Khamis, 10 April 2008

Imbuhan menambahkan semangat!


Patutlah Faisal Tehrani memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Walau bagaimanapun, yang utama adalah NIAT YANG IKHLAS DEMI PERJUANGAN MEMBANTU ISLAM.


Setelah menulis secara amatur dalam media alternatif selama 5 bulan lebih (bermula sebelum PRU ke-12) rasa macam tak percaya dibayar setinggi ini oleh Media Ikon yang menerbitkan akhbar alternatif no-2 Malaysia iaitu Siasah.


Bayaran honorarium pertama yang saya terima adalah daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menerbitkan artikel berkenaan biofuel.


Pertama kali melihat hasil nukilan amatur dalam media bercetak merupakan saat yang cukup bermakna dalam diari hidup seorang aktivis muda seperti saya. Jiwa ini meronta-ronta untuk berkongsi dan membantu masyarakat tetapi apakah daya dengan pelbagai kekangan masa dan peraturan prasejarah (baca: AUKU), dengan menulis sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kemelut jiwa muda yang membara ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada abang Haris Zalkapli dan abang Hafiz Baqi kerana memberi kepercayaan terhadap saya untuk menulis di ruangan Kampus dalam akhbar Siasah. Tidak lupa kepada Encik Zul kerana memberi ruang yang secukupnya dalam menyiarkan artikel saya dalam akhbar yang menjanjikan 'Kebebasan dan Kelainan' tersebut.



Bertenggek sebentar di tepi pejabat media alternatif no.1 negara-Harakah.

Kesemua pencapaian kecil ini telah memberi satu momentum yang kuat untuk saya melangkah lebih jauh dalam bidang penulisan. Yang menghalang saya daripada terus maju mungkin pada waktu ini adalah kesuntukkan masa serta beban akademik yang menggunung. Sasaran seterusnya adalah untuk mencuba nasib menjadi kolumnis tetap majalah Milenia Muslim.

Jom kita menulis untuk mengubah!

2 ulasan:

rem berkata...

salam.tahniah bro! teruskan usaha anda..banyak tu rm200.lepas ni usaha lagi tingkatkan penulisan..hehe

regards,
akram,ex UTP

aalim berkata...

tahniah bro.. semoga terus berjaya dalam lapangan yang luas itu.. insya-Allah :)