Khamis, 3 Januari 2008

Surat daripada Pembaca: Isu Idealisme Barat dan Islam.

Komen menarik daripada saudara kupukupu:

Menurut pemikir Islam lainnya, sosialisme sama seperti kapitalisme. Cuma yang membedakan mereka adalah yang terakhir menumpukan kepada individu manakala sosialisme adalah 'mengindividukan' negara.

Alasan lain adalah keduanya merupakan eksperimental sejarah manusia, sedang sistem Islam langsung dari Allah - Yang Maha Mengetahui segala keperluan manusia.

Sesekali, selain menelaan karya 'berat' pemikir Barat, ada baiknya kita mengutip pandangan para pemikir Islam. Selain Syariati, masih ada tokoh Revolusi seperti Baqir Sadr atau Muthahhari.


Salam kepada kupukupu,

Terima Kasih kepada komen yang diberi.

Sememangnya, tidak ada satupun idea daripada insan yang sempurna melainkan ilmunya disandarkan kepada ilmu Allah.

Untuk memahami sesuatu idea, perlu dikaji dari banyak sudut, bukan secara linear. Dalam kes sosialisme, ia wujud kerana penindasan yang dilakukan oleh kapitalis dan gereja terhadap manusia.

Maka Marx dan sahabat yang lain 'berjuang' menentang kezalimen sistem yang wujud pada waktu itu.

Hasil penilaian ini dapat disimpulkan dari sudut pandang sejarah.

Mengikut Syeikh Imran Hosein, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Kahf, masa
boleh dikategorikan ke dalam banyak jenis ( biologikal, historikal, futuristikal, etc.)
Maka barulah kita boleh memahami ilmu Allah dengan lebih komprehensif.

Untuk memahami lebih lanjut pemikiran dan analisa yang bersifat dinamik dari sudut pandang ulama' bolehlah membaca artikel beliau di www.imranhosein.org

Berbalik kepada sosialisme, bagaimana hebat pun ia dah dibuktikan bagaimana sistem itu tumbang pada penghujung 80-an.

Dalam keadaan dunia yang sekular lagi membencikan agama, apakah Islam dengan mudah dislogankan kepada umat manusia sebagai solution kepada semua masalah?

Konotasi Islam itu sendiri di kaca mata orang bukan Islam tidak mendapat sambutan yang baik akbiat propaganda dan kesalahan umat Islam yang ekstremis. Imej Islam sebagai agama, cara hidup sudah tercemar oleh MUSLIM.

Islam tidak lemah, tidak cacat tetapi MUSLIM yang menggambarkan begitu.

Maka apakah cara yang paling dekat untuk kita salurkan 'isi kandungan' ajaran Islam sebagai resolusi kepada permasalahan umat manusia TANPA MEMBUAT MEREKA MENJADI SKEPTIK LAGI SINIS TERHADAP ISLAM?

Bagi pendapat saya (mungkin betul dan salah, tidak salahkan berpendapat?) kita, sebagai Muslim boleh sahaja sampaikan dakwah ini melalui cara yang berbeza tetapi ISINYA TETAP SAMA.

Bukankah sosialisme itu sendiri menginginkan keadilan kepada semua rakyat? Islam begitu juga.

Yang membezakan Islam, dan ideologi manusia lain ialah Islam ialah idelogi Tauhidik-Profetik (kesatuan-kerasulan) manakala ideologi lain hanyalah akal manusia yang terhad.

Secara jujur, umat Islam sangat sinis lagi sempit dalam menafsirkan sebarang perkara yang datang dari Barat. Tidak semuanya keji belaka malah perlu disaring agar sesuai kepada umat.

Bak kata Syaikh Imran Hosein kepada saya:

"We need to desecularize the knowledge"

Sosialisme yang dirujuk oleh saya ialah sebagai salah satu subset kepada Islam. Oleh itu labelling yang digunapakai ialah 'Sosialis Kanan' dimana kanan itu merujuk kepada Islam sebagai dasar utama bukan seperti biasa dimana sosialisme dianggap sebagai pihak Kiri yang sama tidak bertuhan dengan Kapitalis yang di pihak Kanan.

Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Tiada ulasan: