Ahad, 6 April 2008

Ilmu palsu: Perangkap samar di menara gading.


Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Sebagai seorang mahasiswa kejuruteraan, adalah satu kemestian buat penulis untuk menguasai ilmu sains dan matematik dengan baik. Secara tradisinya, seorang jurutera memerlukan ilmu teknikal bagi menyempurnakan tugas yang dikendalikan kelak setelah memasuki alam pekerjaan.


Pada zaman ini, tidak cukup buat seseorang mahasiswa kejuruteraan untuk hanya memiliki ilmu teknikal. Zaman globalisasi tajaan negara-negara Dunia Pertama telah mengubah profesion jurutera yang seterusnya memberi dampak yang besar ke atas sistem pedidikan bidang kejuruteraan pada masa kini.

Semester baru kali ini menyaksikan penulis terpaksa mengambil sebuah mata pelajaran bertajuk ‘Ekonomi Kejuruteraan’. Subjek ekonomi yang direka khas buat mahasiswa dan mahasiswi kejuruteraan ini memuatkan pengetahuan yang cukup penting dalam memastikan golongan yang akan menerajui bidang kejuruteraan mampu menimbang tara keputusan yang bakal menelan perbelanjaan yang bernilai beratus-ratus ribu hinggalah yang berharga berjuta-juta ringgit dengan baik.


Jikalau sebelum ini tugas jurutera hanya diperlukan untuk melakukan kerja-kerja teknikal, zaman ini profesion tersebut memerlukan skil yang lebih dinamik dan diantaranya adalah membuat keputusan kejuruteraan yang baik dari sudut ekonomi.


Subjek ‘Ekonomi Kejuruteran’ ini menerangkan perkara yang melibatkan dollar and cents, sama seperti subjek ekonomi klasik, cuma diselitkan elemen-elemen kejuruteraan. Rata-rata mahasiswa dalam jurusan kejuruteraan, menganggap subjek ini tidaklah penting untuk ditumpukan sepenuhnya berbanding subjek teknikal yang lain. Mereka melihat subjek yang dipelajari ini cukup dipelajari ala kadar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan.



Logik sebegini telah membuatkan para mahasiswa yang mengambil subjek ‘Ekonomi Kejuruteraan’ ini untuk bersikap pasif dalam menilai secara kritikal kandungan yang diutarakan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.


Dalam diam, ilmu yang diperolehi melalui pembelajaran subjek ini sebenarnya telah menyuntik bibit-bibit kerosakkan umat. Mana tidaknya, yang menjadi elemen fundamental dalam subjek ini adalah ekonomi yang berasaskan riba’. Terang-terangan terpampang dihadapan layar putih tertulis perkataan INTEREST sewaktu kelas kami sedang berjalan saban hari ini.


Perkara ini bukanlah perkara remeh yang boleh diberi diskaun dari segi pemerhatian dan penilaian buat golongan celik seperti mahasiswa. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah S.W.T telah menurunkan begitu banyak larangan yang cukup keras berkenaan riba’. Antaranya adalah:


"Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit jiwa… Dan jika kamu bertaubat ( Daripada pengambilan riba ) maka bagimu pokok hartamu : kamu tidak menganiaya dan tidak (pula ) dianiaya ." (Al-Baqarah : 275-279)


Jikalau ditinjau dari segi historikal, riba’ merupakan elemen terpenting buat sistem ekonomi kapitalis. Masakan bagaimana institusi perbankan moden yang dipelopori keluarga Yahudi bernama Rothschild itu masih kekal sehingga hari ini.


Sebelum sistem perbankan yang diasaskan Rothschild meresap masuk ke dalam sistem kehidupan masyarakat dunia, pihak gereja turut mengharamkan elemen riba’ dalam jual beli masyarakat Krisitan Eropah. Hanya bangsa Yahudi yang merupakan pada masa itu rakyat kelas kedua dalam struktur masyarakat Eropah pada masa itu dibenarkan mengamalkan riba’ dalam urusan jual beli.


Dengan elemen riba’ ini jugalah keluarga Rothschild mampu mendominasi Eropah dengan menggunakan kuasa kekayaan mereka untuk membiayai begitu banyak perang antara kerabat diraja Eropah. Peperangan sudah semestinya menelan wang yang banyak . Ini telah memberi nafas yang cukup panjang buat keluarga Rothschild dalam memastikan tampuk kekuasaan Eropah, secara tidak langsung senantiasa berada di bawah genggaman mereka hasil pembiayaan pinjaman peperangan yang berbentuk riba’.


Kesan yang paling besar sehingga hari ini, hasil daripada sistem ekonomi berasaskan riba’ adalah jurang kaya miskin yang begitu dahsyat dan umat Islam merupakan antara mangsa utama ekonomi berasaskan riba’ ini.


Jadi apakah para mahsiswa dan mahasiswi Muslim tidak berasa apa-apa ketika mempelajari subjek sebegini? Apakah kita hanya boleh menutup mata dengan mudah dalam membiarkan sistem pendidikan yang ada di universiti masing-masing melahirkan tangan-tangan yang secara sedar ataupun tidak, merupakan alat buat golongan kapitalis kelak?



Masakan bagaimana umat akan bangkit jika jati diri ilmu begitu dibelenggu oleh ilmu palsu yang merosakkan hasil ciptaan golongan sekularis? Lebih parah apabila golongan aktivis dakwah mahasiswa hanya mengambil sikap enteng ataupun lebih parah, tidak peka langsung dalam menilai masalah ini kerana hanya melihat proses pembelajaran semata-mata untuk lulus cemerlang ataupun melihat ianya hanya sebagai satu proses yang sudah kekal sifat kebenarannya, tanpa perlu dikritik dan dibahas secara mendalam baik buruk yang bakal tertulis ke atas masyarakat kelak.


Pencemaran jati diri ilmu bangsa dan agama kita tidak disedari kerana golongan intelektual, baik pensyarah mahupun mahasiswa sudah dikaburi kotak pemikiran masing-masing. Proses pembelajaran yang dialami mereka sekian hari ini hanyalah bersifat menerima, hadam dan memuntahkan kembali ilmu secara membuta tuli kepada yang diajar dan yang belajar. Semua ini berlaku hanya kerana piawai jurusan tersebut telah dibentuk berasaskan modul sistem pendidikan Barat,yang dicanangkan sebagai ‘terbaik’ oleh badan-badan berpengaruh seperti Times Higher Education Supplement yang saban hari mengklasifikasikan pencapaian universiti di seluruh dunia mengikut kaca mata budaya Ilmu barat.



Secara automatik, adalah satu yang normal untuk masyarakat kita pada hari ini menilai ilmu yang datang dari intelektual Barat sebagai satu kebenaran yang tidak perlu disemak mengikut acuan bangsa dan agama kita.Gejala taqlid ilmu ini secara diskrit telah merosakkan titik kebangkitan umat selama hari ini terutamanya dalam kebangkitan tradisi kelimuan bangsa dan agama kita. Fenomena ini begitu pesat meracuni bidang-bidang teknikal seperti ekonomi, sains dan kejuruteraan melalui akar epistemologi yang diterapkan secara sekular.


Sistem pendidikan tanah air ini dahulu, sewaktu sebelum dijajah sudah tentu berasaskan ekonomi Islam yang adil lagi saksama. Apakah kita masih berasa selesa untuk meneruskan kebangkitan bangsa dan agama kita menggunakan ilmu palsu seperti ini, yang terang-terangan merupakan hasil peninggalan penjajah?


Satu revolusi kritikal terhadap sistem pendidikan negara harus diperderaskan secepat mungkin. Negara ini, walaupun sedang mengalami perubahan politk yang positif tidak akan menjamin kesinambungan survival bangsa, agama dan negara pada masa akan datang dengan hanya bergantung kepada kuasa politik.


Ini adalah kerana seperti ikan, ianya akan busuk di kepala dahulu sebelum membusuk keseluruhannya. Sama seperti masyarakat kita. Rosaknya pemikiran bijak pandai dek kerana kejahilan totok para intelektual, maka rosaklah masyarakat yang dipimpinnya kelak. Maka dimanakah relevannya ilmu yang dikendong di universiti untuk digunakan untuk membangunkan umat yang semakin tenat pada hari ini? Melihat permasalahan sebegini masih terbiar sunyi tanpa protes yang serius, ternyata perjuangan mahasiswa dan warga intelektual di menara gading masih panjang.


Artikel ini telah tersiar dalam akhbar alternatif Siasah pada 5 April 2008.

1 ulasan:

imakubex berkata...

if one rejects the capitalism of the West, one must then give a viable solution to the problem, no?

how, then, with the current hegemony of the West, that Muslims can muster enough force to change the economy whose basis is interest?

'Islamic banking', one might suggest. but as people say, its a way of getting around the system and doing the same thing but calling it a different name

its rather intriguing, ur post. but i have yet to see any viable, indeed anything, of the sort of solution to this sort of criticism

its fine to critic, but where would it go, if not supplemented with a realistic approach?

wallahua'lam