Sabtu, 8 Mac 2008

Forum: “Ke Mana Malaysia? Analisa Keputusan PRU ke-12”



Youth 4 Change, sebuah badan aktivisme anak muda Malaysia akan mengadakan satu forum yang cukup menarik. Boleh kata neutral dari segi analisa (jikalau lihat nama-nama panelis dibawah), dan ini menjadikan satu perbincangan yang menarik. Insyaallah, saya akan ke sana (nasib baik semester break) mana-mana para pembaca yang kelapangan bolehlah turut sama hadir bagi menjalankan kerja kita yang seterusnya: membantu calon-calon baru untuk melaksanakan janji mereka dengan baik dalam berhadapan dengan cabaran luar (krisis ekonomi dunia etc.) dan dalam (jurang ekonomi rakyat etc.) terutamanya golongan mahasiswa yang empunya kelebihan dalam menelaah maklumat yang sukar.


Jumpa disana!


Pilihanraya Umum Ke-12 merupakan satu ujian yang penting bagi semua pemimpin politik negara kita. Apakah mesej yang dibawa dalam keputusan pilihanraya ini? Apakah makna kemenangan di dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional, KeADILan, PAS dan DAP? Siapakah yang paling manfaat daripada pilihanraya? Ke mana Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-12 ini?


Semua ini akan diperbincangkan dalam forum ini. Tiga panelis yang terkenal berikut dijemput untuk memberi pandangan mereka.

Panelis 1: Datuk Kadir Jasin
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Bhd. Beliau juga menulis satu blog popular yang bertajuk “The Scribe A Kadir Jasin”

Panelis 2: Datuk Dr. Toh Kin Woon

Pengerusi Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) dan bekas Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang

Panelis 3: Mr Ibrahim Suffian Pengarah Merdeka Centre, satu firma penyelidikan pendapat yang popular.

Maklumat berkenaan dengan forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Mac 2008 (Rabu)

Masa: 8.00pm – 10.30pm

Tempat: MCPA, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall


Bahasa: Bahasa Malaysia

Penganjur: Strategic Information Research & Development Centre (SIRD)


Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian adalah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila menghubungi Project Coordinator di SIRD, Lee Khai Loon (kllee78@gmail.com) at DL: 77831164 or mobile: 013-3970519. Project Assistant, Chua Yee Ling (yling1983@gmail.com) or mobile: 012-7355025
(SIRD is an independent publishing and research centre. In the past few years, we have organized various talks and seminars on topics ranging from socio-cultural to political issues.)

Tiada ulasan: