Khamis, 6 Mac 2008

Emosi itu Anugerah

Pusingan kedua UEFA Champions Leaugue yang baru sahaja tamat semalam menyaksikan pelbagai perkara menarik yang boleh kita pelajari. Sebagai ex-ruggers (nama lain buat pemain ragbi) emosi merupakan satu daripada komponen penting dalam bersukan.

Sebagai penonton kita juga turut sama menjiwai detik-detik berharga ketika perlawanan berlangsung.

Tetapi tiada yang lebih berharga dan gembira buat manusia yang membakar beribu kilo joule tenaga itu sendiri.




Saya tertarik dengan persembahan 'wonderkid' Cesc Fabregas ketika bertarung di San Siro, gelanggang AC Milan kelmarin. Rembatan kencang dari jarak jauh memberi satu kejutan buat AC Milan serta dirinya sendiri. Dapat dilihat bahawa Fabregas sangat gembira sehinggakan menangis ketika berpelukan dengan 'ayah' dan juga jurulatih Arsenal, Arsene Wenger.







Kelihatan Fabregas menangis kegembiraan. Footballers do cry though.


Mana tidaknya, satu rembatan yang saya yakin dilepaskan sekuat hati dengan penuh debaran tidak disangka-sangka mampu membuahkan sebiji gol berharga buat Arsenal. Dramatik, ajaib dan unggul.




Tangisan sakit bercampur sedih tidak dapat menyumbang tenaga untuk 6 minggu lamanya. Messi juga empunya emosi.


Di satu perlawanan yang lain, satu lagi 'wonderkid' diselubung emosi sedih yang agak kontra. Lionel Messi yang dinobatkan sebagai 'The New Maradona' berhadapan dengan kecederaan yang serius iaitu pada otot peha yang mengakibatkan Messi terpaksa tersadai dibangku simpanan selama 6 minggu.


Tangisan yang dikeluarkan bukan sekadar mempunyai kesakitan malah turut mengheret impian dan harapan Messi untuk membantu Barcelona bersaing dalam La Liga yang semakin tercicir di tangga kedua di belakang Real Madrid. 6 minggu itu juga membawa satu vakum kepada Barcelona yang akan berhadapan dengan saingan suku akhir kelak dalam Liga-liga Juara Eropah.


Bukan mudah untuk menjadi seorang ahli sukan profesional. Thierry Henry yang dahulunya cukup digeruni oleh lawan di England, sekarang berhadapan dengan kerumitan hidup di Barcelona. Perpindahan Henry ke Barcelona turut meruntuhkan rumah tangga yang beliau bina bersama Claire Henry, seorang model Inggeris. Perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Tea. Sebagai seorang bapa, sudah tentu sehebat mana pun beliau di mata para peminatnya, Tea adalah lebih berharga daripada semua itu.



Sayang Papa:Beliau mungkin gergasi dalam dunia bola sepak, tetapi di mata anak perempuannya, Henry juga sama seperti bapa normal yang lain.


Penceraiaan yang dihadapi Henry sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyesuaian dirinya di Sepanyol. Mungkin para peminat begitu cepat memberi tanggapan buruk jikalau pemain bola sepak tidak bermain dengan baik tetapi realitinya bukanlah boleh diukur semudah larian deras ataupun rembatan kencang. Pemain bola sepak juga adalah manusia, bukanlah sebuah mesin sukan yang melakukan persembahan mengikut kepuasan diri peminat.




Setelah 3 hari 'sunburn', entah berapa ribu kilo joule larian, momentum, bentesan, kami dapat jersi Canterburry hadiah Johan SBP 10's 2003


Saya juga pernah merasai perkara yang sama seperti Fabregas, Messi dan Henry. Emosi telah mewarnai kehidupan saya dalam arena sukan serta kehidupan sebagai hamba Allah. Kemenangan dihadiahkan dengan kebanggaan, kekalahan dipukul kekecewaan dan kecederaan digarap dengan kepedihan.



Gembira: Kali pertama Ibu datang tengok saya bermain ragbi di sekolah (tapi saya tahu Ibu baca surat khabar semasa saya tengah main.Takut mungkin). Nasib baik menang. Selama ni kena berleter sebab tak berhenti ke sana sini bermain ragbi.




We are the champions! Bangga sungguh kami pada hari kemenangan. Berbulan-bulan lamanya berlatih sampai muntah-muntah pun pernah untuk 'fit'.


Asam garam dalam kehidupan. Begitu juga dalam Politik. Emosi itu sangat sentral sifatnya. Hanya sedikit kuisan kata-kata ataupun perbuatan ia boleh berubah kepada pola negatif ataupun positif. Jangan mudah terperangkap dengan permainan politik lawan (baca: BN) kerana mainan emosi boleh meruntuhkan imej kita dengan mudah.


Sedikit perkongsian rasa dari penelitian pentas kehidupan dalam arena bola sepak Eropah.

Selamat mengundi kepada semua! Tolak korupsi demi masa depan yang diredhai Allah.

Tiada ulasan: