
Anak emas Malaysia, Encik KJ sendiri tidak memahami FTA ketika mana ditanya oleh Presiden TERAS, Tuan Haji Azmi. Kalau graduan Oxford pun jahil, apatah lagi menteri-menteri lulusan STPM.
Oleh Rausyanfikir
Dalam kehangatan pelbagai isu nasional terutamanya melibatkan Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU ke-12) yang tarikhnya masih berada di bawah bantal Perdana Menteri kita, rakyat Malaysia secara amnya masih belum merasai sepenuhnya dengan kejutan ekonomi seperti mana yang dialami oleh negara-negara lain.
Sepanjang minggu lepas, negara kapitalis nombor satu dunia iaitu Amerika telah menghasilkan beribu-ribu penganggur baru. Kesan krisis subprima ( dalam bahasa mudahnya seperti Non-Performing Loan) perumahan disamping badai kenaikkan harga minyak yang tinggi telah menjadikan Amerika Syarikat neraka hidup buat golongan pekerja. Sudah menjadi fitrah golongan kapitalis yang menunjangi ekonomi Amerika untuk melakukan ritual “lay off” ataupun pemecatan segara buat para pekerja mereka ketika berhadapan risiko kegagalan ekonomi dunia.
Tetapi di Malaysia suasananya cukup berbeza.
Pepatah ekonomi sering memperkatakan bahawa “jikalau Amerika bersin, Dunia akan demam”. Hegemoni Amerika Syarikat dalam bentuk manipulasi mata wang dolar di peringkat antarabangsa dan armada-armada syarikat multinasional yang menjangkau di seluruh pelusuk dunia bukanlah satu perkara yang perlu dipandang remeh. Sebarang perkara buruk berlaku terhadap jentera-jentera ekonomi Amerika ini bakal memberi impak yang besar terutamanya kepada negara-negara Dunia Ketiga yang sangat bergantung nasib dalam hubungan perdagangan antarabangsa dengan Amerika dan negara-negara membangun yang lain.
Terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat
Bagi penulis, apa yang dijual oleh Perdana Menteri kita pada masyarakat dunia dan rakyat hanyalah slogan berkempen buat PRU ke-12.
Siapakah sebenarnya yang berkuasa di
Kerajaan Barisan Nasional hanyalah buah-buah catur buat golongan kapitalis ini dalam memastikan projek ekonomi yang dilobi mereka terus berjalan walaupun kebanyakkan “pembangunan” yang ditawar mereka tidak langsung diperlukan oleh rakyat seperti contoh projek kroni Pak Lah dalam rupa Penang Global City Center (PGCC) dibawah kendalian sang kapitalis bernama Patrick Lim. Dalam media arus perdana sememangnya projek ini diangkat melangit sebagai pembangunan untuk rakyat hakikatnya ia diselubungi dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan pelbagai perkara terutamanya dari segi risiko alam sekitar.
Antara bukti lain untuk menunjukkan kerajaan Barisan Nasional gagal dalam kepimpinan ekonomi ialah perkara yang melibatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Amerika Syarikat (FTA). Perjanjian berat sebelah ini tidak ubah seperti alat penjajahan bentuk baru (neo-kolonialisme) seperti mana yang telah berlaku pada
Mengikut sumber daripada Third World Network, sebuah badan penyelidikan ekonomi bukan kerajaan (NGO) telah menimbulkan tanda tanya kepada kerajaan tentang kefahaman mereka dalam berunding isu-isu sensitif terutamanya berkenaan produk makanan. Sejarah telah menunjukkan dengan menurunkan tarif secara mendadak melalui FTA, produk makanan tempatan terpaksa bersaing hebat dengan produk makanan dari Amerika yang jauh lebih murah kos pembuatannya.
Kita ambil kajian kes dari Mexico. Terdapat banyak petani miskin yang menyara hidup dengan menanam jagung yang selama ini cukup untuk dijadikan sebagai mata pencarian tetap. Tetapi akibat FTA dengan Amerika Syarikat (NAFTA) Mexico menerima import jagung yang disubsidi dari Amerika Syarikat sebanyak 3 kali ganda dari sebelumnya (kerana tarif telah dikurangkan). Kini Mexico terpaksa mengimport 99% kacang soya dan 80% beras. Hampir 2 juta petani Mexico terpaksa meninggalkan tanah mereka sejak NAFTA dikuatkuasakan. Akibatnya, rakyat Mexico yang berhijrah keluar negara mencari kerja semakin bertambah (kebanyakkannya sebagai pendatang haram ke Amerika Syarikat), kemiskinan desa meningkat dan bertambahnya pengeluaran dadah secara haram.
Bagaimanakah dengan nasib petani
Rakyat
Jikalau Bapa Kapitalis dunia sudah berpeluh lenjun, takkanlah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan