Oleh Wan Ahmad Fayhsal
Abad ke-20 menyaksikan pelbagai revolusi sosial yang unik. Antara keunikkan yang berlaku pada masa itu adalah berkaitan dengan perjuangan mahasiswa. Fenomena ini merupakan satu fenomena global di mana mahasiswa telah turut sama turun ke
Ternyata perjuangan-perjuangan ini memberi dampak yang cukup besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara masing-masing. Antara perjuangan yang ditunjangi mahasiswa tersebut, Revolusi
Kejayaan Revolusi
Bagi melakukan perubahan yang diharapkan, Ali Shariati telah menyampaikan beberapa siri kuliah berkenaan “pemikir reformarsi celik” ataupun dalam bahasa Parsinya rausyanfikir. Beliau telah menegaskan dalam siri kuliahnya bahawa para intelektual Barat telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan revolusi sosial terhadap masyarakat am. Hujah ini adalah relevan kerana pada waktu itu banyak golongan muda yang memandang Barat sebagai sumber inspirasi kepada mobilisasi hidup mereka. Maka kebanyakkan daripada mereka yang dididik dalam acuan Barat akan terpengaruh dengan cara hidup para intelektual dan profesional Barat yang gagal memainkan fungsi sosial mereka dengan baik.
Menurut takrif rausyanfikir yang diberikan oleh Dr. Ali Shariati, ianya adalah “mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab sosial.”
Beliau mengingatkan bahawa maksud pemikir reformasi yang celik dan intelektual tidak sama. Ali Shariati menegaskan bahawa bukan semua para intelektual mempunyai pemikiran celik malah kadang kala hanya menggalas tugas demi pangkat dan status di menara gading ataupun institusi-instusi professional.
Beliau juga menjelaskan bahawa golongan rausyanfikir tidak semestinya merujuk kepada mereka yang mempunyai pendidikan universiti. Hatta penarik beca sekalipun layak bergelar rausyanfikir jikalau ianya adalah seorang yang celik dan memainkan peranan yang sewajarnya dalam melakukan reformasi terhadap masyarakat.
Ali Shariati menegaskan kebiasaannya golongan yang tidak begitu terdidik melalui institusi pendidikan yang formal merupakan antara pemimpin revolusinier yang hebat seperti Malcolm X yang memperjuangkan hak rakyat Afro-Amerika di Amerika Syarikat pada tahun 60-an.
Konsep rausyanfikir ini memberi peringatan kepada para mahasiswa
Tetapi pada masa kini, peranan mahasiswa telah diubah suai menjadi modal insan yang sebenarnya hanya bertujuan untuk menyempurnakan keperluan tenaga kerja para kapitalis. Akhirnya, golongan mahasiswa yang lahir hari ini telah dibius fungsi sosialnya sehingga lumpuh dalam memahami realiti dan permasalahan masyarakatnya.
Menurut Ali Shariati lagi, dari segi prinsip, tanggungjawab serta sumbangan golongan rausyanfikir di dunia ini adalah sama dengan para nabi dan pemimpin agama iaitu pemimpin revolusinier yang berjuang untuk mentrasformasi struktur fundamental pada zaman dahulu.
Ali Shariati menegaskan bahawa golongan nabi tidak boleh diletakkan dalam kategori yang sama dengan ahli falsfah, para saintis, dan artis. Para nabi selalunya wujud dari kalangan golongan
Daripada konsep ini kita dapat jelaskan bahawa seharusnya peranan rausyanfikir adalah sebagai penyelesai masalah rakyat. Begitu juga dengan punca kepada sumber perjuangan rausyanfikir iaitu universiti seharusnya merupakan institusi yang menyelesaikan masalah rakyat tempatan dan bukannya masalah tamadun asing.
Jelas disini Ali Shariati sering menegaskan bahawa mahasiswa yang menempatkan diri dalam kelompok rausyanfikir ini perlulah sedar akan fungsi dan tanggungjawab sosial masing-masing. Untuk menterjemahkan peranan ini dengan lebih baik perlunya golongan rausyanfikir ini mencapai dzauq (rasa) yang dapat memberi penghayatan yang baik berkenaan perjuangan akar umbi. Dengan yang demikian, para aktivis mahasiswa haruslah sentiasa turun ke
Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah negara kita. Mahasiswa pada tahun 70-an telah turut sama menterjemahkan konsep rausyanfikir ini dengan baik seperti rakan seperjuangan mereka di
Melalui penjelasan dan contoh-contoh di atas, kita dapat kenal pasti bahawa peranan aktivis mahasiswa dalam konteks rausyanfikir sememangnya relevan pada hari ini. Situasi pada zaman Ali Shariati merupakan zaman pasca penjajahan yang mana pemikiran masyarakat masih berbekaskan perasaan inferiority complex terhadap penjajah. Perasaan ini telah diterjemahkan dalam pelbagai konteks seperti arus budaya asing yang merosakkan, pemahaman sekularisme dan juga pengetengahan maksud pembangunan materialistik yang ditinggalkan oleh bekas penjajah.
Tetapi pada zaman ini kita sedang berhadapan dengan penjajahan bentuk baru yang lebih diskrit dan halus sifatnya. Maka adalah perlu sekali lagi golongan aktivis mahasiswa menjawat tugas rausyanfikir agar perjuangan rakyat yang tulen mampu menghasilkan revolusi sosial yang betul.
Maka, untuk mencipta penyelesaiaan yang betul, golongan rausyanfikir pada era moden ini harus juga mempunyai akidah yang kuat serta daripada kekuatan akidah itu dapat diterjemahkan menjadi satu pandangan alam (world view) yang tepat. Dengan adanya pandangan alam yang tepat, rangka pemikiran (framework) aktivis mahasiswa akan menjadi lebih tersusun dan relevan dengan permasalahan semasa. Seringkali kita lihat perjuangan yang didasari dengan semangat juang semata-mata tanpa pemahaman yang menyeluruh mengenai permasalahan yang ada hanya akan melahirkan penyelesaiaan yang tempang.
Pemahaman konsep-konsep penting seperti yang dirumuskan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas dalam pemahaman makna kebahagiaan, pembangunan, kebenaran dan realiti harus difahami secara mendalam agar pembentukkan pandangan alam yang betul sebagai asas perjuangan tidak lari dari lunas-lunas yang terdapat dalam Al Quran dan hadith.
Seringkali permasalahan aktivis mahasiswa adalah berlakunya dikotomi antara aspek teori dan praktikal. Masalah yang wujud daripada pemisahan sebegini adalah kecelaruan dalam melahirkan penyelesaian yang sesuai dengan konteks tempatan. Seperti contoh kebanyakkan pejuang reformasi Dunia Ketiga telah terperangkap dengan idea-idea baru dari bekas penjajah seperti makna pembangunan dan kejayaan ekonomi. Maka reformasi yang sepatutnya membuahkan hasil yang baik kepada rakyat menjadi sebaliknya seperti kegagalan pengurusan ekonomi rejim Suharto yang terperangkap dengan idea dan konsep pembangunan neoliberal anjuran IMF dan Bank Dunia.
Adalah tidak wajar untuk aktivis mahasiswa melakukan pemisahan sebegitu rupa kerana telah terbukti bahawa golongan rausyanfikir merupakan golongan aktivis yang membawa teori dan praktikal bergerak seiring antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah rakyat. Dengan itu, barulah penulis yakin bahawa peranan mahasiswa selaku golongan rausyanfikir dapat diterjemahkan dengan lebih baik dalam masyarakat kita.
Tiada ulasan:
Catat Komen