Sabtu, 7 Jun 2008

Iraq: Mangsa rakus Projek Neokolonialisme Barat

Oleh: Rausyanfikir


Semua orang mengetahui bahawasanya Perang Iraq dilancarkan demi melindungi kepentingan minyak Amerika Syarikat(AS) dan konco-konconya. Retorik Bush untuk mewujudkan demokrasi dan kebebasan kepada rakyat Iraq hanyalah tipu daya semata-mata. Tetapi betulkah penjajahan ini dijalankan semata-mata kerana minyak? Perang menentang keganasan yang dilancarkan Bush telah kurang mendapat sokongan dari negara-negara dunia kecuali bangsa serumpun iaitu Anglo-Saxon British.Penjajahan sebegini bukanlah sebuah penjajahan yang murah harganya apatah lagi mempunyai tujuan yang simplisitk hanya kerana minyak.



Kita harus faham penjajahan ini merupakan sebuah projek. Perancangan dan kerjasama merupakan antara asas kepada projek neokolonialisme (penjajahan bentuk baru) ini. Sejarah jelas menunjukkan penindasan yang kejam dilakukan oleh Tamadun Barat di Afrika, Asia dan Latin Amerika di atas nama 'Beban Orang Putih' tetapi di zaman moden ini, slogan tersebut telah bertukar wajah menjadi 'Demokrasi' dan 'Hak Asasi Manusia'.


Mari sama-sama kita meninjau siapakah para pelakon utama dalam pentas penjajahan yang penuh berdarah ini:


Syarikat Multinasional


Jikalau hendak dilihat Politik Wang yang paling dahsyat, Amerika Syarikatlah antara negara yang menjadi pelopor kepada budaya politik sebegini. Politik wang yang dimaksudkan sudah pasti bukan seperti membeli undi tetapi lebih kepada 'derma kempen pilihan raya' yang akan bertukar menjadi 'aset melobi' buat para kapitalis yang menunjangi syarikat-syarikat gergasi di AS.


Bukan menjadi satu rahsia lagi buat rakyat AS bahawa para pemimpin mereka memiliki aset dan kepentingan individu (vested interest) dalam syarikat-syarikat tersebut. Michael Moore telah menjelaskan betapa para penguasa White House begitu terikat dengan syarikat minyak dan senjata dalam filem dokumentari Farenheit 9/11. Dalam filem tersebut Moore telah membuat kajian bahawa Bush mempunyai pertalian rapat dengan Carlyle group yang mempunyai pelaburan dalam penjualan senjata sepanjang berlakunya Perang Menentang Keganasan tajaan Bush dan konco-konconya.


Naib Presiden Dick Cheney pun tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan bekas CEO kepada Halliburton, sebuah syarikat multinasional yang menjadi kontraktor kepada beberapa perkhidmatan untuk tentera AS di Iraq serta cukup terkenal dengan perkhidmatan teknikal dalam industri minyak. Beliau berkhidmat bersama Halliburton dari 1995 hingga 2000 sebelum beliau meletakkan jawatan bagi bertanding dibawah tiket Demokrat dalam pilihan raya AS tahun 2000. Laporan dan siasatan telah menunjukkan Cheney mempunyai pengaruh dalam memastikan tender milik Halliburtan diluluskan dengan mudah oleh senat walaupun dikenakan harga yang cukup tidak munasabah. Perbuatan sebegini ini jelas menunjukkan elemen rasuah, dan kronisme.


Setiausaha Negara (Secreatary of State) Condoleeza Rice juga merupakan orang yang mempunyai pertalian rapat dengan syarikat multinasional seperti Chevron, Transamerica dan Hewlett Packard dimana beliau pernah berkhidmat sebagai salah seorang direktor bagi setiap syarikat tersebut. Sebagai seorang yang pakar dalam lapangan Soviet Union, Rice telah diberi kepercayaan oleh Chevron untuk memacu projek mereka di Kazakhstan. Atas usahanya yang berkualiti, Chevron telah menamakan sebuah kapal supertanker seberat 129,000 ton sebagai SS Condoleezza Rice untuk memperingati sumbangan yang berharga oleh Rice.


Melihat senario dan rekod yang tertera di atas, sudah tentu para pemimpin Rumah Putih ini akan membuka laluan yang istimewa buat syarikat-syarikat multinasional AS dalam menyedut segala keuntungan milik rakyat Iraq serta wang cukai rakyat AS sendiri untuk membiayai segala macam kos operasi Perang Iraq ini.


Kiblat mereka hanya satu iaitu keuntungan. Derita dan tangisan rakyat Iraq serta sengsara mental tentera AS hanyalah mainan perniagaan mereka. Jangan lupa mereka juga memiliki sekian bilangan kepentingan perniagaan di seluruh pelusuk dunia, termasuklah di rantau Asia Tenggara ini.



Kita dapat lihat berbondong-bodong syarikat multinasional yang kebanyakkannya berasal dari AS mengaut peluang untuk mebina 'Iraq Baru' pasca kejatuhan Saddam dan rejim Baath-nya. Naomi Klein, aktivis dan wartwawan terkemuka Kanada telah berjaya membongkar modus operandi syarikat multinasional dalam mengambil peluang ketika berlaku krisis kemanusia. Dalam buku terkenalnya, 'The Shock Doctrine: The rise of disaster capitalism', beliau telah mengenal pasti bahawa bencana alam seperti Taufan Katrina di New Orleans, Perang Iraq dan Tsunami di Bangladesh telah membuka peluang untuk syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan dengan mudah.


Taufan Katrina yang telah memusnahkan bandar New Orleans telah di'bangun'kan semula mengikut mazhab pemikiran ekonomi neoliberalisme yang begitu mengakar dengan ideologi kapitalis seperti prinsip 'keuntungan mengatasi rakyat' dan kerja-kerja pengswastaan jabatan perkhidmatan awam seperti sekolah, air dan eletkrik. Lebih malang lagi, majoriti rakyat New Orleans adalah golongan Afro Amerika yang miskin. Dengan pengswastaan (sudah tentu kepada syarikat-syarikat milik Orang Kulit Putih) beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka akan bertambah banyak selepas selesai mendirikan semual bandar raya mereka yang ranap ditelan bah besar.



Persisiran pantai Bangladesh yang musnah akibat tsunami telah diwartakan untuk pembangunan industri perhotelan di tepi pantai. Klein menjelaskan bahawa akibat kerakusan golongan pemimpin yang berkiblatkan ekonomi neoliberalisme, rakyat Bangladesh yang tinggal di persisiran pantai terpaksa membuka lembaran hidup yang baru. Mungkin dahulunya sesebuah keluarga terpaksa menjadi nelayan, selepas projek golongan kapitalis yang bertopengkan syarikat multinasional, si suami dan anak lelaki terpaksa berhijrah mencari perkerjaan baru dan lebih malang, kemungkinan besar si isteri dan anak perempuan kadang kala terpaksa menjualkan diri sebagai pelacur hanya semata-mata untuk hidup.



Situasi di Iraq tidak jauh berbeza juga malah lebih tragis. Kita sedia maklum telaga minyak semestinya menjadi sasaran utama syarikat-syarikat multinasional minyak seperti Chevron, Exxon dan Halliburton. Oleh kerana syarikat-syarikat ini terpaksa melabur berjuta-juta US Dollar, ditambah lagi operasi pengeluaran minyak mereka adalah dalam kawasan berbahaya maka faktor keselamtan harus diambil kira secara optimum.




Disinilah peranan askar upahan menjadi satu perkara yang cukup penting. Askar upahan (mercenary) adalah satu profesion yang cukup 'hitam' kerana mereka berkhidmat kerana wang bukan seperti tentera AS yang berkhidmat demi negara. Perkhidmatan ini diterajui oleh Erik Prince ( seorang Yahudi) melalui syarikatnya yang cukup mengundang kontroversi iaitu Blackwater yang menggelar entiti mereka sebagai private military security firm. Selain mereka, Bush telah mengizinkan dua lagi syarikat keselamatan Triple Canopy dan DynCorp dalam melakukan kerja-kerja 'pengawasan' di Iraq.


Wakil-wakil penting dari AS tidak dijaga oleh tentera AS sepenuhnya tetapi oleh Blackwater. Erik Prince juga telah dikurniakan sejumlah kontrak yang besar untuk membekalkan senjata dan kelengkapan perang seperti helikopter dan kereta perisai buat tentera AS.


Sisi 'hitam' yang dimaksudkan oleh Klein bukanlah pembekalan kontrak sebegitu tetapi lebih jelas dapat dilihat oleh faktor undang-undang yang juga boleh diterjemahkan sebagai status keselamatan awam di Iraq. Harus diingat bahawa tidak ada sebarang klausa yang termaktub dalam rang undang-undang antarabangsa berkenaan askar upahan. Ini bermakna mereka 'bebas' melakukan apa sahaja di Iraq tanpa mempedulikan sebarang tindakan undang-undang apatah lagi perkara yang melibatkan keselamatan rakyat Iraq dan juga tentera AS sendiri.


Sudah terbukti bahawa askar-askar upahan Blackwater ini berbahaya kerana mereka telah melakukan beberapa kes pembunuhan rambang di tengah-tengah masyarakat seperti insiden 16 September 2007 yang meragut 17 warga Iraq(termasuk wanita dan kanak-kanak)di Nusor Square, Baghdad.



Mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mangsa memberi kenytaan bahawa askar upahan Blackwater bertindak menembak secara membuta tuli tanpa sebarang provokasi yang berlaku di sekitar mereka bertugas tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Blackwater mendakwa mereka telah diserang oleh milita Iraq. Presiden Iraq, Nuri al Maliki telah membantah kepada Presiden Bush untuk mengeluarkan Blackwater daripada Iraq kerana kes sedemikian tetapi sebaliknya yang berlaku adalah penyambungan kontrak operasi Blackwater di Iraq.



Israel


Kita selalu menerima berita yang cukup mengerikan tentang letupan di tempat-tempat awam dalam Iraq tetapi jarang sekali kita memikirkan bagaimana dan kenapa berlaku sebegitu. Sering kali yang dipersalahkan adalah puak milita Syiah dan Sunni yang berbalah. Jangan kita lupa bahawa musuh terdekat Iraq adalah Israel. Dari sudut kepentingan geopolitik, sudah tentu Iraq merupakan antara lokasi yang cukup signifikan buat Israel mengambil kira strategi survivalnya.



Iraq adalah salah satu pengeluar minyak yang terbesar di dunia. Potensi pengeluaran minyak Iraq bakal mencecah 2.5 juta tong sehari.
Minyak yang digerudi bukanlah semata-mata dijual di pasaran dunia mahupun AS sendiri. Jikalau diambil kira dari analisa kos logistiknya tidaklah begitu menguntungkan untuk menghantar minyak ke AS menggunakan kapal tangki.





Media Israel, Haaretz sendiri telah membuat laporan bahawa AS telah bertanya kepada Israel kemungkinan untuk menghantar minyak dari Iraq ke pusat pemprosesan minyak di Haifa. Pejabat Perdana Menteri Israel melihat pelan itu sebagai satu 'bonus' buat Israel dalam bantuan yang dihulurkan kepada AS dalam Perang Iraq.



Kementerian Infrastruktur Nasional Israel telah melakukan kajian mengenai pembinaan saluran paip berdiameter 42 inci antara Kirkurk dan Haifa yang bakal menelan belanja USD 4000,000-5 kali lebih besar daripada saluran paip Mosul-Haifa yang berdiameter 8-inci.


Sepanjang projek saluran perpaipan untuk mengangkut minyak ke Haifa, ada beberapa buah pengkalan tentera(H1, H2,H3,H4,H5) yang akan dibina bagi melindungi saluran tersebut.




Disamping itu, AS sendiri telah berusaha melakukan projek pembinaan pengkalan tentara yang baru sepanjang laluan perpaipan tersebut dalam usaha melindunginya daripada dicerbohi dan serangan pengganas.



Kamera mini untuk kegunaan senjata jenis 'sniper' hanya dibuat oleh syarikat senjata Israel yang bernama Rafael.




Timbul juga cerita yang mengejutkan akan peranan penembak tepat Israel yang bertindak melakukan kacau bilau terhadap tentera AS dan juga rakyat Iraq. Kisah 'Juba the Sniper' telah tersebar luas di internet dalam bentuk video yang memaparkan sudut pandang seorang penembak tepat. Untuk menghasilkan video yang bersifat 'Hollywood' sebegitu rupa, adalah mustahil untuk dirakam menggunakan video kamera biasa. Terdapat sebuah syarikat Israel yang menghasilkan perakam video mini untuk senjata api seperti sniper dan para aktivis yang memantau isu ini amat meyakini bahawa senjata sebegitu rupa hanya dimiliki oleh tentera Israel.




Gambar yang diperkatakan sebagai penembak tepat Israel bernama 'Juba the Sniper'


Porak peranda yang berlaku, baik kematian warga Iraq mahupun AS merupakan satu tanda tanya yang perlu dilihat dengan lebih halus. Para pengkaji perang Iraq meneliti bahawa kemungkinan besar pakar perisik Israel seperti Mossad dan pasukan komandonya berpotensi melakukan serangan pembunuhan hendap terhadap kedua-dua belah pihak bagi menimbulkan suasana yang tegang sentiasa.



Kristian


Kebencian Kristian terhadap umat Islam telah terbuku sekian lama dalam beberapa episod kekalahan perang Salib. Kita sedia maklum bahawa Tamadun Barat yang bertopengkan Amerika Syarikat, Britain dan sekian negara-negara bangsa yang lain mempunyai sentimen Islamofobia yang cukup kuat ke atas umat Islam. Peristiwa di penjara Abu Ghraib bukanlah satu insiden yang terkecuali dimana, hanya segelintir askar AS yang bertindak dengan jijik terhadap tahanan perang mereka. Laporan berita juga telah menunjukkan bahawa Al-Quran dan dinding masjid diconteng dengan grafiti salib dan ayat-ayat Injil.



Syiling yang tertera kalimah Injil telah diedarkan kepada umat Islam di Fallujah, Iraq oleh Askar AS


Baru-baru ini, askar AS telah bertindak menyebarkan dakyah Kristian kepada warga Iraq dengan memberi syiling yang dicetak dengan kalimah berbau Kristian dalam bahasa arab. Peristiwa yang berlaku di Fallujah ini telah menimbulkan perasaan kemarahan umat Islam Iraq kerana seolah-olah ingin menimbulkan kemelut pergaduhan antara umat Islam dan kaum minoriti Kristian Iraq.



Mereka tidak peduilkan sensitivi apatah lagi menghormati Islam. Grafiti yang tertera pada peluru berpandu yang akan dilepaskan sebelum Perang Iraq bermula jelas mencemuh agama Islam.


Lebih dari itu, turut dilaporkan bahawa terdapat beberapa penembak tepat askar AS telah menggunakan Al-Quran sebagai objek latihan menembak. Polis Iraq telah menemui Al- Quran yang telah dilubangkan dengan 14 peluru pada 11 Mei baru-baru ini.


Sering kali jawapan terakhir yang akan diberikan oleh pihak tentera AS kepada dunia adalah 'siasatan akan dijalankan dan pihak yang bersalah akan diambil tindakan yang tegas'. Kita pasti jikalau siasatan sebegini dilakukan oleh pihak AS sendiri, apakah yang hendak diharapkan sangat dengan keadilan yang dibawa mereka?



Kesimpulan


Kita tidak perlu melihat jauh dalam memahami konteks penjajahan bentuk baru atau lebih senang dikenali sebagai neokolonialisme. Sejarah telah mengajar kita, warga Dunia Ketiga bahawa dasar pecah dan perintah (divide and rule) merupakan kaedah yang cukup sempurna dalam menyelia dan mengekang kebangkitan warga yang terjajah.


Semua ini tidak dapat menjadi kenyataan tanpa kerjasama oleh pelbagai pihak yang turut sama menanti habuan dalam projek penjajahan ini. Peristiwa Perang Iraq jelas menunjukkan kerjasama dari pelbagai jenis pihak yang jelas bertujuan bukan sekadar untuk kepentingan material malah bersama-sama berusaha dalam memprodak perandakan umat Islam.



Kita sebagai warga Malaysia terutamanya para pemimpin politk harus membuka mata dan minda dengan lebih luas agar tidak tertipu mentah-mentah dengan kuasa asing yang menyelinap masuk melalui pelbagai saluran terutamanya saluran ekonomi seperti pelaburan luar (FDI) yang menjadi kayu ukur 'kejayaan' sesebuah negeri. Pakatan Rakyat harus berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti BN dalam memajukan negeri pada masa yang sama mendedahkan kemungkinan untuk dijadikan kuda tunggangan kuasa asing sepertimana yang tertera jelas dalam projek mega seperti Wilayah Pembangunan Iskandar yang menarik bermacam-macam jenis pelabur yang kita sendiri tidak mengenali secara halus akan kekuatan dan niat mereka yang sebenar.








Tiada ulasan: