Selasa, 18 Disember 2007

Penjelasan makna 'Sosialis Kanan'

Ini merupakan penjelasan ringkas kepada persoalan yang ditanya pada Chat Box dibawah.

Salam kepada saudara,


Sosialisme boleh sahaja diertikan dalam pelbagai sudut. Sistem, ideologi malah cara dan pendekatan seperti mana Islam itu sendiri. Sosialis Kanan sebenarnya menekankan perjuangan realiti semasa kita bukan menentang kristian mahupun yahudi secara terang tetapi golonga kuffar yang kejam dengan tamak haloba (kapitalis) terhadap golongan marhain tidak kira agama apa.

Kanan disis bermaksud Islam itu sendiri kerana kebiasaanya Sosialis diertikan sebagai golongan Kiri, dan mereka ini biasanya tidak menekankan agama sebagai cara, dan agenda perjuangan mereka.

Sudah tentu tanpa Islam seperti mana sosialisme dan komunisme yang dibawa Soviet tumbanglah ia. Dengan Islam, lihat saja Revolusi Iran. Ali Shariati yang kemudiannya disusuli oleh Imam Khomeini menggunakan pendekatan sosialis yang disaduri dengan nilai Islam sebagai dasarnya kerana beliau sedar masalah sebenar umat pada waktu lebih bersifat realiti semasa manakala Ulama Konvensional Iran hanya sibuk menekankan akhirat tanpa mempeduli penindasan.

Sosialis Kanan yang dimaksudkan oleh blog ini ialah merujuk kepada bahasa yang mudah diterima oleh golongan pejuang baik Muslim mahupun tidak. Islam itu sudah sendirinya Sosialisme, Kapitalisme TETAPI dikawal oleh adab yang diajar oleh rasulullah s.a.w. Maka tidak ganjillah kalau sosialisme itu diguna pakai untuk merujuk kepada Islam kerana sosialisme itu mengajurkan prinsip yang Islam anjurkan juga.

Penggunaan nama ini hanyalah untuk merapatkan jurang pemahaman pejuang sosialis dan pejuang Islam yang membawa dasar yang sama: menegakkan keadilan manusia yang ditindas kapitalis yang tidak Bertuhan.

Ramai pejuang Islam yang tidak peka dan tidak memahami realiti perjuangan di medan sebenar. Maka adalah lebih baik kita mengkaji betul2 segala macam cabaran, ideologi tanpa menunding jari dengan cepat. Sesungguhnya, kekuatan perjuangan menegakkan keadilan dapat diperkuatkan dengan kerjasama yang padu bersama dengan golongan sosialis walaupun mereka tidak mengidamkan negara Islam seperti kita. Musuh kita sama dan nilai yang kita bawa sama, cuma Islam yang kita bawa lebih lengkap dari perjuangan dan idealisme mereka. Sosialisme ialah subset kepada Islam.

Untuk rujukan:
http://suryaningsih.wordpress.com/2007/08/27/sosialis-itu-kadaluarsa/

4 ulasan:

humaixi berkata...

assalamualaikum.
sebenarnya perkataan sosialis ni kebiasaannya dianggap negatif jika dipandang dari perspektif islam. Tapi penulis blog ini menambah sosialis kanan sebagai nama blognya. baginya golongan sosialis kanan ini lebih adil berbading sosialis kiri.

suka saya memberi sedikit pandangan. sebenarnya nama2 sosialis kanan atau kiri, sekular atau tidak, kaum muda dan kaum tua, konservatif atau tidak, ianya merupakan satu cara fikir yang telah diklasifikasikan mengikut cara pemikiran yg digunakan.

pada mulanya mmg saya memandang negatif terhadap nama sosialis kanan ini sebabnya seperti yg saya sebutkan di awal tadi. Walaubagaimana pun, isi bagi blog ini yang paling utama untuk dinilai. dari penulisan beliau dptlah kita kaji sama ada beliau ini seorang yang menggunakan Islam sebagai dasar atau akal semata2. mungkin bagi penulis, dgn menggunakan perkataan sosialis dpt merapatkan jurang antara sosialis kuffar dgn sosialis islam.

Apa pun, ramai manusia menilai sesuatu berdasarkan kulitnya, bagi saya, elok benar kalau penulis blog ini meletakkan nama pena yg lain supaya lebih kelihatan umum tanpa berpihak pada mana2 jenis pemikiran. dan lebih elok jika nama itu lebih Islamik...

sosialis kanan boleh dierti dgn pengertian yg pelbagai,
dan penulis pun mempunyai pengetiannya yg tersendiri,
apa pun,
orang lain pun mempunyai tafsiran meraka/
saya menasihati penulis agar bijak mencari perkataan, agar maksudnya jelas, tepat, dan muktamad.
supaya saudara terhindar dari fitnah,
dan perlu diingati,
tafsiran yg pelbagai itu selalunya mengundang kekeliruan manusia dlm memahami..


wallahua'lam.

