07 FEBRUARI 2008 (KHAMIS)
2) Dadah
3) Arak
4) Remaja Liar & Budaya Baru
5) Seks Bebas
6) Pelacuran
7) Mat Rempit
8) Mat Nyah
Kasihku…
Kupersembahkan jiwaku untukmu…
Saat ini, ketika aku diuji berpisah dari anak-anakku tersayang dan penguat hatiku, aku kemudian teringat padamu dan keindahan wajahmu yang terlukis di dalam cermin hatiku.
Kasihku…
Aku berharap semoga Allah senantiasa menjagamu dan memberikan kesihatan dan kebahagiaan dalam lindungan-Nya. Sementara untukku, segala kesulitan yang ada telah berlalu. Alhamdulillah apa yang terjadi sampai saat ini adalah kebaikan dan sekarang aku tengah berada di kota Beirut yang asri.[1]
Sejujurnya, ketiadaanmu di sisiku membuat perjalanan ini menjadi sepi. Dengan hanya melihat kota dan laut yang ada merupakan pemandangan yang sedap dipandang mata. Aku tak dapat menghitung betapa besar keharuanku ketika mengingat kekasihku tidak di sisiku menemaniku menatap pemandangan indah yang meresap di kalbu.
Malam ini adalah malam kedua aku menanti kapal yang akan membawa kami. Sesuai dengan ketentuan yang ada, keesokan hari akan ada kapal yang bertolak dari sini ke Jeddah. Sayangnya, karena kami agak terlambat sampai di sini, harus menanti kapal yang lain. Untuk saat ini apa yang harus dilakukan belum jelas. Aku berharap semoga Allah dengan belas kasih-Nya kepada datuk dan moyangku yang suci, sebagaimana Ia menjayakan perjalanan seluruh hamba-Nya untuk melaksanakan haji, memberikan kesempatan yang sama pula kepada kami.
Dari sisi ini aku agak sedikit sedih dan gelisah, namun Alhamdulillah keadaanku sihat bahkan semakin baik dan lebih meyakinkan. Sebuah perjalanan yang indah, sayangnya dan sekali lagi sayangnya, engkau tidak bersamaku di sisiku. Hatiku merindukan puteramu (Sayyid Mustafa). Aku sangat berharap bahawa mereka berdua[2] senantiasa selamat dan bahagia di bawah lindungan dan bimbingan Allah swt.
Bila engkau menulis surat kepada ayahmu dan ibu serta nenekmu sampaikan salamku juga kepada mereka. Aku telah menyiapkan diriku menjadi pengganti ziarah kalian semua. Sampaikan juga salamku kepada adikmu Khanum Shams Afagh. Dan lewat adikmu sampaikan salamku kepada Agha Alavi. Sampaikan salamku kepada Khavar Sultan dan Rubabeh Sultan. Katakanlah kepada mereka tentang lembaran lain dari surat ini untuk disampaikan kepada Agha Syaikh Abdul Husein.
Semoga hari-hari kalian dilalui dengan panjang umur dan kemuliaan.
Duhai kasihku…
Belahan jiwaku…
Ruhullah saat ini bak gambar kosong yang sedang menanti keberangkatan yang tak kunjung datang.[3]
Nota: Surat ini ditulis pada bulan Farvardin tahun 1312 H.S. (menurut kalender Parsi, sekitar 73 tahun yang lalu) sambil Ayatullah Khomeini menanti kelahiran putera keduanya.
[1] Keberadaan beliau di sana untuk menanti kapal yang akan membawa beliau dan rombongan ke Arab Saudi bagi melakukan ibadah haji.
[2] Kata berdua maksudnya kepada Sayyid Mustafa dan anak laki beliau yang lain yang sampai saat surat ini ditulis belum lahir ke dunia. Beberapa hari setelah Imam Khomeini menulis surat ini, anak kedua beliau lahir dan diberi nama Ali. Anak kedua Imam ini diserang penyakit semasa kecilnya lalu meninggal dunia.
[3] Menjelaskan akan ketiadaan kapal yang akan membawa beliau dan rombongan ke Jeddah.
"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.
Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.
I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"
"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.
Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Industri rokok menjadikan masyarakat kita terjerumus ke kancah kebinasaan mengikut keterangan penagih tegar yang menyatakan bahawa permulaan ketagihan dadah adalah berpunca daripada rokok.
Tahap peringkat sekolah menengah adalah pertama bagi banyak perokok di negara kita terutama yang berumur 15 tahun. Ada juga yang masih kecil berumur tiga tahun menghisap rokok seperti dinyatakan oleh Aziz Man daripada pertubuhan NGO Prihatin Malaysia (Prihatin) pada November 2007.
Persoalan yang timbul adakah kita rakyat Malaysia yang berpegang kepada cogan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk melahirkan generasi perokok yang memimpin negara Malaysia pada masa depan?
Punca lahirnya masalah rokok ini tidak lain adalah pengaruh rakan sebaya. Tidak dapat disangkal juga industri ini memperdagangkan rokok kepada wanita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa rokok mampu melangsingkan badan, manakala bagi lelaki industri ini mengeluarkan propaganda dalam iklan bahawa merokok di kalangan lelaki menampakkan lelaki itu gagah, ada gaya serta menawan apabila dipandang wanita.
Pada peringkat mahasiswa juga tidak kurang hebatnya sehinggakan mahasiswa berani merokok di fakulti, sedangkan ia tempat yang tidak dibenarkan merokok. Ada juga yang beralasan bahawa merokok mampu menambah idea serta mengurangkan tekanan.
Alasan ini tidak munasabah sama sekali kerana bagi mengurangkan tekanan seperti dikatakan oleh Datuk Dr Fadilah Kamsah di Universiti Malaya baru-baru ini, adalah dengan mendekatkan diri kepada Ilahi dan selalu bertafakur.
Di Malaysia, wujud peningkatan kes berkaitan dengan merokok seperti kanser dan gangguan kardiovaskular sejak 25 tahun lalu seperti termaktub dalam buku Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi juga menyatakan merokok adalah penyumbang kepada kes mandul di Malaysia. Merokok dianggap sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dan dibendung.
Kajian saintifik juga menunjukkan asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan beracun seperti arsenik, benzopirena, metoprena, aseton, plumbum, ammonia dan sebagainya.
Walaupun perkara ini diketahui oleh masyarakat umum terutama mahasiswa, tetapi mereka tidak menghiraukannya. Tidak dapat disangkal lagi merokok membentuk keruntuhan moral yang berleluasa di Malaysia dan ada juga yang sanggup mencuri semata-mata sebatang rokok terutama di kalangan penagih.
Dianggarkan setiap sehari, mahasiswa yang merokok membelanjakan RM2 untuk membeli lima batang rokok. Jika 1000 mahasiswa merokok di sesebuah IPT, bermakna setahun sudah membelanjakan RM730,000.
Ini bermakna dapat dikumpul dalam tiga tahun tempoh belajar RM2,190,000 yang mana mampu untuk membina sebuah bangunan konvokesyen.
Banyak dana dikeluarkan oleh kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan masyarakat supaya berhenti merokok seperti kempen 'tak nak' yang jutaan ringgit dilaburkan tetapi tidak juga berkesan.
Pada peringkat sekolah, diajar pendidikan jasmani yang menitikberatkan bahawa rokok membahayakan kesihatan. Ia juga tidak berkesan sehinggakan kerajaan melabelkan di setiap kotak rokok 'Amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan' tetapi tidak diendahkan oleh masyarakat.
Adalah wajar bagi kerajaan mengawal industri rokok di Malaysia kerana kos menampung perubatan bagi kes kanser disebabkan rokok meningkat daripada keuntungan negara terhadap industri ini.
Dicadangkan juga agar setiap kotak rokok yang dijual diletakkan gambar jantung atau paru-paru yang rosak serta gambar pesakit kronik kerana merokok seperti yang dilakukan di Thailand, kerana ia sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit rasa insaf masyarakat.
Selaku mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat perlulah menunjukkan contoh baik kepada masyarakat seperti tidak merokok dan mestilah menunjukkan perilaku mulia. Masyarakat juga memainkan peranan penting agar melahirkan generasi yang tidak merokok supaya kesihatan tubuh badan terjaga dan tiada pembaziran.
ZULZAIDI MAHMOD,
Presiden Jaringan Nasional Belia
Mapan, Kuala Lumpur.
"Sekolah dan universiti sepatutnya ditutup selama setahun bagi merombak silibus dan falsafah pendidikan. Epistemologi ilmu yang kita pelajari ini berpunca dari cabang pemikiran sekularisme"
"Sebenarnya, kita sedang menghadapi 'pencemaran cahaya'. Cuba lihat pada waktu malam terdapat banyak lampu jalan dan lampu neon. Bagaiamanakah reaksi makhluk Allah yang lain apabila melihat lampu sebegini? Bukankah ini akan membawa kepada kekeliruan sama ada ini waktu siang ataupu malam?"
"Pernah tak kita terfikir perasaan si ayam yang duduk dalam sangkar yang sempit? Diberi makanan sampai besar kemudian disembelih. Tidak pernah merasai kebebasan yang selayaknya seperti mana haiwan yang lain.Walaupun mereka sekadar menjadi bahan makanan kepada manusia tetapi si ayam juga mempunyai perasaan bukan? Jadi, mengapa kita tidak membela makhluk Allah ini?"
" Does it means riba' sir?"
" How about environmental elements sir? Don't we consider that in this class?"
" Either you want the people to get job as we need to propel the economy or we let the villagers live healthily. But I think, the best choice would be the job being created"
Alangkah indahnya perjuangan menegakkan keadilan ini dimiliki semua golongan yang tertindas. Alangkah indahnya gerakan jikalau gerakan Islam dapat ‘berdakwah’ kepada jutaan golongan Marxist dan Sosialis bahawasanya Islam berkongsi roh perjuangan yang sama dengan mereka. Alangkah lebih indah apabila perkahwinan antara ‘dakwah dan perjuangan menegakkan keadilan’ ini berakhir dengan perakuan bahawa Islam itu Ad-deen oleh jutaan golongan Marxis dan Sosialis ini…
Tetapi mengapa tidak begitu? Mengapa gerakan Islam tidak
Itulah kekurangan yang ada, dimana kekurangan ini jikalau diketemukan titik perjuangan yang sama bakal mengubah dunia ini daripada dinodai golongan kapitalis yang ditunjangi agenda Zionisme Internasional.
Gerakan Islam di dunia, terutamanya di
Berapa ramai daripada golongan pejuang Islam ini yang mengenali dan mengiktiraf perjuangan Malcolm X, Che Guevara, Baghat Singh, Frantz Fanon, dan revolusinier yang seangkatan dengan mereka?
Walhal, golongan kapitalis begitu rakus menindas tidak kira siapa dan apa yang mampu mencabar kekuasaan mereka semenjak 200 tahun dahulu lagi.
Disinilah saya berpendapat bahawa perana pejuang Islam dan pejuang keadialan yang pelbagai terutamanya pejuang-pejuang sosialis harus berpadu tenaga untuk membela golongan yang tertindas tidak kira siapa pun asalkan namanya manusia, maka tanggungjawab itu terletak di pundak kita bersama.
Sama-sama kita mendekati saudara seperjuangan yang terdekat dengan kita pada mutakhir ini: Sosialisme.
Artikel dibawah dipetik dari laman http://www.pk-sejahtera.us/kastra/?page_id=7 dengan olahan semula dalam Bahasa Melayu Malaysia untuk para pembaca budiman sekalian.
MENGENAL LEBIH DEKAT SOSIALISME
“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan” (QS Ali Imran 83)
“Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (QS Ali Imran 85)
I. Pengertian Sosialisme
Menurut Merriam-Webster’s Collegiate Dictionary, sosialisme mempunyai erti-erti sebagai berikut:
1. semua teori-teori ekonomi dan politik yang membela kepemilikan (ownership) kolektif atau kepemilikan pemerintah, dan pengaturan dari alat-alat produksi dan pengagihan barang.
2. a. sebuah sistem masyarakat atau kehidupan berkelompok yang di dalamnya tidak ada kepemilikan (property) peribadi.
b. sebuah sistem atau keadaan masyarakat yang di dalamnya alat-alat produksi dikuasai dan dikawal oleh negara.
3. sebuah fasa masyarakat yang di dalam teori transisi Marxist berada di antara kapitalisme dan komunisme, dan yang dicirikan oleh distribusi barang yang tidak merata dan pengupahan berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan.
Sedangkan Columbia Electronic Encyclopedia menyebutkan bahwa sosialisme adalah sebuah istilah umum untuk teori politik dan ekonomi yang membela sebuah sistem kepemilikan bersama atau pemerintah, dan pengurusan alat-alat produksi dan pengagihan barang.
Karena sifat kolektif ini, sosialisme biasanya dipertentangkan dengan doktrin kesucian (sanctity) kepemilikan peribadi yang merupakan ciri utama dari kapitalisme. Kalau kapitalisme sangat menekankan persaingan dan keuntungan, maka sosialisme menganjurkan kerja sama dan pelayanan sosial.
Dalam pengertian yang lebih luas, sosialisme sering digunakan untuk menggambarkan secara lepas teori-teori ekonomi dari mulai teori yang mengatakan bahwa hanya hal-hal yang bersangkut kepentingan umum dan sumber daya alam yang harus dikuasai negara, sampai dengan teori yang menyebutkan bahwa negara harus bertanggungjawab kepada semua permasalahan ekonomi.
Gustav LeBon dalam bukunya The Psychology of Socialism (1899) menyebutkan bahawa sebuah evolusi (perubahan) yang terjadi dalam suatu masyarakat haruslah ditinjau dari 3 sisi:
faktor politik, faktor ekonomi dan faktor psikologi.
Karena itu, dalam melihat sosialisme, LeBon berpendapat bahwa kita harus melihatnya sebagai konsep politik, konsep ekonomi, konsep falsafah dan sebagai sebuah kepercayaan/keyakinan (belief).
Bahkan dalam bagian ke-2 dari bukunya ini, LeBon menulis tentang sosialisme sebagai sebuah kepercayaan yang salah satu babnya berjudul Evolusi Sosialisme Menuju Sebuah Bentuk Keagamaan (religious form).
Jelaslah bagi kita bahwa sosialisme bukanlah semata hanya sebuah teori ekonomi semata. Ia adalah sebuah jalan hidup yang meliputi berbagai aspek, dengan aspek politik dan ekonomi sebagai ujung tombaknya. Ia adalah sesuatu yang diyakini penganutnya sebagai sesuatu yang harus diperjuangkan, bahkan dengan revolusi (marxisme), untuk membawa suatu perubahan dalam masyarakat. Tidaklah berlebihan kalau kita mengkategorikannya sebagai sebuah –dalam istilah Islam-dien.
II. Sejarah awal Sosialisme
Sosialisme muncul di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 sebagai reaksi dari perubahan ekonomi dan sosial yang diakibatkan oleh revolusi industri. Revolusi industri ini memang memberikan kelebihan buat para pemilik fabrik pada saat itu, tetapi dilain pihak para pekerja justeru malah semakin miskin. Semakin menyebar idea sistem industri kapitalis ini, maka reaksi dalam bentuk pemikiran-pemikiran sosialis pun semakin meningkat.
Meskipun banyak pemikir sebelumnya yang juga menyampaikan idea-idea yang serupa dengan sosialisme, pemikir pertama yang mungkin dapat dijuluki sosialis adalah François Noël Babeuf yang pemikiran-pemikirannya muncul selama revolusi Prancis. Dia sangat memperjuangkan doktrin pertarungan kelas antara kaum modal dan buruh yang di kemudian hari diperjuangkan dengan lebih keras oleh Karl Marx.
Setelah kaum utopian ini, kemudian muncul para pemikir yang idea-ideanya lebih ke arah politik, misalnya Louis Blanc. Blanc sendiri kemudian menjadi anggota pemerintahan provisional Prancis di tahun 1848. Sebaliknya juga muncul para anarkis seperti Pierre Joseph Proudhon dan radikalis (insurrectionist) Auhuste Blanqui yang juga sangat berpengaruh di antara kaum sosialis di awal dan pertengahan abad ke-19.
Pada tahun 1840-an, istilah komunisme mulai muncul untuk menyebut sayap kiri yang militan dari faham sosialisme. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada tulisan Etiene Cabet dengan teori-teorinya tentang kepemilikan umum. Istilah ini kemudian digunakan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels untuk menggambarkan pergerakan yang membela perjuangan kelas dan mengaruskan revolusi untuk menciptakan sebuah masyarakat kerjasama (society of cooperation).
Karl Marx (dalam bahasa Inggeris, Karl ialah Charlie) adalah anak dari pasangan Hirschel and Henrietta Marx. Ia lahir di
III. Jenis-jenis Sosialisme: Revolusionis dan Evolusionis (Gradualis)
Secara umum, sosialisme terbagi 2:
Di satu sisi adalah mereka yang berpendapat tentang pentingnya perjuangan kelas dan keharusan melakukan revolusi (revolusionis), dan di sisi lain adalah mereka yang berfaham bahwa cita-cita sosialisme ini hendaklah diwujudkan melalui cara-cara yang lebih berperingkat dan tanpa kekerasan.
Revolusionis diwakili oleh Marxism. Di dalam karya-karyanya, Marx menyerang kaum sosialis sebagai para pemimpi utopia teoritis yang mengabaikan pentingnya perjuangan revolusi untuk mendirikan doktrin-doktrinnya. Pada tahun 1848, Marx dan Engels menulis Communist Manifesto yang di dalamnya mereka menuliskan prinsip-prinsip yang disebut Marx sebagai scientific socialism. Di sini Marx mengajukan kemestian adanya konflik revolusioner antara modal dan buruh.
Sejalan dengan Marxisme, beberapa jenis sosialisme lainnya yang lebih memili jalan perjuangan berperingkat juga muncul, misalnya sosialisme kristian dengan tokohnya Frederick Denison Maurice dan Carles Kingsley.
Juga muncul sosialisme yang perjuangannya diwadahi dalam bentuk parti. Di tahun 1870-an sudah bermunculan parti-parti sosialis di banyak negara Eropah.
Di akhir abad 19, kaum revolusionis berada di atas angin kerana keadaan buruh semakin baik dan tidak terlihatnya tanda-tanda bahawa kapitalisme akan mati. Puncaknya mungkin adalah di Rusia ketika Parti Sosial Demokratis Buruh Rusia berpecah dalam Bolshevisme (revolusionis) dan Menshevisme (gradualis/peningkatan).
IV. Sosialisme dan Islam
Islam sejalan dengan komunisme?
Salah satu isu yang dilontarkan kaum sosialis di negara-negara majoriti muslim adalah bahawa Islam sejalan dengan sosialisme/komunisme. Hasan Raid misalnya dalam tulisannya yang disampaikan pada pertemuan yang diselenggarakan Forum Mahasiswa Ciputat tanggal 13 Juli 2000 di
Paling tidak ada 3 alasan yang dikemukakannya:
a. Islam memerangi kapitalisme
Pernyataan mereka adalah bahawa Islam cukup jelas menentang adanya manusia mengeksploitasi manusia lain sebagaimana tercermin dari surah Al An’am:145 atau QS Al Baqarah:188, atau yang lebih tegas lagi adalah ayat 1-4
Dan orang-orang yang menumpuk harta tersebut ialah kaum kapitalis. Mengenai Islam menentang kapitalisme ini telah dikemukakan dengan jelas oleh HOS Tjokroaminoto, melalalui bukunya yang berjudul “Islam dan Sosialisme”.
Bukunya itu ditulis pada tahun 1924 di Mataram. Ini diantaranya yang dikatakan HOS Tjokroaminoto:
“Menghisap keringatnya orang-orang yang bekerja, memakan hasil pekerjaan orang lain, tidak memberikan keuntungan yang semestinya (dengan seharusnya) menjadi bahagian lain orang yang turut bekerja mengeluarkan keuntungan itu,–semua perbuatan yang serupa ini (oleh Karl Marx disebut memakan keuntungan ‘meerwaarde’ (nilai lebih) adalah dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam, karena itulah perbuatan memakan ‘riba’ belaka. Dengan begitu maka nyatalah, agama Islam memerangi kapitalisme sampai pada ‘akarnya’, membunuh kapitalisme mulai darui ‘benihnya’, oleh karena pertama-tama sekali yang menjadi dasarnya kapitalisme, iaitu memakan keuntungan ‘meerwaarde’ sepanjang fahamnya Karl Marx, dan ‘memakan riba’ sepanjang fahamnya Islam” (Penerbit Bulan Bintang, Jkt, 1954, hal: 17).
b. Menegakkan Sosialisme
Ini kerana Islam hendak menegakkan keadilan sosial misalnya dalam
Keadilan sosial tegak. Tentang Islam akan menegakkan sosialisme, juga telah dikemukakan H. Agus Salim dalam Kongres Nasional VI SI, bulan Oktober 1921 di Surabaia. H. Agus Salim antara lain mengatakan:
“Nabi Muhammad Saw sudah mengajarkan sosialisme, sejak 1200 tahun sebelum Karl Marx” (Sekneg: G 30-S Pemberontakan PKI”, 1994, hal: 11).
Kemudian menurut tulisan Hasan Raid ini, masyarakat yang berkeadilan sosial atau masyarakat sosialis adalah masyarakat transisi menuju masyarakat Tauhidik, “umat yang satu” seperti yang dikemukakan
Mengenai masyarakat Tauhidik ini, Asghar Ali Engineer melalui bukunya “Islam dan Pembebasan” mengemukakan bahawa Tauhid tidak hanya menyatakan keesaan Allah, tetapi juga kesatuan manusia dalam semua hal. Suatu masyarakat jami’-i tawhid yang Islamik, tidak akan membenarkan diskriminasi dalam bentuk apapun, tidak kira itu didasarkan pada ras(keturunan), agama, kasta maupun kelas.
Masyarakat tauhidik yang sejati menjamin kesatuan sempurna diantara manusia dan untuk mencapai ini, perlu untuk membentuk masyarakat tanpa kelas.
Keesaan Allah mengharuskan kesatuan masyarakat dengan sempurna dan masyarakat demikian tidak menerima perbezaan dalam bentuk apapun, bahkan perbezaan kelas sekalipun. Tidak akan terjadi solidariti iman sejati, kecuali segala bentuk perbezaan ras(keturunan), bangsa, kasta, dan kelas dihilangkan. Pembahagian kelas menegaskan secara tidak langsung dominasi yang kuat atas yang lemah dan dominasi ini merupakan pengingkaran terhadap pembentukan masyarakat yang adil (hal: 94).
c. Pertentangan Kelas dan Perjuangan Kelas
Al Qur’an menyebutkan tentang pertentangan dan perjuangan kelas, misalnya surah Al Mukminun (53), Al Qashash (5-6) dan Ar Ra’du (11). Ketiga surah-surah di atas mengandungi petunjuk bahwa masyarakat manusia tidak satu lagi, tetapi telah terpecah-pecah dalam yang menindas dan yang tertindas.
Tuhan dalam hal ini terang-terangan memihak kepada kaum yang tertindas.
