Khamis, 10 Januari 2008

Pengembaraan Ilmu di ISTAC



Bukan mudah untuk tiba ke sebuah 'mahligai ilmu' yang dibina oleh salah seorang intelektual Muslim abad ke-20 yang sangat terkenal ( di Malaysia ramai tak kenal, itu yang pelik) dengan karyanya Islam and Secularism iaitu Profesor Syed M.Naquib Al-Attas. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang banyak mempengaruhi pemikiran saya dalam melihat hakikat kehidupan sebagai Muslim melalui karya-karya beliau seperti Risalah untuk Kaum Muslimin dan Prologomena of Metaphysics.

The International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) adalah sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana kepada Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia. Status institusi ini boleh dikatakan 'elit' kerana reputasinya sangat tersohor di kalangan ilmuan Islam moden dan juga kerana sumbangan ilmuan ISTAC yang datang dari pelbagai pelosok dunia. Rata-rata ilmuan ISTAC memang sebati dengan dunia falsafah Islam yang jarang sekali kita temui pada ulama' tradisional. Bagi saya, ISTAC ini sangat sinonim dengan Prof Naquib kerana beliaulah arkitek kepada institusi ini yang membawa gagasan perjuangan Islam melalui cabang pendidikan Islami yang tulen ataupun dalam Bahasa Inggerisnya " Islamization of Knowledge a.k.a Desecularization of Knowleged"


Persidangan yang hebat lagi berat

Persidangan yang diberi tajuk "Islamic Science in Contemporary Education" merupakan siri pertama buat persidangan antarabangsa ISTAC yang bertemakan Islamic science in contemporary world. Sememangnya, tema dan isi buat persidangan ini sangat berat untuk orang awam sertai kerana asas kepada perbincangan yang dilakukan banyak berlapik kepada ilmu falsafah, dan sejarah Islam. Ditambah pula dengan medium komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Patutlah penulis setiap kali pulang selepas persidangan berasa letih. Bukan sebab aktiviti fizikal tetapi barangkali kerana bertungkus lumus untuk memahami maksud tersirat dan analisa yang dibentangkan oleh para ilmuan sepanjang persidangan tersebut.

Alhamdulillah, hadirin yang bertandang juga tidak kurang hebatnya. Profesor, penggubal dasar ( policy maker ), NGO dan juga sekelumit siswa-siswi UIAM merupakan antara golongan hadirin yang hadir. Peluang sebegini saya gunakan untuk bertukar-tukar idea dan pandangan serta networking untuk persiapan selepas meninggalkan kampus ( kerana saya tidak ingin menjadi seorang jurutera maka kenalah cari connection agar mudah untuk menyusun peta kerjaya kelak).

Ada banyak perkara ilmiah yang ingin saya berkongsi tetapi memandangkan setiap satunya sangat berat dari segi analisa dan penggunaan Bahasa Inggeris yang kompleks maka mungkin pada entri yang lain akan saya kupaskan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun ada beberapa topik perbincangan yang sangat menarik perhatian saya sepanjang 2 hari tersebut:

1. Some striking similarities between the Tawhidic approach of Islam and Sir Isaac Newton's methodology as stipulated in the General Scholium to the Principia Mathematica disampaikan oleh Prof Dr/. Cemil Akdogan (ISTAC)

2. The Decline and fall of Islamic Scientific tradition oleh Prof Dr. Alparslan Acikgenc ( Al Fatih University, Turkey)

3. The life and contribution of Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qadiri: A Philosopher having a Scientific Mind oleh Dr Mujeeb Ahmad ( Pakistan)

4. Was it possible for the impossible to happen? The study of the Reason that hindered Islamic Civilization to achieve the scientific revolution oleh Dr Mohammed Ben Naser ( European Institute of Human Sciences)

5. Epistemological consideration of Malay islamic traditional discource towards promoting scientific outlook and knowledge: The case of Kitab Tayyibu'l Ihsan fi Tibbil-Ihsan of Shaikh Ahmad Al-Fatani oleh Dr Shaykh M. Uthman El-Muhammady (ISTAC)

6. The pure high Dhul Jalal: A rapprochement between the Newtonian/Modern World-View and Islamic Theology oleh Mr.Malik Bennet (ISTAC)


Antara kesemua kertas yang dibentangkan, keenam-enam tajuk ini merupakan pilihan saya. Lihat saja tajuk yang panjang berjela-jela tentu rasa susah bukan? Selamat datang ke dunia Islamic scholarship. Semuanya kompleks, kritis dan kreatif. Tidak ada instant knowledge seperti mana siswa-siswi kita perolehi di kelas.

Pada mulanya saya tidak berminat sangat dengan kesemua tajuk dan tema yang dibawa dalam persidangan ini tetapi setelah sepanjang cuti saya bergelumang dengan buku-buku falsafah, semangat inkuiri yang meluap-luap timbul. Alhamdulillah, persidangan ini banyak membantu saya membuka horizon pemikiran dengan lebih luas.

Sekarang, saya percaya dan sangat berbangga khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh ahli falsafah Islam seperti Ibnu Rushd, Ibnu Sina, dan Al-Ghazali. Ilmunya sangat indah lagi hebat jikalau hendak dibandingkan dengan falsafah Renaissance Barat yang seringkali dikaitkan dengan semangat falsafah sekularisme dekonstruktif.


Ketenangan melihat alam dan seni Islam

Jangan risau kerana entri kali ini tidak akan mengupas idea-idea yang pening lagi memeningkan tersebut tetapi ingin berkongsi suasana dan pemandangan di ISTAC sepanjang persidangan berlangsung. Indah sekali. Sememangnya, Prof Naquib Al-Attas adalah ilmuan yang serba boleh. Beliau yang melukis sena bina dan pelan perancangan pembinaan ISTAC. Bakat kreativiti beliau ini sememanganya terbukti dengan berdirinya pusat ilmu yang indah dari luar dan dalam.

Ketika saya mula melangkah masuk ke dewan besar ISTAC, saya sangkakan ia adalah sebuah gereja dengan reka bentuk tempat duduk sebegitu. Sangat klasikal. Setelah melihat dengan pandangan yang lebih luas, saya dapat gambarkan ia seperti seni bina Alhambra di Sepanyol. Tidak dapat dinafikan suasana 'keilmuan' itu timbul sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam dewan tersebut.



Di sini saya sertakan gambar-gambar menarik untuk tatapan para pembaca:



Sekitar courtyard di ISTAC. Cantik dan astetik seni bina bangunan di sana.




Pentas utama di dewan besar. Sedang bersidang pada waktu itu ialah Prof Dr Mohamad Daifallah Batayneh dan Dr Omar Zaid membincangkan tajuk "Science and State in its power and weakness"



Dr Shaykh M.Uthman El-Muhammady sebelum beliau memulakan sesi perbincangan berkenaan ulama besar tanah air kita, Shaikh Ahmad Al-Fatani dalam pemikiran beliau tentang sains dan teknologi. Saya ada bertanyakan soalan kepada Dr Uthman bahawa jikalau Shaikh Al-Fatani dapat berfikir tentang kemodenan seperti tokoh Pan Islami ( Rashid Rida, Al-Afghani, Muhammad Abduh) kenapakah ulama' tradisional kita tidak mendapat pengaruh idea yang serupa sehingga sekarang daripada Shaikah Al-Fatani?

Jikalau para pembaca lupa sila buka buku sejarah tingkatan 4 tentang Kaum Muda vs Kaum Tua. Ingat bahawa Shaikh Al-Fatani tergolong di dalam Kaum Tua tetapi dalam hal sains dan teknologi beliau bersama Kaum Muda. Masih tidak ada jawapan untuk itu. Kenapa ulama' tradisional mundur pemikirannya tentang sains.


Ketika perbincangan bersama para peserta di bilik mesyuarat.





Melangkah untuk ke pejabat pentadbiran ISTAC, ada dua karya seni yang sangat unik dan memukau mata saya. Saya diberitahu oleh pegawai tadbir ISTAC bahawa Prof Naquib merantau ke merata tempat dan beliau mengumpul hasil seni karyawan Islam sedunia dan gambar-gambar ini adalah di antara koleksi beliau.

Unik bukan gambar peperangan di atas? Anda cubalah buat interpretasi sendiri berkenaan dengan tema karya seni tersebut.


Sememangnya, pengalaman sepanjang dua hari di ISTAC sangat menarik. Insyaallah, saya ingin melanjutkan pembelajaran pasca sarjana saya di sana kelak secara part time setelah bekerja kelak. Rugi jikalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak menggunakan peluang yang ada ini untuk mencungkil rahsia ilmuan Islam di ISTAC kerana di peringkat antarabangsa, mereka sangat di hormati di kalangan ilmuan dunia.

3 ulasan:

saifulislamdotcom berkata...

Assalamualaikum...

Terima kasih sheikh atas laporan yang dikongsi. Berhajat benar ana ni nak join tetapi terpaksa ke Ipoh untuk komitmen di sana. Ada possibility tak untuk ana dapatkan satu copy paperworks yang dibentangkan? Insya Untuk kosnya, just let me know...Tak pun bila2 anta balik KL, kita jumpa... Anyway, thanks again and may all the discussions benefited us, ameen

Kaki Bangku berkata...

Benarkah istac dihormati dunia? Saya yang berada di US ini merasakan tidak. Umum beranggapan ISTAC terlalu konservatif. Karya-karya ISTAC (ie karya al-Attas) tidak mendapat sambutan perpustakaan-perpustakaan di Barat. Kata mereka, quasi-academic.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

thanks kepada penulis blog ini kerana memberi maklumat serba sedikit tentang syed naquib..

kepada kaki bangku, persoalan mengapa karya ISTEC xmendapat sambutan di perpustakaan barat mungkin kerana kayu ukur yang mengukur kualiti sesuatu bahan bacaan itu adalah tidak mengikut acuan barat, itulah sebabnya karya ISTEC xmendapat sambutan perpustakaan2 di sana...