Rabu, 13 Ogos 2008

Mencerap kesan Buku Agung

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas membentangkan perihal suasana intelektual pada zaman Al-Ghazali.


Tamat sudah 2 hari cuti yang diisi dengan kegiatan menimba ilmu di IKIM. Seminar Buku Agung merupakan satu majlis ilmu yang unik lagi penting bagi memperkenalkan semula karya-karya agung kepada umat Islam di Malaysia. Kenapa saya katakan perkenalkan semula kerana kebanyakkan kitab-kitab agung ini telah ditelaah oleh para Orientalis secara serius di serata dunia. Masakan tidaknya, banyak manuskrip lama hasil karya ulama' agung Islam baik dari dunia Arab mahupun Nusantara banyak tersadai di Leiden dan pusat-pusat orientalis yang lain seperi di School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.



Maka bagi memenuhi tuntutan yang dikemukakan oleh para panelis yang membentangkan kertas kerja mereka dalam seminar tersebut, saya telah mengambil langkah untuk memiliki sebuah naskah karya agung tersebut. Dan karya yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan milik Ibnu Khaldun iaitu Muqaddimah.


Saya rasa sepanjang seminar tersebut berjalan tidak kurang daripada 4 buah kertas kerja yang dibentangkan mempunyai perkaitan secara langsung dengan Ibnu Khaldun. Jelas disini ulama' yang bernama Ibnu Khaldun ini bukan calang-calang orang (sudah tentu kerana pengaruh beliau sangat penting dalam sains sosial moden).



Disamping itu, saya berjaya meyakinkan Ibu untuk membeli sebuah lagi karya ulama' agung iaitu Syeikh Al Islam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yang bertajuk at-Tib an-Nabawi (The Book of Prophet's Medicine). Maka proses lobi-melobi antara ibu dan anak akhirnya berjaya membuahkan sinergi dua karya agung yang bakal mengisi ruangan perpustakaan mini di rumah (secara tepatnya di bilik saya).

Disini saya sertakan gambar-gambar pembentang yang saya sempat ambil sewaktu seminar berlangsung. Kupasan mengenai kertas kerja mereka setakat ini tidak dapat saya lakukan kerana masih belum menghadam kesemuanya. Insyaallah akan saya kongsi pada masa akan datang.




Ustaz Asham Ahmad (anak murid Prof. Naquib) dalam pembentangan karya Aqa'id al-Nasafi.
karangan Umar al-Nasafi.





Dr. Farid Shahran (anak murid Prof. Naquib) yang juga merangkap Naib Presiden ABIM membentang karya Mafatih Al-Ghayb karya Fakhruddin Al-Razi.





Prof.Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar membentang karya-karya Za'ba.




Prof Madya Dr Zaid Ahmad membentang karya Muqaddimah Ibnu Khaldun




Dr.Mohd Hilmi yang sedang menterjemah al-Qanun Fi al-Tibb karya Ibnu Sina membentangkan subjek perubatan Ibnu Sina.




Dr Ugi Suharto (anak murid Prof. Naquib) membentangkan karya Abu Ubayd yang bertajuk Kitab al-Amwal.




Dr. Sani Badron (anak murid Prof. Naquib) membentangkan karya al-Futuhat al-Makkiyah yang dikarang oleh Ibnu Arabi.



2 ulasan:

bangku berkata...

dr farid shahran! bes!

hafiz berkata...

mudahan hari2 mendatang adalah hari-hari pencerahan untuk ummat malaysia dan seluruhnya. agar semangat jiwa muda marhum ahmad wahib terus mekar subur dan mendapat jawab pasti!

kehadiran politikus2 sial membawa kepada kemerosotan dan persundalan keatas pemikiran pencerahan. lembaga-lembaga ini yang mendakwa memperjuangkan sesuatu rupa-rupanya memperguna segala kuasa yang ada padanya untuk menunggang rakyat itu sendiri. kasihan, masih kah ada lagi jalan buat kita...