Rabu, 23 Januari 2008

Disini nasib umat manusia ditentukan...


Davos menjadi saksi kepada perancangan golongan elit sekali lagi pada tahun 2008 ini. World Economic Forum merupakan antara wadah buat pemimpin negara, golongan kapitalis dan ahli ekonomi neo liberal bertemu bagi melukis hala tuju umat manusia buat tahun 2008 ini.


Disinilah dasar negara, polisi industri dan spekulasi dihidupkan antara golongan elit tersebut. Harapan mereka adalah untuk 'menjadikan dunia ini lebih baik daripada masa terdahulu'.


Ganjil bukan? Siapakah yang mengiktiraf mereka sebagai 'penentu' kepada nasib umat manusia yang lain?


Realitinya adalah begitu. Bijak pandai yang kebanyakkannya lulusan universiti di negara-negara Barat di'ikitiraf' sebagai orang yang paling 'layak' menentukan masa depan petani, dan orang miskin atas dasar 'ilmu' mereka tinggi nilainya berbanding 'ilmu' orang-orang kampung.


Terdapat banyak lagi organisasi yang berperanan sebagai 'penentu' kepada umat manusia antaranya adalah seperti Trilateral Comission, Bindelberg group, WTO, World Bank, dan IMF.


Sekarang, adakah umat Islam benar-benar mengenali mereka ini sebagai 'musuh' yang lebih besar daripada seteru politik mereka?

Tiada ulasan: