Selasa, 22 Januari 2008

Kehodohan sains dan teknologi.

Semalam merupakan hari pertama semester Januari 2008 bermula. Kelas pertama yang telah dihadiri saya ialah Engineering Economy (Ekonomi Kejuruteraan). Secara ringkas, mata pelajaran ini berkisar mengenai wang dan kejuruteraan. Matlamat terakhir yang perlu dicapai ialah meng'optimum'kan keuntungan.


Dengan senang hati, pensyarah kami menceritakan pengalaman beliau disamping membelek-belek persembahan slaid di layar putih.


Beliau menerangkan betapa subjek Engineering Economy ini penting kerana falsfah kepada profesion kejuruteraan kimia ialah bisnes. Jikalau tidak ada keuntungan, buat apa nak bukang kilang betul tak?


Setibanya pada satu ayat yang berkenaan 'interest', saya bertanya kepada pensyarah:

" Does it means riba' sir?"


Beliau seolah-olah mahu melarikan diri daripada memberi penjelasan tersebut kepada saya. Sebagai pelajar, tentu sekali saya tidak berpuas hati dengan penerangan yang bersifat escapism.



Saya membuat andaian bahawa perkataan itu sebenarnya riba' oleh kerana mungkin dalam jurusan kejuruteraan elemen agama merupakan satu perkara yang sensitif maka tidak relevan untuk dikupas panjang.


Kelas diteruskan pula dengan pembentangan berkenaan outcome yang patut diberi perhatian dalam subjek ini.


Saya hairan lalu bertanya:

" How about environmental elements sir? Don't we consider that in this class?"


Sekali lagi, beliau tidak menjawab dengan penuh yakin malah mengatakan jikalau kita mengambil kira faktor alam sekitar, kos yang akan dipikul oleh syarikat akan melambung tinggi.
Beliau juga menjelaskan bahawa untuk merawat bahan buangan hasil daripada proses kimia dalam kilang yang dibina tidak begitu penting dari kaca mata pengurusan negara-negara membangun berbanding negara maju seperti di Eropah dan Amerika.


Salah satu contoh yang diberikan oleh beliau ialah berkenaan dengan loji nuklear di Indonesia. Terdapat rungutan yang dibuat oleh penduduk disekitar loji tersebut bahawa kesan radiasi daripada loji tersebut.


Antara jawapan autoriti berkenaan masalah ini ialah:

" Either you want the people to get job as we need to propel the economy or we let the villagers live healthily. But I think, the best choice would be the job being created"


Saya cukup tidak suka jawapan sebegini. Adakah harga nyawa masyarakat di kawasan tersebut amat murah sekali? Kenapa tidak ada cara lainkah untuk menjana tenaga berbanding loji nuklear yang telah dihantui pelbagai kemalangan dalam sejarah manusia seperti di Three Mile Island dan Chernobyl? Ini semua mungkin berlaku akibat ketamakkan penguasa yang disogok jutaan wang ringgit oleh syarikat-syarikat besar yang menjalankan projek pembinaan tenaga nuklear. Atau mungkin juga berkaitan dengan politik, sepertimana Presiden Sarkozy sedang lakukan sekarang dengan melobi negara Arab untuk menerima tawaran bantuan projek janakuasa nuklear di Timur Tengah.


Adakah jurutera, teknokrat dan CEO ini tidak memikirkan masa depan dan kesan kepada anak-anak mereka?


Itulah hakikat yang sebenar. Apabila mata sudah dikaburi dengan duit yang bertitik tolak daripada pandangan materialistik, maka nilai makhluk lain yang dicipta Tuhan menjadi sangat murah.


Yang penting buat mereka, profit, more profit and more profit. Breaking previous records and increment of salary.


Inilah yang menjadi dilema buat saya selaku pelajar kejuruteraan. Seolah-olah apa yang saya belajar tidak sama dengan apa yang Islam harapkan dalam konsep khalifah di muka bumi ini.


Seperti ilmu yang ada ini, tidak langsunge mengenali Tuhan. Sekularisme dalam pendidikan lebih dahsyat daripada politik kerana kitaran hidup manusia yang lahir dan dididik itu lebih bahaya dari seorang diktator yang korup.


Malangnya, tidak ramai yang begitu komited dalam perjuangan membetulkan sistem pendidikan umat Islam. Kalau ada yang Islamik pun, masih berkiblatkan epistemologi ilmu dari Barat dalam sains dan teknologi. Saya kira, ulama' moden seperti Fazlur Rahman, Seyyed Hosein Nasr, Fritjof Schuon dan Syed Naquib Al-Attas sudah berbuih menekankan perlunya kita lakukan Islamization of Knowledge ataupun Desecularization of Knowledge bagi mengangkat semula tamadun Islam di tempat yang sebetulnya.


Tradisi saintifik Islam tidak akan bangkit dengan mengimport buku-buku Barat untuk digunakan dalam pembinaan tamadun Islam hatta Negara Islam sekali pun kerana epistemologi ilmu itu bertentangan dengan epistemologi Ilmu Islam.



Maka, tak ada yang nak dibanggakan dengan Muslim yang mencorak tamadun kita pada zaman moden ini kerana acuan yang dibawa mereka itu tidak bertepatan dengan fitrah Islam yang tauhidik sifatnya.




Bila kata tauhidik, ia bermakan integrated with every elements. Tuhan mesti 'wujud' dalam proses pembinaan kilang pemprosesan sabun, Tuhan mesti 'wujud' dalam makmal astrofizik, dan Tuhan mesti 'wujud' dalam mesyuarat pembentangan bajet syarikat.


Ini tidak yang sebaliknya berlaku. Inilah masalah sebenar yang lebih besar daripada politik menegakkan negara Islam. Semata-mata dengan kuasa kita tidak akan dapat mengubah nasib umat ini. Perlu ada keselarian top-down approach (politik) dan bottom-up approach (gerak kerja@dakwah dari akar umbi) barulah umat ini merasai revolusi minda dan fizikal.

Kalau nak diikutkan, Prof Syed Naquib pernah melontarkan kerisauan beliau dalam trend menempatkan pelajar-pelajar bijak ke dalam jurusan sains dan teknologi dalam jumlah yang begitu banyak manakala pelajar-pelajar yang 'kurang cemerlang' dilonggokkan di dalam aliran sastera di peringkat sekolah.

Kesannya dapat dilihat dengan jelas pada hari ini dimana ketidak seimbangan dalam dua aliran ini,iaitu sains (sains fizikal) dan sastera (sains sosial) telah menimbulkan polemik dalam masyarakat. Segala bentuk pembangunan yang dibina tidak mengambil kira faktor 'kemanusiaan' dan 'ketuhanan' kerana profesional yang ada pada hari ini gagal memahami falsafah kemajuan dan pembangunan menurut Islam malah meniru bulat-bulat model Revolusi Industri dari Barat.


Itulah yang berlaku semalam. Ketidak puashatian dalam mempelajari perkara yang kontra dengan prinsip saya selaku Muslim yang 'syumul' dengan fahaman enviromentalisme,konsumerisme, dan third worldlisme.


Next step: Post-graduate in Economics, UIAM. Jihad saya dalam membanteras idea ekonomi Neo-Liberalisme. Insyaallah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Another good topic to be read...Saya berharap anda terus meneruskan usaha anda..Good job!!!

keujanandaripagi berkata...

Assalamualaikum,
saya mahasiswa Indonesia jurusan law yang sedang study di Perancis,
saya tadinya mencari artikel mengenai teknologi bio-politiknya michel Foucault dan menemukan Artikel Akhi..
Saya ingen menyampaikan beberapa kesamaan pandangan,
pertama, saya seringkali risau dengan dominansi filosophi barat yang mendominasi banyak sistem yang berjalan di dunia abad belakangan ini, yang secara tak sadar seringkali menjauhkan kita dari syariat dan Tauhid..
saya juga risau dengan fenomena difokuskannya mereka yang cemerlang ke sains alam.. sementara sains sosial dan kesusasteraan nampak dianaktirikan..
saya belum bisa memberikan argumen empiris, tapi menurut saya ketidakseimbangan ini sangat berpengaruh ke kesadaran masyarakat mengenai kesalahan sistem yang banyak berlaku pada akhirnya.. :)
salam kenal.. :),

Rausyanfikir berkata...

Wassalam.
Salam kenal ya akhi!

Betul2. itulah masalah nya sekarang. Tiada integrasi antara lapangan ilmu. Saya suka kaitkan dengan konsep "subjugated knowledge" Foucault.

HR berkata...

Alhamdulillah.. setakat ni syarikat tempat sy bekerja masih lagi sedar tentang kepentingan manusia dan alam sekitar...
tapi mmg bersetuju dgn konsep' islamisasi ilmu' atau 'desekularisasi ilmu'. mmg perlu ada sifat keTuhanan dan kemanusiaan dalam ilmu yang kita belajar..

apa guna duit banyak tapi masyarakat rosak.. apa guna pembangunan kalau di dalamnya penuh dengan kebejatan dan jenayah..