Pada hemat saya, bilamana Prof. Wan quote Martin Heidegger mahu jugak berbelit hadirin nak cuba faham isi ceramah Prof. Wan. Tetapi rasanya semua ini akan stimulate kefahaman para hadirin dalam analisa tema muktamar ABIM kali ini.
Pada sebelah bagi saya hadir ke ATMA UKM bagi mengikuti bengkel pengislaman ilmu.Nak cerita pun nantilah.Tajuk Islamisasi Ilmu ini philosophical sedikit.Main tulis nanti jadi lain pula.Menarik dan membuka minda. Kenal beberapa rakan baru.
Kemudian Presiden PKPIM, saudara Hilmi mengambil saya di UKM dan terus kami ke Senawang. Beza muktamar ABIM dan PAS mungkin dari satu sudut ABIM masih tidak mengesampingkan golongan intelektual yakni terdiri daripada cendekiawan di universiti-universiti untuk mengisi slot muktamar mereka.
Turut dijemput ialah Hassan Ahmad (mantan ketua pengarah DBP), Prof. Awang Sariyan, Prof. Shamsul Amri, dan juga guru saya Prof.Wan Mohd Nor Wan Daud.
Oh, saya bukan ahli PKPIM. Saya merentasi jemaah dan kumpulan. GAMIS ke, PKPIM ke, TERAS ke jalan. Barulah luas paradigma. Betulkan??
Ok lah sambung nanti. Nak pergi makan Nasi Dagang.
P/S: Sedang tekun merangka world view diri.
1 ulasan:
apa judul buku dr farid shahran tu ye?
Catat Komen