Itu tercermin dari janji Tuhan dalam Al Qashash (5-6). Melalui
Usaha kaum atau perjuangan kelas dari kaum tertindas sendirilah yang menentukan terjadinya perubahan. Imbauan berperang untuk membebaskan orang-orang yang teraniaya dari
“Bila engkau melihat kemungkaran ubahlah dengan tangan (kekuatan, kekerasan), dan bila tidak mampu, ubahlah dengan lidah (kritik, nasehat) dan bila tidak mampu juga, ubahlah dalam hati dan itulah selemah-lemahnya iman. Bagi yang imannya kuat, kemungkaran harus diubah dengan tangan. “
Dengan mengemukakan ayat-ayat yang terdapat dalam Al Quran di atas, mereka kemudian mendakwa bahawa Islam dengan jelas memerangi kapitalisme, Islam hendak menegakkan sosialisme, dan Islam bertujuan untuk mewujudkan masyarakat tanpa kelas.
Dan untuk memenangkan perjuangan mengalahkan kapitalisme, memenangkan sosialisme dan kemudian terwujudnya masyarakat tanpa kelas, Islam memberikan petunjuk harus dengan melalui perjuangan kelas. Semuanya itu menunjukkan terdapatnya titik persamaan antara Islam dan komunisme. Memang istilahnya tentu tidak sama.
Misalnya komunisme menyebut yang diperanginya “kapitalisme”, Islam memakai istilah ‘mengutuk orang-orang yang menumpuk harta”; komunisme memakai istilah “sosialisme” yang hendak ditegakkan, Islam mengatakan ‘menjadikan kaum tertindas menjadi pemimpin di bumi dan mewarisi bumi”.
Komunisme menyatakan tujuan tujuannya yang terakhir terbentuknya “masyarakat komunis”, “masyarakat tanpa kelas”, Islam memakai “masyarakat Tauhidik”.
Komunisme memakai istilah “perjuangan kelas”, Islam memakai istilah “usaha kaum”.
“Usaha” itu adalah “perjuangan”, “kaum”, itu adalah “golongan” atau “kelas”.
Dikatakan mereka bahwa tentang terdapatnya perbezaan antara Islam dan Komunisme tentu tak akan ada yang menyangkal. Islam mempermasalahkan kehidupan di dunia dan akhirat, sedang Komunisme hanya mempermasalahkan masalah kehidupan manusia di dunia, bagaimana supaya tegak keadilan. Masalah akhirat, tidak dipermasalahkan komunisme. Masalah akhirat, adalah masalah peribadi, masalah hubungannya dengan yang menciptakannya.
Islam Agama yang Fitrah
Mengenai sosialisme ini, Yusuf Qorodhowi dalam bukunya Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an dan Sunnah (Malaamihu Al Mujtama’ Al Muslim Alladzi Nasyuduh) menyebutkan 3 hal sebagai berikut.
1. Sistem ekonomi Sosialis menghilangkan pemilikan individu dan kebebasannya dan menganggap semua kekayaan itu sebagai perisai pemerintahan.
Prinsip ini sangat diagung-agungkan oleh masyarakat sebagai perwakilan dari negara. Individu dalam sistem ini tidak berhak memiliki tanah, fabrik pekarangan atau yang lainnya dari sarana produksi, tetapi ia wajib bekerja sebagai karyawan pemerintah sebagai pemilik segala sumber produksi dan yang berhak mengoperasikannya.
Pemerintah juga melarang seseorang untuk memiliki modal harta meskipun melalui prosedur yang halal. Adapun dalam Islam kita mengetahui bahwa dia menghargai hak milik pribadi, karena itu termasuk konsekuensi fitrah dan termasuk bahagian dari kebebasan (kemerdekaan).
Bahkan termasuk sifat dasar kemanusiaan, karena hak milik peribadi itu merupakan motivasi yang paling kuat untuk merangsang produktivitas dan meningkatkannya. Islam tidak membedakan antara sarana produksi dan yang lainnya, tidak pula membezakan antara pemilikan besar atau kecil, selama ia memperolehnya dengan cara yang sah menurut syari’at.
2. Faham sosialisme-Marxisme tegak di atas perang antar golongan (perjuangan kelas) dengan mempergunakan sarana kekerasan yang penuh pertumpahan darah.
Sehingga pada akhirya seluruh golongan itu hancur, kecuali satu golongan yaitu kaum “Proletariat” termasuk di dalamnya kaum buruh rakyat kecil.
Padahal yang sebenarnya menang bukanlah dari kalangan buruh, tetapi sekelompok manusia yang bekerja di parti dan tentera yang berkuasa atas nama golongan buruh di segala bidang dan melarang sebagian besar penduduk dari segala sesuatu. Oleh karena itu akhir penjelasan dari Karl Marx adalah:
“Wahai kaum buruh sedunia bersatulah!”
Adapun Islam, aturan dan falsafahnya tegak di atas persaudaraan antara manusia dan menganggap mereka semuanya satu keluarga dan memperbaiki hubungan di antara mereka apabila terjadi ketidakberesan. Islam menganggap hal itu lebih mulia daripada shalat atau puasa sunnah. Maka jelaslah perbezaan antara orang yang mengajak para buruh untuk bersatu melawan yang lainnya dengan orang yang mengajak manusia seluruhnya untuk bersaudara dan menjalin cinta kasih sesama mereka.
Nabi SAW bersabda:
“Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR. Ahmad dan Muslim)
3. Faham Sosialis Marxis selalu diliputi oleh tekanan politik, dan ketakutan pemikiran serta berbagai pelarangan terhadap kebebasan.
Mereka menyembunyikan aspirasi kelompok-kelompok yang menentang sistem dan menuduh setiap kelompok pembangkan sebagai sikap primitif, kontra revolusi, pengkhianat atau dengan tuduhan yang lainnya. Sama saja sejak masa “Lenin” sampai hari ini. Dan Lenin pernah menulis kepada salah seorang sahabatnya, ia mengatakan:
“Sesungguhnya tidak mengapa membunuh tiga perempat penduduk dunia agar sisanya seperempat menjadi Sosialis.”
Adapun Islam itu tegak di atas dasar musyawarah, dan menjadikan nasihat pemerintah itu termasuk inti ajarannya, dan mendidik masyarakat untuk menyelamatkan orang yang berbuat kejahatan dengan lembut dan beramar ma’ruf nahi munkar serta memperingatkan ummat apabila melihat orang yang zhalim, kemudian bila mereka tidak memegang kedua tangannya (mencegahnya) maka Allah akan menyegerakan siksa untuk mereka dari sisi-Nya.
Muhammad Qutb ketika menjawab pertanyaan mengapa dunia memerlukan Islam sekarang ini, menuliskan sebagai-berikut:
Pertama bahawa Islam bukanlah semata-mata ideologi teori, tetapi ia merupakan sebuah sistem praktis yang mengapresiasi kebutuhan asasi manusia dan berusaha merealisasikannya.
Kemudian, di dalam upayanya memenuhi kebutuhan manusia ini, Islam berusaha mencapai keseimbangan dalam berbagai aspek aktiviti kehidupan. Ini dimulai dari keseimbangan individu antara jasad dan jiwanya. Juga keseimbangan antara kebutuhan individu dengan kebutuhan komuniti. Islam tidak membolehkan kedzholiman individu terhadap individu lainnya atau terhadap komunitas. Begitu juga Islam tidak membolehkan komuniti untuk mendzholimi individu.
Juga harus diingat bahawa keberadaan Islam adalah terpisah dari ideologi-ideologi lain baik sebagai falsafah sosial mahupun sebuah sistem ekonomi.
Beberapa tampilan Islam mungkin memang serupa dengan kapitalisme atau sosialisme, tetapi sebenarnya sangat berbeda dari keduanya. Islam dapat dikatakan mempertahankan hal-hal yang baik dari sistem-sistem ini, tetapi terbebas dari berbagai kelemahan yang dimilikinya. Islam menjamin kebebasan personal dan menyediakan kesempatan untuk berkembangnya enterprise individu, tanpa mengorbankan masyarakat atau keadilan sosial.
Selanjutnya beliau menyebutkan bahwa Islam berada di antara (keseimbangan) dua ekstrim: kapitalisme dan sosialisme.
Islam sangat menghargai baik peranan individu mahupun peranan negara dan mengharmonikan keduanya sedemikian sehingga seorang individu mempunyai kebebasan yang sangat diperlukannya untuk mengembangkan potensinya, tetapi juga memberikan kekuasaan kepada masyarakat dan negara untuk mengatur dan mengkontrol hubungan sosio-ekonomi untuk menjaga dan memelihara keharmonisan kehidupan manusia.
Juga Muhammad Qutb menegaskan bahwa sistem Islam yang unik ini tidak lahir sebagai reaksi terhadap sebuah tekanan ekonomi, juga bukan merupakan hasil kompromi berbagai kepentingan yang berbeda.
V. PENUTUP
Tulisan ini ditutup dengan suatu ucapan yang sering disampaikan orang dalam mengamati gejala sosialisme ini. Ucapan ini memang bukan ucapan ilmiah karena tidak jelas siapa yang pertama kali mengatakannya, tetapi patut untuk kita renungkan:
“Apabila seorang anak muda tidak tertarik dengan sosialisme, maka berarti ia kurang pergaulan dan kurang wawasan. Tetapi apabila ketika menjadi tua, ia masih saja mengagumi sosialisme, maka berarti pemikirannya tidak berkembang.”
Wallahu a’lam bis shawab
Selain referensi yang disebutkan di dalam tulisan di atas, Bahan-bahan bacaan lebib LENGKAP dapat ditemukan di:
· http://www24.brinkster.com/indomarxist/ (situs sosialisme/komunisme
· http://www.ceo.parra.catholic.edu.au/lib_links/social.html (berisi berbagai link ke berbagai situs sosialisme dunia)
· Abul a’laa Maududi, Capitalism, Socialism and Islam.
· Said Qutb, Keadilan Sosial dalam Islam
· M. Syamsi Ali, Ajaran Rasulullah SAW bukan faham melainkan dien (http://media.isnet.org/isnet/Syamsi/sosialisme.html) tanggapan terhadap tulisan Muhammad mengajarkan sosialisme jauh sebelum Karl Marx oleh Alam Tulus (http://media.isnet.org/islam/Etc/sosialisme.html)
[1] Mungkin fenomena ini mirip apa yang dilakukan oleh gerakan Darul Arqam di Malaysia. Mereka membangun sebuah perkampungan sendiri dan berusaha menerapkan sistim (ekonomi) yang mereka yakini kebenarannya dalam perkampungan itu, seolah terlepas dari dunia luar.
Antara kemusykilan yang dialami ialah kenapa nak berdemo di KLCC? Adakah kerana disitu terletaknya markas Petronas? Jikalau itulah niat yang termaktub dalam pengelola demo, maka pada hemat saya, targetnya sudah tersasar. Sepatutnya, lokasi demo adalah di Putrajaya iaitu di pejabat Dato' Shafiee Apdal yang memegang portfolio KPDNHEP. Urusan subsidi dan kawalan harga dibawah beliau secara amnya.
Untuk lebih spesifik, pergilah jumpa Pak Lah kerana Petronas terpaksa membayar ufti kepada kerajaan secara terus. Keladak-keladak untung jual minyak yang Petronas pegang perlu dibayar kepada pemegang saham, kakitangan dan dipusing balik menjadi modal untuk operasi mendatang." Pada tahun ini, kita memberi b alik sebanyak RM 58.1 bilion atau 77% kepada kerajaan bagi digunakan untuk tujuan pembangunan dan melaksanakan agendanya yang memberi faedah kepada rakyat. Tetapi sejauh mana ia digunakan secara cekap, ia adalah satu soalan lain."
" Menjelang tahun 2010, pengeluaran akan berkurangan kepada 300,000 tong sehari tetapi ketika ini kita akan mempunyai pengeluaran baru. Pengeluaran akan jatuh sebanyak 15% setahun menjelang tahun 2011. Bermula tahun 2014, pengeluaran akan jatuh sebanyak 10% setahun. Nasib kita jumpa (medan minyak) di laut dalam pada tahun 2002. Tuhan masih sayangkan kita"
Barisan Nasional dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak
Oleh: Hishamuddin Rais
Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah cuba menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat: MINYAK DALAM DUNIA INI TELAH SUSUT. Banyak telaga minyak telah kering. Minyak yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.
Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangkamasa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan.
Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.
Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Egypt: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966, Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987, Syria: 1996, Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang dihasilkan semakin kurang.
Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada pakar kajibumi yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar kajibumi ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhirnya akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.
Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis. Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak berbaloi dan tidak ekonomik.
Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada pertangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.
Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang gila atau orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.
Susulan jawapan dari Najib Razak seorang pemimpin dari parti United Malay National Organisation sama juga gilanya. Najib mengatakan negara ini akan bankrap jika harga minyak diturunkan. Orang yang bernama Najib ini tidak sedar semenjak bila pula negara kita ini tidak bankrap.
Susuk-susuk yang mengeluarkan kenyataan ini tidak memahami tanda dan makna perang di Iraq, perang di Dafur atau perang di Sudan. Mereka juga tidak membaca dan memahami makna ‘war on terrorism’ sebagai dasar luar negara Amerika Syarikat. Mereka juga tidak memahami kenapa Hamid Karzai menjadi penghulu di Kabul. Atau kenapa ada sebuah kapal minyak yang bernama Condoleezza Rice.
Kedua-kedua kumpulan parti politik ini sama tongong dan sama bengong dalam memahami bahan bakar petroleum. Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan. Kedua-dua kumpulan ini TIDAK jujur. Mereka adalah politikus yang hanya bercita-cita untuk berkuasa tetapi tidak memiliki apa-apa di antara dua telinga mereka. Cakap tongong mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.
Dalam agenda bahan bakar minyak saya menolak kedua-dua kenyataan bengong, sesat dan lagi menyesatkan ini.
Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat di subsidi.
Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu adalah bohong dan tidak mungkin dapat dilakukan.
Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut-paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa bebal sangat untuk memahami hakikat ini.
Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha , kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.
Juga wajib diterangkan kepada orang ramai :
Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta-merta dengan tiba-tiba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.
Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.
Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau-bilau bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.
Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan atau pun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.
Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.
Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup. Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.
Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa elektrik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu-lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga lesterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan dipergunakan dengan cermat.
Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa-apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.
Sekali pandang, apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025, berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?
Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi pemalas. Jika tidak tahu apa yang saya tulis ini sila tanya Pak Cik saya Lebai Google.