Jumaat, 15 Ogos 2008

Muktamar PAS: Satu muhasabah penting


Bukan lagi rahsia PAS sedang diambang krisis. Saya tidak berminat dengan politik dalaman orang PAS tapi saya sangat concern kepada hala tuju PAS dan dasar yang dipikul yakni Islam.


Itu sahajalah yang meletakkan PAS jauh di atas parti-parti politik yang lain. Sebagai ahli gerakan Islam yang ditarbiyah saban hari menggunakan buku-buku DPF (sejak dari umur 19), wala' saya bukan semata-mata terhadap para politikus tetapi manhaj Rasulullah itu sendiri. Kalau Ustaz Azizan buat dajal pada Hutan Ulu Muda, lawan tetap lawan. Kalau Ustaz Daud Iraqi mengambil enteng isu Herald dan nama Allah, lawan tetap lawan. Saya tidak taksub sedikit pun, diulang, sedikit pun kepada mana-mana pemimpin PAS apatah lagi parti itu sendiri. Maka atas dasar inilah saya berani mengkritik PAS serta sahabat-sahabat perjuangan yang lain.


Disini saya ingin gariskan beberapa perkara penting yang saya kira boleh difikirkan secara mendalam berkenaan PAS.


Kelemahan PAS


1. PAS itu parti politik, gerakan dakwah atau bagaimana?
Medan siasah itu sebahagian daripada dakwah sepertimana yang dicanangkan oleh naqib-naqib usrah saya dahulu. Di dalam kampus memang ideal. Tetapi saya lihat di luar tidak begitu. Roh dakwah yang luhur selalunya tenggelam dalam kemelut politik. Lihat saja pasca PRU ini. Sudahkah PAS mempunyai dasar yang lengkap dalam menyelesaikan masalah rakyat jikalau berkuasa memerintah? Setahu saya setakat ini PAS masih tidak lagi mempunyai pelan penyelesaiaan yang lengkap lagi komprehensif. Inilah yang bahaya kerana jikalau kita sudah berkuasa tetapi sebenarnya tidak layak memimpin kerana kekurangan ilmu dan kefahaman mengenai masalah semasa maka yang tinggal hanya fitnah kepada Islam itu sendiri.


2. PAS tidak mampu memahami realiti semasa
PAS Research Center merupakan satu badan yang cukup penting selepas Dewan Ulama'. Malangnya sayap penting PAS ini hanya terdiri daripada beberapa kerat ahli yang berkaliber dan setakat yang saya ketahui hanya YB Dr Dzulkifli menjadi suara utama buat sayap ini.Beliaulah yang buat penyelidikan, beliaulah yang menulis semuanya beliau. Entah bagaimana nasib PAS Research Center selepas Dr Dzulkifli menjadi Yang Berhormat. Kekurangan di sayap ini telah mengakibatkan PAS lumpuh dari memahami isu-isu semasa dengan baik. Wacana yang ditonjolkan oleh para pimpinan PAS sangat simplistik seolah-olah Islam sebagai ad-deen itu hanya aspek spiritualnya sahaja yang ditekankan. Sebagai contoh, berapa ramai pemimpin PAS mampu mengaitkan sistem Demokrasi dengan sistem ekonomi Kapitalisme yang membawa nuansa Free Market dan Consumerism? Bagaimana pula penyelesaian terhadap arus pemikiran yang menyimpang seperti Islam Liberal dan feminisme yang menyerap masuk ke dalam benak hati rakyat?Saya amat jarang sekali melihat pimpinan PAS mahupun ahli PAS yang gusar dan mengambil serius masalah sebegini. Yang kita risaukan dan kita caci semua kebanyakkannya hanyalah simptom penyakit ummah. Korupsi, terdedah sana sini itu semua hanyalah simptom. Akarnya masih liar menjalar dalam masyarakat tanpa diberi perhatian yang sewajarnya. Sekularisme UMNO itu hanyalah pada pemerintahan yang lebih dahsyat seperti sekularisme pendidikan yang melahirkan pemimpin masa depan tidak dipersoalkan pula. Kesemua ini tidak boleh sewenangnya diselesaikan menggunakan kuasa. Walaupun Lina Joy tak dapat tukar nama kalau dia nak murtad, murtad jugak!


Yang selalu kita dengar "kembalilah kepada Islam. Hanya Islam yang mampu menyelesaikan masalah". Betul logik tersebut tetapi yang paling penting BAGAIMANA??

Persoalan bagaimana ini sangat jarang sekali terjawab dengan baik oleh pimpinan PAS. Memang senang mengkritik UMNO tetapi lebih susah dalam nak menterjemahkan Islam sebagai resolusi. Memanglah kita mahukan keadilan demokrasi tetapi sudut pandangan kritikal tidak mampu ditonjolkan dengan baik. Lihat saja kes balak Ulu Muda dan Hub Petroleum Yan. Penerusan projek-projek ini menjadi satu fitnah kepada gerakan Islam yang gagal memahami kedudukan alam sekitar bukanlah semata-mata kantung duit kerajaan negeri tatkala dahulunya sebelum PRU berbuih mulut janji pada rakyat untuk tutup kuari, batalkan projek petroleum itu dan ini. Tak perlu cakap banyak kerana kertas propaganda PRU PAS Kedah saya dan sahabat-sahabat NGO yang buat. Kami rasa 'tertipu' setelah menang janji hanya tinggal janji.


3. Pembinaan Fikrah ahli PAS dogmatik dan taksub.
Tidak semua taksub dan dogmatik tetapi ramai yang begitu. Perkara ini berlaku bukan sahaja dikalangan masyarakat malah para pendokong PAS di kampus. Buku-buku yang dijadikan teks usrah masih kental dengan semangat haraki. Disiplin-disiplin ilmu yang lain tidak diketengahkan dengan baik dalam halaqah usrah. Lidah utama PAS seperti Harakah masih sarat dengan berita-berita yang tidak signifikan malah tidak mampu membina kematangan fikrah ahli PAS. Kesan daripada budaya sebegini tidak membantu langsung persiapan pembinaan fikrah ahli yang bakal memimpin negara kelak. Wala' semberono sehingga menganak tirikan peranan akal dalam menilai sesuatu idea dan tindakan yang ditaklifkan membuatkan ahli PAS jumud dan tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah. Akhirnya penyelesaiaan hanya tinggal slogan.



Kekuatan PAS


1.Mobilisasi sosial.
Oleh kerana politik tanah air dicorak dengan semangat juang yang tinggi, makan seruan yang dilaung oleh PAS dengan mudah mendakap jiwa masyarakat. PAS mempunyai kapasiti yang besar dalam menggerakkan rakyat dan ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.


2.Prinsip dan tradisi
Dalam dunia pasca-moden yang serba serabut ini, identiti perjuangan PAS walaupun kelihatan ortodoks dimata kaca masyarakat moden , PAS masih relevan sebagai suara yang memperjuangkan keadilan. Sudah tentu pengaruh yang ditonjolkan oleh PAS bukan semata-mata lip service tetapi acap kali kita lihat betapa PAS mampu mempertahankan prinsip dan dasarnya yakni Islam walaupun terpaksa diheret ke penjara.


3. Islam
Sekali lagi inilah faktor terpenting akan kekuatan PAS. Walaupun kecacatan disana sini jelas baik dari segi ahli mahupun institusi yang berada di bawah PAS, selagi mana PAS masih berpegang kepada Islam sebagai dasar perjuangan Insyaallah tidak akan mudah hanyut dan goyah seperti parti politik yang lain.


