Selasa, 15 Julai 2008

Bila Hidup ketagih Buku...



Pesta buku di UIA. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku Islam and Secularism karya Prof Naquib Al Attas dengan harga yang murah!



Dalam bulan ni sahaja entah berapa ratus ringgit hangus daripada akaun simpanan CIMB dek kerana membeli buku-buku yang cukup menggiurkan rohani dan intelek. Entah mengapa semakin saya mengenali Prof Wan Mohd Nor Wan Daud melalui beberapa pertemuan tidak rasmi disamping membaca buku-buku karangan beliau serta guru beliau, Prof Syed Naquib Al Attas, rasa semakin 'mencintai' gagasan pemikiran ISTAC.


Sudah tentu pada mula saya membaca buku-buku tersebut kepala ini menjadi berserabut kerana tidak mudah faham seperti buku-buku Islamik yang lain. Tetapi itulah kenyataan dalam menimba Ilmu yang berkait rapat dengan metafizik dan falsafah.



Makan tengah hari bersama Prof Wan dan Abang Nizam SAM. Makan sambil menyelam bicara Ilmu.



Nasihat Prof Wan kepada saya ialah "baca buku Islam and Secularism yang ditulis Prof Naquib sebanyak 3 kali. Ulang jika tak faham."


Sering kali orang mempertikai hasil karya ISTAC yang amat sukar untuk dibaca. Tetapi kini saya faham kerana pada zaman dahulu pun bukan mudah para ulama' dan failasuf Muslim untuk memahami teks-teks berat Aristotle dan karya-karya falsafah Yunani yang lain.


Apatah lagi seperti Imam Al Ghazali yang begitu tekun memahami persoalan semasa yang menimpa umat Islam pada waktu itu seperti cabaran aliran Batiniyyah. Untuk beliau mematahkan hujah segala bentuk pemikiran yang mampu meracuni akidah umat Islam, beliau sendiri terpaksa memahami keseluruhan pemikiran tersebut dan antara magnum opus beliau adalah Tahafut Al Falasifah yang terus memancung pemikiran falsfah Yunani yang membawa pengaruh Neoplatonism ke dalam pemikiran ilmuan Islam pada waktu itu sehinggalah pada hari ini.


Setakat ini, hajat saya untuk menyambung postgraduate studies masih berlegar-legar untuk melakukannya di ATMA, UKM di bawah selian Prof Wan sendiri. Saya sedar bahawa apa yang penting adalah ketokohan guru yang ingin kita menuntut ilmu bukan semata-mata nama universiti tersebut. Perkara sebegini telah berlaku kepada dua tokoh besar ilmuan Islam abad ke-20 iaitu Allahyarham Prof Ismail Faruqi yang menarik begitu ramai pelajar ke Temple University di Amerika Syarikat dan juga Prof Naquib Al Attas sendiri dalam jangka masa beliau menjadi Direktor di ISTAC.


Insyaallah, jikalau diperkenankan doa saya oleh Allah Yang Maha Pemurah, bidang yang saya berhajat untuk meneruskan pengajian peringkat postgraduate ini adalah berkenaan epistemologi dan falsafah Melayu (dibawah Prof Wan sendiri) yang mana saya kira penerusan gagasan pemikiran yang dipelopori oleh Prof Naquib sendiri. Tapi Prof Wan dah nasihatkan kepada saya untuk menguasai Bahasa Arab dengan baik sebelum menuntut ilmu di bawah beliau-satu cabaran besar buat saya.


Jikalau dilihat tentang perkara yang ingin saya lakukan ini tentu sekali tidak bernilai dari sudut ukuran material jurusan postgraduate seperti MBA dan yang seangkatan dengannya tetapi saya yakin dan percaya dengan gagasan pemikiran yang dibawa oleh Prof Naquib ini.


Maka atas dasar itu juga saya telah 'memborong' beberapa buku-buku ISTAC sewaktu Jumble Sale buku yang diadakan di UIA pada minggu lepas.


Mungkin diri ini sudah dijangkiti virus ketagih buku. Sekadar ingin berkongsi beberapa buah koleksi buku-buku penting yang menjadi fokus saya pada ketika ini.






1. Mutiara Taman Adabi oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
2.Orientalis dan Diabolisme Pemikiran oleh Dr Syamsuddin Arif



1.The Correct date of Terengganu Inscription oleh Prof Syed Naquib Al-Attas




1. Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
2. Pembangunan di Malaysia oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.
3.Budaya Ilmu: Satu Penjelasan oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.




1. Islam and the Challenge of Modernity ( ISTAC Conference Proceedings)
2. Risalah untuk Kaum Muslimin oleh Prof Syed Naquib Al Attas



1. Islam and Secularism oleh Prof Syed Naquib Al-Attas
2. The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.
2 Prologomena to the Metaphysics of Islam oleh Prof Syed Naquib Al-Attas



1. Makna Kebahagiaan dan Pengamalannya Dalam Islam oleh Prof Syed Naquib Al-Attas (terjemahan oleh Dr. Zainy Uthman)
2. Islamic Science oleh Dr. Alpraslan Acikgenc




1. The Concept of Education in Islam oleh Prof Syed Naquib Al Attas.


1. Al-Shajarah jurnal pemikiran ISTAC ( 4 edisi)

2 ulasan:

Haris Zalkapli berkata...

Sekali-sekala datanglah kedai buku Pak Muhajir, dekat dgn ofis Siasah. Kalau free minggu depan. Dia baru balik bawak buku dari Jakarta.

Tanpa Nama berkata...

wah memang menarik kalau kita hendak menerokai ilmu yang Fahysal hendak terokai untuk pasca siswazah nanti.

saya pun amat tertarik dengan kajian tersebut tetapi lebih kepada kesan imperialisme barat keatas pemikiran melayu dan juga polisi masyarakat yang ditentukan oleh orang melayu ekoran daripada kesan imperialisme barat.

tapi itu adalah salah satu pilihan yang hendak diterokai. kerana sesudah kembali dari jakarta bulan lepas saya telah temui satu lagi bidang kajian tentang pemikiran islam dan juga islam liberal.

buku-buku yang fahysal paparkan didalam tulian blog ini akan dijadikan asas utama dalam kajian saya. memang menarik kalau kita dapat manfaatkannya.

jom kita pi kedai buku Pak Mujahr nanti... nak jugak tengok buku yang menarik untuk dijadikan koleksi khutub kanah saya.