Selasa, 25 Mac 2008

Aku suka Euphonious tapi…

Aku rasa, jikalau tidak diberi hidayah oleh Allah 3 tahun lepas, sudah tentu aku akan fret gitar atas pentas dalam dewan Canselor UTP setiap tahun.


Euphonious, merupakan satu nama yang cukup kontroversi semenjak aku menjejaki UTP. Event ala Battle of the band ini menyaksikan sambutan mahasiswa dan siswi UTP dengan begitu dahsyat sekali, boleh kata mencapai makam Akadami Fantasia di dalam hutan Tronoh ini.


Apakah kontroversinya? Seperti mana yang dijaja oleh golongan Islamik UTP (i.e Rakan Masjid dan seangkatan dengannya) Euphonious membawa wabak hedonisme ke dalam kampus.


By the way, hedonisme adalah sebuah gaya hidup yang memaksimumkan keseronokan sama seperti utilitarianisme yang dipopolarkan oleh ahli falsafah Inggeris, John Stuart Mill sewaktu era Pencerahan di Eropah beratus tahun dahulu.


Betul ke Euphonious teruk? Aku pernah masuk tengok sampai habis masa aku 1st year. Ok je. Takla seteruk zaman aku pergi gig dekat bawah ofis Schlumberger di Blue Planet, KL.


Secara ringkas, aku dapat memberi komentar bahawa Euphonious adalah event buat sekumpulan wannabe rockers, dan musicians yang hebat melakukan persembahan muzik buat para peminat muzik yang ada di UTP.


Secara literalnya begitu.


Aku tak nampak booze and drugs apatah lagi cannabis yang dihisap seperti Bob Marley. So it looks clean in the eyes of modern people isn’t it?


Of course if you look using pandangan mata Islam yang membawa ciri al-haq (the Truth), ceritanya lain pula.


Aku cukup kagum kepada para pemuzik amatur dan profesional UTP. Aku tahu bukan senang untuk menggoreng gitar seperti Santana dan Malmsteen apatah lagi mengetuk cymbal jenama Zildjian ala Travis Baker dan Mike Portnoy. Minat, dan usaha yang gigih untuk sekian lamanya barulah seseorang wannabe rockers itu dapat bermain dengan baik.


Belum lagi kira macam mana nak synchronize dengan band mates. Aku dulu sewaktu mempunyai band amatur di sekolah, siap bergaduh ideologi muzik. Aku seperti biasa anti muzik pop dan menjunjung tinggi semangat straight edge underground. Malangnya masa tu Flop Poppy meletup-letup maka band mate aku semuanya beralih angin nak jadi Flop Poppy. Tinggalah aku seorang dalam band bernama Antidote Kills. Akulah frontman, akulah gitaris amatur dan akulah penulis lirik dan lagu. To cut it short, the project fails after aku masuk UTP plus gitar aku hilang kat sekolah.


Mencipta lagu memerlukan kreativiti yang dalam. Maklumlah, setiap lagu dan lirik yang ditulis perlu dijiwai baru feel.


Sebagai gitaris amatur, aku tahu perasaan mula-mula belajar main gitar dulu. Bukan satu kerja mudah. Perfect practice makes perfect skills. Semua ini sedikit sebanyak mengajar diri seseorang ahli muzik itu untuk bersungguh dalam melakukan kerja, secara tak langsung la.


Tapi…


Yang menjadi masalah buat aku ialah event ni sebenarnya membawa bencana yang besar dari segi jangka masa panjang.


Euphonious ini bukanlah semata-mata event. Jikalau dilihat menggunakan mata 2 biji tu memang event. Cuba guna mata hati. Ya mata hati. Abu Jahal dengan Ali dua-dua tak buta. Kenapa satu jadi bodoh maki Rasulullah S.A.W dan satu lagi beriman? Ha, kat sinilah peranan mata hati.


Aku melihat Euphonios ini sebagai satu elemen pembudayaan yang berkesan ke arah melahirkan tuntutan masyarakat moden yang korup pandangan hidup Islamiknya. Ditambah dengan peranan DC++ dan segala macam bentuk hiburan yang ada di UTP, semua ini akan melahirkan pewaris bangsa dan agama yang mempunyai jati diri rendah dan lemah.


Lambat laun kerana sudah hanyut dengan budaya sebegini, sejarah lama akan berulang. Ya penjajahan. Ia bermula dengan minda yang terjajah. Bila minda yang terjajah wujud lahirlah manusia yang terjajah dari segenap segi.


Maka, jangan terkejut masyarakat yang wujud nanti adalah masyarakat yang sama seperti tamadun Rome yang jijik di penghujung usianya. Sarat dengan maksiat dan korupsi. Masyarakat sebegini Allah campak keluar je dari bumi sama seperti kaum Tsamud, dan Ad.



Of course ini adalah coretan ringkas, boleh dipanjangkan lagi kalau kita duduk bincang secara serius.


Aku tidak suka menghukum event ni dari segi fiqah kerana yang pergi Euphonious tu pun belum tentu pergi masjid selalu. So, nak berhujah dari segi fiqah kepada ahli muzik dan management rasa macam cakap dengan batu.


Dan aku juga tidak suka berhujah dengan memberi alasan murahan bahawa gejala ini adalah konspirasi Yahudi merosakkan pemuda-pemudi Islam (yang rosak bukan Muslim je, satu dunia rosak dengan budaya Barat negatif).



Tapi aku lebih nak mengajak korang bukak tempurung kepala dan fikir. Adakah setakat ini sahaja budak UTP mampu lakukan? Belajar, makan, tidur, berhibur. Esoknya begitu. Takkan tu je nilai budak-budak scorer SPM, STPM dan diploma?



Kalau macam tu, baik tak payah masuk universiti. Bazir duit rakyat je. Sama je nilai korang dengan Samy Vellu yang menghabiskan duit rakyat.



Sakit tapi kita harus terima. Islam tidak lemah, tapi KITA MUSLIM YANG LEMAH. Kita gagal menonjolkan Islam as the way of life sepanjang hari ini.


Satu perkara yang normal dalam sejarah manusia bahawa budaya yang lemah akan tewas kepada budaya yang lebih kuat. Sudah pasti, pada masa kini budaya Barat cukup kuat dari segi ilmu, seni dan yang lebih kritikal cara pandang hidup Barat.


Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan kemelut penipuan Barat ini?


Kata Ziauddin Sardar, seorang pemikir Islam di Eropah:


“ Semua reformis harus bermula dengan melihat dunia pada hari ini seperti mana ia wujud pada saat ini. Kita mesti melihat dan memahami keadaan dunia seperti mana yang dihasilkan realiti, bukanlah dengan melihat ia menjadi seperti mana kita inginkan. Hanya selepas kita menjiwai kebenaran realiti kontemporari barulah kita mampu melakukan reformasi untuk menghasilkan dunia yang kita inginkan”


Maka untuk berperang event antara golongan Islamik dan yang tidak faham Islam adalah satu perjuangan yang cetek. Kita, sebagai orang yang concern dengan masalah kejatuhan budaya dan jati diri Melayu Muslim, haruslah mengambil sikap yang lebih terbuka untuk menilai masalah, bukannya dengan melihat melalui kaca mata “us” and “them”.


Solution yang aku selalu fikirkan adalah mencari titik persamaan antara semua warga UTP. Tak lain tak bukan ilmu. Aku rasa, sampai sekarang budaya Ilmu tak pernah wujud di UTP. Yang ada budaya telan informasi dalam lecture. Apabila universiti tidak empunyai satu budaya dan tradisi ilmu yang kuat, baik tak payah panggil universiti. Panggil training center pun dah cukup.


Kenapa perlu ilmu? Dan ilmu bagaimana? Kerana dengan ilmu yang benar, insyaallah manusia dapat menemui Kebenaran ( aku tulis dengan capital ‘K’). Absolute truth.


Bagaimana? Allah dah bagi tau dalam Quran. Betapa banyak perkataan la’allakum ta’qilun (so that you might use your reason, which is ‘akal’), a fa la ta’qilun (will you not, then use your reason?) la’allahum yafqahun (so that they might understand [the truth]) dan la’allakum tatafakkarun (so that you might think).



Keberkesanan mesej Al-Quran akan lebih dijiwai dan difahami, seperti yang diperkatakan oleh pemikir Islam bangsa Yahudi iaitu Muhammad Asad ialah kepada golongan li qawmin yatafakkarun ( for people who think). Tapi malangnya orang Melayu kita ramai sangat bertaklid, main ikut tanpa faham. Dari nenek sampai adik.


So apakah budak-budak yang suka berhibur ni menggunakan faculty of reason yang Allah bagi dengan baik? Sudah tentu tidak. Mengapa tidak? Sebab kepala dah sarat dengan elemen hiburan yang menyeronokkan nafsu. Nafsu berhibur mendominasi akal sihat yang mampu menafsir realiti.


Aku still dapat ingat lagi macam mana jiwa aku leh terketuk untuk menerima Islam secara lengkap. Ia bermula di dalam hati diperkukuhkan dengan akal. Natijah dia, walaupun aku suka muzik rock, tapi masih mampu mengawal diri daripada taksub sampai lupa tujuan hidup.


Maka perjuangan menentang Euphonious ini aku rasa tidak akan berjaya jikalau dilihat semata-mata menentang event itu tapi perlu dilihat satu usaha untuk mencabut akar-akar penipuan Barat yang datang dari pelbagai sudut.


Sudah tentu semua ini menuntut satu perjuangan yang panjang. Bukan setiap kali Euphonious hadir, masa tu baru nak buat event persaingan, bagi phamplet. Tak berkesan. Usaha memang la perlu, tapi kalau tak faham situasi usaha jadi usaha jelah.


Kecelakaan jiwa yang dipugar oleh Euphonious tidaklah seberat mana. Mengapa? Impaknya secara langsung lebih bersifat tertutup kerana parameter kejadian hanya merosakkan iman para hadirin yang lemah.


Aku lebih berasa susah hati apabila budak-budak UTP yang belajar Engineering Economy membawa ilmu mereka keluar kepada masyarakat. Sudah terang-terangan isi kandungan yang diajar didominasi oleh riba’ (interest) dan idea durjana inilah yang mengjahanamkan dunia Islam dan masyarakat yang tertindas yang lain. Apakah golongan pendakwah muda dan para lecturer yang berjiwa Islamik hanya mampu berdiam diri? Tidak bolehkah kita bersatu suara dan menuntut reformasi isi kandungan subjek tersebut?


Hmm. Kita semua, yang mana mencintai Islam dan jati diri bangsanya daripada dimamah budaya Barat yang merosakkan, haruslah bersama-sama bersikap kritikal dan berani mencabar status quo yang ada di UTP. Bukan kita benci mereka tapi sebab kita sayangkan umat inilah kita mengambil risiko sebegini.


Maka, nasihat aku untuk para peminat Euphonious, jaga batas-batas syariat dan jangan jadi hamba budaya Barat. Nasihat aku pada para pendakwah, kita harus perkasakan gerak kerja kita dengan lebih kemas, Maksud aku bukan perkasa strategi nak buat event atau bagi phamplet tapi perkasakan pelan jangka panjang untuk menyelak kain penipuan budaya Barat di UTP disamping mewujudkan budaya Ilmu yang dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berguna. Kita menangi hati mereka dahulu sebelum perangi mereka kerana aku percaya mereka juga masih empunya hati pada Islam. Cuma mereka nampak Islam tu sekadar Islam taqlid.


Salah silap adalah diatas kelemahan aku sendiri. Sekian.

1 ulasan:

Abu Saif berkata...

Assalamualaikum.

Akhi al-aziz... berbetulan dengan artikel saya tentang "Nasyid Underground"... boleh dicari titik temunya? :)

http://saifulislam.com/?p=1178