Rabu, 23 Januari 2008

Apabila menjadi seorang yang 'ganjil' dalam perjuangan


Saya dan Ustaz Hasrizal, penulis Saifulislam.com


"Sekolah dan universiti sepatutnya ditutup selama setahun bagi merombak silibus dan falsafah pendidikan. Epistemologi ilmu yang kita pelajari ini berpunca dari cabang pemikiran sekularisme"


"Sebenarnya, kita sedang menghadapi 'pencemaran cahaya'. Cuba lihat pada waktu malam terdapat banyak lampu jalan dan lampu neon. Bagaiamanakah reaksi makhluk Allah yang lain apabila melihat lampu sebegini? Bukankah ini akan membawa kepada kekeliruan sama ada ini waktu siang ataupu malam?"


"Pernah tak kita terfikir perasaan si ayam yang duduk dalam sangkar yang sempit? Diberi makanan sampai besar kemudian disembelih. Tidak pernah merasai kebebasan yang selayaknya seperti mana haiwan yang lain.Walaupun mereka sekadar menjadi bahan makanan kepada manusia tetapi si ayam juga mempunyai perasaan bukan? Jadi, mengapa kita tidak membela makhluk Allah ini?"


Itulah antara beberapa idea 'radikal' yang saya terpaksa hadam setelah membaca buku-buku dan bergaul dengan orang-orang yang berjuang di lapangan masyarakat

Sebagai siswa bidang kejuruteraan kimia, dengan membaca bahan bacaan sains sosial seperti karya Karl Marx, Sigmund Freud, Syed Naquib Al-Attas, Ali Shariati, Drucker dan entah banyak lagi penulis-penulis yang lain, pandangan hidup saya tidak 'normal' seperti orang biasa. Sebagai seorang aktivis Muslim, saya juga sudah keluar dari comfort zone bahan bacaan tarbiyah tradisional dalam usrah seperti karya Fathi Yakan, dan Mustafa Masyur kepada karya yang jarang dibaca seperti Seyyed Hosein Nasr, dan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud.


Idea-idea yang timbul melalui pembacaan sebegitu telah mengubah begitu banyak persepi dan pandangan alam sebagai seorang aktivis Muslim.


Saya sedang 'menderita' kerana menghadapi pelbagai persoalan-persoalan dan prinsip yang bertentangan dengan idealisme yang saya perolehi sepanjang percampuran dengan buku-buku 'ganjil' terutamanya ketika setiap kali saya memasuki kelas ilmu kejuruteraan di universiti.


Rasa seperti dalam penjara. Di'seksa' dan di'paksa' untuk mempelajari perkara yang saya sendiri tidak percaya malah kadang kala apa yang cuba disampaikan itu merupakan perkara yang saya sendiri sedang menentangnya sebagai seoang aktivis sosial!


Sama juga ketika ber'usrah' atau mendengar ceramah daripada pejuang-pejuang politik Islam tanah air, saya rasa seperti tidak dapat memasuki ruang yang tersedia tersebut. Saya menjadi sangat kritikal dengan segala macam lontaran idea yang saya perolehi daripada mereka. Ada yang saya setuju ada yang tidak.


Kadang kala ceramah mereka ini lebih emotif daripada substantif. Maka, sebagai orang yang suka menganalisa dan membaca buku, tidak kira ilmu Barat ataupun Islamik, apakah yang nak diharapkan daripada penceramah emotif sebegitu?


Ini menjadikan saya 'kesepian' kerana masyarakat yang sedang saya bersama pada masa ini tidak berfikiran sama seperti saya malah ada yang 'mencemuh' saya kerana perbezaan yang ada.


Ketika mana membaca entri terbaru Ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Sains Sosial untuk memenangkan Islam?', seolah-olah apa yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal adalah berkenaan dengan diri saya. Bayangkan lingkaran persahabatan saya adalah rata-ratanya pelajar kejuruteraan, maka adalah tersangat sukar buat saya untuk membawa idea-idea baru yang datang dari bahan bacaan sains sosial yang saya miliki untuk membantu perjuangan Islam di kampus hatta di luar sekali pun.



Kalau dahulu saya bangga menjadi pelajar terbaik sewaktu di sekolah rendah dan menengah, sekarang saya tidak lagi mengukur tahap intelektual saya menggunakan 'skala manusia mesin' yang bobrok dengan A dan pointer.


Inilah 'bahana' menjadi seorang ulat buku dan kritis dalam menilai kehidupan. Jikalau anda harapkan kitaran hidup seperti 'bangun pagi, kerja, balik kerja, melayani isteri, bangun pada esok hari, pergi kerja' dan mengulangi kesemua itu in day to day basis saya nasihatkan janganlah cuba mendekati bahan-bahan bacaan tersebut. Kerana ia akan mengubah hidup anda...


There's no turning back.


Untuk membaca artikel tersebut silalah klik disini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
memang bgs usaha saudara,
tp u must remember dat study engineerin is also one knowledge..
with that knowledge u can manipulate other n show to other dat muslim is not idiot as they (western n jewish) thought we are..
hopefully u can really gv full participation on wat u learn now...
n 4 all sacrifaction dat u do, ALLAH will gv another real reward 4 it ethough other dont care abt it.