Khamis, 8 Mei 2008

Setahun lagi...

Setahun lagi diri ini menghampiri saat-saat yang mencabar. Setahun lagi menandakan peningkatan (atau penurunan?) kualiti diri. Yang pasti, perubahan itu ada dan akan terus ada demi mencapai Mardhatillah. Insyaallah.


Sukacitanya dan dengan rasa yang teramat bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya diri ini masih dapat menikmati dan bersama-sama merentasi jalan yang Engkau kurniakan kepada para anbiya’, ulama’ dan syuhada’…Apakah ada nikmat yang lebih Mulia daripada nikmat Iman dan Islam? Bak kata Khalifah Rasyidun yang ke-2, Saidina Umar Al-Khattab ketika beliau bertandang ke Syam dengan pakaian yang sangat sederhana menyababkan beliau ditegur oleh sebahagian penduduknya. Maka Umar menjawab:


“Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka kita tidak mencari kemulian dengan selain Islam”


Mutiara kata ini menandakan sifat zuhud yang dimiliki Umar yang sangat jarang dapat kita lihat dikalangan para pemimpin kita pada hari ini ( Tuan Guru Nik Aziz menampakkan ciri-ciri sebegini) baik yang bergerak dalam Harakah Islamiyah dan apatah lagi para pemimpin korporat.


Al-Wahan itu bermaksud Cinta Dunia dan Takutkan Kematian…


Cinta Dunia itu adalah ujian yang jarang sekali para pendakwah kenali…


Al-Wahan itulah yang menjadi basis kepada perjuangan Imam Al-Ghazali dalam membebaskan umat Islam pada waktu itu daripada belenggu kemelesetan yang dahsyat…


Sehingga proses Islah yang dibawa beliau serta beberapa ulama’ yang lain seperti Abdul Qadir Al-Jilani melahirkan umat yang menampilkan sosok seperti Salahuddin Al-Ayubbi.


Setahun yang lepada dalam blog lama saya (http://jiwamuda.blogspot.com) , catatan ringkas mengenai Hari ini berbunyi begini:


Salam kelahiran,


Sebaik sahaja solat Zuhur tamat tengah hari tadi, genaplah usia penulis sebagai pemuda yang berumur 20 tahun. Sudah 2 dekad rupanya Allah letakkan penulis di bumi ini. Rasa macam anak Mama lagi (that's for sure!).


Bagaimanapun, usia ini menandakan satu permulaan kepada perjalanan yang penuh getir. Bagi kebanyakan anak Melayu zaman bapa-bapa kita dahulu, usia ini menandakan permulaan memikul tanggung jawab membantu keluarga. Bagaimana dengan generasi kita? Mungkin usia ini, kita hanya memikirkan keseronokan nikmat hidup di universiti ataupun rasa ingin berjoli bersama kekasih masing-masing. Lumrah hidup muda-mudi hari ini.


Selama 2 dekad ini, penulis telah mengalami beberapa evolusi identiti dari seorang anak manja, kepada lelaki anti perempuan(sebab kene reject masa sekolah rendah), seterusnya kepada seorang rock star dan akhir sekali yang terkini sebagai seorang aktivis agama, bangsa dan negara.


Evolusi yang terkinilah yang paling nikmat sekali. Hidayah yang Allah turunkan sewaktu menjalini kursus orientasi PETRONAS dipenghujung semester pertama foundation membuatkan penulis sanggup meniggalkan pelbagai benda tersayang. Tapi itulah nikmat Islam. Terima kasih kepada para para ustaz Fitrah Perkasa Sdn.Bhd kerana membantu saya mengenali Apa itu Islam yang syumul(menyeluruh).

My Wishlist:

  1. Ingin menjadi seorang aktivis bersama Consumer Assoc of Penang, TERAS Pengupayaan Melayu dan mana-mana pertubuhan anti-Globalisasi.
  2. Intima' dengan gerakan Islam terkemuka Malaysia.
  3. Mendirikan rumah tangga bahagia bersama isteri yang memahami perjuangan.
  4. Memelihara anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.
  5. Menubuhkan kedai buku sendiri yang akan dijadikan intellectual center for discussion.
  6. Meneruskan pembelajaran diperingkat MBA, dan Development Economics.
  7. Mati dalam keadaan sedang berjihad.


Moga-moga, usia ini akan mematangkan lagi penulis dan menyemarakkan lagi usaha penulis untuk menegakkan syiar Islam bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain (Rakan Muda, Rakan Masjid, etc.) serta memerangi kebejatan pemikiran khurafat, liberal, kapitalis, korupsi, sekular dan kefasikan umat Melayu Muslim.


Insyaallah. Doakan saya rakan-rakan sekalian. Istiqamah dalam perjuangan sampai mati.


Ya Allah jauhilah aku dari berlaku futur dalam perjuangan ini,
Tabahkanla hati hamba-Mu ini bersama keluarga tersayang,
Bantulah hamba-Mu yang cintakan keadilan dan keindahan Islam,
Tempatkanlah diriku ini bersama keluarga tersayang dan sahabat handai dalam Firdaus-Mu ya Allah.


Itu diri ini setahun yang lepas. Bagaimana tahun ini?


Rasanya masih mempunyai wishlist yang sama tetapi ada beberapa perubahan. Kalau dahulu sewaktu berumur 18 tahun, blog pertama saya adalah http://mindzapp.blogspot.com. Kemudian beralih ke Jiwa Muda dan terkini adalah Sosialis Kanan.


Penulisan dari segi gaya dan isi sebenarnya menampilkan citra diri. Sejauh mana sudah diri ini berlayar melihat alam nan luas terbentang…


Yang penuh misteri lagi mistik…Rahsianya hanya Allah Tuhan Sekalian Alam mampu mengetahui segala-galanya.


Adalah lebih baik buat diri ini memuhasabah kembali Penghulu kepada segala Janji…

ašhadu an lā ilāha illā-llāh, wa ašhadu anna muhammadan rasūlu-llāh


Doktrin Pembebasan ini merupakan perkara yang perlu dipasak sekuat-kuatnya dalam citra hidup diri ini serta semua insan yang sedang dan telah menemui Kebenaran. Jikalau hadiah Hari Lahir yang paling berharga buat diri ini sudah tentu tidak lain tidak bukan Janji ini sendiri menjadi penyeri hidup buat masa kini dan mendatang.


Wishlist?


Mungkin sama seperti setahun yang lepas. Tetapi yang palin ku harapkan kepada-Mu ya Allah ya Rabbi tidak lain tidak bukan Istiqamah itu sendiri dan limpahkan peluang dan Rahmat ke atas perjalanan hamba-Mu yang hina ini. Dalam keaadan diriku tersepit dengan pelbagai cabaran dan dugaan aku pasti hanya Engkau mengerti sedalam-dalam masalah yang ditimpa…


Semoga Engkau kurniakan aku kesempatan untuk menabur bakti dalam perjuangan membongkari Pemalsuan demi mencapai Kebenaran yang membuka Hijab manusia menemui-Mu.


Akhir kata, ingin sekali saya berkongsi dengan para pembaca sebuah sajak yang dipelajari sewaktu zaman persekolahan menengah…yang mana dahulunya tidak dapat diertikan untuk diri ini sehinggalah diberi petunjuk dan Hidayah oleh Allah 3 tahun lepas:


The Road Less Traveled

By Robert Frost



Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth


Then took the other as just as fair
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet, knowing how way leads onto way
I doubted if I should ever come back


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence
Two roads diverged in a wood
And I took the one less traveled by
And that has made all the difference


Sekian, Selamat Hari Lahir buat diri ini dan terima kasih kepada Mama (walaupun saya tahu beliau tak akan bukak blog ni) yang menjadi penyokong dan pendokong istimewa dari dulu hingga kini. Kepada para pembaca yang setia terima kasih daun keladi. Doakan kejayaan saya dunia akhirat.


To all my enemies, thank you for giving me chance to know what it means to be walking on this road less traveled. May God guide all of you to the Correct Path. Amin.

Tiada ulasan: