijak di bumi yang nyata sebelum terlambat. Ingatlah, jangan kita jadi seperti Si Tenggang.But I really piss of Zainah Anwar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas peringatan tetapi rasa seperti tidak wajar jika anda bercakap secara general tentang penganjur program yang pada pendapat anda mempunyai 'ibu bapa yang miskin ilmu agama, hentaman budaya dan pemikiran Barat dalam dan luar'. Namun, kesal saya jika hari pertama telah deter your interest in joining us the next day. We'll be more careful in the future.

Alia Sidek

getxed berkata...

hmm i believe she had a religious consultant who consulted prior giving talks, though may not be an orthodox one

Afifah berkata...

Apa salahnya jika kita dengar pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak semestinya sehaluan dengan pendapat dan kepercayaan kita?

This is the reason why we have debates, to allow freedom of thoughts to flow. You allow audience to make up their own conclusions with their wise judgments. With all due respect, I personally believe that comments should be more generally concentrated on issues rather than personal attacks. You beat others with your intellects, by earning respect from others and not through your emotions and sentiments. So far, have you accomplished that?

Saya juga pelajar universiti tempatan, sedikit sebanyak saya memahami 'concerns' anda namun saya perlu menyuarakan ketidak puasan hati saya dengan 'generalization' terhadap speakers dan pengajur. Maafkan saya jika dalam proses menyampaikan pesanan ini anda mungkin terguris hati.

Sekian,
Nur Afifah

Adzakael berkata...

salam

saya mengucapkan tahniah kerana telah menegur the feminist yg ketika itu seronok melontarkan ideanya.Benar,jika mau berbicara perkara2 keagamaan,serahkannya kpd yg lebih ahli.

Akana tetapi,saya rasa kecewa kerana prejudisma (?) didalam diri saudara yg telah menghalang saudara hadir ke sesi Ahad,krn sesi hari itu bagi saya jauh lebih mencabar minda dr sesi Sabtu.

Saya pun graduan luar negara tetapi saya bukanlah antara golongan elit yg saudara katakan (sbb tu rugi saudara tak dtg hari Ahad tu,lagi ramai bebudak yg terserlah elitismnya masa sesi diskusi kumpulan,kalau saudara ada boleh sama2 hentam diorng dgn saya,mueheheheheh)

Walau apapun,saya berharap kita boleh bertemu di summit akan datang.

Vendetta berkata...

Salam Tuan Rausyanfikir...

Benar sekali apa yang tuan katakan. Mungkin ada yang berpendapat negatif terhadap pandangan dan tindakan tuan ini, namun apa yang disebut ini merupakan suatu masalah yang masih jarang diketahui sesiapa...

Mungkin artikel ini boleh shed some light terhadap fenomena ini:

http://www.theamericanscholar.org/su08/elite-deresiewicz.html

The first disadvantage of an elite education, as I learned in my kitchen that day, is that it makes you incapable of talking to people who aren’t like you....