Maka dengan itu saya sangat berharap setiap penyokong, ahli dan pemimpin PAS bekerja keras dalam memperbaiki PAS sebagai wadah, diulang sebagai wadah, bukan matlamat perjuangan menegakkan keadilan. Salah tetap salah. Dalam memimpin negara bukan boleh try and error.Islam tidak berdiri atas pemahaman yang zann. Jikalau PAS tidak mampu memahami dan menyelesaikan masalah yang tidak biasa diselesaikannya, rakan-rakan NGO yang lain sedia membantu. Bukan tak pernah TERAS, CAP, ABIM, JIM dan rakan-rakan NGO yang lain ingin menghulurkan bantuan, cuma kadang-kadang bantuan itu diambil dengan sepenuh hati (terutamanya jikalau dapat memberi political mileage) dan kadang kala dipandang remeh.


Paling penting PAS seharusnya menggerakan perjuangannya melalui dasar ilmu atau nama lainnya intelectual activism. Pendekatan berdemonstrasi, membantah tanpa penyelesaiaan jangka panjang yang mantap harus dikurangkan dan jikalau hendak dilakukan haruslah disertakan dengan kajian yang mendalam tentang sesuatu isu.

Jikalau kita betul-betul ingin menzahirkan Islam sebagi Ad-deen, ingin membangunkan negara ini bersama Islam maka sudah tentu peranan ilmu tidak dapat dinafikan lagi peri pentingnya.

Saya menulis dalam Siasah saban hari ini bukan untuk suka suki tetapi dengan harapan para pimpinan PAS dapat membaca dan dapat manfaatkan sebanyak mana yang mampu dalam memahami dan menyelesaikan masalah rakyat.

Walau bagaimanapun perbezaan pendapat saya dengan sahabat-sahabat PAS serta pimpinan PAS yang mengenali saya secara langsung ataupun tidak, harapan saya ialah kita bersama di atas jalan ini kerana Allah S.W.T. Maka jangalah kerana kritikan pedas ini kita bermasam muka dan sebagainya. Jikalau salah mohon diperbetulkan dan yang mana baik ambillah jadikan penyelesaian.



Sekian, selamat bermuktamar.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd penulis! Suka saya cadangkan agar article ini dihantar terus untuk perhatian segera kepada pimpinan PAS pusat dan Majlis Syura.

Maklumlah mereka kan kurang ilmu dan tidak maksum. Maybe mereka belum sedar akan kelemahan dan kekuatan yang ada. Barangkali saya boleh cadangkan saudara jadi AJK Pas Pusat ataupun even Majlis Syura!

Rausyanfikir berkata...

Terima Kasih atas pandangan saudara. Bukan tak pernah saya lontarkan pandangan dan kritikan direct kepada pimpinan PAS terutamanya kepada Dr Dzul selaku Head of PAS Research Center. It seems when the ideas given are not parallel to their political agenda they sideline it. Dr Dzul sendiri diketepikan oleh Pimpinan PAS dalam beberapa hal.Maka saya memang tidak berminat untuk memegang apa2 jawatan dlm PAS.Saya berpendapat dengan berada di luar PAS saya lebih mudah membantu umat Melayu bersama para ilmuan Islam dan NGO lain.

farah berkata...

rugi kalau orang macam saudara tidak berganding mahu membetulkan salah silap pas.bukan banyak anak muda sekarang otak geliga berfikir.pas tandus pemikir macam anda. cuma, saya sendiri rasa ruginya kita harapkan orang lain yang lakukan perubahan, kita hanya harap orang baca dan faham kritikan kita. tapi siapa yang nak betulkan kalau tidak kita?saya syg islam, mahu malaysia yang aman.apapun, pandangan anda drp persepektif berbeza.saya suka.

Rausyanfikir berkata...

Setakat yang saya mampu buat sekarang ini ialah menulis dalam Siasah. Sudah banyak kali cuba push mcm2 teguran, idea kepada pimpinan PAS tp rasanya bg mereka tiada political leverage. Saya syg Islam lebih dari PAS. Kalau PAS buat salah kenalah tegur. Perjuangan kita bukan untuk membina negara tetapi Tamadun Islam itu sendiri.So kalau foundation xsolid mcm manakan?DLm PAS ni budaya ilmu sgt lemah.Tanpa ilmu mcm mana nak beramal.