Kata Pujangga berkata...

Salam buat sdr Raushan,

Sebagai pemilik blog pilihan nama tentu sahaja mengikut citarasa sdr. Mungkin ramai yg agak terkeliru dengan istilah termasuk diri ini, namun segala justifikasi adalah tertakluk pada hemat sdr.


Sy cukup seronok membaca sesuatu yg berat tanpa perlu bersusah payah terbang ke jerman atau setidak-tidaknya ke ISTAC sahaja. Walupun pada blog saya sy lebih tumpukan baca sudut yg lebih ringan sesekali membaca blog ini terasa bagai tercampak di alam ahli fikir. Tahniah buat saudara.


Sekadar brkongsi pengalaman, walaupun di Malaysia ahli pemikir tidak mendapat tempat di mata masyarakat, peranannya tetap ada. Begitulah sebaliknya ustaz2 kampung tidak mendapat tempat di hati ahli pemikir...lapang2kan masa untuk menilai yg baik dari mereka..wallahualam....wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa perlu merujuk pada sosialisme?

saya harap saudara penulis muhasabah dan bertafakur dengan apa yang saudara fikirkan sebagai keharmonian diantara sosialisme dan Islam...

pejuang Islam tidak memerlukan sumber dari sosialisme sbg rujukan atau hujah bagi menumbangkan kapitalisme...

pemikir Islam harus mengemukakan ideanya sendiri berdasarkan al-quran dan sunnah bknnya mengaplikasikan ideologi kuffar di dalam perjuangannya...

saudara walaupun berniat suci, namun boleh mengelirukan anak-anak muda dengan memberi tempat pada sosialisme di dalam pemikiran saudara...

sila email saya di krawitan@gmail.com untuk berargumentasi

salam kelam

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara Sosialis Kanan,

Bagaimana mungkin untuk kita merumuskan bahawa 'Sosialisme Ialah Subset Kepada Islam' tajaan blog saudara ini sedangkan Islam pada dasarnya menolak terus ideologi ini yang terang-terang bercanggahan dengan pendekatan Islam itu sendiri?

Begitu juga dengan sosialisme adalah subset kepada Komunis.Sosialisme mana yang saudara maksudkan sebenarnya ialah subset kepada Islam?Jika ada, apa takrif yang terkandung di dalamnya?Adakah pada titik akhirnya seiring dengan tujuan akhir sistem yang dianjurkan oleh Islam?

Sosialisme bukan subset pada Islam.Jauh sekali sebagai sesuatu yang mempunyai persamaan dengan ajaran Islam.Jika saudara mendakwa Sosialis seiring dengan Islam kerana pada dasarnya mereka memperjuangkan nasib mereka yang tertindas, saudara sebenarnya sudah terperangkap dan terkeliru pada menjustifikasi keberadaan makna di antara kedua-duanya.

Bagaimana mungkin saudara membuat pernyataan bahawasanya sosialisme dan kapitalisme sudah ada di dalam Islam?

Apa sumber saudara?

Rasulullah SAW membangunkan satu model Ummah yang ulung bukan dengan mengaplikasikan sistem yang sedia ada pada struktur pembangunannya tetapi terus daripada wahyu Allah SWT.Kapitalisme dan Sosialisme adalah dua ideologi atau isme ciptaan manusia tanpa wahyu yang penuh cacat celanya.Yang datang dari Allah adalah bukan isme tetapi satu kebenaran yang jelas.Juga, sistem sosio-ekonomi Islam adalah yang paling unggul kerana Islam adalah agama yang telah disempurnakan oleh Allah SWT.Jika saudara fikir dengan hanya bergantung pada keabsahan sistem yang dianjurkan oleh Islam tidak praktikal, itu adalah kerana kelemahan intelektual Islam itu sendiri yang gagal mengaplikasikan sistem anjuran Islam di dalam masyarakat kontemporari.

Dan mengapa perlu Islam merujuk pada GERAK KERJA sosialisme dan bukan sebaliknya?

Andaikata satu hari nanti sistem Kapitalis hancur terus, sistem apa yang saudara akan guna pakai?Sosialisme atau Islam?Atau saudara cuma keliru dan biar kesucian Islam itu dicemari dengan ideologi Marxis ini?

Adakah begitu sempit pemikiran saudara tentang Islam sehingga berasakan bahawa sistem yang dianjurkan oleh Islam tidak lagi relevan untuk menentang kapitalisme dan kita harus merujuk pula pada sistem dan ideologi ciptaan manusia spt Sosialisme?

Desekularasi pada sistem sekular atau deIslamisasi pada Islam itu sendiri?

Harap maaf jika terkasar bahasa

Salam Saudara.