Jumaat, 22 Ogos 2008

Jalan-jalan cari buku lagi...dari UKM ke ISTAC 'baru'


Penat jugak hari ini. Bergegas dari pagi ke UKM untuk menghadiri majlis perasmian International Conference on Higher Education kali ke-20. Yang Mulia Raja Nazrin Shah yakni Raja Muda Perak bersama Tuanku Zara Salim hadir ke Bilik Senat UKM bagi merasmikan majlis yang saya kira agak penting ini dalam membina jambatan ketamadunan bagi konteks pendidikan tinggi.




Setelah membantai roti jala bersama Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, kami bersantai di ATMA borak-borak falsafah, politik dan isu-isu lain. Esok saya harus bergegas sekali lagi ke UKM untuk sehari suntuk bagi mendengar hujah ataupun saya sendiri akan berhujah (baca:tanya soalan) dengan intelektual-intelektual yang akan membentangkan kertas kerja berkaitan isu-isu pendidikan tinggi dan ketamadunan. Saya bayar Rm200 untuk persidangan ini dan sudah tentu apa yang saya paling inginkan adalah kertas-kertas kerja mereka. Prof. Wan juga akan membentangkan kertas kerja beliau esok.



Setelah solat jumaat, saya pulan ke KL Sentral. Dari pagi tadi memang dah terfikir untuk ke ISTAC untuk membeli beberapa buah buku. Sebelum saya pergi mengambil teksi terlihat ada jualan buku DBP di hadapan pintu keluar komuter. Belek punya belek saya beli buku agung ini:



Memang Dr. Jelani dah bagitahu di IKIM sewaktu Seminar Buku Agung yang 'Nasihat al Muluk' ni bakal diterbitkan oleh DBP. Syukur akhirnya dapat jugak anak-anak Melayu merasa baca karya agung Imam Al-Ghazali ini. Saya syorkan kepada 'hardcore' fans PAS, PKR dan Lim Guan Eng yang sibuk nak jadi Umar Abdul Aziz baca buku ni. Ustaz Azizan Kedah pun sama kena baca ni jangan dok fikir tak dapat duit nak tebang pokok je. Ini bukan sebarang buku malah khazanah penting buat para politikus yang nak jadi umara'. Zuhuh saja belum cukup untuk berlaku adil kepada rakyat perlu tahu selok belok pemerintahan dari A to Z juga.



Fikir punya fikir, pergilah jugak. Ini yang pertama kali saya bertandang ke ISTAC baru.





Memang cantik dan megah. Aura seni bina Islam yang cukup menghibaukan minda dan hati...Memang rasa lain sangat jejak kaki dalam bangunan ISTAC baru. Keindahan seni bina dan hasil seni Islam yang cukup hebat. Nasib baik telefon bimbit ni ada kamera.





Bolehla jugak ambil gambar yang mana patut. Saya banyak ambil gambar potret dan lukisan masyarakat Islam yang sudah tentu telah dibeli oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas sebelum UIA 'hijack' ISTAC.


Naik tingkat 2 saya dilayani dengan baik oleh beberapa staf ISTAC yang entah berapa kali saya jumpa mereka sebab sebelum ni pun mereka jugak layan saya sewaktu beli buku di ISTAC lama dahulu. Belek punya belek saya belilah buku-buku ni:


Pada mulanya niat saya memang nak beli buku Prof. Alparslan yang bertajuk " Being and Existence in Sādra and Heidegger: A Comparative Ontology". Kemudian terjumpa pulak buku berkaitan Fakrudhin Al-Razi bertajuk "Theology and Tafsīr in The Major Works of Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī" yang ditulis oleh Yasin Ceylan. Menari sebab ini dapat membantu saya memahami apakah sebenarnya yang istimewa berkenaan Al-Rāzī ini.




Kemudian saya ternampak pula rare book of Prof Naquib yang bertajuk "Comments on the Re-Examination of Al-Rānīrī’s ‘Ḥujjatu’l-Ṣiddīq’: A Refutation" . Ini merupakan antara karya Prof. Naquib bertarung dengan Orientalis Barat yang tidak segan silu memutar belitkan khazanah tamadun Melayu kita. Harus dibeli dan dibaca oleh para pemikir Melayu yang serius.





Lagi saya akhirnya dapat beli juga jurnal ISTAC yang berbahasa Melayu. Seperti yang dijangkakan rata-rata penulis edisi jurnal Al-Hikmah ini merupakan para ilmuan Islam yang banyak sekarang berada di IKIM, INSIST dan UIA. Penting untuk saya fahami isu dan idea yang dibawa mereka dalam Bahasa Melayu yang telah disesuaikan dengan konteks tempatan.




Saya juga membeli 'Commemorative Volume On the Conferment of the Al-Ghazali Chair of Islamic Thought' sebagai koleksi sejarah ilmu yang penting untuk tatapan anak-anak saya kelak berkenaan Prof. Al-Attas. Saya bercadang apabila anak -anak saya kelak berumur 18 tahun buku 'Islam and Secularism' kena khatam. Insyaallah. Semoga Allah perkenankan hajat ini.



Semalam juga turut diadakan pelancaran buku terbitan ISTAC 'baru' versi UIA. Dan saya kira buku ini agak menarik maka saya beli jugaklah sebab memang suka baca kisah-kisah sufi yang penuh hikmah.


Marilah menikmati pemandangan ISTAC yang baru ini hasil kreativit Prof. Naquib sendiri sebelum ianya dirampas oleh pihak yang melakukan 'error of knowledge'. Faham-faham sajalah:











Paling menarik ialah koleksi potret dan gambar masyarakat Muslim yang dibeli Prof. Naquib sendiri:

































Tapi itulah manusia. Yang diluar dinilai lebih daripada yang dalam. Yang berserban kononnya lebih 'alim wal waraq' akhirnya sudah tidak terbiasa kita menilai 'human essence'. Cantik dan indah bagaimana pun tanpa roh tiada gunanya juga. ISTAC sekarang seperti yang saya interview dengan staf ISTAC yang dah lama bekerja di bawah Prof. Naquib tidak sama dengan ISTAC sekarang. Lain. Sangat lain...







P/S: Ada 7 hari lagi sebelum saya hantar kertas kerja seminar fiqh yang USM anjurkan. Setakat ini saya hanya contemplate berdasarkan kertas contengan ini. Nak ikat idea bukan satu perkara mudah. Sesiapa sudi membantu bagi cadangan dan pandangan silalah tinggalkan komen ye.

1 ulasan:

Akang Maher berkata...

Nice posting..im enjoy with ur blog...insya Allah we will meet at ATMA UKM..i'll continue my study there..after graduate from Al-Azhar..insya Allah..